Archive for April, 2006


Bukan Salah Aku di rogol!

Assalamualaikum WBT.

Haha. Apalah tajuk aku ni. Memanglah bukan salah aku dirogol, yang salahnya bila berzina, meliwat, tengok cerita ‘blue’ dan lain-lain.

Ok jom baca apa yang aku nak tulis.

Pernah baca tak dalam surat-surat khabar, tengok dalam berita kat TV, dengar dalam berita kat radio, kes budak bawah umur kena perkosa.

Ada beberapa situasi yang menarik perhatain (bagi aku lah)

1- Undang-undang kat Malaysia, kalau lelaki berzina dengan budak perempuan bawah umur, maka tuduhan rogol akan dikenakan.

Komen aku: Sebab tu ramai budak lelaki merengkok dalam Henry Gurney dan lain-lain atas tuduhan rogol yang dibuat suka sama suka. Huih! Sedaplah ye budak-budak perempuan zaman sekarang, dah sedap-sedap ‘main’ dengan budak lelaki tu, maka kalau lepas tu rasa menyesal, bolehlah lapor kat polis, biar budak laki kena tangkap. Tak pun kalau rasa dah tak suka budak laki tu, bolehlah lapor kat poliskan!! Huhu, mana pergi pejuang hak asasi manusia? Ni budak lelaki di aniaya ni, kalau nak tangkap, tangkap lah lelaki dengan perempuan sekali sebab berzina. Apalak tuduhan rogol! Mana pergi aktivis-aktivis feminis yang konon perjuangkan keadilan, apsal kamu semua senyap. Maka, kesimpulan undang-undang ni tak adil, apa kejadahnya suka sama suka, pastu tuduhan rogol. Patutnya tuduhan zina.

2- Kes budak perempuan di rogol oleh lelaki yang sama, di tempat-tempat yang berbeza, pada waktu-waktu yang berbeza, dan di mana antara waktu-waktu tersebut sempat pula budak perempuan tu balik rumah.

Komen aku: Macam mana boleh jadi kat tempat-tempat berbeza kecuali kalau bukan perempuan tu yang pergi kat tempat tu. Kalau kena kurung dek lelaki tu, mesti budak tu tak dapat balik rumah. Jadi, patutke masuk kes rogol. Dahlah antara satu waktu dengan waktu yang lain jauh tempohnya. Ini menunjukkan perempuan tu yang dengan rela ikut lelaki tu pergi tempat tu. Kalau dah kena rogol dengan lelaki tu, buat apa pergi jumpa dia lagi. Jadi patutke masuk kes rogol atau pun sebenarnya zina!

3- Di rogol teman yang baru dikenali selepas bersiar-siar dengan menaiki motosikal

Komen aku: Tu lah, kan Islam dah ajar,pergaulan bebas lelaki perempuan di larang. Yang pergi naik motor bersiar-siar dengan dia buat apa, dahlah baru kenal. Kan naik motor dengan lelaki bukan mahram tu haram, bergesel sana sini.

4- Di rogol teman lelaki ketika ‘dating’.

komen aku: Apa punya orang lah! Dah tau ‘dating’ haram. Yang kau pergi berdua-duaan dengan boyfriend kau di bawah pohon pisang buat apa. Dah lelaki kau bagi peluang, memanglah dia ambil.

Cukup 4 kes.

Maka akan berteriaklah pembela-pembela wanita dan hak asasi manusia, " Masri,membela perogol, menghina wanita, blablabla".

Aku akan membaca sambil tersengih menampakkan gigi aku. Apalah korang ni, bila polis suruh kita kunci rumah elok-elok supaya pencuri tak masuk, apsal tidak ada siapa yang pergi kata si polis nak bela pencuri, dan menyalahkan rumah yang dicuri.

Begitu juga, kalau motor korang kena curi sebab korang tak kunci, pasti polis akan cakap "Yang kau tak kunci siapa suruh". Adakah dalam situasi ni kamu semua akan kata polis membela pencuri?

Sama juga, apa yang aku nak, perempuan-perempuan semua jaga diri, ikut ajaran agama, jangan bagi peluang dekat insan-insan perogol ni. Jangan dedahkan diri kepada bahaya, jangan masuk lubuk buaya. Takkan itupun tak faham. 

Wallahu’alam

Wslm wbt

Orang Tutup Aurat Kena Rogol Gak!

Orang Tutup Aurat Kena Rogol Gak

Assalamualaikum WBT.

Mesti korang pernah dengar statement kat ataskan. Dakwwan wanita-wanita feminis yang berhempas pulas mempertahankan ‘wahyu’ yang mereka dapat untuk tidak menutup aurat. Alasan mudah, kata mereka orang tutup aurat kena rogol gak! Memang betullah cakap diorang ada pompuan tutup aurat kena rogol. Jom kita tengok kenyataan diorang ni, sesuai ke tak. Toksahlah aku berbuih bagi hadith ke, ayat al-Quran ke sebab diorang golongan feminis ni pasti tahu punye. Jom tengok dari segi logik!

Ok! Kalau benarlah pemakaian tidak mempengaruhi nafsu seks seseorang, aku mahu bertanya: Kenapa kalau suami isteri buat buat ‘kerja’ (halal beb) diorang, mesti bukak baju. Kenapa tak cakap je kat si isteri atau si suami, "Alah sayang, pakai jelah baju melayu dan kain pelikat awak, tak terangsang pun saya". Ada tak si suami sanggup tengok malam pertama si siteri dia sibuk pulak dalam bilik nak tutup aurat sepenuhnya. Aku nak tanya golongan feminis pulak, yang konon bangga memperjuang hak asasi manusia, kalau korang macam mana? Agak-agak suami-suami suka ke kalau malam pertama si isteri nak berpakaian punya span, siap tutup atas bawah? Jadi ini menunjukkan pemakaian dan nafsu seks berkaitan (kecuali bagi mereka yang berpenyakit).

Soalan kedua, kan golongan feminis (bukan semua) ni suka bercakap soal-soal liberal, membela seks-seks bebas, apa kata kamu semua pergi tengok kat web-web lucah, adakah manusia yang buat ‘freeshow’ tu akan pakai baju selengkapnya waktu nak buat aksi terkutuk tu atau dia akan bukak pakaian dia? Sekali lagi membuktikan pemakaian mempengaruhi nafsu seks?

Lagi apa yang kamu semua mahu, kenapa pelacur-pelacur tu memakai pakaian seksi, kenapa tidak berpakaian menutup keseluruhan badan? Ini semua kerana pakaian mempengaruhi rangsangan nafsu seks!

Jadi kesimpulan, hujah golongan feminis kononnya pakaian tidak mempengaruhi nafsu seks, dan maka tidak boleh dikaitkan dengan kes rogol adalah tertolak sama sekali. Mereka yang berhujah begini umpama manusia yang tidak normal, yang kalau bersama dengan pasangan masing-masing (lepas kahwin da!) akan memakai pakaian yang lengkap siap menutup aurat lagi. Maka hujah-hujah manusia tidak normal tidak boleh diguna pakai kepada manusia normal. Aku selaku manusia normal hanya akan menggunakan pemikiran yang normal. (Faham tak!)

Jadi, timbul pertanyaan, adakah patut wanita-wanita seksi dirogol, diraba dan lain-lain. Maka aku katakan bahawa ini isu berasingan. Kita tetap tidak bersetuju dengan perogol-perogol yang nafsunya teramat buas, mereka patut dihukum, akan tetapi seruan kita kepada wanita-wanita, "elakkanlah diri anda dari menjadi bahan rangsangan nafsu seks lelaki". Kalau anda sudah menutup aurat, menjaga tingkah laku dan hal-hal keselamatan yang lain, dan anda dirogol, maka anda bukanlah bersalah.

Jadi, kepada lelaki-lelaki, maka tundukkan pandangan, dan wanita pula tutuplah aurat sebab bukan semua lelaki kuat Iman nak tahan nafsu nampak perempuan seksi depan mata.

Wallahu’alam

Wslm WBT

perkara merosakkan tauhid: perkara 1: bomoh

Assalamualaikum WBT.

Sebagaimana tulisan-tulisan sebelum ini, aku ada menulis sikit tentang tauhid, maka kali ini aku mahu menulis sedikit tentang hal-hal yang merosakkannya. Sebelum aku sambung, ingin aku tegaskan di sini, tulisan aku bukan untuk mensyirikkan manusia sesuka hati, menyesatkan manusia sesuka hati, sebagaimana anggapan sesetengah pihak dalam isu kayu kokka. Aku mohon kalau mahu komen pun, biarlah yang bertempat, benda yang tiada kaitan, apa perlunya kaitkan dengan yang aku tulis. Apa kaitan aku tulis isu kayu kokka dengan salafi dan wahhabi?

Dan dengan alasan perpaduan, kononnya aku tidak patut bukak isu tu. Perpaduan apa? Kalau macam tu jangan timbul isu hukum hudud, sebab nanti orang yang sokong hudud dan tentang hudud berpecah, jangan timbul isu aurat sebab orang yang tutup aurat dan tak mahu tutup aurat takkan sekepala. Perpaduan apa yang kau mahu hah?

Bila isu kayu kokka aku sentuh, maknanya ia kaitan dengan bab syirik, jadi yang aku sentuh ialah orang yang percaya kayu kokka tu ada khasiat, lepas tu letak bawah bantal dan dapat elak bayi nangis. Jadi, apa bezanya kayu kokka dengan tangkal yang Rasulullah SAW larang. Ada pula yang bijak pandai jawab, aku suka kayu kokka je, aku buat tasbih je, aku buat hiasan je, etc. Aku nak cakap sikit, kau faham tak apa yang tertulis dalam artikel tu, maknanya kalau kau setakat suka, buat hiasan dan lain-lain adakah kau termasuk dalam melakukakn hal-hal yang merosakkan aqidah. takkan tu pun tak faham? Kalau kau percaya kayu kokka tu ada khasiat macam buah oren yang berkhasiat dengan vitamin C nya. Tunjukkanlah apa khasiatnya, kenapa ia dikatakan berkhasiat. Macam buah oren, doktor tak kata dia berkhasiat hanya semata-mata lepas bagi seorang makan, maka orang itu sihat. Tapi doktor bagitau kenapa ia berkhasiat, apa ada dalamnya, apa isi kandungannya. Jadi kalau kau tau khasiat kayu kokka tu macam buah oren, gunakanlah sahaja. Takkan itupun kau tak faham-faham lagi?

Hal-hal yang merosakkan tauhid ni aku petik secara ringkas dari buku Saudara Hafiz Firdaus Abdullah yang bertajuk ‘11 Perkara Yang Mencemari Kesucian Tauhid’. Aku cuma ambil beberapa hal sahaja yang selalu berlaku. Semoga Allah merahmati Saudara Hafiz Firdaus Abdullah atas usahanya menyebarkan agama Allah.

Perkara 1: berjumpa Bomoh

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِين

Dan di sisi Allah jualah anak kunci segala yang ghaib, tiada siapa mengetahuinya kecuali dia (al-An’aam 6:59)

Katakanlah ( wahai Muhammad): "Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." (al-A’raaf 7:188)

Maka golongan pendusta bomoh yang mendakwa mengetahhui sesuatu yang ghaib patut dijauhi. Mereka mendakwa tahu siapa yang merosakan rumah tangga, siapa mencuri barang kita dan lain-lain. Golongan seperti ini bukan baru sahaja wujud, bahkan wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Muawiah bin al-Hakam RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:

حدثني أبو الطاهر وحرملة بن يحيى. قالا: أخبرنا ابن وهب. أخبرني يونس عن ابن شهاب، عن أبي سلمة بن عبدالرحمن بن عوف، عن معاوية بن الحكم السلمي. قال: قلت يا رسول الله!

أمورا كنا نصنعها في الجاهلية. كنا نأتي الكهان. قال "فلا تأتوا الكهان" قال قلت: كنا نتطير. قال "ذاك شيء يجده أحدكم في نفسه، فلا يصدنكم

" Wahai Rasulullah SAW! Ada perkara yang kami lakukan semasa zaman jahilliah iaitu mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib. Rasulullah SAW menjawab, jangan mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib (sahih Muslim:5731, bab larangan menilik nasib dan mendatangi orang yang menilik)

orang yang mendakwa mengetahui hal-hal ghaib: (الكهان)

Rasulullah SAW melarang berjumpa bomoh, sabda Baginda SAW:

حدثنا محمد بن المثنى العنزي. حدثنا يحيى (يعني ابن سعيد) عن عبيدالله، عن نافع، عن صفية، عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم،

عن النبي صلى الله عليه وسلم. قال "من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

"Sesiapa yang emndatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, dan bertanya kepada dia tentang sesuatu, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam (Sahih Muslim:2230)

حدثنا موسى بن إسماعيل، ثنا حماد، ح وثنا مسدد، ثنا يحيى، عن حماد بن سلمة، عن حكيم الأثرم، عن أبي تميمة، عن أبي هريرة

أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم قال: "من أتى كاهناً" قال موسى في حديثه "فصدقه بما يقول" ثم اتفقا "أو أتى امرأةً" قال مسدد: "امرأته حائضاً أو أتى امرأةً" قال مسدد: "امرأته في دبرها؛ فقد برىء مما أنزل اللّه على محمَّدٍ صلى اللّه عليه وسلم

Sesiapa yang mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membenarkannya, atau menyetubuhinya isterinya yang haidh atau menyetubuhi isterinya melalui dubur, sesungguhnya dia terlepas (keluar) dari apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Abu Dau:3904, Kitab at-Tibb, bab berkenaan penilik nasib. Di sahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)

Ada pula yang mendakwa bahawa apa yang dikatakan oleh bomoh itu benar-benar berlaku. Renunglah pula hadith ini:

وحدثنا عبد بن حميد. أخبرنا عبدالرزاق. أخبرنا معمر عن الزهري، عن يحيى بن عروة بن الزبير، عن أبيه، عن عائشة. قالت: قلت: يا رسول الله! إن الكهان كانوا يحدثوننا بالشيء فنجده حقا. قال "تلك الكلمة الحق. يخطفها الجني فيقذفها في أذن وليه. ويزيد فيها مائة كذبة

Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah SAW! Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib itu menjhabrakan kepada kami sesuatu, kemudian kami dapati ia benar. Kata Rasulullah SAW: Itu adalah kalimah yang benar yang diambil oleh seorang jin dan dibisikkan kepada telinga pengikutnya, dan dia menambah padanya seratus kedustaan (sahih Muslim: 2228)

Mereka yang mengunjungi bomoh biasanya akan disuruh melakukan amalan-amalan tertentu, antara yang popular ialah sembelih kambing hitam, sembelih ayam jantan dan lain-lain lagi. Cukuplah hadith ini untuk mereka yang menyembelih di atas nama selain nama Allah SWT:

حدثنا زهير بن حرب وسريج بن يونس. كلاهما عن مروان. قال زهير: حدثنا مروان بن معاوية الفزاري. حدثنا منصور بن حيان. حدثنا أبو الطفيل، عامر بن واثلة. قال:

كنت عند علي بن أبي طالب. فأتاه رجل فقال: ما كان النبي صلى الله عليه وسلم يسر إليك؟ قال فغضب وقال: ما كان النبي صلى الله عليه وسلم يسر إلي شيئا يكتمه الناس. غير أنه قد حدثني بكلمات أربع. قال فقال: ما هن؟ يا أمير المؤمنين! قال (لعن الله من لعن والده. ولعن الله من ذبح لغير الله. ولعن الله من آوى محدثا. ولعن الله من غير منار الأرض)

"Allah melaknat orang yang melaknat ibu bapanya, Allah melaknat orang yang menyembelih kerana selain Allah, Allah melaknat orang yang melindungi ahli Bid’ah, dan Allah melaknat orang yang mengubah sempadan tanah (Sahih Muslim:1978, Kitab sembelihan, bab larangan menyembelih kerana selain Allah)

Sekian wallahu’alam. Wslm wbt.

قُلْ لا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلا ضَرًّا إِلا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Perempuan Tutup Aurat Bukan Baik pun!

12-04-2006

Perempuan Pakai Tudung Bukan Baik Pun!!!!

Assalamualaikum WBT.

Peh mesti lepas ni, budak-budak baik akan marah kat. Apa Masri ni, ada ke patut buat tajuk macam ni. Heheh baik korang baca blog aku sampai habis, baru komen.

Apa kita nak jawab, kalau kita tegur adik kita, kawan kita, awek kita, bini kita dan sesiapa sahaja makhluk yang bernama perempuan yang wajib menutup aurat. Aku jenguk-jenguk beberapa forum budak-budak baya aku, portal-portal budak matriks, maka aku jumpa satu persoalan yang menyatakan " Don’t Judge a Book by It’s Cover". Pendek ceritalah, dia nak kata janganlah kita nak kata mereka yang tak tutup aurat sebagai makhluk yang jahat, ataupun yang tutup aurat ni konon-konon hamba Allah yang taat. Lebih kurang gitulah maksudnya.

Sekali dia cakap macam tu, mesti kita yang nak tegur tu rasa tercabar (yeke?). Tapilah aku rasalah, apa diorang kata nonsense macam budak tak pergi sekolah. Oi! Takkanlah orang nak buat cover kitab hadith, tafsir, buku matematik, bahasa melayu ect dgn gambar perempuan tengah posing gila menggoda menggoncang iman. Kau pernah nampak ke buku-buku tu disaluti gambar-gambar bogel. Kalau ikut otak budak-budak yang macam tu, makanya halallah kita nak buat cover buku-buku tu dengan gambar porno, betul tak wahai insan-insan feminis sekalian?. Allah dan bagi akal tu, gunalah sikit. Orang kafir pun tak fikir macam tu. Takdenye orang kafir, atau sami kat kuil tu nak balut kitab agama diorang dengan gambar bogel, porno, lucah etc. Ni insan-insan feminis yang konon otak maju menggunakan istilah yang tak relevan ‘ Don’t Judge A Book By It’s Cover.

Maka berkokoklah mereka berkata, meh kita lihat, tengak budak-budak tutup aurat pun buat maksiat gak. Tengok kat taman bunga, dok main ringan-ringan dengan balak lagi. Siap tangan balak merayap bawah tudung. Tu baru ringan-ringan, ada yang sampai dah tahap ‘berat-berat’, takkan dah lupa kot cerita seks gadis bertudung dalam internet dulu!! Maka berseronoklah insan-insan yang mahu mempertahankan promosi murahan tubuh mereka. Apa lah budak-budak feminis ni (dan orang yang nak perjuang hak asasi peribadi sampai berbogel pun boleh)? Memanglah ada budak yang tutup aurat buat maksiat. Habis tu kau nak pukul rata yang pakai tutup aurat buat maksiat, jadi kesimpulan jangan tutup aurat. Apalah singkat benar pemikiran kamu wahai insan-insan yang konon berfikiran maju. Kalau kau nak berjaya dalam pelajaran, kau nak banding diri kau dengan budak yang asyik tak lulus periksa ke atau kau nak banding dengan budak yang result selalu gempak? Kalau kau nak berjaya dalam perniagaan, kau nak banding dengan orang yang asyik makan gaji, atau orang yang dah kaya-raya dengan perniagaannya. Jadi, pendek kata, kalau kau nak berjaya, maka bandingkanlah dengan orang yang lebih berjaya daripada kau. Jadi, dah kau pergi banding diri kau dengan budak-budak yang tutup aurat yang tak reti jaga maruah apsal? Pergilah banding diri kau dengan budak-budak yang tutup aurat, yang jaga maruah, pendek kata budak-budak yang jaga tatatusila agama dan baik akhlak peribadinya. Takkan tu pun tak reti. Benda mudah kau cari jalan pusing sana, pusing sini, konar sana, konar sini.

Oklah. Aku nak buat sedikit perbandingan. Dialog yang aku reka antara seorang polis dengan penagih dadah:

Polis: Kau tahu tak hisap dadah ni tak elok. Merbahaya. Blalalala. Boleh dihukum blablabla.

Penagih dadah: Eh polis. Macamlah orang yang tak hisap dadah tu baik sangat. Ada yang gak yang bunuh orang, rogol anak orang!

Dialog polis dengan pembunuh:

Polis: Yang kau bunuh dia buat apa. Kau tahu tak, zalim perbuatan kau tu.

Pembunuh: Hek elleh. Macamlah manusia yang tak bunuh orang tu baik sangat. Aku bunuh je. Ada manusia tu tak bunuh orang tapi dia rogol anak sendiri, liwat anak orang, dera bini sendiri. Lagi zalim apa!

Jadi apa kesimpulannya: Aku tahulah nak tutup aurat tu bukan tugas aku nak paksa. Aku kalau budak yang tak nak tutup aurat tu jawab "Insya-Allah, bila sampai masa saya tutup aurat" sedap sikit telinga aku dengar. Takpun, " Terima Kasih ye sebab nasihatkan saya". Tak pun kalau korang tak nak jawab apa-apa kat orang yang nasihat korang tu, senyap-senyap dahle. Janganlah bagi alasan bodoh macam tu.

Ini juga satu peringatan dekat manusia yang mahu menasihati mereka. Janganlah kurang ajar sangat pergi cakap "Kau ni apa tak tutup aurat, nama je selalu solat, baik tak yah solat". Hei, siapa ajar kau buat macam tu. Dia tak tutup aurat kes lain, dia solat kes lain. Tu kira elok dia solat, kalau dia tak solat langsung? Jadi, bila nak tegur jangan babitkan hal lain, kalau dia silap bab aurat, tegur bab aurat jelah. janganlah pergi bukak bab lain. Aku cakap macam ni sebab aku selalu dengar orang cakap " Kau ni sia-sia jelah solat, aurat kau bukak gak depan bukan mahram", " Kau ni baik kau bukak jelah tudung kau tu, macam aku tak tahu pagi tadi kau tak solat Subuh" dan lain-lain. Janganlah buat macam tu, sebab satu silap dia kau nak balun semua peribadi dia.

Oklah wahai kawan-kawan sekalin. Sekian sahaja. Wslm Wbt.

1

Kekarutan Khurafat Kayu Kokka Yang Mensyirikkan

Kekarutan Kayu Kokka Yang Khurafat Dan Mensyirikkan

Kekarutan Sekitar Kayu Kokka
Oleh: Abu Abd Rahman Al Madini.
(Musim Haji Tahun 1426H)

Kokka yang ajaib

“Adik, kat mana saya nak beli tasbih Kokka?”
“Ustaz ada orang pesan saya kayu Kokkalah, sini murah tak?”
“Aku dah beli dah, berkilat engkau…wangi lagi.”

Ungkapan-ungkapan begini amat sinonim bagi pengunjung Tanah Haram pada musim haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah yang datang dari jauh dengan membawa panji tauhid dalam talbiah mereka kadangkala turut terpukau dengan karut marut serta khurafat yang datang bersama kayu Kokka.

Apakah dia kayu Kokka yang telah mencuri perhatian ramai di kala ini?

Kononnya kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya antara semua kayu di atas muka bumi dan hanya terdapat di negara tertentu seperti Turki dan Mesir. Ianya telah digunakan sejak zaman nabi-nabi lagi. Bahan asas bahtera nabi Nuh adalah kayu Kokka, tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib juga di ambil daripada kayu Kokka!!

Kini Kokka menjadi buruan orang ramai di Malaysia. Ia boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual buku agama, minyak atar dan kaset agama dalam pelbagai bentuk seperti loket, mata cincin, cincin belah rotan, untaian tasbih ataupun butiran tasbih bahkan krim dan minyak.

Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan ialah ia boleh menjadi penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu terdapat kisah-kisah pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita yang direka-reka bagi melariskan barangan ataupun mainan serta tipu daya syaitan yang berbentuk khayalan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyesatkan orang beriman serta melalaikan mereka dari bergantung serta bermohon kepada Allah.

Dalil bahawa ianya tipu daya syaitan ialah satu athar (riwayat) daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya dia memotong pintalan tali yang telah dijampi yang dipakai oleh isterinya. Lalu isterinya berkata, “Mataku sakit, sekiranya aku mengenakan jampi aku merasa lega dan jika aku tinggalkannya sakitku menyeksa.” Ibnu Mas’ud menjawab, “Yang sebenarnya ini adalah kerja syaitan. Sekiranya engkau mengingkarinya ia menyakitkanmu dan jika engkau taatinya ia membiarkanmu”. [lihat Sunan Ibn Majah (no.3530].

Persoalan yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal agama. Perkara agama mestilah berpaksikan dalil yang sahih untuk diamalkan. Dalil dalam perkara agama mestilah dari Quran, hadith yang sahih dan hasan, serta ijmak. Jika tidak amalan hanya akan menjadi sia-sia dan mungkin mengundang dosa sahaja.

Justeru, kita wajib percaya bahawa nabi Nuh alaihissalam membina bahtera kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah asas yang sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa bahtera itu daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui bahawa ianya daripada Kokka?

Sumber cerita Israiliyyat (jikalau ada) ia hanyalah khabar dan bukanlah hujah yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung daripada bala atau musuh serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam kisah ajaib kayu Kokka.

Seterusnya, kalaulah benar kayu Kokka adalah bahan bahtera nabi Nuh, siapakah yang pernah melihat bahtera tersebut ataupun menjumpainya? Ataupun sekurang-kurangnya serpihan bahtera baginda untuk kita katakan sebagai sumber arkeologi.

Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine. Ini adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat juga Torakh: Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood. Penafsir Injil menyatakannya sebagai pokok cypruss. Lihat (www.keyway.com)]

Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari (20/17)]

Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab) sendiri tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita kokka?!

Kenapakah nabi Sulaiman alaihissalam tidak disebut bersama? Adakah kerana tongkat baginda telah dimakan anai-anai? (serangga perosak mungkin tidak dapat mendekati Kokka) ataupun baginda tidak tahu tentang kayu Kokka? Mustahil!!

Saya tertarik dengan hujah ringkas seorang jemaah Haji yang pintar dalam mengulas pamphlet khasiat kokka yang banyak tersebar yang menyebut (dengan izin Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu telah memakainya dan tubuh mereka menjadi kebal…) Ujarnya: "Kalaulah Kokka ni macam yang disebut-sebut kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai kayu kokka semasa berperang kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!"

Tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera dan tongkat tersebut namun ramai yang tahu ianya diperbuat daripada kayu Kokka. Inilah sebenarnya keajaiban Kokka.

Mensyukuri nikmat Iman

Iman adalah nikmat Allah yang agung yang dikurniakan bagi hamba-Nya yang Dia kehendaki. Memeliharanya adalah kewajiban yang sangat penting memandangkan nilainya yang amat tinggi bahkan ia tidak ternilai. Ia mudah terhakis dari hati mukmin sekiranya dia melakukan dosa samada besar maupun kecil. Ia adalah satu-satunya barang dagangan sang insan apabila dia dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat.

Oleh itu, janganlah sampai barang dagangan kita tergadai di dunia lagi dengan melakukan syirik. Sesungguhnya syirik menafikan iman dan menghapuskannya. Serta ketahuilah bahawa pintu-pintu syirik kadangkala amatlah halus dan sukar dilihat mata kasar sehingga disebut bahawa ia lebih sukar dilihat daripada kaki semut hitam yang merayap di atas batu yang legam pada malam yang amat kelam.

Mengetahui perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesyirikan adalah penyebab yang boleh menyelamatkan kita dari bahaya syirik. Jesteru, kita hendaklah bersyukur dengan sebenar-benarnya pada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat iman serta memberikan kita ilmu yang mampu menjadi benteng pemelihara iman.

Syirik dalam ‘Kokka’

Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang merupakan hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada hak-hak tersebut pada yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan Allah dengan yang lain pada hak-hak yang khas bagi Allah.

Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki. Oleh yang demikian orang yang berkata, “Rezeki saya di tangan fulan,” telah melakukan syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu memberi rezeki pada selain dari Allah.

Firman Allah SWT bermaksud:
”(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki kepadamu dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah yang mengatur segala urusan? Lalu mereka menjawab ‘Allah’, maka katakanlah (kepada mereka) mengapa kamu tidak bertaqwa.)” [Yunus: 31]

Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta nama-Nya. Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan seperti tangan kita, Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk ataupun kita menamakan anak dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah kufur dan syirik yang mesti di jauhi.

Firman Allah yang bermaksud:
”(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.) [Syura: 11]

Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti tangkal, pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat adalah hak Allah yang khas baginya.

Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, “Saya tak sembah selain daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji…semuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya memakai kayu Kokka kamu kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan yang berat!”

Seorang muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak hanya meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat merangkumi amalan lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti rukun Islam yang lain serta lain-lain amalan anggota seperti tolong menolong dan berpakaian, dan yang paling hebat dan agung ialah amalan hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas, khusyu’, takut, berharap dan tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak Allah secara mutlak dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya.

Di manakah syiriknya?

Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau apa-apa sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara tersebut mempunyai keupayaan tertentu: Nota penyunting) telah melakukan syirik dalam tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan melakukan sebab yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya yang mampu memberi manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau tangkal atau sebarang jampi serapah yang menyalahi syara’ dan sunnah Rasulullah SAW.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi Rasullullah SAW bersabda, maksudnya: (Barangsiapa menggantungkan sesuatu [dengan tujuan berlindung daripada bencana atau memohon manfaat] maka pergantungannya adalah pada benda itu). [lihat Sunan Tarmizi (no 2072)]

Dalam hadith yang lain baginda telah bersabda, maksudnya: (Barangsiapa yang mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/154)]

Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya ada beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan pemakai terhadap benda-benda ini.

Peringkat pertama.

Sekiranya dia beri’tiqad bahawa benda-benda ini mempunyai kuasa yang mampu memberi manfaat atau menolak bencana dengan sendirinya maka dia telah terjerumus ke jurang syirik besar yang membatalkan iman dan syahadah. Perbuatannya juga telah membatalkan seluruh amalan baik yang telah dilakukan. Ini kerana ia telah bertawakal pada yang lain selain daripada Allah. Lebih teruk daripada itu ia bertawakal pada benda yang langsung tidak mampu memberi manfaat padanya maupun menolak sebarang bencana baik secara logik akal apatah lagi di sisi syarak yang telah menafikannya dari awal lagi.

Peringkat kedua.

Sekiranya dia beri’tiqad bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat dan menolak bala bencana, namun dia menggunakan benda-benda ini sebagai sebab atau alat untuk mandatangkan manfaat daripada Allah dan menolak bala -sebagaimana orang sakit memakan ubat sebagai penyebab untuk sembuh atau pemburu menggunakan senapang untuk membunuh-, sesungguhnya dia telah tergelincir ke dalam lembah syirik kecil. Yang demikian kerana dia telah mereka-reka perkara dalam agama yang tidak diizinkan oleh Allah di samping mendakwa bahawa Allah menyukai perkara yang ia lakukan. [lihat: Fath al-Majid (m.s 104)]

Terdapat perbezaan antara Kokka dan seumpamanya dengan ubat dan senapang. Ubat dan senapang sebab dan akibatnya adalah zahir, sementara Kokka sebab dan akibatnya tidak zahir. Kalau seseorang berkata, “Bawalah senapang ini. Musuh akan takut.” Kata-katanya diterima akal. Inilah maksud zahir. Lantas ianya dibenarkan. Namun kalau disebut, “Jika anda membawa tasbih ini musuh akan takut,” orang yang berkata tadi mestilah membawa dalil yang lain bagi menyokong dakwaannya kerana sebabnya tidak zahir.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husoin bahawasanya Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning di tangannya. Lalu baginda bertanya, (Apakah ini?) Lelaki itu menjawab, “Penangkal Wahinah” [sejenis penyakit pada lengan] Baginda lantas bersabda, (Tanggalkannya! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya.) Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang hasan. [lihat Musnad Imam Ahmad (4/445)]

Syirik yang kecil tidak bererti dosa yang kecil. Bahkan sebesar-besar dosa selepas syirik yang besar adalah syirik kecil kerana ia boleh membawa kepada syirik yang besar.

Kafarah bagi orang yang melakukan syirik yang kecil ialah dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat sahajalah yang mampu menyucikan dosa syirik. Kendatipun telah melakukan syirik, pelaku syirik yang kecil tidak akan kekal di dalam neraka. Setelah dosanya dibersihkan dengan azab dan seksa yang maha pedih, dia akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga.

Berhubung dengan pemakaian kayu Kokka atau seumpamanya dengan tujuan saja-saja seperti melawa atau seumpamanya, perkara ini mesti ditinggalkan. Ini kerana ia merupakan perbuatan ahli bid’ah dan kita dilarang dari menyerupai mereka kerana peniruan gaya hidup menunjukkan keredhaan dan kesukaan kita pada perkara tersebut. Apatah lagi para pelajar agama dan para Hujaj (Haji dan Hajah) yang menjadi teladan di tanah air.

Dalam sebuah hadith daripada Ruwaife’ bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya, Maksudnya: (Wahai Ruwaife’, engkau mungkin akan hidup lama. Khabarkanlah kepada sekelian orang bahawasanya barangsiapa yang mengikat janggutnya atau menggantungkan tali panah pada haiwannya [untuk mengelak 'ain] atau beristinja’ dengan tahi binatang sesungguhnya Muhammad SAW berlepas diri daripadanya.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/108-109)]

Sebab larangan mengikat janggut adalah kerana ia perbuatan ahli majusi. Ianya merupakan simbol serta gaya hidup mereka dan kini ia dipopularkan oleh trend muzik global seperti hiphop dan alternatif. Rasulullah SAW melarang dari meniru mereka dan berlepas diri daripada orang yang meniru mereka walaupun ia tidak memasuki agama majusi .[lihat Fath Majid (m.s 152)]

Contoh yang lain ialah serban. Hukum asal memakai serban adalah harus bahkan ada yang mengatakan sunnah. Namun jika ia dililit seperti lilitan penganut agama sikh hukumnya menjadi haram kerana menyamai perkara yang menjadi simbol mereka begitu juga jika dipakai seperti gaya kumpulan sufi penyembah kubur yang banyak di India. Ia adalah simbol ahli bid’ah yang tidak harus ditiru walaupun dengan tujuan saja-saja.

Menurut ulama, tiada suatu bid’ahpun yang dilakukan melainkan suatu sunnah (yang bertujuan seumpama bid’ah tadi) telah dimatikan.

Tanyakanlah pemakai kayu kokka, adakah dia mengamalkan zikir pagi dan petang seperti sunnah Nabi SAW sebagai pelindung untuk setiap hari? Adakah dia tahu doa yang Nabi SAW baca untuk melindungi cucu baginda SAW Hasan dan Husin dari terkena ‘ain dan syaitan ataupun dia menggolekkan butir kokka pada dahi anaknya sahaja? Adakah dia mengamalkan doa sebelum tidur yang boleh menjauhkannya dari sihir ataupun dia hanya meletakkan butir Kokka di bawah bantal? Lihatlah sunnah Nabi SAW yang ditinggalkan akibat bid’ah Kokka!

Untuk bersikap insaf saya akui kemungkinan Kokka mengandungi zat dan khasiat perubatan (meskipun belum pernah dikemukakan secara klinikal) untuk mengubati sesetengah penyakit. Mungkin!! Namun pegangan karut seperti penangkal, pelemah musuh, anak menangis, penghalau hantu dan sihir amatlah tidak dapat diterima.

Akhir kata saya memohon taufik daripada Allah Taala buat kita semua, moga-moga kita akan selamat dari fitnah dan ujian-Nya.

Ingatlah, tawakal atau pergantungan adalah bentuk ibadat yang sangat hebat dan tinggi darjatnya. Allah berjanji akan memasukkan hamba-Nya yang benar dalam tawakalnya kepada Allah ke dalam syurga tanpa perlu dihisab apatah lagi diazab. Wa Allahu a`lam.

Sumber: www.tranungkite.net dengan sedikit pindaan dan suntingan . Tajuk asal artikel: Keajaiban Kayu Kokka