Archive for May, 2006


Mari Berselawat Mengikut Sunnah

x قال البخاري عند تفسير هذه الاَية: حدثنا سعيد بن يحيى بن سعيد, أخبرنا أبي عن مسعر عن الحكم عن ابن أبي ليلى. عن كعب بن عجرة قال: قيل يارسول الله أما السلام عليك فقد عرفناه, فكيف الصلاة ؟ قال: «قولوا اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على آل إبراهيم , إنك حميد مجيد, اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد».

al-Bukhari berkata di dalam tafsirnya kepada ayat ini:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah, dia berkata: Di katakan, wahai rasulullah SAW, adapun tentang memberi salam kepadamu, sesungguhnya kami telah mengetahuinya, bagaimana dengan berselawat? Berkata Rasulullah SAW: Katakanlah : Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

وقال الإمام أحمد: حدثنا محمد بن جعفر, حدثنا شعبة عن الحكم قال: سمعت ابن أبي ليلى قال: لقيني كعب بن عجرة فقال: ألا أهدي لك هدية ؟ خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلنا: يا رسول الله قد علمنا أو عرفنا كيف السلام عليك, فكيف الصلاة ؟ فقال: «قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على آل إبراهيم , إنك حميد مجيد, اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد» وهذا الحديث قد أخرجه الجماعة في كتبهم من طرق متعددة عن الحكم وهو ابن عتيبة, زاد البخاري وعبد الله بن عيسى كلاهما عن عبد الرحمن بن أبي ليلى فذكره.

Imam Ahmad berkata: Ibn Abi Layla berkata: Ka’ab bin ‘Ujrah berjumpakau dan berkata: Tidak patutkah aku memberikan kamu hadiah? Telah keluar Rasulullah SAW kepada kami dan kami berkata: Wahai Rasulullah SAW kami telah tahu bagaimana untuk menyampaikan salam kepada kamu, bagaimana dengan selawat? Kata Rasulullah SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Hadith ini diwayatkan oleh Jamaah di dalam kitab mereka dengan sanad yang berbeza-beza.

وقال ابن أبي حاتم: حدثنا الحسن بن عرفه, حدثنا هشيم بن بشير عن يزيد بن أبي زياد, حدثنا عبد الرحمن بن أبي ليلى عن كعب بن عجرة قال: لما نزلت {إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً}, قال: قلنا يا رسول الله قد علمنا السلام عليك, فكيف الصلاة عليك, قال «قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم.إنك حميد مجيد, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيهم, إنك حميد مجيد» وكان عبد الرحمن بن أبي ليلى يقول وعلينا معهم. ورواه الترمذي بهذه الزيادة, ومعنى قولهم أما السلام عليك فقد عرفناه هو الذي في التشهد, الذي كان يعلمهم إياه كما كان يعلمهم السورة من القرآن, وفيه السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته.

Berkata Ibn Abi Hatim: Ka’ab bin ‘Ujrah berkata: Ketika turunnya ayat { Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah dan ucaplah salam ke atasnya}, kami berkata: Ya Rasulullah SAW sesungguhnya kami telah tahu memberi salam ke atas kamu, bagaimanakah pula berselawat kepada kamu. Jawab baginda SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana telah engkau berikan rahmat ke atas Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Agung. Dan adalah Abdul Rahman bin Abi Laili berkata ‘dan ke atas kami bersama mereka’. at-Tirmizi meriaywatkan dengan tambahan ini. Maksud kata mereka ‘ kami telah mengetahui salam ke atas kamu’, ia adalah di dalam tasyahhud, yang Nabi SAW mengajar mereka sebagaimana mengajar mereka surah dari al-Quran, padanya ada ‘ Salam, rahmat Allah dan berkatnya ke atas kamu wahai nabi’.

  (حديث آخر) قال البخاري: حدثنا عبد الله بن يوسف, حدثنا الليث عن ابن الهاد عن عبد الله بن خباب, عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قلنا يا رسول الله هذا السلام, فكيف نصلي عليك ؟ قال «قولوا اللهم صل على محمد عبدك ورسولك, كما صليت على آل إبراهيم, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم» قال أبو صالح عن الليث: على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم. حدثنا إبراهيم بن حمزة, حدثنا ابن أبي حازم والداوردي عن يزيد يعني ابن الهاد قال: كما صليت على إبراهيم, وبارك على محمد وآل محمد كما باركت على إبراهيم وآل إبراهيم. وأخرجه النسائي وابن ماجه من حديث ابن الهاد به.

Berkata al- Bukhari:

Dari Abu Sa’id al-Khudri ra, dia berkata: Kami berkata "Wahai rasulullah SAW, ini adalah salam kepadamu, maka bagaimanakah kamu berselawat kepadamu? Rasulullah SAW berkata: Katakanlah ‘ Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad hambaMu dan rasulMu, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Berkata Abu Soleh bahawa Laith berkata:  ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim. Ibrahim bin Hamzah memberitahu bahawa Ibn Abi Hazm dan al-Dawardi menyatakan bahawa Yazid iaitu Ibn al-Had berkata: Sebagaimana Engkau memberi rahmat kepada Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. an-Nasai dan Ibn Majah juga meriwayatkannaya daripada hadith Ibnu al-Had.

  (حديث آخر) قال الإمام أحمد: قرأت على عبد الرحمن مالك عن عبد الله بن أبي بكر عن أبيه عن عمرو بن سليم أنه قال: أخبرني أبو حميد الساعدي أنهم قالوا: يا رسول الله كيف نصلي عليك ؟ قال «قولوا اللهم صل على محمد وأزواجه وذريته, كما صليت على إبراهيم, وبارك على محمد وأزواجه وذريته كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد» وقد أخرجه بقية الجماعة سوى الترمذي من حديث مالك به.

Berkata Imam Ahmad: Dari Abu Humaid as-Sa’adi adalah mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? Jawab baginda SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, isteri-isterinya, dan zuriatnya sebagaimana Engkau memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad, isteri-isterinya, dan zuriatnya sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

  (حديث آخر) قال مسلم: حدثنا يحيى بن يحيى التميمي قال: قرأت على مالك عن نعيم بن عبد الله المجمر أخبرني محمد بن عبد الله بن زيد الأنصاري قال: وعبد الله بن زيد هو الذي كان أري النداء بالصلاة, أخبره عن أبي مسعود الأنصاري قال: أتانا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن في مجلس سعد بن عبادة, فقال له بشير بن سعد: أمرنا الله أن نصلي عليك يا رسول الله, فكيف نصلي عليك ؟ قال: فسكت رسول الله حتى تمنينا أنه لم يسأله, ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم في العالمين, إنك حميد مجيد, والسلام كما قد علمتم» وقد رواه أبو داود والترمذي والنسائي وابن جرير من حديث مالك به. وقال الترمذي: حسن صحيح.

Muslim berkata: Abu Mas’ud al-Ansori berkata: Kami telah datang kepada Rasulullah SAW dan kami bersama Sa’ad bin ‘Ubadah. Bashir bin Sa’id berkata kepadanya: Allah SWT memerintahkan kami untuk berselawat ke atas kamu wahai rasulullah SAW, maka bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? Rasulullah SAW mendiamkan diri hingga kami berharap dia tidak menyoalnya, kemudian baginda SAW berkata: Katakanlah Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim di alam ini, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Dan salam adalah sebagaimana yang kamu tahu. Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai’ dan Ibn jarir meriwayatkannya dari hadith Malek. Berkata at-Tirmizi: Hasan Sahih.

Assalamualaikum. Sila lihat tafsir Ibnu Kathir, tafsir bagi surah al-Maidah; 33:56. Lihat bagaimana para sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimanakah cara mereka untuk berselawat kepada baginda SAW. Jika bolehlag mereka-reka selawat sebagaimana yang di dakwa dilakukan oleh para sahabat, maka buat apalah mereka bertanya bagaimana mahu berselawat kepada Rasulullah SAW.

Selawat-selawat yang diriwayatkan secara sahih daripada sahabat ra menunjukkan bahawa selawat itulah yang di ajar oleh baginda saw. Sebagaimana selawat Ibn Mas’ud yang masyhur di dalam solat di mana selepas kewafatan baginda saw maka, mereka tidak lagi membaca ‘as-salamu’alaika’ akan tetapi mereka para sahabat ra membaca ‘as-salamu’alan nabi’. Selawat ini bukanlah rekaan mereka sebaliknya adalah tawqif kepada baginda saw kerana seperti tersebut di atas merekalah yang meminta Rasulullah SAW mengajarkan kepada mereka selawat.

Mereka iaitu para sahabat ra tidak pula tersebut di dalam riwayat-riwayat tersebut bahawa mereka mereka-reka atau mencipta-cipta selawat yang baru. Yang disebut mereka membaca, mereka mengajar tetapi tidak disebut mereka mencipta atau mereka-reka selawat.

Maka apalah kejadahnya kita meninggalkan selawat-selawat yang sahih di amalkan oleh para sahabat ra dan mengambil pula selawat-selawat yang tidak ada asalnya. Kembalilah kepada sunnah. Jangan biarkan diri kita diselubungi amalan yang misteri…

Maksiat Bukan Bid’ah Semata

Maksiat Bukan Bid’ah Semata.

Assalamualaikum WBT.

Bukan benda yang pelik untuk kita berjumpa orang yang begitu konsisten memerangi bid’ah di sana sini. Satu sifat yang terpuji, kerana bid’ah adalah perkara yang tercela. Bahkan Abdullah Ibn Mas’ud menunjukkan ketegasan dalam memerangi bid’ah zikir jemaah yang di anggap sesuatu yang baik di sisi sesetengah manusia.

Tapi, bukan memerangi bid’ah itu yang ingin ditulis di sini. Cuma sedikit luahan rasa hati.

————–

Dr Asri dalam ceramahnya ‘Ikhtilaf fi Ummati Rahmah’ ada menyebut dua contoh.

Dia bercerita, ada seorang sahabat yang bila bercakap tentang bid’ah begitu bersemangat. Itu bid’ah, ini bid’ah. Maka ketika menziarahinya di rumahnya maka keluarlah anak dara membawa minuman untuk tetamu. Bukanlah perkara yang pelik anak dara menghidangkan hidangan untuk tetamu, bahkan patut dipuji sebab di didik sebegitu. tapi yang hairannya, anak dara ini memakai baju lengan pendek, ternampaklah aurat tangannya. Terfikir seketika, membuka aurat ni bukan maksiatkah seperti mana perbuatan bid’ah?

—————-

Seorang sahabat yang seperti di atas, istiqamah dalam memerangi bid’ah. Sambil-sambil berbual, dia mengeluarkan sepuntung rokok. Berasap-asap seperti naga. Menghisap rokok ni halalkah? Setahu aku, Ustaz Rasul Dahri pun dah keluar kenyataan haramnya rokok. Majlis Fatwa Saudi pun begitu.

Inilah juga yang Dr Asri pernah cerita. Satu program di Singapura, bila dia keluar dari tempat program, dia melihat anak-anak muda yang terlibat tadi sedang asyik menghembus asap-asap rokok mereka. Waduh pening kepala kita memikirkannya.

—————

Azan berkumandang. Apa lagi jom ke masjid. Maka kita pun ajaklah teman yang ada ke masjid. Tapi ada pula alasannya, itulah inilah. Aik, tadi cakap pasal bid’ah berdegar-degar.

—————–

Ini hanya sebahagian pengalaman. Maka janganlah marah jika tersembur dari mulut saya nanti ‘lebih bid’ah dari ahli bid’ah’.

Wslm wbt

Percanggahan Di Dalam al-Quran: Jumlah Hari

6] KADAR HARI TUHAN Para Malaikat dan ruh-ruh menghadap kepada
Tuhan dalam
SATU HARI KADARNYA 50,000 TAHUN. (QS. 70 Al Ma’arij 4) Bertentangan
dengan:
"Dan mereka meminta kepadamu disegerakan azab, dan Allah sekali kali tidak
menyalahi janjiNya. Dan sesungguhnya satu hari disisi Tuhanmu adalah
SEPERTI
1000 TAHUN dari apa yang kamu hitung." (QS. 22 Al Hajj 47) Dia
mengatur urusan
dari langit ke bumi, kemudian naik lagi kepadaNya dalam SATU HARI YANG
KADARNYA SERIBU TAHUN. (QS. 32 As Sajdah 5) Amat ‘keliru’ - satu hari
itu itu
50,000 TAHUN pada satu saat, pada masa yang lain pula, SATU HARI ITU IALAH
HANYA 1,000 Tahun!!

jwpn:

Mari lihat surah al-Ma’arij, 70:1-4;


(1) سَأَلَ سَائِلٌ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ

(2) لِلْكَافِرينَ لَيْسَ لَهُ دَافِعٌ

(3) مِنَ اللَّهِ ذِي الْمَعَارِجِ

(4) تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

1. Seseorang telah meminta kedatangan azab yang akan menimpa

2. orang-orang kafir, yang tidak seorangpun dapat menolaknya

3. (yang datang) dari Allah, Yang mempunyai tempat-tempat naik.

4. Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam satu masa yang kadarnya limapuluh ribu tahun.

Ayat 1-4 dalam surah al-Ma’arij berlatar belakangkan Hari Akhirat. Satu masa yang bersamaaan dengan 50000 tahun ini merujuk kepada Hari akhirat iaitu hari yang diminta-minta azabnya oleh orang kafir. Ini dapat diketahui dengan merujuk dari ayat 1-4.

Lihat pula surah as-Sajjadah; 32:5.


(5) يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu (5)

Satu masa yang bersamaan dengan 1000 tahun dalam surah as-Sajjadah pula merujuk kepada masa di dunia kini.

Manakala dengan apa yang wujud dalam surah al-Hajj;22:47

(47) وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu (47)

Ayat surah al-Hajj ini menyatakan 1 masa ‘di sisi Tuhanmu (Allah)’ bersamaan dengan 1000 tahun di sisi manusia. Maksudnya satu masa di sisi Allah bersamaan dengan 1000 tahun.

Maka tiada percanggahan

1) ayat 1-4 surah al-Ma’arij menerangkan tentang masa di hari Akhirat. satu hari di hari Akhirat bersamaan 50000 tahun

2) Surah as-Sajjadah ayat 5 pula menerangkan tentang hari yang menurut kiraan manusia.

3) surah al-hajj ayat 47 pula menunjukkan satu hari di sisi Allah sama dengan 1000 tahun.

Ketiga-tiga situasi ini adalah situasi yang berbeza. Semua ayat merujuk kepada situasi yang berbeza. Maka tiada percanggahan. Mereka yang keliru kerana tidak mengambil kira ayat sebelum ayat 4 surah al-Ma’arij maka mereka tidak mengetahui tentang latar belakang ayat tersebut dan maksud ayat tersebut yang sebenar.

Percanggahan Di Dalam al-Quran: Penciptaan Alam

2] Di dalam Surah 41 Ha Mim As Sajadah 9-12,"BUMI INI DICIPTA
dalam tempoh 8
hari". Bertentangan dengan: Surah Al A’Raaf 54, " bumi ini dicipta dalam
tempoh 6 hari".

reply:

Mari kita lihat. Surah Ha Mim as-Sajjadah yang di masksudkan di atas ialah surah ke 41 iaitu surah Fussilat. Mari kita lihat ayatnya


(9) قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الأرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ

(10) وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ

(11) ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلأرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

(12) فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam." (9)


Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya keperluan hidup  (penghuni)nya menyamai kadar keperluan yang diminta mereka dalam empat masa.(10)

Kemudian Dia beristawa’ ke arah  langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami turut dengan taat." (11)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia memberitahu pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.(12)

Lihat pula suraf al-A’raf 7:54


إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ (54)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa [al-A'raf 7:54]

Contoh dari kedua-dua surah ini menunjukkan pertentangan. Surah Fussilat dari ayat 9 hingga 12 menunjukkan 8 masa, 2 masa bagi bumi dan 4 masa bagi apa yang berada di atas bumi dan 2 masa lagi bagi 7 lapisan langit. Manakala surah al-A’raf ayat 54 menunjukkan langit dan bumi dicipta dalam 6 hari.

Benarkah wujud percanggahan?

Ayat 54 surah al-A’raf bermaksud menerangkan tempoh seluruh penciptaan mankala ayat 9-12 surah Fussilat memperincikan penciptaan tersebut kepada kategori-kategorinya sendiri. tempoh bagi setiap kategori penciptaan tidak semestinya dicampurkan untuk mendapat tempoh bagi seluruh penciptaan. Ini karana Allah Maha Berkuasa dan mampu melakukan dua atau lebih perkara dalam masa yang serentak.

Oleh itu apabila Allah menerangkan penciptaan bumi selama 2 masa, apa yang berada di atas bumi selama 4 masa dan 7 lapisan langit dalam 2 masa, ia tidak berlaku secara berasingan akan tetapi serentak. Yang pentingnya setiap kategori penciptaan ini tidak dimaksudkan untuk dicampurkan secara berasingan antara satu sama lain. Tidak wujud percanggahan dalam surah di atas melainkan perincian ke atas sesuatu yang umum.

Untuk memudahkan pemahaman. Kita buat satu contoh; pelajar A diminta menyiapkan satu folio. Di dalam menyiapkan folio itu dia mengambil masa selama 6 hari. Untuk mencari isi kandungan folio dia mengambil masa 2 hari, untuk menaip semula semua isa kandungan mengambil masa 4 hari, untuk meng edit semua dia memerlukan 2 hari. Jika diikut formula tambah maka akan menjadi 8 hari akan tetapi pelajar ini menyiapkan dalam masa 6 hari.

Ini kerana pelajar tersebut  dalam masa 2 hari dia mencari isi kandungan folio, dia juga telah menaip sebahagian isi kandungan yang dijumpai, baki yang tidak dapat ditaip itu ditaip dalam masa 2 hari yang lain, dan untuk mengedit kesemua folionya maka mengambil masa 2 hari. Maka secara ringkas pelajar itu dapat menyiapkan folionya dalam masa 6 hari. Ini kerana pelajar itu membuat 2 tugas serentak selama 2 hari iaitu mencari maklumat dan menaip maklumat yang diterima.

Maka apalah sukarnya bagi Allah untuk membuat sesuatu dalam masa yang serentak. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Percanggahan Dalam AQ: pencipttan Manusia

a} Manusia dicipta dengan TANAH (QS 25 Al Furqan 54)
bertentangan dengan (QS 3
Ali Imran 59) dicipta dengan AIR pula.

reply:

soalan di atas ada sedikit kesilapan, yang menceritakan manusia dari air ialah surah al-Furqan; 25:54, manakala dicipta dari tanah pula ialah surah Ali Imran;3:59

Mari kita lihat surah al-Furqan, 25 ayat 54.

(54) وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan pertalian keluarga, dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa (54)

ayat ini merujuk umum kepada semua manusia iaitu mereka dicipta dari air iaitu air mani.

Lihat pula surah Ali Imran;3:59


(59) إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia.(59)

Ayat 59 surah Ali Imran khusus merujuk kepada Nabi Adam AS dan Nabi isa AS. Mereka berdua dicipta dari tanah bukan melalui air mani iaitu melalui proses persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Ini kerana Nabi Adam AS adalah manusia pertama dicipta oleh Allah SWT manakala Isa AS pula dilahirkan oleh Maryam tanpa bapa.

Maka tiada percanggahan kerana kes penciptaan dari tanah adalah kes khusus buat Nabi Adam AS dan Nabi Isa AS, sedangkan manusia lain dicipta dari air mani, hasil daripada persetubuhan.

Maka tiada perbezaan kerana dalil suarah al-Furqan (25) ayat 54 adalah umum untuk semua manusia manakala surah ali Imran(3) ayat 59 adalah khusus untuk Nabi Adam AS dan Nabi Isa AS.

Contoh paling mudah ialah dengan contoh ini.

Seorang ayah berkata:" Mereka yang tidak puasa akan dirotan". Suruhan ini umum.

Akan tetapi anak perempuannya yang uzur tidak berpuasa tetapi tidak dirotan. Ini kerana amaran rotan itu umum untuk semua akan tetapi kes anak perempuannya ialah kes khusus kerana anaknya dalam keadaan uzur.

Maka begitu juga dengan ayat di atas, umum untuk semua manusia dicipta dari air mani, manakala khusus untuk Nabi Adam As dan Nabi Isa AS dicipta dari tanah kerana keadaan mereka tidak sama dengan manusia lain. Nabi Adam AS manusia pertama, maka tiada ibu bapa yang bersetubuh untuk melahirkannya, manakala Nabi Isa AS dilahirkan tanpa bapa yakni tanpa melalui proses persetubuhan jua.

Tiada percanggahan melainkan pengkhususan untuk sesuatu yang umum.

Pakaian Wanita Bertaqwa

Pakaian Wanita Bertaqwa

1) Bukan Merupakan Pakaian Kemasyhuran, menunjuk-nunjuk

حدثنا محمد بن عيسى، ثنا أبو عوانة، ح وحدثنا محمد بن عيسى عن شريك، عن عثمان بن أبي زرعة، عن المهاجر الشامي، عن ابن عمر، قال في حديث شريك: يرفعه قال:

"من لبس ثوب شهرةٍ ألبسه اللّه يوم القيامة ثوباً مثله" زاد عن أبي عوانة "ثم تلهب فيه النار".

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka [Sunan Abu Daud: 4029. Di nilai hasan oleh al-Albani]

Pakaian kemasyhuran bukanlah hanya pakaian yang cantik, akan tetapi juga pakaian yg sengaja diburuk-burukkan supaya manusia berkata dia ini manusia zuhud. Pakailah yang sederhana dan mengikut kemampuan. Perbetulkan niat kita.

2) Tidak menyerupai orang kafir

حدثنا محمد بن المثنى. حدثنا معاذ بن هشام. حدثني أبي عن يحيى. حدثني محمد بن إبراهيم بن الحارث؛ أن ابن معدان أخبره؛ أن جبير بن نفير أخبره؛ أن عبدالله بن عمرو بن العاص أخبره. قال:

رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم علي ثوبين معصفرين. فقال (إن هذه من ثياب الكفار، فلا تلبسها).

Rasulullah SAW telah melihat saya memakai dua helai kain "Ushfur", maka baginda saw bersabda: "Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir, maka janganlah memakainya [Sahih Muslim: 2077]

3) Tidak menyerupai kaum lelaki

حدثنا محمد بن بشار: حدثنا محمد بن جعفر: حدثنا شعبة، عن قتادة، عن عكرمة، عن ابن عباس رضي الله عنهما قال:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki [Sahih al-Bukhari:5885]

4) Tidak jarang kainnya

حَدَّثَنَـا هَارُونُ بن مَلُولٍ الْمِصْرِيُّ، سَنَةَ خَمْسٍ وَثَمَانِينَ وَمِائَتَيْنِ، حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمُقْرِئُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بن عَيَّاشِ بن عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، سَمِعْتُ عِيسَى بن هِلالٍ الصَّدَفِيَّ، وَأَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ الْخَطْمِيَّ، ابْنَ يَزِيدَ الْحُبُلِيَّ،، يَقُولانِ: سَمِعْنَـا عَبْدَ اللَّهِ بن عَمْرٍو، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:"سَيَكُونُ آخِرُ أُمَّتِي نِسَاءً كَاسِيَاتٍ عَارِيَاتٍ عَلَـى رُؤُسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ، الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ"، لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو، إِلا بِهَذَا الإِسْنَادِ عَمْرٍو

Pada akhir zaman nanti ada wanita-wanita dari kalangan umatku yang berpakaian namun pada hakikatnya mereka bertelanjang. Di atas kepala mereka seperti punuk unta. Kutuklah mereka itu kerana sesungguhnya mereka wanita terkutuk.[Riwayat at-Thabrani di nilai sahih oleh al-Albani di dalam Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah]

5) Tidak menggambar bentuk badan

عن أسامة بن زيد قال‏:‏ ‏(‏كساني رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم قبطية كثيفة كانت مما أهدي له دحية الكلبي فسكوتها امرأتي فقال رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم‏:‏ ما لك لا تلبس القبطية فقلت‏:‏ يا رسول اللَّه كسوتها امرأتي فقال‏:‏ مرها أن تجعل تحتها غلالة فإني أخاف أن تصف حجم عظامها‏)‏‏.‏

Usamah Zaid pernah berkata: Rasulullah SAW pernah memberiku baju qibthiyah yang tebal hadiah dari Dihyah al-Kalbi. Baju itu saya pakaikan kepada isteri saya. Rasulullah SAW bertanya kepada saya: "Kenapa engkau tidak pernah memakai baju qibthiyah. Saya menjawab: Saya telah memberikan baju itu kepada isteriku. Baginda SAW lalu berkata:Perintahkan isterimu agar memakai pakaian dalam disebaliknya. Sesungguhnya aku takut ia menggambarkan bentuk tulangnya [ Riwayat Ahmad. Al-Albani menilainya hasan]

6) Tidak mengenakan wangian

- عَنْ غُنَيْمِ بْنِ قَيْسٍ عَنِ الأَشْعَرِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r

« أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِىَ زَانِيَةٌ »

Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas dihadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina [Sunan an-Nasai:5141. Di nilai hasan oleh al-Albani]

حدثنا يحيى بن يحيى وإسحاق بن إبراهيم. قال يحيى: أخبرنا عبدالله بن محمد بن عبدالله بن أبي فروة عن يزيد ابن خصيفة، عن بسر بن سعيد، عن أبي هريرة؛ قال:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "أيما امرأة أصابت بخورا، فلا تشهد معنا العشاء الآخرة".

Perempuan yang memakai bakhur (sejenis wangian) janganlah solat Isyak bersama kami [Sahih Muslim:444]

حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا يحيى بن سعيد القطان عن محمد بن عجلان. حدثني بكير بن عبدالله بن الأشج عن بسر بن سعيد، عن زينب امرأة عبدالله؛ قالت:

قال لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم "إذا شهدت إحداكن المسجد فلا تمس طيبا".

Apabila salah seorang daripada kamu (wanita) datang ke masjid, janganlah dia memakai wangian [Sahih Muslim:443]

7) Menutup aurat


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Ahzab:59]


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون

َKatakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.[an-Nur:31]

8) Tidak bertabarruj

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ أنا أبو أحمد عبد الله بن إسحاق بن إبراهيم الفاكهي نا أبو يحيى بن أبي ميسرة نا عبد الله بن يزيد المقرئ نا حيوة أخبرني أبو هانئ أن أبا علي الجنبي عمرو بن مالك حدثه عن فضالة بن عبيد عن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  أنه قال ثلاثة لا يسأل عنهم رجل فارق الجماعة وعصى إمامه فمات عاصيا وأمة أو عبد أبق من سيده فمات وامرأة غاب عنها زوجها وقد كفاها مؤونة الدنيا فتبرجت بعد فلا تسل عنهم

Tiga golongan yang tidak akan ditanya (kerana mereka sudah pasti termasuk orang-orang yang celaka): Lelaki yang meninggalkan jemaah dan menderhakai imamnya dan mati dalam keadaan derhaka, hamba wanita atau lelaki yang lari dari tuannya lalu dia mati, perempuan yang ditinggalkan suaminya di mana suaminya telah mencukupkan keperluan dunianya, namun (ketika suaminya tiada) dia bertabarruj. Mereka itu tidak akan ditanya [al-Baihaqi di dalam Syi'bul Iman:7797. al-Hakim berkata perawi hadith ini perawi ak-Bukhari dan Muslim dan disepakati adz-Dzahabi]


Menjawab Fitnah Ustaz Zamihan: Kitab Fathul Majid mengatakan Nabi Adam AS orang musyrik

akidah wahabiah juga menghukum Nabi Adam telah syirik, kata zamihan
ia dipetik dari kitab Fath alMajid. (tulisan cucu wahabi)

jawapan:

Kita meminta Zamihan mendatangkan bukti, di mana, bab apa di dalam kitab Fathul Majid.

Saya cuba mencari apa-apa perkataan yang membawa maksud yang hampir sama dengan kata-kata Zamihan. Ini sahaja yang saya temui:

وأما معنى الآية : فأخبر تعالى أنه بعث فى كل طائفة من الناس رسولاً بهذه الكلمة "أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت" أي اعبدوا الله وحده واتركوا عبادة ما سواه ، كما قال تعالى : ‘2 : 256′ "فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى لا انفصام لها" وهذا معنى لا إله إلا الله فإنها هي العروة الوثقى .

قال العماد ابن كثير فى هذه الآية : كلهم - أى الرسل - يدعو إلى عبادة الله ، وينهى عن عبادة ما سواه ، فلم يزل سبحانه يرسل إلى الناس الرسل بذلك منذ حدث الشرك فى بنى آدم فى قوم نوح الذين أرسل إليهم ، وكان أول رسول بعثه الله تعالى إلى أهل الأرض إلى أن ختمهم بمحمد صلى الله عليه وسلم ، الذى طبق دعوته الإنس والجن فى المشارق والمغارب ، وكلهم كما قال الله تعالى : ‘21 : 25′ "وما أرسلنا من قبلك من رسول إلا نوحي إليه أنه لا إله إلا أنا فاعبدون" وقال تعالى فى هذه الآية الكريمة : " ولقد بعثنا في كل أمة رسولا أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت " فكيف يسوغ لأحد من المشركين بعد هذا أن يقول : " لو شاء الله ما عبدنا من دونه من شيء " ، فمشيئة الله تعالى الشرعية عنهم منفية ، لأنه نهاههم عن ذلك على ألسن رسله ، وأما مشيئته الكونية - وهى تمكينهم من ذلك قدراً - فلا حجة لهم فيها ، لأنه تعالى خلق النار وأهلها من الشياطين والكفرة ، وهو لا يرضى لعبادة الكفر ، وله فى ذلك الحجة البالغة والحكمة القاطعة ، ثم إنه تعالى قد أخبر أنه أنكر عليهم بالعقوبة فى الدنيا بعد إنذار الرسل ، فلهذا قال : ‘16 : 36′ "فمنهم من هدى الله ومنهم من حقت عليه الضلالة" انتهى .

Dan adapun maksud ayat tersebut: Allah memberitahu bahawa dia telah mengutuskan kepada setiap golongan manusia seorang Rasul dengan kalimat: " Sembahlah Allah dan jauhilah thoghut", iaitu sembahlah Allah dan tinggalkanlah ibadah kepada selainNya sebagaimana firman Allah SWT: " Maka sesiapa yang ingkar kepada thoghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang dengan kepada ikatan tali yang amat kukuh dan tidak akan putus [al-Baqarah:256]. Inilah makna ‘Tiada Tuhan Yang Berhak di Sembah selain Allah", kerana kalimat inilah yang dimaksudkan dengan ‘tali yang kuat’.

Berkata Ibn Kathir-Semua mereka para rasul AS- menyeru beribadah kepada Allah, dan menegah dari beribadah kepada selainnya. Allah sentiasa mengutus kepada manusia rasul-rasul dengan tugas tersebut sejak munculnya kesyirikan di dalam bani Adam pada kaum Nuh AS yang dihantar kepada mereka. Dan baginda (nabi Nuh AS) adalah Rasul pertama yang Allah hantar kepada penduduk bumi hingga kepada penutup segala rasul Muhammad SAW yang menyampaikan dakwahnya kepada manusia dan jin di timur dan di barat. Dan mereka semua seperti firman Allah SWT : Tidak Kami utuskan seorang rasul sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu akan Aku (al-Anbiya (21):25). [Fathul Majid, Kitab at-Tauhid, muka surat: 21, terbitan Darus Salam (arabic), muka surat: 33, terbitan Pustaka Azzam (Indon)]

Bab lain yang ditemui juga tidak menyatakan bahawa Nabi Adam Musyrik.

( ما جاء أن سبب كفر بني آدم وتركهم دينم هو الغلو في الصالحين )

Bab ini pula menerangkan tentang sebab-sebab kufurnya Bani Adam dan meningalkan agama mereka, iaitu berlebih-lebihan kepada orang-orang soleh.[muka surat: (arab) 227, (indon) 431. Bab ini juga tiada menyatakan kesyirikan Nabi Adam.

Atau mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Ustaz Zamihan?

قال العماد ابن كثير في تفسيره : وأما الآثار : فقال : محمد بن إسحاق عن داود ابن الحصين عن عكرمة عن ابن عباس قال :  كانت حواء تلد لآدم عليه السلام أولاداً فتعبدهم لله وتسميهم عبد الله وعبيد الله ونحو ذلك ، فيصيبهم الموت ، فأتاهما إبليس فقال : أما إنكما لو تسميانه بغير الذي تسميانه به لعاش ، فولدت له رجلاً فسماه عبد الحارث ، ففيه أنزل الله : " هو الذي خلقكم من نفس واحدة " الآية وقال العوفي عن ابن عباس :فأتاهما الشيطان فقال : هل تدريان ما يولد لكما ؟ أم هل تدريان ما يكون ، أبهيمة أم لا ؟ وزين لهما الباطل ، إنه لغوي مبين ، وقد كانت قبل ذلك ولدت ولدين فماتا ، فقال لهما الشيطان: إنكما إن لم تسمياه بي لم يخرج سوياً ، ومات كما مات الأول . فسميا ولدهما عبد الحارث ، فذلك قوله تعالى : " فلما آتاهما صالحاً جعلا له شركاء فيما آتاهما فتعالى الله عما يشركون "  .

Berkata Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Bahawa Muhammad bin Ishaq dari Daud bin al-Husain dari 'Ikrimah dari 'Abbas RA berkata: Hawa telah melahirkan untuk Adam AS ramai anak, lalu Adam AS menghambakan mereka kepada Allah dan menamakan mereka Abdullah, 'Ubaidullah dan sebagainya, namun mereka semua meninggal dunia. Dan telah datang Iblis kepada keduanya (Adam dan Hawa) dan berkata: Adapun sekiranya kamu menamakannya dengan nama yang selain dariapa yang kamu telah namakan, nescaya tentu dia hidup. Lalu Hawa melahirkan anak lelaki dan menamakannya 'Abdul Harits, maka berkenaan dengan itu Allah menurunkan ayat " Dialah (Allah) yang menciptakan kamu dari diri yang satu.

Dan telah berkata al-'Aufa dari Ibn 'Abbas: Maka telah datang kepada mereka berdua syaitan dan berkata: Apakah kamu mengetahui apa yang akan dilahirkan untuk kamu berdua? ataupun apakah kamu mengetahui apakah betuknya, binatang atau bukan? Syaitan menghiaskan kepada mereka berdua kebathilan, sesungguhnya dia adalah penyesat yang nyata. Sebelum itu Hawa sudah melahirkan dua anak an keduanya meninggal dunia, dan telah berkata syaitan kepada mereka berdua: Jika kamu berdua tidak memberinya nama yang sesuai dengan keinginanku, maka dia tidak akan keluar dengan sempurna, dan dia akan meninggal sebagaimana meninggal anak yang pertama. Lalu Adam dan Hawa memberi nama kepada anak mereka 'Abdul Harits dan dengan itu Allah berfirman: "Tatkala Allah mengurniakan kepada mereka seorang anak lelaki yang sempurna, maka keduanya mensyirikkan allah dalam hal  yang Dia kurniakan kepada mereka. Maha suci Allah dari apa yang mereka syirikkan.

وذكر مثله عن سعيد بن جيير عن ابن عباس . ورواه ابن أبي حاتم . وقد تلقى هذا الأثر عن ابن عباس جماعة من أصحابه كمجاهد وعكرمة وسعيد بن جبير ، ومن الطبقة الثانية : قتادة والسدى وجماعة من الخلف ، ومن المفسرين والمتأخرين جماعات لا يحصون كثرة . قال العماد ابن كثير : وكأن أصله ـ والله أعلم ـ مأخوذ من أهل الكتاب .

قلت : وهذا بعيد جداً .

Disebutkan riwayat yang sama dari Sa'id Bin Jubair dari Ibnu 'Abbas RA, dan Ibn Abi Hatim meriwayatkannya. Atsar ini telah diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas oleh sekelompok para sahabatnya seperti Mujahid, Ikrimah dan Sa'id Bin Jubair dan dari generasi kedua: Qatadah, as-Suddi dan sekelompok dari ulama khalaf serta ramai daripada ulama'-ulama' tafsir generasi akhir. Berkata Ibnu Kathir: Seakan asalnya (riwayat ini)-wallahu'alam-adalah berasal daripada ahli kitab. Aku berkata: Penafsiran seperti ini sangat jauh [muka surat: (arabic) 467-468, (Indon)885-886]

Nampaknya inilah yang paling dekat dimaksudkan oleh Ustaz Zamihan untuk menyatakan bahawa di dalam Kitab fathul Majid telah menyatakan bahawa Adam AS musyrik. Akan tetapi adakah Ustaz Zamihan lupa untuk melihat huraian seterusnya  bahkan dinyatakan juga di dalam nota kaki. Mari kita lihat apa yang tertulis pada nota kaki tersebut:

muka surat: (arabic) 467-468, (indon) 886: Berkata Ibn Kathir: Athar-athar ini dari zahirnya-wallahu’alam- berasal dari athar-atsar Ahlul Kitab. Namun kita mengikut mazhab al-Hassan al-Basri dalam masalah ini, iaitu yang dimaksudkan dengan hadith ini bukanlah Adam dan Hawa, akan tetapi orang-orang musyrik dari keturunannya. Untuk itu Allah berfirman "Maha Suci Allah dari perbuatan syirik mereka. *Faedah: Berkata Sheikh kami- al-’Allamah al-Sheikh ‘Abdullah bin Hasan-dan keluarga sheikh, mudah-mudahan Allah memanjangkan umurnya supaya dapat memberi manfaat kepada kaum muslimin. Adapun maksud firman Allah SWT, "Maha suci Allah dari perbuatan syirik mereka", yang dimaksud bukanlah Adam dan Hawa, kerana perkataan itu telah sempurna sebelumnya. Ini adalah permulaan bagi perkataan susulan. Dan yang dimaksudkan dengannya ialah orang-orang musyrikin dan apa yang dituturkan oleh pensyarah Rahimahullah pada menafsirkan firmanNya " Tatkala Allah mengurniakan mereka seorang anak lelaki yang sempurna maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah dalam hal yang dia kurniakan kepada mereka". Itu adalah perkataan yang muktamad yang berdalil dengan zahir al-Quran.

Lihat pula penjelasan di muka: (arabic) 471, (indon) 891:

قوله :  وعن ابن عباس رضي الله عنهما في الآية  قد قدمنا نظيره عن ابن عباس في المعنى .

قوله :  وله بسند صحيح عن قتادة قال :  شركاء في طاعته ولم يكن في عبادته  قال شيخنا رحمه الله : إن هذا الشرك في مجرد تسمية ، لم يقصدا حقيقته التي يريدها إبليس ، وهو محمل حسن يبين أن ما وقع من الأبوين من تسميتهما ابنهما عبد الحارث إنما هو مجرد تسمية لم يقصدا تعبيده لغير الله وهذا معنى قول قتادة : شركاء في طاعته ولم يكن في عبادته .

Dengan sanad sahih dari  Qatadah bahawa dia berkata: Iaitu berbuat syirik dalam membuat ketaatan kepada Iblis dan dan bukan dalam ibadah kepadanya.

Berkata Sheikh ita Rahimahullah: "Sesungguhnya syirik ini hanya dalam pemberian nama, dan keduanya (Adam dan Hawa) tidak bermaksud hakikat syirik yang diharapkan Iblis. Itu masih dianggap bagus kerana penamaan kedua ibu bapanya dengan nama ‘Abdul Harits hanya sekadar pemberian nama dan tidak berniat menghambakannya kepada selain Allah. Inilah erti lafaz Qatadah iaitu" berbuat syirik dalam hal ketaatan kepada Iblis bukan dalam Ibadah kepadanya."

Sekian nukilan saya dari Kitab fathul Majid. Wallahu’alam.

Menjawab Fitnah Dr Uthman: Ibn Abdul wahab mengharamkan ziarah kubur

Muhammad Bin Abdul Wahab mengharamkan ziarah kubur.

Jawapan: Mari lihat apa yang tertulis di dalam Kitab at-tauhid. Dan pembaca nilailah sendiri adakah Ibn Abd Wahhab mengharamkan ziarah kubur secara mutlaq ataupun mengharamkan ziarah kubur yang berbentuk maksiat. Wallahu’alam.

باب ما جاء من التغليظ فيمن عبد الله عند قبر رجل صالح فكيف إذا عبده

في (الصحيح) عن عائشة رضي الله عنها أن أم سلمة ذكرت لرسول الله صلى الله عليه وسلم كنيسة رأتها في أرض الحبشة وما فيها من الصور. فقال: (أولئك إذا مات فيهم الرجل الصالح أو العبد الصالح بنوا على قبره مسجداً، وصوروا فيه تلك الصور أولئك شرار الخلق عند الله) فهؤلاء جمعوا بين الفتنتين، فتنة القبور، وفتنة التماثيل.

Diriwayatkan dalam shoheh [Bukhori dan Muslim], dari Aisyah ra. bahawa Ummu Salamah ra. bercerita kepada Rasulullah s.a.w. tentang gereja yang ia lihat di negeri Habasyah (Ethiopia), yang didalamnya terdapat rupaka-rupaka (gambar-gambar), maka Rasulullah bersabda: "Mereka itu, apabila ada orang yang soleh atau hamba yang soleh meninggal, mereka membangun diatas kuburnya sebuah tempat ibadah, dan mereka membuat di dalamnya rupaka-rupaka, dan mereka sejelek-jelek makhluk disisi Allah". Mereka melakukan dua fitnah sekaligus; iaitu fitnah memuja kubur dengan membangun tempat ibadah diatasnya dan fitnah membuat rupaka rupaka (patung-patung).

ولهما عنها قالت: (لما نُزل برسول الله صلى الله عليه وسلم طفق يطرح خميصة له على وجهه، فإذا اغتم بها كشفها، فقال ـ وهو كذلك ـ : ((لعنة الله على اليهود والنصارى، اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد)) يحذر ما صنعوا، ولولا ذلك أبرز قبره، غير أنه خشي أن يتخذ مسجداً، [أخرجاه].

Dalam riwayat Imam Bukhori dan Muslim, Aisyah juga berkata: ketika Rasulullah SAW akan diambil nyawanya, beliaupun segera menutup mukanya dengan kain, dan ketika nafasnya terasa sesak maka dibukanya kembali kain itu. Ketika beliau dalam keadaan demikian itulah beliau bersabda: "Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani, yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat peribadatan". Beliau mengingatkan umatnya agar menjauhi perbuatan mereka, dan jika bukan kerana hal itu, maka pasti kubur beliau akan ditimbulkan, hanya saja beliau khuatir kalau kuburnya nanti dijadikan tempat beribadah.

ولمسلم عن جندب بن عبد الله قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم قبل أن يموت بخمس وهو يقول: (إني أبرأ إلى الله أن يكون لي منكم خليل، فإن الله قد اتخذني خليلاً، كما اتخذ إبراهيم خليلاً، ولو كنت متخذاً من أمتي خليلاً، لاتخذت أبا بكر خليلاً، ألا وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم مساجد، ألا فلا تتخذوا القبور مساجد، فإني أنهاكم عن ذلك).

Imam Muslim meriwayatkan dari Jundub bin Abdullah, dimana ia pernah berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda lima hari sebelum beliau meninggal dunia: "Sungguh, Aku menyatakan setia kepada Allah dengan menolak bahawa aku mempunyai seorang khalil (kekasih mulia) dari antara kalian, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan aku sebagai kekasihNya, sebagaimana Ia telah menjadikan Ibrahim sebagai kekasihNya; seandainya aku menjadikan seorang kekasih dari umatku, maka aku akan jadikan Abu Bakar sebagai kekasihku. Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya umat-umat sebelum kalian telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat ibadah, dan ingatlah, janganlah kalian menjadikan kubur sebagai tempat beribadah, kerana aku benar-benar melarang kalian dari perbuatan itu".

فقد نهى عنه في آخر حياته، ثم إنه لعن ـ وهو في السياق ـ من فعله، والصلاة عندها من ذلك، وإن لم يُبْنَ مسجد، وهو معنى قولها: خشي أن يتخذ مسجداً، فإن الصحابة لم يكونوا ليبنوا حول قبره مسجداً، وكل موضع قصدت الصلاة فيه فقد اتخذ مسجداً، بل كل موضع يصلى فيه يسمى مسجداً، كما قال صلى الله عليه وسلم: (جعلت لي الأرض مسجداً وطهوراً). ولأحمد بسند جيد عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: (إن من شرار الناس من تدركهم الساعة وهم أحياء والذين يتخذون القبور مساجد) [رواه أبو حاتم في صحيحه].

Rasulullah s.a.w. di akhir hayatnya - sebagaimana dalam hadis Jundub - telah melarang umatnya daripada menjadikan kubur sebagai tempat ibadah. Kemudian ketika dalam keadaan hendak diambil nyawanya - sebagaimana dalam hadis Aisyah - beliau melaknat orang yang malakukan perbuatan itu. dan sholat di sisinya termasuk pula dalam pengertian menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, walaupun tidak dijadikan bangunan masjid; dan inilah maksud dari kata-kata Aisyah ra.: "… dikhuatiri akan dijadikan sebagai tempat ibadah." Dan para sahabat pun belum pernah membangun masjid (tempat ibadah) disekitar kubur beliau, kerana setiap tempat yang digunakan untuk solat bererti telah dijadikan sebagai masjid, bahkan setiap tempat yang dipergunakan untuk solat disebut masjid, sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasul s.a.w.: "Telah dijadikan bumi ini untukku sebagai masjid dan suci". Dan Imam Ahmad meriwayatkan hadis marfu’ dengan sanad yang jayyid, dari Ibnu Mas’ud r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya, termasuk sejelek-jelek manusia adalah orang yang masih hidup saat hari kiamat tiba, dan orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah (masjid)" (HR. Abu Hatim dalam kitab shohehnya).

فيه مسائل:

الأولى: ما ذكر الرسول صلى الله عليه وسلم فيمن بنى مسجداً يعبد الله فيه عند قبر رجل صالح، ولو صحت نية الفاعل.

الثانية: النهي عن التماثيل، وغلظ الأمر في ذلك.

الثالثة: العبرة في مبالغته صلى الله عليه وسلم في ذلك. كيف بيّن لهم هذا أولاً، ثم قبل موته بخمس قال ما قال، ثم لما كان في السياق لم يكتف بما تقدم.

الرابعة: نهيه عن فعله عند قبره قبل أن يوجد القبر.

الخامسة: أنه من سنن اليهود والنصارى في قبور أنبيائهم.

السادسة: لعنه إياهم على ذلك.

السابعة: أن مراده صلى الله عليه وسلم تحذيره إيانا عن قبره.

الثامنة: العلة في عدم إبراز قبره.

التاسعة: في معنى اتخاذها مسجداً.

العاشرة: أنه قرن بين من اتخذها مسجداً وبين من تقوم عليهم الساعة، فذكر الذريعة إلى الشرك قبل وقوعه مع خاتمته.

الحادية عشرة: ذكره في خطبته قبل موته بخمس: الرد على الطائفتين اللتين هما شر أهل البدع، بل أخرجهم بعض السلف من الثنتين والسبعين فرقة، وهم الرافضة والجهمية. وبسبب الرافضة حدث الشرك وعبادة القبور، وهم أول من بنى عليها المساجد.

الثانية عشرة: ما بلي به صلى الله عليه وسلم من شدة النزع.

الثالثة عشرة: ما أكرم به من الخلّة.

الرابعة عشرة: التصريح بأنها أعلى من المحبة.

الخامسة عشرة: التصريح بأن الصديق أفضل الصحابة.

السادسة عشرة: الإشارة إلى خلافته.

Kandungan bab ini: 1-Larangan membangun tempat beribadah (masjid) di sisi kubur orang-orang yang soleh, walupun niatnya baik.

2-Larangan keras adanya rupaka-rupaka (gambar / patung) dalam tempat ibadah.

3-Pelajaran penting yang dapat kita ambil dari sikap keras Rasulullah s.a.w. dalam masalah ini, bagaimana beliau menjelaskan terlebih dahulu kepada para sahabat, bahawa orang yang membangun tempat ibadah di sekitar kubur orang soleh termasuk sejelek-jelek makhluk di hadapan Allah; kemudian, lima hari sebelum wafat, beliau mengeluarkan pernyataan yang melarang umatnya menjadikan kubur kubur sebagai tempat ibadah; terakhir, beberapa saat menjelang wafatnya, beliau masih merasa belum cukup dengan tindakan tindakan yang telah diambilnya, sehingga beliau melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan ini.

4-Rasulullah s.a.w. melarang pula perbuatan tersebut dilakukan di sisi kubur beliau, walaupun kubur beliau sendiri belum ada.

5-Menjadikan kubur nabi-nabi sebagai tempat ibadah merupakan tradisi orang-orang yahudi dan Nasrani.

6-Rasulullah melaknat mereka kerana perbuatan mereka sendiri.

7-Rasulullah melaknat mereka dengan tujuan memberikan peringatan kepada kita agar tidak berbuat hal yang sama terhadap kubur beliau.

8-Alasan tidak ditampakkannya kubur beliau kerana kekhuwatiran akan dijadikan sebagai tempat ibadah.

9-Pengertian "menjadikan kubur sebagai tempat ibadah" ialah [melakukan suatu ibadah, seperti: shalat di sisi kubur, meskipun tidak dibangun di atasnya sebuah tempat ibadah].

10-Rasulullah menggabungkan antara orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah dengan orang yang masih hidup disaat kiamat tiba, dalam rangka memberikan peringatan pada umatnya tentang perbuatan yang menghantarkan kepada kemusyrikan sebelum terjadi, disamping mengingatkan pula bahawa akhir kehidupan dunia adalah bermaharajalelanya kemusyrikan.

11-Khutbah beliau yang disampaikan lima hari sebelum wafatnya mengandungi sanggahan terhadap dua kelompok yang kedua duanya termasuk sejelek-jelek ahli bid’ah, bahkan sebahagian ulama menyatakan bahawa keduanya di luar 72 golongan yang ada dalam umat Islam, iaitu Rafidhoh dan Jahmiyah. Dan sebab orang-orang Rafidloh inilah kemusyrikan dan penyembahan kubur terjadi, dan mereka itulah orang pertama yang membangun tempat ibadah diatas kubur.

12-Rasulullah s.a.w. [adalah manusia biasa] merasakan beratnya sakaratul maut.

13-Beliau dimuliakan oleh Allah dengan dijadikan sebagai kekasih (kholil)[sebagaimana Nabi Ibrahim].

14-Pernyataan bahawa kholil itu lebih tinggi derjatnya dari pada habib (kekasih).

15-Pernyataan bahawa Abu Bakar r.a. adalah sahabat Nabi yang paling mulia.

16-Hal tersebut merupakan isyarat bahawa Abu Bakar akan menjadi Kholifah (sesudah beliau).

باب ما جاء أن الغلو في قبور الصالحين يصيرها أوثاناً تعبد من دون الله

روى مالك في (الموطأ): أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (اللهم لا تجعل قبري وثناً يعبد، اشتد غضب الله على قوم اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد) ولابن جرير بسنده عن سفيان عن منصور عن مجاهد: (أَفَرَأَيْتُمُ اللَّاتَ وَالْعُزَّى ) قال: كان يلت لهم السويق فمات فعكفوا على قبره، وكذلك قال أبو الجوزاء عن ابن عباس: كان يلت السويق للحاج.

Imam Malik meriwayatkan dalam kitabnya Al Muwatto’, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah. Allah sangat murka kepada orang-orang yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat ibadah". Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, dengan sanadnya dari Sufyan dari Mansur dari Mujahid, berkaitan dengan ayat:  "Jelaskan kepadaku (wahai kaum musyrikin) tentang Al lata dan Al Uzza" (QS. An Najm, 19). Dia (Mujahid) berkata: "Al latta adalah orang yang dahulunya tukang mengaduk tepung (dengan air atau minyak) untuk dihidangkan kepada jamaah haji. setelah meninggal, merekapun senantiasa mendatangi kuburnya." Demikian pula penafsiran Ibnu Abbas r.a. sebagaimana yang dituturkan oleh Ibnul Jauza’: " Dia itu pada mulanya adalah tukang mengaduk tepung untuk para jamaah haji."

وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال: لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم زائرات القبور، والمتخذين عليها المساجد والسرج. [رواه أهل السنن].

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. , ia berkata: "Rasulullah s.a.w. melaknat kaum wanita yang menziarahi kubur, serta orang-orang yang membuat tempat ibadah dan memberi lampu penerang di atas kuburnya."(HR. para penulis kitab Sunan)

فيه مسائل:

الأولى: تفسير الأوثان.

الثانية: تفسير العبادة.

الثالثة: أنه صلى الله عليه وسلم لم يستعذ إلا مما يخاف وقوعه.

الرابعة: قرنه بهذا اتخاذ قبور الأنبياء مساجد.

الخامسة: ذكر شدة الغضب من الله.

السادسة: وهي من أهمها – معرفة صفة عبادة اللات التي هي من أكبر الأوثان.

السابعة: معرفة أنه قبر رجل صالح.

الثامنة: أنه اسم صاحب القبر، وذكر معنى التسمية.

التاسعة: لعنه زَوَّارَات القبور.

العاشرة: لعنه من أسرجها.

Kandungan dalam bab ini:

1-Penjelasan tentang apa yang dimaksud dengan berhala.

2-Penjelasan tentang apa yang dimaksud dengan ibadah.

3-Rasulullah s.a.w. dengan doanya itu, tiada lain hanyalah memohon kepada Allah supaya dihindarkan dari sesuatu yang dikhuwatirkan terjadi [pada umatnya, sebagaimana yang telah terjadi pada umat-umat sebelumnya, iaitu: sikap berlebih lebihan terhadap kubur beliau, yang akhirnya kubur beliau akan menjadi berhala yang disembah].

4-Dalam doanya, beliau sertakan pula apa yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu dengan menjadikan kubur para Nabinya sebagai tempat beribadah.

5-Penjelasan bahawa Allah sangat murka[terhadap orang-orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah].

6-Di antara masalah yang sangat penting untuk dijelaskan dalam bab ini adalah mengetahui sejarah penyembahan Al latta berhala terbesar orang-orang jahiliyah.

7-Mengetahui bahawa berhala itu asal usulnya adalah kubur orang soleh [yang diperlakukan secara berlebihan dengan senantiasa dikunjungi oleh mereka].

8-Al latta nama orang yang dikuburkan itu, pada mulanya adalah seorang pengaduk tepung untuk disajikan kepada para jamaah haji.

9-Rasulullah s.a.w. melaknat para wanita penziarah kubur.

10-Beliau juga melaknat orang-orang yang memberikan lampu penerang di atas kubur.

Menjawab Fitnah Dr Uthman: Mengikut Ulama’ sama seperti menyembah ulama’

Menjawab Fitnah Dr. Uthman el-Muhammady:

Dalam forum "Who’s The Real Ahlus Sunnah" di Dewan al-Malik Faisal Matrikulasi UIA PJ, Dr. Uthman dan Ustaz Mahfuz telah membuat beberapa kenyataan yang berbau fitnah terutamanye ke atas Muhammad Bin Abdul Wahab, Ibn Taimiyyah dan Nasiruddin al-Albani. Di sini saya akan menerangkan beberapa dakwaan mereka:

1) Muhammad Bin Abdul Wahab menyatakan bahawa mereka yang bertaqlid kepada Ulama’ sama seperti menyembah ulama. Dr. Uthman merujuk kepada tulisan Muhammad Bin Abdul Wahab di dalam kitab at-Tauhid. Saya juga merujuk kepada kitab yang sama.

Jawapan:

Cukup dengan saya menyertakan teks arab :

باب من أطاع العلماء والأمراء في تحريم ما أحل الله أو تحليل ما حرم الله فقد اتخذهم أرباباً من دون الله

وقال ابن عباس: يوشك أن تنزل عليكم حجارة من السماء، أقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، وتقولون: قال أبو بكر وعمر؟!

وقال الإمام أحمد: عجبت لقوم عرفوا الإسناد وصحته، يذهبون إلى رأي سفيان، والله تعالى يقول: ( فليحذر الذين يخالفون عن أمره أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم)  أتدري ما الفتنة؟ الفتنة: الشرك، لعله إذا رد بعض قوله أن يقع في قلبه شيء من الزيغ فيهلك.

عن عدي بن حاتم: أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقرأ هذه الآية: (اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ) الآية. فقلت له: إنا لسنا نعبدهم قال: (أليس يحرمون ما أحل الله فتحرمونه ويحلّون ما حرم الله، فتحلونه؟) فقلت: بلى. قال فتلك: عبادتهم) رواه أحمد، والترمذي وحسنه.

فيه مسائل:

الأولى: تفسير آية النور.

الثانية: تفسير آية براءة.

الثالثة: التنبيه على معنى العبادة التي أنكرها عدي.

الرابعة: تمثيل ابن عباس بأبي بكر وعمر، وتمثيل أحمد بسفيان.

الخامسة: تغيّر الأحوال إلى هذه الغاية، حتى صار عند الأكثر عبادة الرهبان هي أفضل الأعمال، وتسمى الولاية، وعبادة الأحبار هي العلم والفقه ثم تغيرت الحال إلى أن عبد من دون الله من ليس من الصالحين، وعبد بالمعنى الثاني من هو من الجاهلين.

terjemahan:

Ibnu Abbas r.a. berkata: "Aku khuatir bila kalian ditimpa hujan batu dari langit, kerana aku mengatakan: "Rasulullah s.a.w. bersabda", tetapi kalian mengatakan: "Abu Bakar dan Umar berkata".

" Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan: "Aku merasa hairan pada orang-orang yang tahu tentang isnad hadis dan kesahihannya, tetapi mereka menjadikan pendapat Sufyan sebagai acuannya, padahal Allah s.w.t. telah berfirman:

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahNya takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa siksa yang pedih" (QS. An nur, 63).

Tahukah kamu apakah yang dimaksud dengan fitnah itu? Fitnah disitu maksudnya adalah syirik, boleh jadi apabila ia menolak sabda Nabi akan terjadi dalam hatinya kesesatan sehingga celakalah dia".

Diriwayatkan dari ‘Ady bin Hatim bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah s.w.t.: "Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan tuhan selain Allah…" (QS. Al Bara’ah, 31)

Maka saya berkata kepada beliau: "Sungguh kami tidaklah menyembah mereka", Baginda SAW bersabda:

"Tidakkah mereka mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah, lalu kalian pun mengaharamkanya; dan tidakkah mereka itu menghalalkan apa yang diharamkan Allah, lalu kalian menghalalkannya?",

Aku menjawab: "Ya", maka Baginda SAW bersabda: "itulah bentuk penyembahan kepada mereka." (HR. Imam Ahmad dan At Tirmidzi dengan menyatakan hasan)

Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat dalam surah An nur

2-Penjelasan tentang ayat dalam surah Bara’ah

3-Perlu diperhatikan erti ibadah yang sebelumnya telah diingkari oleh ‘Ady bin Hatim.

4-Pemberian contoh kes yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas dengan menyebut nama Abu Bakar dan Umar, dan yang dikemukakan oleh Ahmad bin Hanbal dengan menyebut nama Sufyan.

5-Hal tersebut telah berkembang sedemikian rupa, sehingga banyak terjadi pada kebanyakan manusia penyembahan terhadap orang-orang soleh, yang dianggapnya sebagai amal yang paling utama, dan dipercayainya sebagai wali [yang dapat mendatangkan suatu manfa'at atau mara bencana], serta penyembahan terhadap orang-orang alim melalui ilmu pengetahuan dan fiqh [dengan diikuti apa saja yang dikatakan, baik sesuai dengan firman Allah dan sabda RasulNya atau tidak]. kemudian hal ini berkembang lebih parah lagi, dengan adanya penyembahan terhadap orang-orang yang tidak soleh, dan terhadap orang-orang bodoh yang tidak berilmu [dengan diikuti pendapat pendapatnya, bahkan bid'ah dan syirik yang mereka lakukan juga diikuti].

Kesimpulan: Dr. Uthman telah menabur fitnah, yang disebut di dalam Kitab at-Tauhid ialah mengikut ulama dan umara dalam menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Ia jauh berbeza dengan pernyataan Dr. Uthman bahawa Ibn Abd Wahab menyatakan sesiapa yang bertaqlid adalah menyembah para ulama.