Archive for June, 2006


Angguk-angguk, geleng-geleng

Assalamualaikum WBT.

 

Ada orang tanya aku, apa salahnya aku melompat-lompat waktu berzikir. Nabi SAW tak pernah larangpun. Lepas tu ada yang cakap lagi, kalau macam tu tak bolehlah orang atlit tu berzkir waktu dia tengah berlari dan melompat.

 

Meh aku terang dengan mudah. Aku dan ramai lagi tak setuju dengan zikir melompat-lompat sebab itu bermakna dah mencipta cara baru dalam beribadah. Memanglah tiada larangan akan tetapi dalam beribadah kita bukan melihat ada atau tidak larangan, kita melihat ada atau tidak suruhan. Ia berbeza dengan hal-ehwal duni kita, semuanya harus kecuali ada larangan.

 

Berbalik kat cerita berzikir sambil menari. Aku akan bagi beberapa contoh,  lepas tu korang semua bezakan sendiri.

 

Contoh 1:

 

Seorang suri rumah, dia akan melakukan kerja-kerja rumah dia. Dalam masa yang sama dia juga sering berzikir, hatta waktu memasakke, sapu sampah ke, salin lampin anakke, kemas rumah ke, dia akan sentiasa berzikir.

 

Ini berbeza dengan seorang manusia, yang bila dia mahu berzikir, dia akan mencapai senduk lalu memasak. Ataupun seorang manusia, yang bila dia nak berzikir, dia akan mencapai penyapu dan menyapu sampah.

 

Contoh 2:

 

Seorang pemandu teksi, dia sering berzikir, hatta waktu memandu teksi pun dia  akan berzikir.

 

Ini berbeza dengan orang yang bila dia nak berzikir, maka dia akan mencapai  stereng teksinya, dan memandu teksinya.

 

Contoh 3:

 

Seorang atlit, dia ni sering berzikir hatta waktu nak berlari ke, melompat ke,  atau waktu berlatih pun dia berzikir.

 

Ini berbeza dengan seorang manusia yang bila dia nak berzikir, maka dia akan  melompat, berlari dan lain-lain.

 

Cukup contoh aku. Tak perlu aku nak hurai panjang-panjang.

 

Wslm WBT

Angguk-angguk, geleng-geleng

Assalamualaikum WBT.

Ada orang tanya aku, apa salahnya aku melompat-lompat waktu berzikir. Nabi SAW tak pernah larangpun. Lepas tu ada yang cakap lagi, kalau macam tu tak bolehlah orang atlit tu berzkir waktu dia tengah berlari dan melompat.

Meh aku terang dengan mudah. Aku dan ramai lagi tak setuju dengan zikir melompat-lompat sebab itu bermakna dah mencipta cara baru dalam beribadah. Memanglah tiada larangan akan tetapi dalam beribadah kita bukan melihat ada atau tidak larangan, kita melihat ada atau tidak suruhan. Ia berbeza dengan hal-ehwal duni kita, semuanya harus kecuali ada larangan.

Berbalik kat cerita berzikir sambil menari. Aku akan bagi beberapa contoh, lepas tu korang semua bezakan sendiri.

Contoh 1:

Seorang suri rumah, dia akan melakukan kerja-kerja rumah dia. Dalam masa yang sama dia juga sering berzikir, hatta waktu memasakke, sapu sampah ke, salin lampin anakke, kemas rumah ke, dia akan sentiasa berzikir.

Ini berbeza dengan seorang manusia, yang bila dia mahu berzikir, dia akan mencapai senduk lalu memasak. Ataupun seorang manusia, yang bila dia nak berzikir, dia akan mencapai penyapu dan menyapu sampah.

Contoh 2:

Seorang pemandu teksi, dia sering berzikir, hatta waktu memandu teksi pun dia akan berzikir.

Ini berbeza dengan orang yang bila dia nak berzikir, maka dia akan mencapai stereng teksinya, dan memandu teksinya.

Contoh 3:

Seorang atlit, dia ni sering berzikir hatta waktu nak berlari ke, melompat ke, atau waktu berlatih pun dia berzikir.

Ini berbeza dengan seorang manusia yang bila dia nak berzikir, maka dia akan melompat, berlari dan lain-lain.

Cukup contoh aku. Tak perlu aku nak hurai panjang-panjang.

Wslm WBT

e-book upload

Aslm wbt

upload ebook terbaru
1) Prophet’s Prayer Described
2) Prophet’s Wudhu Described
3) Adab az-Zifaf (Etique In Marriage According to al-Quran n as-Sunnah)

www.muslimz87.cjb.net.
kalo payah url kat atas, korg masuk sini http://pub28.bravenet.com/forum/switch_style.php?usernum=2342640372

aku gune shorten url sbb sng ingat..tp ramai komplen payah nk open page2.

wslm wbt

Siapakah Mahram Kita?

Siapakah Mahram Kita?

   

   

Ramai sering bertanya siapakah mahram mereka? Maka tulisan ini akan

memberikan huraian secara ringkas tentang siapakah mahram kita. Mahram ialah orang yang haram kita nikahi. Mari lihat siapakah mahram kita?

   

   

   

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا(23)

   

   

Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anak perempuan kamu; adik beradik perempuan kamu,adik-beradik perempuan bapa kamu;adik-beradik perempuan ibu kamu; anak-anak perempuan dari adik-beradik kamu; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [an-Nisa, 4:23]

   

   

Maka di sini kita boleh ringkaskan bahawa mahram itu wujud kerana tiga sebab;

   

   

1) Mahram kerana keturunan:-

   

-ibu dan bapa kandung, termasuk nenek dan seterusnya ke atas.

   

-anak-anak kandung (anak, termasuk cucu dan seterusnya ke atas) dan anak-anak tiri yang ibu atau bapanya telah kita setubuhi

   

-adik beradik kandung dan adik beradik seibu atau sebapa.

   

-adik beradik ayah dan ibu dan seterusnya ke atas.

   

-anak buah iaitu anak kepada adik beradik kita

   

   

2) Mahram kerana perkahwinan

   

-Ibu bapa mertua iaitu ibu bapa isteri kita.

   

-Menantu iaitu suami atau isteri kepada anak kita.

   

   

3) Mahram kerana susuan

   

-mahram kerana sepersusuan sama seperti pembahagain dengan mahram kerana keturunan sebagaiman hadith Rasulullah SAW dari ‘Aisyah RA:

   

فإنه يحرم من الرضاعة ما يحرم من النسب

   

Berkata Rasulullah SAW: “Sesungguhnya diharamkan (untuk bernikah) saudara sepersusuan sebagaimana diharamkan kerana keturunan”. [Sahih Muslim:1445]

cuba

Antara Ilmiah Dan Pemikiran

Tajuk ini pasti akan membingungkan kita. Isu yang mahu disentuh ialah tentang kebangkitan gerakan-gerakan Islam khususnya di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kira awam atau pun swasta. Kecenderungan golongan muda kepada gerakan Islam dilihat bermula selepas era revolusi

. Ia membangkitkan semangat keIslaman di seleuruh dunia. Artikel ini tidak mahu berbicara tentang revolusi

Iran

dan kesannya. Artikel ini adalah satu singgungan kepada apa yag berlaku di kalangan mereka yang bergelar aktivis Islam.

   

   

Jika menyebut pelajar-pelajar yang terlibat dalam gerakan Islam, maka akan terbayang di kepala kita pemuda-pemuda berkopiah, berbaju raihan dan pemudi-pemudi berjubah, bertudung bulat dan lain-lain. Jika setakat imej mereka begitu, itu bukanlah satu kerisauan, akan tetapi yang merisaukan apabila mula timbul isu inilah imej Islam, mereka yang tidak memakai pakaian seperti itu diangap seperti kekurangan sesuatu.

   

   

Mari kita lihat tentang isu tudung bulat. Ini adalah isu yang sering say abaca di dalam forum-forum remaja di internet lebih-lebih lagi yang berunsurkan agama.

gadis-gadis yang tidak bertudung labuh, bulat tetapi hanya memakai tudung tiga segi mengadu mereka dipandang serong. Saya bertanya adakah tudung mereka itu tidak menutup dada hingga tidak cukup syarat. Jawapan yang gadis-gadis itu berikan ialah tudung mereka menutup dada, pendek cerita mengikut syarat yang syara’ tetapkan. Maka di sini saya melihat kecenderungan untuk membentuk imej tertentu sebagai symbol agama telah timbul, bahkan mula wujud sikap melampau hinggakan perkara yang syara’ tidak pernah sibukan mula dibising-bisingkan. Apa kejadahnya menyuruh gadis-gadis yang sudah menutup aurat dengan sempurna untuk bertukar ke tudung labuh dan bulat? Apakah wujud dalil yang menunjukkan begitu? Hatta jika anda ingin menyatakan ia sunat sekalipun, maka mesti disertakan dengan dalil?

   

   

Bukanlah asing untuk mendengar perbualan-perbualan rakan-rakan kita yang menggunakan perkataan ‘ana’, ‘anta’, ‘anti’ dan lain-lain.

percakapan ini sering dilihat di kalangan pemuda-pemudi gerakan Islam dan pelajar-pelajar sekolah agama. Saya tidak menyatakan

gaya

percakapan sebegini salah walaupun saya lebih selesa mengunakan perkataan ‘aku’, ‘kau’, dan lain-lain. Cuma saya tidak mahu ia menjadi seolah-olah satu imej bahawa mereka yang mahu menyertai gerakan Islam, terlibat dalam menjalankan dakwah, amar makruf nahi mungkar, mestilah bercakap dengan

gaya

sedemikian. Imej sebegini hanya menjauhkan kita daripada masyarakat kerana ia seolah-olah menunjukkan kita dalah satu kelompok yang terpisah dan berbeza daripada yang lain.

   

   

Kadang-kala perkara sebegini menyebabkan berlaku pertelingkahan seolah-olah perbezaan pendapat antara yang halal dan haram. Sebagai contoh; sebuah persataun ingin mengadakan program berbuka puasa. Maka dicadangkan untuk majlis tersebut berjalan dengan pelajar-pelajar makan di dalam talam. Setiap talam mempunyai empat orang. Timbul pendapat lain pula yang mencadangkan supaya pelajar-pelajar makan menggunakan pinggan seperti biasa. Tiba-tiba yang mencadangkan untuk makan menggunakan talam menjawab bahawa sunat makan berjemaah. Di sini makan secara berjemaah dijustifikasikan sebagai makan di dalam talam. Sedangkan makan menggunakan talam, pinggan bukanlah isu berjemaah atau tidak kerana kedua-duanya dilakukan secara berjemaah. Yang patut dibincangkan yang manakah lebih banyak kebaikan, makan di dalam talam atau seperti biasa.

   

   

Contoh-contoh di atas hanyalah beberapa contoh. Kita tidak mahu tengelam dalam perkara-perkara yang sebenarnya tidak perlu. Kita perlu membezakan yang manakah ditekankan syara’ dan yang manakah sebenarnya hanyalah hasil pemikiran kita. Jangan jadikan pemikiran kita untuk menjustifikasikan sesuatu sedangkan Islam tidak pernah menyempitkannya.

Gaya

Ada

Iran

Siapa tak beriman Allah Melihat?

Assalamaulaikum WBT.

iklan sebentar- website hadis dalam b.melayu telah siap dibina atas usaha Ustaz Zain YS, pengasas web al-ahkam.net dan dibantu oleh beberapa orang ahli al-Ahkam. ni dia url nye http://e-hadith.info/home

 

Ada orang cakap kat aku, kita tidak boleh menetapkan sifat Allah SWT bersemayam di atas Arsy’, mempunyai tangan, di atas langit dan lain-lain. Katanya jika kita menetapkan sifat-sifat itu maknanya kita menyamakan allah dengan makhluk sebab makhluk pun ada tangan dan lain-lain lagi. Jadi macam mana nak beinteraksi dengan sifat-sifat Allah ni. Maka kata mereka kita kena takwil, tangan Allah di takwilkan kepada qudrat atau pun nikmatnya. Mereka cakap juga inilah dia akidah yang benar, siapa yang sifatkan sifat-sifat Allah tanpa takwil seperti yang mereka cakap telah sesat sebab menyamakan Allah dengan makhluk.

 

Jom kita tengok, selain sifat-sifat di atas, sifat apakah yang kita tetapkan pada Allah SWT. Sifat mendengar, mengetahui, melihat, berkuasa dan lain-lain. Jadi aku ingin bertanya, adakah bila aku cakap Allah Mendnegar, maka aku menyamakan Allah dengan pendengaran manusia. Sudah pasti tidak. Jawapan aku senang sahaja, sudah pastilah pendengaran Allah tidak sama seperti pendengaran manusia dan seluruh makhluk. Allah mendengar tetapi tak sama dengen pendengaran makhluk. Jadi bagaimana pendengaran Allah? Macam aku cakap ia tak sama dengan makhluk tetapi bagaimanakah bentuk pendengaran Allah tidak aku ketahui kerana tidak dikhabarkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Yang tertulis ialah Allah mendengar.

 

Allah Melihat? Bukankah manusia juga melihat, kucing juga melihat, anjing juga melihat. Jadi kalau kita menetapkan Allah melihat, adakah kita menyamakan sifat Allah dengan manusia, kucing, anjing dan lain-lain. Sudah pasti tidak, penglihatan Allah tidak sama dengan penglihatan makhluk. Bagaimana penglihatan Allah tidak aku ketahui tetapi aku beriman dengan sifat Allah melihat sebab ia tertulis di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

 

Maka begitu jugalah aku beriman dengan sifat Allah mempunyai tangan, bersemayam di atas Arsy’, berada di atas langit dan lain-lain. Kesemua sifat-sifat Allah diimani dengan makna yang Allah SWT khabarkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Dan kita juga beriman bahawa sifat-sifat Allah itu tidak sama dengan sekalian makhluk. Persamaan dari segi maksud tidak membawa persamaan dari segi bentuk.

 

Jika ada yang baca blog ini kata aku menyamakan Allah dengan makhluk, maka aku nak tanya, korang percaya tak Allah mendengar, melihat, mengetahui dan lain-lain. Kalau macam tu, korang pun menyamakan Allah dengan makhluk juga.

 

Hatta bila korang takwil maksud tangan Allah kepada kuasanya pun, masih tak lari dari sifat makhluk. Apa korang tak pernah tengokke iklan enjin kereta dia sebut dengan kuasa kuda.

 

Maka ringkasnya kat sini aku tulis;

 

1) Kita beriman dengan sifat-sifat Allah sebagaimana yang Allah sampaikan di dalam al-Quran dan as-Sunnah tanpa mengubah atau mentakwil maksudnya.

 

2) Kita juga beriman bahawa sifat-sifat Allah itu tidak sama seperti  sifat-sifat makhluk.

 

Ok. Mudah bukan, Jadi macam-mana yang orang dok kata akidah musyabbihah dan mujassimah tu. Musyabbihah tu menyamakan Allah dengan makhluk dan mujassimah menjisimkan Allah seperti makhluk.

 

Contoh musyabbihah ialah orang yang bercakap macam ni "Allah tu mendengar,  Dia mendengar macam aku dengar kau bercakaplah."

 

Contoh mujassimah pula ialah macam ni "Allah mempunyai tangan, tangan dia  macam tangan aku nilah."

 

Ok sekian sahaja entry aku tentang sifat-sifat Allah.

 

dan satu soalan akhir aku, adake sesiapa yang baca blog ni beriman bahawa Allah tidak mendengar sebab kalau beriman Allah Mendengar nanti jadi musyabbihah.

 

Meh lihat link-link yang aku bagi kat bawah untuk huraian yang lebih ilmiah  dan berilmu

Aqidah Imam 4 mazhab tentang sifat-sifat Allah (sori hek dalam b.arab aku malas sikit nak terjemah):-

Imam Malek
Imam Abu Hanifah
Imam asy-Syaffie
Imam Ahmad Bin Hanbal

Hah yang ni lnik dalam bahasa melayu indon

Allah bersemayam di atas Arsy’
Allah Mempunyai Tangan

dan lain-lain. Korang boleh masuk website melayu malaysia seperti www.al-ahkam.net www.al-qayyim.net   http://groups.yahoo.com/group/alfikrah

New Muslims Converted-Sila Bagi Respond

Assalamu’alaikum WBT.

 

Kat bawah ini adalah petikan dari blog Hafizbar. Aku harap semua yang membaca blog ini memberi tindak balas kepada isi kandungannya. Tindak balas yang aku kehendaki bukanlah meng’ forward’ tulisan ini ke seberapa banyak kawan-kawan korang. Akan tetapi tindak balas yang aku mahu, mudah sahaja, tulis emel, dan hantarkan kepada hafizbar@gmail.com dan Hfaiz akan forwardkan emel itu kepada dua saudara  seIslam kita yang baru sahaja memeluk Islam.

 

Sila ikut format yang diberikan dalam tulisan di bawah. Ini untuk memudahkan membezakan emel tersebut dengan emel-emel lain yang singgah masuk ke dalam Inbox Hafizbar.

 

Benda ni dah lama wujud dalam blog Hafizbar, hampir sebulan. Dan aku tanya Hafiz berapa ramai yang bagi emel kata-kata semangat, motivasi dan lain-lain kepada dua orang saudara kita tu. Jawab Hafizbar tidak sampai lima orang. Maka dekat blog aku ini, aku ingin menginatkan adakah isu ini terlalu kecil dibanding dengan isu-isu lain. daripada sibuk menulis emel meng’forward’ benda-benda yang entah betul ke tidak, ini makanan ada sosej babi dan lain-lain ‘nonsense’ emel, lebih elok engkau semua luangkan masa menulis emel kepada saudara kita yang dua orang ini. Selamat membaca pengalaman Hafizbar bersama mereka dan jangan lupa hantarkan emel kamu semua.

 

warkah (surat) drp hafizbar buat sahabat2 di luar sana.

Dengan sukcitanya saya memulakan warkah ini dengan sebuah cerita. cerita yg tidak ada di mana2 melainkan hanya di hafizbar’s site. dengarkan lah adik-adik sekalian.

Di sebuah universiti, di dalam sebuah ruang, aku singgah sembahyang zohor. Belum masuk waktu lagi. Aku pusing mata melihat keadaan sekeliling. tengok ada seorang mat saleh yg aku rasa baru kenal tempat `ini’. baru je masuk islam aku rasa. Bagi salam, tanya nama, jawabnya: “Brant…. Brant johnson." aku balas, “My name is Muhammad…."

Aku tanya tunggu orang ke? Dia kata tak… Nak tunggu sembahyang zohor. Aku tanya lama ke tunggu/ duduk sini? Dia kata dalam 10 minit. ****… selama 10 minit dia duduk dalam bilik tu, takde orang nak tegur, borak-borak dengan dia. Apa cerita? Orang yang konon-konon berjuang menegakkan keharmonian dan kebenaran dalam alam mayapada LANGSUNG tak ambil peduli dgn orang cam beliau (read: brant).

Berapa lama masuk islam? Dia kata about 3 weeks ago. sekali lagi, minda ku berputar-putar fikir ke mana perginya orang-orang Islam yg suka knee-jerk pada benda-benda yang langsung tak offended pun. Benda-benda besar nampak, benda-benda yang dianggap `kecil’ langsung haram tak ambil peduli.

ULANGAN… kenapa lah bab-bab `kecil’ utk bergaul, bersosial sesama muslim — terutama new converted, langsung tak diambil kisah.

 


Lepas tu, aku kerap gak jumpa dia, kat school, masjid, etc. tiap-tiap kali jumpa kat masjid aku ajar dia al-fatihah (ajar semua, dan dia dapat baca dgn agak baik. dan juga dimaklumkan dia dapat hafal 5 ayat dlm masa 1 jam, lagi 2 ayat aku suh dia hafal sendiri. dia penat aku rasa, tu yg stop tu).

Lepastu sebagai sedara baru, aku pon faham apa tugas aku… selain tolong ajar benda-benda yg basic, aku bagi dia HADIAH quran, minyak wangi, etc.

itu baru cerita satu, ni plak cerita seterusnya


cerita dua (2)

sekali aku gi jalan-jalan kat Winona (minneapolis-winona = 2jam kereta). Singgahla kat masjid situ. lepak-lepak apa semua…. nak tunggu asar. sekali datang lah sorang new american muslim.

“ape nama"
“nama saya doug"
“bla bla bla bla"
“saya dah sebulan masuk islam"
“ooo ye ke… alhamdulillah. apa nama islam?"
“abd rahman"

maka berborak-borak la. ringkasan lebih kurang:

keadaan kat sana teruk. die dah sungguh-sungguh cari islam, masuk islam. tapi, takde sape2 yg dia boleh buat member nak tunjuk ajar ape seme. ade sekali die datang masjid tu… langsung takde orang. haram tul la.

die siap tanya aku macam-macam.. solat la, fatihah la. ape yg aku dapat jawab, jawab je la. pastu cakap kat die… kalau ade ape-apa soalan terus je jumpa ustaz. pastu die kata, ustaz yg selalu die jumpa tinggal jauh dari tempat dia. kene pegi bandar berhampiran.

sblm berpisah, aku bagi hadiah perfume/ minyak attar

Ini Format untuk emel yang korang kena hantar kepada  saudara kita.
ikut format ni:

———————————————————————————
Subject: New Converted Muslim

Assalamualaykum Rafeeq/Abd Rahman,
Allah has forgiven every single of your sins at the moment you recite “asyhadu al lailaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"

Sincerely,
Hafizbar, Minneapolis, USA
———————————————————————————

* subject line kat email ko tu, TULIS: New Converted Muslim. bukan letak kat isi  email.

* isi surat tu contoh je, ko taruk la ape2 ko nak, IKUT SUKA. panjang ke pendek  isi tak kisah.

* nama kena BETUL (mohd…..)

* “Assalamualaykum" dan “Sincerely" … JANGAN tinggal. tak perlu ganti  ukhuwah fill-up atau ape2 yg sewaktu dgn nya.

* tempat tinggal ko pon MESTI tulis.

* Sila ikut format yang diarahkan. Ini untuk memudahkan kerja mencari emel-emel  yang tiba ke dalam inbox Hafizbar

 

Sekian blog hari ini. Ingat hantar emel, luangkan sedikit masa untuk saudara kita yang baru masuk Islam. Jangan abaikan mereka. Dan ingat hantar emel korang tu kepada hafizbar@gmail.com .

Upload Terbaru: Ridaussolihin dan Intro to Ulum Hadis

Aslm wbt upload terbaru..e-book riadussolihin karangan imam nawawi n introduction to uloom hadith..kedua2nye dlm bahasa inggeris..dptkan di www.muslimz87.cjb.net www.muslimz87.tk

Selamat Mendownload

Tutup Aurat Sbb Nak Cantik

Assalamualaikum   WBT.

 

 

Ada  orang tanya aku, apa hukum tutup aurat sebab nak nampak cantik:

 

 

Mari kita lihat  hadith pertama dari kitab hadith 40 karangan Imam an-Nawawi:

 

 

عَنْ عُمَرَ t  ، قال : سَمِعْتُ رَسولَ اللهِ rيقولُ : (( إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا([1])  فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ )) . رواهُ البُخاريُّ ومُسلِمٌ ([2]).

 

Dari ‘Umar RA, dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Adalah setiap amalan itu dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah bagi Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya adalah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia niatkan. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

 

وقال الفضيلُ في قوله تعالى : } لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً { ([3]) ، قال : أخلصُه وأصوبُه . وقال : إنَّ العملَ إذا كان خالصاً ، ولم يكن صواباً ، لم يقبل ، وإذا كان صواباً ، ولم يكن خالصاً ، لم يقبل حتّى يكونَ خالصاً صواباً ، قال : والخالصُ إذا كان لله U  ، والصَّوابُ إذا كان على السُّنَّة ([4])  .

 

Berkata al-Fudhail pada firman Allah SWT: “Untuk dia menguji kamu, siapakah yang paling baik amalnya” [al-Mulk:3]. Dia berkata: “Ikhlasnya dan benar (caranya)”. Dia berkata lagi: “Sesungguhnya amal, apabila ia ikhlas akan tetapi tidak benar caranya, tidak diterima amal tersebut, dan apabila benarnya amalan itu dan tidak ikhlas, tidak diterima amal itu sehingga ia ikhlas dan benar”. Dia berkata lagi: “Dan orang yang ikhlas itu ialah apabila ia kerana Allah, dan benar itu apabila ia selari dengan sunnah”.

 

 

Maka dalam huraian di atas, maka bagi akulah, apa yang aku faham, amal yang kita buat, kalau mahu Allah terima, kenalah ikhlas dan betul caranya. Kalau tutup aurat, kalau nak dapat pahala, maka kenalah tutup aurat sebab ikhlas kerana Allah dan cara tutup aurat tu biarlah kena dengan yang ada dalam al-Quran dan al-Hadith.

 

 

Tapi,  apa kata kamu semua; Patut tak kita haling minah tu pakai tudung semata-mata dia  kata nak nampak cantik.

 

 

Kalau tanya akulah, aku biarkan sahaja dia. Manalah tahukan dengan sebab mula-mula pakai tudung sebab nak cantik tu, maka dia akan rasa ‘best’ nak tutup aurat. Hidayah kan kat tangan Allah.

 

 

Jadi, pendek ceritalah. Kalau ada kawan-kawan ke, awekke, adikke, kakak ke, siapa-siapa jelah yang kata nak pakai tudung ke, tutup aurat ke sebab dia rasa cantik, biarkanlah mereka pakai. Tak payahlah kita nak cakap “Baik kau tak payah pakai” dan yang sewaktu dengannya. Sekurang-kurangnya dapatlah juga mereka tu ‘cover’ dosa sebab bukak aurat kan. Tak gitu!

 

 

Oklah.  Chow Chin Chow. Wslm wbt.

 

 

 

 

 

 

 

   
 

   
    

     ([1])      في ( ص ) : ((      يتزوجها ))      .

   

    

     ([2])      أخرجه:      البخاري 1/2 ( 1 ) و1/21 ( 54 ) و3/190 ( 2529 ) و5/72 ( 3898 ) و7/4 ( 5070 ) و8/175 ( 6689 ) و9/29 (      6953 )، ومسلم 6/48 ( 1907 ) ( 155 ).

    

     وأخرجه أيضاً : ابن المبارك في " الزهد " ( 188 )      ، والطيالسي ( 37 ) ، والحميدي
    ( 28 ) ، وأحمد 1/25 و43 ، وأبو داود ( 2201 ) ، وابن ماجه ( 4227 ) ، والترمذي   
    ( 1647 ) ، والبزار ( 257 ) ، والنسائي 1/58 و6/158 و7/13 وفي " الكبرى " ، له   
    ( 78 ) و( 4736 ) و( 5630 ) ، وابن الجارود ( 64 ) ، وابن خزيمة ( 142 )
    و( 143 ) و( 455 ) ، والطحاوي في " شرح المعاني " 3/96 وفي " شرح المشكل " ، له   
    ( 5107 ) – ( 5114 ) ، وابن حبان ( 388 ) و( 389 ) ، والدارقطني 1/49-50 وفي   
    " العلل " ، له 2/194 ، وأبو نعيم في " الحلية " 8/42 ، والقضاعي في " مسند      الشهاب "
( 1 ) و( 2 ) و( 1171 ) و( 1172 ) ، والبيهقي 1/41 و298 و2/14 و4/112 و235 و5/39 و6/331 و7/341 ، والخطيب في " تاريخه " 2/244 و6/153 ، والبغوي ( 1 ) و( 206 ) ، وابن عساكر في " تاريخ دمشق " 5/265 و44/119-120 و46/83 و57/290 من طرق عن يحيى بن سعيد ، به .

   

    

     ([3])      الملك : 2 .

   

    

     ([4])      ذكره البغوي في " تفسيره " 5/124-125 .

Koleksi Fatwa ‘Kongsi Raya’

Assalamualaikum WBT.

Di sini aku akan berikan beberapa link tentang sambutan perayaan orang kafir. Dan sudah pasti dalam linl-link yang aku beri ini, ia mempunyai pendapat yang berbagai-bagai, akan tetapi dalam pendapat yang berbagai-bagai, yang paling ringan pun pasti ada menyatakan had-had untuk kita bersama orang-orang kafir tersebut.

Dalam masa yang sama, aku tidak mahu ada yang melampau hingga ke tahap ‘kafir mengkafir, siapa yang kafir’ dalam hal ini. Ulama-ulama masih berselisih pendapat walaupun aku sendiri cendering kepada yang mengharamkannya.

Sekian Wassalam WBT.

Jawapan Ustaz Pendekar [al-ahkam.net] dan ulasan kepada fatwa Ibn Taimiyyah di dalam Iqtidha as-Sirat al-Mustaqim

Fatwa Ulama’-Ulama’ di Islam Online

Artikel Saudara Hafiz Firdaus bagi menyanggah Astora Jabat

Jawapan dari islam-qa [mereka mengharamkannya] dan begitu juga ulama-ulama Saudi yang lain.