Archive for January, 2006


Beberapa Isu

Assalamualaikum WBT

Aku cuma nak menyentuh beberapa hal dalam blog aku kali ini. Hal yang cukup bagi aku elok aku beri kepada umum untuk membacanya.

Bermudah-mudah

Sering kali aku ditanya melalui sms atau Yahoo Messenger tentang beberapa persoalan. Cuma adakalanya bagi aku soalan yang dikemukakan terlalu bodoh, bahkan kadangkala aku merasakan apa yang disoalkan itu hanya akan menyusahkan orang yang bertanya. Contohnya, ada yang bertanya pada aku perlukah dia melabuhkan tudung dia. Aku hairan dengan soalan begitu, bukannya dia tidak tahu aurat bagi seorang perempuan, jawapan aku mudah, lihat balik definisi aurat dan batas-batasnya. Itu sahaja, tak perlu fikir berapa ukuran, berapa labuh, yang penting tudung tu menepati batas-batas yang ditetapkan. Cuma aku hairan, yang bertanya itu faham tapi apa perlu disoal lagi. Bermacam-macamlah yang dikemukakan kononnya kelabuhan tudungnya dipertikai dan lain-lain lagi. Aku sudah bosan dengan soalan-soalan sebegitu. Benda yang terlalu mudah, ringkas, dijadikan sesuatu yang sukar. Apa kah lupa bahawa Islam itu agama yang mudah. Benda yang kecil jangan diberat-beratkan. Berapa banyak nas yang menunjukkan bahawa Islam itu agama yang mudah tetapi masih ada segelintir kita yang menjadikan Islam agama yang terlalu sukar bahkan tidak relevan dengan peredaran zaman. Firman Allah SWT:

007.157 الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأغْلالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (al-A’raf:157)

004.028 يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الإنْسَانُ ضَعِيفًا

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.(an-Nisa’:28)

Riwayat al-Bukhari: dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkan kecuali dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka.

Dalam Bukhari lagi: Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW tidak diberi pilihan antara dua perkara kecuali baginda mengambil yang paling mudah. Ini selagi ia tidak merupakan dosa.

Masih terlalu banyak dalil membuktikan Islam itu mudah, fleksibel akan tetapi kita sering menjadikan Islam itu sukar. Suka bertanya pertanyaan yang akan menyusahkan kita. Bila Islam kata tutup aurat, tutuplah sebagaimana yang Islam ajar, tak perlulah fikir tudung macam mana. labih macam mana, kalau sudah cukup dengan syarat yang ditetapkan oklah. Kenapa memberat-beratkan otak.

Ejen Yahudi

Malam tadi, sempat merayau-rayau ke satu blog. Adalah disebut bahawa golongan ‘wahhabi’ di Malaysia sedang cuba mencari pengaruh dengan menggunakan cara mengajak Astora Jabat berdebat. Bila disebut berdebat dengan Astora, aku tahulah siapa yang dia sebutkan itu. Dan tuduhan berat bahawa mereka ini ejen Yahudi. Astaghfirullah! Begitu mudah menabur fitnah. Bahakn ditulis lagi golongan ini gemar kafir mengkafir. Terkedu seketika. Memang tidak dinafikan ada golongan yang melampau yang menasabkan diri mereka kepada ’salafi’ yang gemar menghukum orang sesuka hati. Tapi apakah perlu dituduh kesemuanya begitu. Di manakah bukti pendakwah yang sering berdebat dengan Astora Jabat ini sering mengkafirkan orang. Di manakah buktinya? Bahkan tokoh yang sering berdebat dengan Astora itulah antara mereka yang di Malaysia yang menentang golongan-golongan pelampau tersebut. Baca sahajalah tulisan-tulisan beliau. Dengarlah rakamn-rakaman kuliah beliau yang terdapat di pasaran.

Aku sudah terlalu letih nak menulis tentang hal ini, tapi bila melihat pendakwah-pendakwah ini difitnah, dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan, maka aku tidak bisa mendiamkan diri. Apakah boleh mata aku senang membaca fitnah kepada pendakwah yang sering aku hadiri kuliahnya. Murid apakah aku jika guru aku dicerca sebegitu dan aku hanya mendiamkan diri.

Lebih-lebih lagi yang memfitnah tu adalah manusia yang mendakwa jalan dakwah merekalah yang benar, sering keluar berhari-hari di jalan Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujerat 49:12]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Hendaklah kalian menjauhi berburuk sangka kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta perkataan, dan janganlah mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian mengintip, dan janganlah saling membenci, dan janganlah saling membelakangi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara (Sahih al-Bukhari)

Melampau

Merayau di web kegemaran aku.al-ahkam. Ada satu topik tentang jemaah Tabligh. Isu ini dah lama bagi aku, sudah lali. Bila seseorang itu bersifat melampau dia akan mencari-cari kesalahan pihak yang tidak disetujuinya. Bila ada segelintir yang tidak bersetuju dengan karkun-karkun ini, maka dikorek segala kesilapan mereka, dicerca dan dilempar bermacam-macam tuduhan. Aku bukanlah karkun cuma aku sendiri merasa tidak setuju dengan sesetengah daripada mereka yang mendakwa memperjuangkan sunnah tetapi dalam masa yang sama dengan mudah menjatuhkan hukuman kepada pihak yang lain. Sudah berapa kali aku tulis, semua ada tugas masing-masing. Kalau rasa mampu buat semua, buatlah tapi sebab kelemahan kita kerana itulah wujudnya banyak jemaah ini. Banyaknya jemaah bukan masalah, tapi taksub jemaah yang menjadi masalah. Jika ada yang silap tegurlah dengan elok, bukannya terus menyerang membabi-buta.

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk (an-Nahl:125

Sekian sahaja beberapa hal yang ingin aku sentuh. Wallahu’alam

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ َ

Allah mengkhendaki untuk kemudahan, dan tidak Dia mengkhendaki pada kamu kesukaran (al-Baqarah:185)

Islam Hina Wanita?

Adakah wanita itu jahat  (sifat yang tidak dapat dipisahkan daripadanya) ?

         Diriwayatkan dalam kitab Nahjul Balaghah dari Amirul Mukminim Ali bin Abi Talib R.A katanya :” Perempuan itu  jahat belaka, dan lebih buruk lagi ialah kejahatan itu tidak dapat dipisahkan daripadanya”.

Apakah komen anda terhadap kata-kata ini? Adakah ianya mencerminkan sikap Islam terhadap wanita? Saya mengharapkan penjelasan. Terima kasih….

        Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah S.A.W.

      

Jawapan dari Dr. Yusof Qardhawi ….. Semoga Allah melindunginya.

Disini ada dua hakikat yang mesti kami tegaskan dengan sejelas-jelasnya:-

    

  Pertama,  yang mencerminkan pendapat Islam dalam apa jua perkara ialah firman Allah dan Sunnah Nabi. Al-quran dan Assunnah  yang sahih sahaja merupakan sumber yang terpelihara dari sebarang pemesongan dan kecacatan.Kekeliruan hanya lahir dari salah fahamterhadap kedua-duanya atau salah satu darinya.

    

   Kedua,  perkara yang sememangnya diketahui dikalangan para pengkritik dan pengkaji bahawa menisbahkan setengah kata-kata yang terdapat dalam kitab ‘Nahjul Balaghah” kepada Saidina Ali Karramallahu Wajhah adalah tidak betul dan mereka mempunyai dalil serta bukti tentang perkara itu.

   

   Tidak syak lagi kitab “Nahjul Balaghah” mengandungi ucapan-ucapan  dan kata-kata yang menyedarkan pengkritik dan pembaca yang perihatin, bahawa ucapan-ucapan dan kata-kata tersebut tidak menggambarkan  pemikiran dan gaya bahasa di zaman Saidina Ali.

       Justeru, adalah tidak harus berhujah dengan segala  yang terkandung di dalam kitab “Nahjul Balaghah” dengan menganggapkannya sebagai  kata-kata Saidina Ali.

       Antara ketetapan yang terdapat dalam ilmu-ilmu Islam ialah, tidak boleh dinisbahkan apa-apa pendapat kepada mana-mana individu kecuali apabila ianya melalui sanad yang sahih,lagi muttasil, tidak mengandungi keganjilan dan kecacatan.

   

    Oh! …. Dalam perkara ini mana sanad muttasil yang sampai kepada Saidina Ali, sehingga membolehkan kita menghukumkan kata-kata tersebut diucapkan oleh beliau.

 

     Bahkan  sekiranya kata-kata ini memang dinukilkan dari Saidina Ali melalui sanadnya yang sahih lagi muttasil,melalui perawi-perawi yang adil dan dhabit,ianya tetap ditolak kerana  bercanggah dengan usul dan nas Islam. Ianya merupakan penyakit yang boleh mencemarkan nama Islam, serta mesti ditolak walaupun sanadnya seterang mentari.

         Bagaimana Saidina Ali boleh mengucapkan kata-kata sedemikian sedangkan beliau membaca kitab Allah yang menegaskan tentang persamaan antara wanita dan lelaki dari segi asal kejadian,tanggungjawab dan balasan dari Allah. Firman Allah dan maksudnya:

ØWahai manusia !! Bertaqwalah kamu semua kepada Tuhan yang telah menciptakan kamu dari satu diri,dan Allah menciptakan daripadanya isterinya,dan Allah mengembang biakkan daripada keduanya lelaki dan perempuan…..” ( Annisa : 1 )

          Ø “Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan,orang beriman lelaki dan perempuan, orang lelaki dan perempuan yang kekal diatas ketaatan, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu`, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan diri mereka, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah,Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran yang besar” ( Al- Ahzab : 35 )

          Ø” maka Tuhan mereka menerima permohonan mereka ( dengan berfirman ) sesungguhnya aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dikalangan mereka  baik lelaki dan perempuan,kerana sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain” ( Aal-Imran : 195 )

Allah berfirman tentang kedudukan isteri-isteri :

          Ø“ Mereka (isteri-isteri ) adalah pakaian bagi kamu,dan kamu adalah pakaian bagi mereka” ( Al-Baqarah ; 187 )

          Ø“ Antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah ia menjadikan untuk kamu isteri-isteri dari diri kamu sendiri supaya kamu jadi tenang kepadanya  dan Allah menjadikan antara kamu kasih sayang dan rahmat, sesungguhnya itu semua pastinya menjadi tanda-tanda keagungan Allah bagi orang-orang yang memikirkannya….” ( Ar-Rum : 21 )

          Sabda Nabi S.A.W :

Ø ”Perempuan itu sebenarnya saudara  kepada lelaki.”  “ Dunia adalah harta, sebaik-baik harta adalah wanita yang solehah”. ( Riwayat Muslim,Nasaai dan Ibnu Majah ).

          Ø “Tiga perkara yang menjadi asas kebahagian manusia: Wanita yang solehah,tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik…..” ( Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih )

         

“ Sesiapa yang Allah berikan kepadanya wanita ( isteri ) yang baik, maka sebenarnya Allah telah menolongnya separuh dalam agamanya,maka bertaqwalah kepada Allah dalam separuh yang masih berbaki dari agamanya…’  ( Riwayat Tabrani dan Hakim : Hakim berkata, hadis ini sahih sanadnya ).

      

Nabi bersabda: “ Empat perkara jika seseorang mendapatnya maka dia sebenarnya telah dikurniakan kebaikkan dunia dan akhirat “ dan Nabi menyebut antaranya “ Isteri yang solehah yang tidak menyusahkan suaminya dan hartanya”. ( Diriwayatkan oleh Tabarani di dalam Al-kabir dan Al-Ausat)

    

  Nabi menyebut tentang diri beliau sendiri “ Dicampakkan perasaan kasih kepada aku terhadap dunia kamu iaitu perempuan dan wangian dan dijadikan perempuan-perempuan (isteri-isteri) sebagai penyejuk hati ku didalam solat’’

 

     Maka bagaimana Saidina Ali boleh  menyanggah hakikat ini semua,sehingga ia boleh menyebut bahawa perempuan itu jahat belaka?

 

     Kalaulah benar kenyataan tersebut datang dari Saidina Ali ,pasti kita akan bertanya : “ Bagaimana pandangan tuan tentang isteri tuan,ibu kepada dua cucunda Rasulullah SAW iaitu ketua pemuda syurga (Saya maksudkan Fatimah r.a. penghulu sekalian wanita) ? Adakah Saidina Ali dan orang-orang Islam akan menerimanya dengan berkata “Perempuan itu  jahat belaka”?

       Sebenarnya asal kejadian wanita dan lelaki tiada perbezaannya, kedua-duanya boleh melakukan kejahatan dan keburukan, boleh mendapat petunjuk dan menjadi sesat, sebagaimana firman Allah:” Demi diri serta penyempurnanya, maka Allah mengilhamkan kepadanya jalan kefasikan dan ketaqwaannya, maka berjayalah orang yang menyucikannya dan rugilah orang yang mengotorinya”. (Assyams: 7-10)

      Bagaimana boleh digambarkan bahawa perempuan itu jahat belaka dengan kejahatan yang tidak dapat dipisahkan daripadanya?

    

  Sebenarnya bagi orang yang mengamati  alam kejadian ini pasti ia mendapati kebaikan yang terdapat didalamnya adalah yang asal dan tetap. Adapun keburukan yang ternampak oleh kita maka ianya adalah bersifat sampingan dan tidak tetap serta terpendam dalam kebaikan yang bersifat menyeluruh dan merangkumi.

      Keburukan itu sebenarnya satu daripada kemestian adanya kebaikan dan kerana hakikat inilah nabi s.a.w. pernah bermunajat kapada Allah “ Kejahatan tidak datang kepada engkau”. Tersebut di dalam Al-Quran “Di tangan Engkaulah kebaikan, maka sesungguhnya Engkau maha berkuasa terhadap sesuatu “.(Aal-Imran: 26)

       Timbul persoalan di sini tentang fakta yang terdapat dalam hadis ,iaitu berwaspada terhadap fitnah perempuan seperti sabda Nabi saw “ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatan ku dari fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)

        Saya jawab : Berwaspada  terhadap fitnah sesuatu tidak bererti ianya jahat seluruhnya tetapi ianya bererti sesuatu itu mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas manusia yang dibimbangi akan memesongkannya  dari mengingati Allah dan hari akhirat.

       Di sini Allah mengingatkan manusia supaya berwaspada terhadap ujian harta benda dan anak pinak di dalam kebanyakan ayat Al-Quran antaranya firman Allah Taala yang bermaksud ; “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,disisi Allah pahala yang besar.” ( Taghabun : 15 ),

“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah orang-orang yang rugi.” ( Munafiqun : 9 )

          Namun  beberapa ayat lain dalam Quran, Allah menyebut harta itu sebagai “ kebaikan “,Allah juga menyebut anak pinak dan cucu-cucu sebagai nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya, “ Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” ( Syura : 49)

          Allah juga menyebut pengurniaan anak cucu kepada hambaNya  sama seperti hambaNya dikurniakan rezeki yang baik  : Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu  isteri-isteri, dan Allah menjadikan dari isteri-isteri kamu anak cucu, dan Allah telah mengurniakan kapada kamu rezeki yang baik-baik.” ( Nahl : 72 )

Maka memberi peringatan tentang ujian perempuan sama saja dengan peringatan tentang ujian harta dan anak pinak. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa semua nikmat ini jahat dan buruk tetapi sebenarnya Allah ingin memberi peringatan supaya jangan terlalu tertambat hati kepadanya sehingga sampai menjadi fitnah dan menjauhkan hati dari mengingati Allah.

Tiada seorang pun dapat menafikan bahawa kebanyakan lelaki akan menjadi lemah dengan pujukan perempuan, daya tarikan dan ujiannya, lebih-lebih lagi apabila perempuan itu bermaksud mempengaruhi dan memperdayakan lelaki. Sesungguhnya tipu daya perempuan lebih licik dari lelaki.

Lantaran itulah lelaki mesti diberi peringatan terhadap bahaya ini, agar mereka tidak tersungkur di hadapan sifat semulajadinya yang suka bertindak secara gopoh gapah.

Di zaman ini, kita mendapati ujian perempuan sudah sampai ke tahap  zaman-zaman terdahulu dan khayalan generasinya sehingga golongan pemusnah menjadikan wanita sebagai satu elemen untuk memusnahkan kemurnian-kemurnian dan artifak warisan dengan nama perkembangan dan kemajuan.

Menjadi tanggungjawab wanita Islam berwaspada terhadap komplot ini. Wanita Islam hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak dijadikan sebagai alat pemusnah oleh kuasa-kuasa besar yang memusuhi Islam.

Wanita Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka dianggap anak perempuan yang terdidik, isteri yang soleh,ibu yang mulia,insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat,dengan demikian wanita mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia dan akhirat.

Wallahu Wa’lam

teks asal>>

هل المرأة شر لا بد منه ؟

جاء في نهج البلاغة عن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - قوله: " المرأة شر كلها، وشر ما فيها أنه لا بد منها " فما تفسيركم لهذا القول ؟ وهل هذا يمثل موقف الإسلام من المرأة . أرجو الإيضاح والبيان وشكرًا

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

يقول فضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي -حفظه الله-:

هناك حقيقتان يجب أن نقررهما بوضوح وجلاء.

الأولى: أن الذي يمثل رأي الإسلام في قضية ما، إنما هو قول الله تعالى وقول رسوله صلى الله عليه وسلم.

وكل أحد بعد ذلك يؤخذ من كلامه ويترك، فالقرآن الكريم وصحيح السنة النبوية هما وحدهما المصدران المعصومان، إنما يأتي الخلل من سوء الفهم لهما أو لأحدهما.


الثانية: أن من المعروف لدى النقاد والمحققين أن نسبة بعض ما في " نهج البلاغة " إلى علي رضي الله عنه، وكرم الله وجهه، غير صحيحة، ولهم على ذلك دلائل وبراهين . ولا شك أن في " النهج " خطبًا وأقوالاً يلمس الناقد بل القارئ الواعي، أنها لا تمثل عصر الإمام في أفكارها، ولا في أسلوبها.


ومن هنا لا يجوز الاحتجاج بكل ما في " النهج " على اعتبار أنه من أقواله رضي الله عنه.


على أن المقرر في العلوم الإسلامية أن نسبة الأقوال إلى قائليها، لا تتحقق إلا بالإسناد الصحيح المتصل، الخالي من الشذوذ والعلة، فليت شعري، أين السند المتصل إلى الإمام علي، حتى نحكم على أساسه أنه قال هذا القول ؟.


بل لو نقل هذا القول عن علي بسند صحيح متصل، من رواة عدول ضابطين لوجب أن يرد، لما فيه من مخالفة للأصول والنصوص الإسلامية، وهذه علة قادحة توجب رد أي قول، ولو كان إسناده كالشمس.

وكيف يقول علي بن أبي طالب هذا القول، وهو يقرأ كتاب الله الذي يقرر مساواة المرأة للرجل في أصل الخلق، وفي التكاليف، وفي الجزاء: (يا أيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة، وخلق منها زوجها، وبث منهما رجالاً كثيرًا ونساء) (سورة النساء: 1)، (إن المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، والقانتين والقانتات، والصادقين والصادقات، والصابرين والصابرات، والخاشعين والخاشعات، والمتصدقين والمتصدقات، والصائمين والصائمات، والحافظين فروجهم والحافظات، والذاكرين الله كثيرًا والذاكرات، أعد الله لهم مغفرة وأجرًا عظيمًا) (سورة: الأحزاب: 35) . . (فاستجاب لهم ربهم أني لا أضيع عمل عامل منكم من ذكر أو أنثى بعضكم من بعض) (سورة آل عمران: 195) .

ويقول في شأن الزوجات: (هن لباس لكم، وأنتم لباس لهن) (سورة البقرة: 187) . ويقول: (ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجًا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة، إن في ذلك لآيات لقوم يتفكرون) (سورة الروم: 21)، ويقول الرسول صلى الله عليه وسلم: " إنما النساء شقائق للرجال " . ويقول: " الدنيا متاع، وخير متاعها المرأة الصالحة " (رواه مسلم والنسائي وابن ماجة) . ويقول: " من سعادة ابن آدم ثلاثة: المرأة الصالحة، والمسكن الصالح، والمركب الصالح ". (رواه أحمد بإسناد صحيح).

ويقول: " من رزقه الله امرأة صالحة، فقد أعانه على شطر دينه، فليتق الله في الشطر الباقي ". (رواه الطبراني والحاكم، وقال: صحيح الإسناد).


ويقول: " أربع من أوتيهن فقد أوتي خير الدنيا والآخرة " ويذكر منها " زوجة صالحة لا تبغيه حوبًا في نفسها وماله ". (رواه الطبراني في الكبير والأوسط، وإسناد أحدهما جيد، كما في " الترغيب " للمنذري).


ويقول عن نفسه: " حبب إلى من دنياكم النساء والطيب، وجعلت قرة عيني في الصلاة ".

فكيف يخالف علي رضي الله عنه هذا كله وغيره، ويطلق القول: إن المرأة شر كلها ؟ !


ونستطيع - لو صح هذا القول عن علي - أن نسأله: ما قولك في زوجك، وأم ولديك السبطين الحسن والحسين، سيدي شباب أهل الجنة، أعني فاطمة سيدة النساء رضي الله عنها ؟ هل يقبل الإمام علي أو يقبل المسلمون منه أن يقول عنها: أنها شر كلها ؟


إن فطرة المرأة ليست مخالفة لفطرة الرجل، فكلتاهما تقبل الخير والشر، والهدى والضلال، كما قال تعالى:

(ونفس وما سواها فألهمها فجورها وتقواها . قد أفلح من زكاها . وقد خاب من دساها). (سورة الشمس: 7 - 10).


وكيف يتصور أن تكون المرأة شرًا كلها، ومع هذا لا يكون منها بد ؟ كيف يخلق الله شرًا مطلقًا، ثم يسوق الناس إليه سوقًا بسوط الحاجة والضرورة ؟


بل المتأمل في الكون كله يجد أن الخير فيه هو الأصل والقاعدة، وما يتراءى لنا من شر فهو جزئي ونسبي، ومغمور في الخير الكلي العام المطلق، وهو في الواقع لازم من لوازم الخير، ولهذا كان من مناجاة النبي صلى الله عليه وسلم لربه: " والشر ليس إليك " وفي القرآن الكريم (بيدك الخير إنك على كل شيء قدير). (سورة آل عمران: 26).

بقي هنا سؤال عن نقطة ورد بها الحديث، وهي التحذير من فتنة النساء مثل قوله صلى الله عليه وسلم " ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء ". (رواه البخاري).


وأقول: إن التحذير من الافتتان بشيء، لا يعني أنه شر كله، وإنما يعني أن لهذا الشيء تأثيرًا قويًا على الإنسان يخشى أن يشغله عن الله والآخرة.


ومن هنا حذر الله من الفتنة بالأموال والأولاد في أكبر آية في كتاب الله، ومن ذلك قوله تعالى
: (إنما أموالكم وأولادكم فتنة، والله عنده أجر عظيم) (سورة التغابن: 15) .، (يا أيها الذين آمنوا لا تلهكم أموالكم ولا أولادكم عن ذكر الله . ومن يفعل ذلك فأولئك هم الخاسرون). (سورة المنافقون: 9).

هذا مع تسميته سبحانه المال " خيرًا " في عدة آيات من القرآن، ومع اعتباره الأولاد نعمة يهبها الله لمن يشاء من عباده: (يهب لمن يشاء إناثًا ويهب لمن يشاء الذكور) (سورة الشورى: 49) . . وامتنانه على عباده بأن منحهم الأولاد والأحفاد، كما رزقهم من الطيبات: (والله جعل لكم من أنفسكم أزواجًا، وجعل لكم من أزواجكم بنين وحفدة، ورزقكم من الطيبات). (سورة النحل: 72).

فالتحذير من فتنة النساء كالتحذير من فتنة الأموال والأولاد، ولا يعني أن هذه النعم شر، وشر كلها ! بل يحذر من شدة التعلق بها إلى حد الافتتان، والانشغال عن ذكر الله.


ولا ينكر أحد أن أكثر الرجال يضعفون أمام سحر المرأة وجاذبيتها وفتنتها، وخصوصًا إذا قصدت إلى الإثارة والإغراء، فإن كيدها أعظم من كيد الرجال.


ومن ثم لزم تنبيه الرجال إلى هذا الخطر، حتى لا يندفعوا وراء غرائزهم، ودوافعهم الجنسية العاتية.

وفي عصرنا نجد أن فتنة المرأة بلغت حدًا فاق كل العصور السابقة، وخيالات أهلها، وأصبح الهدامون يتخذون منها معولاً لهدم الفضائل والقيم المتوارثة، باسم التطور والتقدم.

والواجب على المرأة المسلمة أن تتنبه لهذه المؤامرات، وأن تربأ بنفسها أن تتخذ أداة هدم في أيدي القوى المعادية للإسلام، وأن تعود إلى ما كانت عليه نساء الأمة في خير قرونها: البنت المهذبة، والزوجة الصالحة، والأم الفاضلة، والإنسانة الخيرة العاملة لخير دينها وأمتها، وبذلك تفوز بالحسنيين، وتسعد في الدارين.


والله أعلم

المصدر إسلام اون لاين

Selamat hari Raya Aidil adha

Assalamualaikum WBT. Dah lama aku tak update blog ni. Maka banyak juga cerita yang nak aku tulis. Ok aku mulakan dengan tahun baru masihi. Minggu lepas awal tahun baru, aku ke Kedah, pergi ke kawasan yang dilanda abnjir. Program sukarelawan itu anjuran ABIM dan PKPIM. Alhamdulillah, habsikan masa di Kedah dua hari. Dapatlah juga bantu tiga sekolah. Sekolah yang paling teruk aku pergi ialah sebuah sekolah agama persendirian yang musnah teruk akibat banjir. Perpustakaan mereka pun habis sebab berada di tingkat bawah. Keadaan kelas pula penuh dengan lumpur yang tebal teramat sangat. Jadi rombongan kami dalam 20 orang itu ditugaskan untuk membantu membersihkan sekolah-sekolah yang terlibat. Basuh meja, kerusi, kelas, dan persekitaran sekolah sebab beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan bermula. Nak harap orang kampung tolong, tak boleh juga sebab rumah diorang pun habis teruk dek banjir.

Malam sebelum bertolak, sempat berbual dengan seorang budak ABIM. Ada lah sedikit perbezaan pendapat aku dengan dia dalam bab haraki ni. Dan adalah sedikit kata-kata dia yang buat aku bengang terutamanya kata-kata dia kepada seorang ustaz yang tidak berapa setuju dengan haraki sampai dia cakap bahawa kena kaji ustaz tu sebab dia belajar ikut buku, jadi belajar ikut buku sama dengan belajar dengan syaitan. Aku dengan beberapa budak PJ bengang juga sebab kitorang kenal ustaz tu dan dah pernah tidur bilik dia lagi. Jadi memang tahulah pendirian dia tentang gerakan-gerakan islam ni. Memang dia tak berapa berkenan tapi tidaklah sampai dia menghukum kumpulan-kumpulan itu sesat. Walaupun aku tak bersetuju dengan ustaz tu dalam pandangannya bab haraki, tapi dalam masa yang sama aku hormat kat dia sebab dia tidak menyerang membabi buta. Lalu malam tu bila budak ABIM tu cakap macam tu, aku macam mahu menjawab tapi terus tak jadi sebab memikirkan aku datang kat situ nak buat kerja sukarelawan bukan nak lawan gaduh dengan diorang. Siapa yang kawan dengan aku, selalu borak-borak pasal haraki dan lain-lain pasti faham kenapa sampai sekarang aku tak meneyertai mana-mana jemaahpun. Bukan aku menolak gerakan-gerakan Islam cuma aku tidak fikir aku perlu bergabung dengan mereka. Menyertai mana-mana kumpulan bukanlah penting yang penting ialah apa yang kita buat. Apa guna menyertai sesebuah gerakan yang berlabelkan Islam tapi tidak berbuat sesuatu. Mungkin ada yang berkata bukankah Islam menekankan konsep jemaah. Memang benar tapi jemaah apa, JIM ke, ABIM ke atau apakah konsep jemaah sebenarnya?

Maaflah kalau ada budak-budak haraki yang tidak puas hati dengan aku. Aku bukan kata tak boleh korang join mana-mana group cuma harap aku korang tak taksub. Jangan nanti gerakan itu yang dikatakan sebagai wasilah untuk memperjuangkan Islam menjadi terbalik, sebaliknya Islam pula dijadikan wasilah untuk memperjuangkan jemaah masing-masing. Jika apa yang aku kata tidak benar, maka bagaimana boleh timbul isu jemaah aku paling bagus, jemaah aku paling berjasa dan lain-lain. Maka elok sangatlah bila Ustaz Mazslee dari UIA menulis dalam majalah I tentang isu ‘ummah centric’ supaya mereka yang berfahaman ‘jemaah centric’ meninggalkan pemikiran lapuk mereka yang penuh dengan retorik dan fantasi.

Kuliah-kuliah anjuran kolej aku dah bermula. kertas kerja dah lama disispakan cuma kelulusan dari pihak atasan matrikulasi sahaja dengan beberapa prosedur yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah semuanya lulus. Cuma aku akan rakam setiap kuliah-kuliah yang diadakan supaya jika ada apa-apa terjadi maka aku ada bahan bukti. Selain kuliah-kuliah yang mendapat kebenaran pihak Matrik, wujud juga beberapa kuliah yang ‘illegal’. Aku bukan tak setuju dengan kuliah-kuliah tersebut cuma dengan kewujudan mereka maka ia menyebabkan pihak atasan sering berprasangka dengan kegiatan-kegiatan kuliah agama. Mungkin lepas ni budak-budak WUFI kalau baca blog aku ni mesti marah, tapi korang fikirlah sendiri guna akal yang sihat yang Allah bagi kat kita semua. Jangan dok terperangkap dek ke’WUFI’an korang sahaja. Kuliah-kuliah yang akan dianjurkan ialah Riadussolihin oleh Ustaz Anwar, Syarah al-Aqidah al-Wasithiah oleh Ustaz Shafizan dan kuliah Fiqh Manhaja oleh Ustaz Mazslee Malek. Semua kuliah akan diadakan di musolla ABA kecuali kuliah Ustaz Mazslee yang akan diadakan di lecture hall A. Jemputlah datang beramai-ramai.

Oklah sampai di sini sahaja Assalamualaikum WBT.