Archive for March, 2006


Jadual Kuliah Bulan April


Tarikh

Hari

Masa

Guru

Kitab

Lokasi

Contact Person

27-6-03
Isnin
8.45pm-10 pm
Ust Mazlee Malik
Wacana Ilmiah:
Ummah Centric:Apa dan Bagaimana?
No 29, Jalan Pualam 7/32, Section 7, Shah Alam.
Hafiz Firdaus
019-3848467
1-4-06
Sabtu
10am-12pm
Dr Rasyid (Presiden Institut Al-Qayyim)
Sifat Solat Nabi
Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay, Ulu Klang
012-9719336
2-406
Ahad
10am-12pm
Dr Rasyid (Presiden Institut Al-Qayyim)
Bulughul Maram by Ibnu Hajar al-Asqalani.
Dewan, Kondominum Tropika Paradise, jalan USJ 17/8, Subang Jaya.
012-9719336

Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (April 2006)

Tarikh
Tempat
Waktu
Tajuk
15 April 2006
SABTU
Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay
10.00 pagi
Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara-perkara yang Dilarang, Bab Celaan terhadap Manusia Talam Dua Muka)
15 April 2006 SABTU
Masjid al-Syakirin, Bandar Utama
Selepas Maghrib
Riyadh al-Salihin
(Kitab al-Fadha’il, Bab Fadhilat Membaca al-Quran)
16 April 2006
AHAD
Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA) Bukit Kiara Off Jalan Damansara
10.00 pagi
Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara-Perkara yang Disuruh, Bab Yakin dan Tawakkal)
16 April 2006 AHAD
Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya
Selepas Maghrib
Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman, Bab Solat sebahagian dari Iman, dan Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan iman kamu…” [al-Baqarah 143] yakni Solat kamu di Baitullah)

Perahu Kau, Perahu Aku

Aslm wbt. Ini sajak pertama aku dan yang terakhir aku pernah buat..Dah lama dah ditulis..Kalau faham maksud tersiratnya, fahamlah, kalau tak faham jangan malu bertanya.

Perahu kau, Perahu aku

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Kau kata perahu kau yang paling cantik, aku kata perahu aku yang paling baik,

Aku kata kata perahu aku tidak mudah terbalik, kau kata perahu kau yang paling terbaik.

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Kita mahu tiba di lokasi yang sama, tapi perahu kita berbeza,

Kau kata aku curi penumpang kau, aku kata kau yang curi penumpang aku.

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Bila bah melanda, khidmat kita tiba,

Tapi kenapa kita selalu tidak sekepala,

Kau kacau perahu aku, aku kacau perahu kau.

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Di depan kita menanti mangsa yang hiba,

Menanti kita membawa perahu menyelamatkan mereka,

Bila perahu tiba mereka bersorak gembira.

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Tapi mereka terpinga-pinga,mahu guna perahu siapa,

Perahu kau, perahu aku, perahu aku, perahu kau

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Ada yang naik perahu kau, ada yang naik perahu aku,

Kau cuba curi penumpang aku, aku cuba curi penumpang kau,

Kau marah, aku geram.

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Kau simbah air dalam perahu aku, aku tuang air dalam perahu kau,

Kau bocorkan perahu aku, aku kopakkan perahu kau,

Siapa salah, salah kita.

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Mereka yang ada semuanya karam, hanya yang tinggal yang pandai menyelam,

Perahu aku tenggelam, perahu kau karam,

Penumpang aku mati tak pandai menyelam, penumpang kau mati sebab tenggelam,

Siapa salah, aku salah, kau salah.

Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,

Kenapa kita tak pernah sekepala,

Sedangkan matlamat semuanya sama,

Menyelamatkan mangsa bah yang melanda,

Tapi kenapa kau asyik dengan perahu kau, aku asyik dengan perahu aku,

Kenapa aku, kenapa kau,

Kau kenapa, aku kenapa.