Assalamualaikum WBT.
Tuan-tuan yang mulia,
Marilah kita semua merenung apakah tujuan Tuhan menciptakan kita. Adakah Tuhan menciptakan kita untuk kita berseronok-seronok, bergembira di alam yang sementara ini, atau apakah sebenarnya tujuan Tuhan menciptakan kita. Allah SWT berfirman:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku (adz-Dzariyat:56)
Tuan-tuan yang mulia,
kita lihat Allah telah menyatakan dengan jelas tujuan Dia menciptakan kita semua adalah untuk kita beribadah kepadanya. Mari kita lihat, adakah selama ini kita telah beribadah kepadaNya. Apakah kehidupan kita ini, kerja kita, kata-kata kita, perbuatan kita selama ini adalah ibadah kepadaNya ataupun kita telah mensia-siakan masa di dunia ini dengan tidak mengibadahiNya.
Tuan-tuan yang mulia,
sebelum kita nak beribadah kepadanya, kita kena tahu bagaimana mahu beribadah kepadanya, kita kena tahu ibadah bagaimana yang Tuhan mahu kita lakukan. Sebab itu Tuhan hantar rasul, Tuhan hantar rasul-rasulNya bukan sekadar suka-suka, tapi tujuan Tuhan hantar rasul-rasulnya adalah satu. Tuan-tuan, adakah kita semua tahu apa tujuan Tuhan hantar rasul-rasulNya. Allah berfirman:
Nah! kita lihat tuan-tuan yang mulia sekalin. Setiap rasul yang Allah utuskan kerja mereka semua sama, usaha mereka semua sama. Semuanya Allah utuskan untuk seru manusia, ajak manusia, tunjuk manusia untuk sembah Allah sahaja dan menjauhi thoghut. Rasul-rasul tak dihantar oleh Tuhan untuk ajar manusia menjadi doktor, jadi engineer dan lain-lain. Tuhan hantar Rasul untuk ajar kita tauhid, untuk ajar kita bagaimana sembah Allah. Tak kira kita engineer, doktor, polis, dan lain-lain, kita semua perlukan tauhid, kita semua perlu sembah Allah. Inilah tujuan rasul-rasul diutuskan.
Tuan-tuan yang mulia, mari kita ingat, baca dan faham kisah sahabat ni. Sorang sahabat Nabi SAW, nama dia Muadz. Satu hari Muadz RA bersama Nabi SAW di atas keldai, Muadz RA bercerita: Aku pernah diboncengkan Nabi s.a.w. di atas keledai, kemudian beliau berkata kepadaku: " wahai Muadz, tahukah kamu apakah hak Allah yang harus dipenuhi oleh hamba-hambaNya, dan apa hak hamba-hambaNya yang pasti dipenuhi oleh Allah?, Aku menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui", kemudian beliau bersabda: "Hak Allah yang harus dipenuhi oleh hamba-hambaNya ialah hendaknya mereka beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, sedangkan hak hamba yang pasti dipenuhi oleh Allah ialah bahawa Allah tidak akan menyiksa orang orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, lalu aku bertanya: ya Rasulullah, bolehkah aku menyampaikan berita gembira ini kepada orang-orang?, beliau menjawab: "Jangan engkau lakukan itu, kerana khuwatir mereka nanti bersikap pasrah" (HR. Bukhari, Muslim).
Tuan-tuan yang mulia, apakah yang kita faham tentang tauhid yang Nabi SAW bawa, mari kita lihat tuan-tuan apa kata ulama-ulama kita tentang Tauhid yang rasul-rasul semua bawa. Sheikhul Islam al-Imam Ibn Taimiyyah berkata: Tauhid yang dibawa para Rasul mengandungi penetapan keesaanNya dengan bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Tiada yang disembah melainkan Allah, tidak ada tempat bertawakkal kecuali ke atasnya, tiada tempat ber wala’ kecuali kepadanya, tiadalah memusuhi kecuali padanya (keredhaanNya) dan tidak beramal kecuali keranaNya. Hal itu mencakupi menetapkan apa yang ditetapkanNya kepada diriNya dari nama-nama dan sifat-sifatNya.
Tuan-tuan yang mulia,
kita selalu salah faham tentang tauhid yang rasul-rasul bawa. Kita selalu menyangka dengan beriman Tuhanlah sahaja pencipta alam ini, maka tauhid kita telah sempurna. Tuan-tuan yang mulia, tauhid yang rasul-rasul bawa bukan setakat kita percaya Tuhan sahajalah yang atur alam ini, yang terbitkan matahari pada waktunya, yang tenggelamkan matahari pada waktunya, yang putarkan bumi pada paksinya.
Akan tetapi Tauhid yang dibawa oleh Rasul-Rasul bukanlah berhenti setakat pada menyatakan bahawa Allah menguasa alam, mengatur segala sesuatu kerana i’tiqad sebegitu turut diimani oleh sebahagian golongan kafir yang mengakui wujudnya Tuhan.
" قل لمن الأرض ومن فيها إن كنتم تعلمون * سيقولون لله قل أفلا تذكرون * قل من رب السماوات السبع ورب العرش العظيم * سيقولون لله قل أفلا تتقون * قل من بيده ملكوت كل شيء وهو يجير ولا يجار عليه إن كنتم تعلمون * سيقولون لله قل فأنى تسحرون
84. Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" 85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" 86. Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?"87. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?"88. Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" 89. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?"(al-Mukminun (23):84-89)
Tuan-tuan yang mulia, kita lihat apa jawab orang kafir. Mereka pun percaya Tuhan yang atur alam ini, mereka percaya Tuhan yang berkuasa dalam dunia ini, jadi adakah kita mahu iman kita macam orang kafir. Mereka percaya Tuhan yang kawal alam ini tapi mereka sembah berhala, mereka sembah patung, mereka sembah macam-macam selain Allah. Adakah kita mahu jadi macam mereka?
Kaum musyrikin secara umumnya menerima bahawa Allah adalah pencipta dan pengatur alam ini. Akan tetapi dalam masa yang sama mereka masih menyembah berhala-berhala mereka yang dianggap dapat memberi syafaat kepada mereka.
" أم اتخذوا من دون الله شفعاء قل أو لو كانوا لا يملكون شيئا ولا يعقلون * قل لله الشفاعة جميعا له ملك السماوات والأرض
43. Bahkan mereka mengambil pemberi syafa’at selain Allah. Katakanlah: "Dan apakah (kamu mengambilnya juga) meskipun mereka tidak memiliki sesuatupun dan tidak berakal?"44. Katakanlah: "Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada- Nyalah kamu dikembalikan" (az-Zumar (39):43-44)
Sekian sahaja tuan-tuan yang mulia untuk hari ini. Moga apa yang kita baca dapat memberi manfaat pada diri kita semua tuan-tuan sekalian. moga dapat kita amalkan dan sampaikan, insya-Allah.
Wslm wbt
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) "Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thoghut.” (QS. An - Nahl, 36).