perkara merosakkan tauhid: perkara 1: bomoh
Assalamualaikum WBT.
Sebagaimana tulisan-tulisan sebelum ini, aku ada menulis sikit tentang tauhid, maka kali ini aku mahu menulis sedikit tentang hal-hal yang merosakkannya. Sebelum aku sambung, ingin aku tegaskan di sini, tulisan aku bukan untuk mensyirikkan manusia sesuka hati, menyesatkan manusia sesuka hati, sebagaimana anggapan sesetengah pihak dalam isu kayu kokka. Aku mohon kalau mahu komen pun, biarlah yang bertempat, benda yang tiada kaitan, apa perlunya kaitkan dengan yang aku tulis. Apa kaitan aku tulis isu kayu kokka dengan salafi dan wahhabi?
Dan dengan alasan perpaduan, kononnya aku tidak patut bukak isu tu. Perpaduan apa? Kalau macam tu jangan timbul isu hukum hudud, sebab nanti orang yang sokong hudud dan tentang hudud berpecah, jangan timbul isu aurat sebab orang yang tutup aurat dan tak mahu tutup aurat takkan sekepala. Perpaduan apa yang kau mahu hah?
Bila isu kayu kokka aku sentuh, maknanya ia kaitan dengan bab syirik, jadi yang aku sentuh ialah orang yang percaya kayu kokka tu ada khasiat, lepas tu letak bawah bantal dan dapat elak bayi nangis. Jadi, apa bezanya kayu kokka dengan tangkal yang Rasulullah SAW larang. Ada pula yang bijak pandai jawab, aku suka kayu kokka je, aku buat tasbih je, aku buat hiasan je, etc. Aku nak cakap sikit, kau faham tak apa yang tertulis dalam artikel tu, maknanya kalau kau setakat suka, buat hiasan dan lain-lain adakah kau termasuk dalam melakukakn hal-hal yang merosakkan aqidah. takkan tu pun tak faham? Kalau kau percaya kayu kokka tu ada khasiat macam buah oren yang berkhasiat dengan vitamin C nya. Tunjukkanlah apa khasiatnya, kenapa ia dikatakan berkhasiat. Macam buah oren, doktor tak kata dia berkhasiat hanya semata-mata lepas bagi seorang makan, maka orang itu sihat. Tapi doktor bagitau kenapa ia berkhasiat, apa ada dalamnya, apa isi kandungannya. Jadi kalau kau tau khasiat kayu kokka tu macam buah oren, gunakanlah sahaja. Takkan itupun kau tak faham-faham lagi?
Hal-hal yang merosakkan tauhid ni aku petik secara ringkas dari buku Saudara Hafiz Firdaus Abdullah yang bertajuk ‘11 Perkara Yang Mencemari Kesucian Tauhid’. Aku cuma ambil beberapa hal sahaja yang selalu berlaku. Semoga Allah merahmati Saudara Hafiz Firdaus Abdullah atas usahanya menyebarkan agama Allah.
Perkara 1: berjumpa Bomoh
Dan di sisi Allah jualah anak kunci segala yang ghaib, tiada siapa mengetahuinya kecuali dia (al-An’aam 6:59)
Katakanlah ( wahai Muhammad): "Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." (al-A’raaf 7:188)
Maka golongan pendusta bomoh yang mendakwa mengetahhui sesuatu yang ghaib patut dijauhi. Mereka mendakwa tahu siapa yang merosakan rumah tangga, siapa mencuri barang kita dan lain-lain. Golongan seperti ini bukan baru sahaja wujud, bahkan wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Muawiah bin al-Hakam RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
حدثني أبو الطاهر وحرملة بن يحيى. قالا: أخبرنا ابن وهب. أخبرني يونس عن ابن شهاب، عن أبي سلمة بن عبدالرحمن بن عوف، عن معاوية بن الحكم السلمي. قال: قلت يا رسول الله!
أمورا كنا نصنعها في الجاهلية. كنا نأتي الكهان. قال "فلا تأتوا الكهان" قال قلت: كنا نتطير. قال "ذاك شيء يجده أحدكم في نفسه، فلا يصدنكم
" Wahai Rasulullah SAW! Ada perkara yang kami lakukan semasa zaman jahilliah iaitu mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib. Rasulullah SAW menjawab, jangan mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib (sahih Muslim:5731, bab larangan menilik nasib dan mendatangi orang yang menilik)
orang yang mendakwa mengetahui hal-hal ghaib: (الكهان)
Rasulullah SAW melarang berjumpa bomoh, sabda Baginda SAW:
حدثنا محمد بن المثنى العنزي. حدثنا يحيى (يعني ابن سعيد) عن عبيدالله، عن نافع، عن صفية، عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم،
عن النبي صلى الله عليه وسلم. قال "من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
"Sesiapa yang emndatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, dan bertanya kepada dia tentang sesuatu, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam (Sahih Muslim:2230)
حدثنا موسى بن إسماعيل، ثنا حماد، ح وثنا مسدد، ثنا يحيى، عن حماد بن سلمة، عن حكيم الأثرم، عن أبي تميمة، عن أبي هريرة
أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم قال: "من أتى كاهناً" قال موسى في حديثه "فصدقه بما يقول" ثم اتفقا "أو أتى امرأةً" قال مسدد: "امرأته حائضاً أو أتى امرأةً" قال مسدد: "امرأته في دبرها؛ فقد برىء مما أنزل اللّه على محمَّدٍ صلى اللّه عليه وسلم
Sesiapa yang mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membenarkannya, atau menyetubuhinya isterinya yang haidh atau menyetubuhi isterinya melalui dubur, sesungguhnya dia terlepas (keluar) dari apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Abu Dau:3904, Kitab at-Tibb, bab berkenaan penilik nasib. Di sahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)
Ada pula yang mendakwa bahawa apa yang dikatakan oleh bomoh itu benar-benar berlaku. Renunglah pula hadith ini:
وحدثنا عبد بن حميد. أخبرنا عبدالرزاق. أخبرنا معمر عن الزهري، عن يحيى بن عروة بن الزبير، عن أبيه، عن عائشة. قالت: قلت: يا رسول الله! إن الكهان كانوا يحدثوننا بالشيء فنجده حقا. قال "تلك الكلمة الحق. يخطفها الجني فيقذفها في أذن وليه. ويزيد فيها مائة كذبة
Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah SAW! Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib itu menjhabrakan kepada kami sesuatu, kemudian kami dapati ia benar. Kata Rasulullah SAW: Itu adalah kalimah yang benar yang diambil oleh seorang jin dan dibisikkan kepada telinga pengikutnya, dan dia menambah padanya seratus kedustaan (sahih Muslim: 2228)
Mereka yang mengunjungi bomoh biasanya akan disuruh melakukan amalan-amalan tertentu, antara yang popular ialah sembelih kambing hitam, sembelih ayam jantan dan lain-lain lagi. Cukuplah hadith ini untuk mereka yang menyembelih di atas nama selain nama Allah SWT:
حدثنا زهير بن حرب وسريج بن يونس. كلاهما عن مروان. قال زهير: حدثنا مروان بن معاوية الفزاري. حدثنا منصور بن حيان. حدثنا أبو الطفيل، عامر بن واثلة. قال:
كنت عند علي بن أبي طالب. فأتاه رجل فقال: ما كان النبي صلى الله عليه وسلم يسر إليك؟ قال فغضب وقال: ما كان النبي صلى الله عليه وسلم يسر إلي شيئا يكتمه الناس. غير أنه قد حدثني بكلمات أربع. قال فقال: ما هن؟ يا أمير المؤمنين! قال (لعن الله من لعن والده. ولعن الله من ذبح لغير الله. ولعن الله من آوى محدثا. ولعن الله من غير منار الأرض)
"Allah melaknat orang yang melaknat ibu bapanya, Allah melaknat orang yang menyembelih kerana selain Allah, Allah melaknat orang yang melindungi ahli Bid’ah, dan Allah melaknat orang yang mengubah sempadan tanah (Sahih Muslim:1978, Kitab sembelihan, bab larangan menyembelih kerana selain Allah)
Sekian wallahu’alam. Wslm wbt.
قُلْ لا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلا ضَرًّا إِلا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ