Kebutaan: Edisi Penutup
Assalamualaikum WBT.
Sila baca apa yang aku tulisa dari isu
awal. Tanyalah diri anda sendiri apakah kenyataan-kenyataan ini telah
aku tulis atau anda sendiri yang membuat andaian sedangkan posting
pertama telah menerangkan stand aku dalam hal ini:
1) Pernahkah aku mengeluarkan kenyataan HARAM menyokong Hizbullah?
2) Pernahkah aku mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang menyokong Hizbullah adalah Kafir, sesat dan lain-lain.
Jadi
isu apakah yang aku persoalkan sebenarnya: Isu yang aku persoalkan
ialah tindakan beberapa penulis muda tersohor bumi Malaya, yang mana
tulisan mereka amat mempengaruhi budak-budak muda yang khususnya kaki
novel, di mana penulis ini telah mengangkat Khomenei setinggi-tingginya
di dalam weblog beliau sendiri, bahkan bahaya tulisan-tulisannya adalah
dengan anda sendiri membaca komen-komen di weblog beliau di mana ada
pembaca yang terus mengeluarkan kata-kata ‘Dulu saya sangka Syiah
jahat, sekarang tidak lagi’.
Inilah isunya, bukan Hizbullah menjadi isunya. Menyokong atau tidak menyokong Hizbullah adalah ijtihad politik anda.
Ketidak
setujuan aku pada akidah mereka bukan bermakna aku menyatakan tentera
Israel berhak membunuh masyarakat Lubnan walaupun mereka itu Syiah.
Gilakah aku untuk menyatakan bahawa kanak-kanak Lubnan itu berhak
dibunuh sebegitu rupa hanya kerana dia Syiah! Gilakah aku untuk
menyatakan Hizbullah tidak berhak mempertahankan diri mereka apabila
diserang oleh Israel di Lubnan? Adakah anda menyangka aku sudah hilang
akal, hilang kewarasan. Aku bukan orang yang gila isim untuk
membenarkan pembunuhan-pembunuhan itu.
Cukuplah kat bawah ini aku bawakan tulisan Ustaz Mazslee Malek di palestinkini
"Jika
umat Islam sedunia hanya mampu bersedih semenjak rakyat Palestin
sekeluarga dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis di Pantai
Gaza, kini mereka boleh berasa bersemangat kembali. Serangan-serangan
rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat pasca
kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya Majlis Legaslatif yang lalu kini
agak terubat. Pertamanya, operasi "al-Wahm al-Mubaddad" (prasangka yang
dihapuskan) yang dilancarkan bersama oleh Briged al-Qassam (HAMAS),
Alwiyat al-Nasir (Mantan Fatah) dan al-Jaysh al-Islami ke atas pos
tentera Zionis di Kufr Abu Salim di dalam Palestin 1948. Operasi yang
telah menyaksikan bagaimana pos kawalan tentera itu telah berjaya
ditembusi dari bawah tanah dan menyebabkan tiga orang tentera mereka
terkorban, tawanan seorang tentera mereka , kecedaraan ramai yang lain
serta kemusnahan dua kereta kebal tercanggih rejim Zionis. Operasi
tersebut benar-benar telah mengejutkan rejim Zionis yang selama ini
menyangkakan bahawa rakyat Palestin lemah dan tidak berupaya menyerang
balas."
http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1143


Mari membaca tulisan Ustaz Hasrizal tentang fahaman Khomenei yang ada manusia mengangkatnya sebagai tokoh Revolusi Islam kononnya.


