forum gerakan tajdid dan ifthar di UIA
Assalamualaikum WBT.
Dah habis pun PRK. WUFI menang besar, ASPIRASI menang 4 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding di kuliah ICT dan KAED.
Lepas menang jangan lupa diri ye abang-abang dan kakak-kakak WUFI ku sekalian. Jangan ingat kemenangan itu satu kemasyhuran. Beban kerja menanti anda. Dan jangan sangka kami yang mengundi anda pada PRK ini akan menjadi lembu yang dicucuk hidung untuk mengikut segala kata-kata anda. Jangan lupa, jika semalam kami undi anda, tidak lama lagi anda juga terpaksa menerima kritikan-kritikan yang pedas dari kami.
Kepada Kak Farah Ziela dan Abang Shukri yang memenangi kerusi Kuliyyah Ekonomi. Ingat ye pesan saya terutama Abang Shukri. Ingat apa yang saya kata waktu saya peluk saudara lepas tahu kemenangan WUFI. Lepas ini jangan kecil hati dengan kepedasan kritikan kami.
Jika tahun ini kami sokong anda, tak mustahil tahun hadapan undi kami beralih arah.
Kepada ASPIRASI, janganlah kecewa ye abang-abang dan kakak-kakak ASPIRASI ku sekalian. Tahun hadapan bertandinglah lagi. Manalah tahu rezeki anda, saya undi anda pula.
Ahakz. Di sini ada satu cerita. Tak payahlah saya tulis siapa yang terlibat. Cuma peringatan, kalau nak bertanding tu, buat lah elok-elok. Tak perlulah nak main kotor, siap sebar risalah palsu yang mengkafirkan kumpulan sendiri. Korang ingat kami budak UIA bodoh ke nak percaya bulat-bulat apa yang ada dalam risalah yang korang reka tu. Tak payahlah nak cabut banner kumpulan orang lain kalau tak mahu banner korang kena cabut. (budak-budak AIKOL mesti tahu kes ni kan!). Kalau nak menang biarlah cara jujur, kalau nak kalah biarlah dengan maruah. Lagi teruk kalau main kotor pastu kalah. KALAH DENGAN TAK BERMARUAH!
Kepada abang KOMITI Convest ‘06 ku yang tercinta, baca kata sini inagtlah pantun ni ye:
Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai,
kalau takut digelar setan, jgn ikut perangai syaiton.
Wassalam WBT
Assalamualaikum WBT.
Apa macam pilihan raya kampus. UIA macam biasa WUFI VS ASPIRASI.
Siapakah yang jadi pilihan Masri? Ahakz, buat masa ini saya menyokong WUFI dan untuk Kuliyyah Ekonomi pun saya sokong calon WUFI iati Bro. Shukri dan Kak Farah Ziela. Apsal aku tak nak sokong ASPIRASI? Aku punya sukalah, dah undi hak aku. Heheheh, rilekle jangan marah.
Buat masa ini, aku rasa WUFI adalah pilihan yang paling ok berbanding yang lain-lain. Nak sokong budak-budak Aspirasi, masih terbayang-bayang lagi kat otak aku macam mana SRC yang dikuasai ASPIRASI mengajurkan Convest ‘06.
Nasihat kepada pengundi: Jangan anda sangfka undi anda tak dikira di akhirat nanti. Fikirlah elok-elok apa yang baik untuk umat. Lepas dah fikir dan buat ijtihad politik, maka undilah calon anda.
Ada juga yang bertanya bagaimana lepas kita dah pilih calon tu, rupa-rupanya calon itu musang berbulu ayam, musuh dalm selimut, muka wara’ gila tapi perangai macam hampeh, ingat nak pertahankan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar, tapi dia pun sama atau lagi teruk. Jawab aku: Kita bukan tau benda-benda ghaib, waktu undi tu kita dah fikir masak-masak tapi nak buat macam mana, apa yang berlaku di masa hadapan bukan kita tahu. Jadi tak perlulah risau sampai takut nak mengundi.
Jawapan aku di atas adalah umum, maka jangan pula lepas ini ada pembaca yang pergi kata Masri tulis siapa sokong WUFI dapat pahala dan siapa yang skong ASPIRASI dapat dosa. Korang buatlah ijtihad masing-masing waktu undi tu. Aku dalam posting-posting sebelum ini attack ASPIRASI pun secara general sahaja. tapi dalam bab undi nanti, mungkin korang ada penilaian sendiri. Mungkin calon ASPIRASI yang bertanding dekat kerusi kuliyyah itu lebih berkaliber, dan mungkin lebih baik. Maka terpulang kepada anda.
Nasihat kepada calon: Nati dalam pilihanraya ni janganlah dok main kempen kotor. Siap reka SMS kafirkan kumpulan sendiri untuk raih simpati budak-budak UIA. Kepada yang reka SMS tu, jangan ingat aku bodoh, pereka SMS tu sudah hampir dikesan. Silap-silap budak-budak kuliyyah ekonomi aku juga. (*Ish, ish teruknya budak Econs). Lepas tu kepada sesiapa yang menang nanti, jangan lupa janji-janji kamu. Kalau sebelum ni kamu serang ASPIRASI tentang Convest, maka tahun hadapan kami mahu Convest yang lebih mulia tapi dalam amsa yang sama best giler. Aku tak nak korang berdegar-degar bising pasal konsert rock, tapi tahun depan korang pergi jemput artis nasyid yang nyanyi lagu jiwang gila, blah la. Aku mintak untuk Convest nanti persembahan tradisional macam Dikir Barat, angklung (biasanya budak perempuan yang perform), dikekalkan. Jangan rigid sangat ye. Aku suka sangat angklung, hatta masuk UIA baru aku kenal angklung walau aku dari N9 dan dikatakan muzik itu berasal dari N9. Lagi satu waktu konsert nanti, asingkan lelaki perempuan, buat macam konsert Mawi kat Kelantan. Dan sudah pasti petugas yang akan mengasingkan lelaki dan perempuan mesti wujud. Jangan risau, kami di bumi UIA ni sedia membantu.
Lepas tu, jangan lupa tengok-tengok kebajikan kami budak-budak UIA ni. Yuran Mahallah dah nak naik, tolonglah kami wahai bakal-bakal SRC. Rayulah kepada orang atasan UIA supaya harga Mahallah tidak dinaikkan. Tidak kasihankah kepada kami * (Perkataan kasihan hanya layak untuk budak-budak yang guna duit biasiswa dan pinjaman dengan cara yang elok, beli buku, bayar yuran, beli kitab-kitab agama, beli basikal untuk pergi kelas dan lain-lain. Untuk mereka yang dok sibuk beli telefon bimbit baru lepas dapat loan, yang perempuan pulak dok joli beli baju sana sini, beli alat make-up dan macam-macam algi. Maka mereka ini manusia yang tak patut kita kasihan. Elok tarik je pinjaman dan biasiswa mereka).
Wahai bakal SRC: Tuntutlah supaya internet wireless diperluaskan dengan bayaran percuma. Kalau kena bayar pun dengan nilai yang munasabah dan bertepatan dengan kelajuannya. janganlah samapi di Mahallah kami tak dapat line. Kasian mereka yang bersemangat beli lap top tapi tak dapat akses internet di mahallah.
Wahai bakal SRC: Tolonglah kami untuk buat Amar Ma;ruf Nahi Mungkar. Buatlah rondaan setiap malam, basmi dating. Kami bukan suruh anda tengking-tengking budak yang dating, kami tidak suruh saman mereka. Cuma buatlah rondaan dan menaishati mereka.
Wahai bakal SRC: Nanti waktu Taaruf week dengan budak-budak baru. perkenalkanlah mereka betul betul dengan Islam, janganlah buat benda-benda yang tidak berfaedah macam goreng gitar samapai malam. Aajar mereka apa batas-batas aurat dan lain-lain.
Wahai bakal SRC: Banyak lagi yang saya nak tulis tapi dah lenguh jari den, lagipun den nak pergi kelas ni. Ingatlah bakal SRC! Kalau anda mungkir janji, terimalah akibatnya sebagaimana anda juga selalu hentam SRC-SRC yang lalu.
Srkian WSLM WBT
aslm wbt..
audio rakaman kuliah puasa di UIA pada 11 September 2006 telah
diupload..sudi-sudikanlah diri anda untuk mendownloadnya
http://www.4shared.com/file/3683827/4cdd8411/kuliah-puasa.html
speaker: ustaz arif nazri, pensyarah UKM, bekas Imam Masjid UIA, sedang
membuat Phd di UIA
dijemput juga semua minggu hadapan 18/9/06 hari Isnin, sambugan kuliah puasa
di ADM lr5 level 3 jam 930 malam bersamaan hari Isnin.
Aslm wbt
benarkah Islam menggalakkan poligami, ramai yang berkata sedemikian, bahkan siap di hias pula dgn perkataan mengikut sunnah Nabi SAW.
1) Perkataa menggalakan dan menghadkan membawa dua maksud yang berbeza.
Menggalakkan ialah maksudnya kita memang disuruh melakukannya, manakala menghadkan pula kita diberikan had2 yang tidak boleh kita lintasi dalam melakukan sesuatu. Jadi adakah poligami ini digalakkan.
Jika lihat kronologi hukum poligami, sebelum kedatangan Islam umat manusia bebas berkahwin berapa ramai isteri sekalipun tanpa apa-apa batas. Bahkan sebelum hukum penghadan jumlah isteri ramai sahabat-sahabat ra mempunyai isteri yang melebihi 4 orang. Apakah yang terjadi apabila ayat tentang poligami diturunkan.
Mereka yang mempunyai lebih daripada 4 orang isteri mestilah menceraikan bakinya dan hanya memilih 4 orang sebagai isterinya. Ini menunjukkan hukum poligami dalam Islam bukanlah satu galakan sebaliknya satu peng’had’an.
Bahkan saya belum menemui mana-mana riwayat di mana bila turunnya ayat poligami, maka para sahabat-sahabat ra berlumba-lumba mencari perempuan untuk memenuhi kuota empat orang isteri. Jika ia suatu sunnah, sudah pastilah para sahabat ra yang sebaik-baik umat itu akan berlumba-lumba melaksanakan sunnah tersebut.
2) Sebelum kedatangan islam wanita diperlaku sesuka hati. Sedangkan di dalam ayat poligami disuruh berlaku adil sekiranya kita mempunyai lebih dari seorang dan maksimanya 4 orang. Bahkan jika tidak mampu berlaku adil dari segi zahir, maka haram hukumnya kita menikahi lebih dari seorang. Jadi adakah ini menunjukkan Islam menggalakkan poligami atau Islam meng had kannya.
Maka kita fikirlah sendiri benarkah Islam menggalakkan poligami atau sebenarnya menghadkannya.
wslm wbt
http://www.4shared.com/file/3501177/2296ba3f/copy_of_buletin_puasa.html
aslm wbt klik link di atas untuk download risalah menyambut ramadhan mengikut sunnah..sila print dan copy dan sebarkan kpd rakan-rakan anda. wslm wbt
Assalamualaikum WBT.
Malam countdown merdeka saya berada di KLCC dengan kawan-kawan. Melihat bunga api yang sungguh indah. Malam itu bertolak dari UIA selepas Isyak dengan LRT Putra dari Terminal ke KLCC. Itu kali pertama saya ke KLCC sejak belajar di KL. Dari UIA, kami ada dalam lima enam orang. Tiba di KLCC sudah sesak dengan kawan-kawan kita. Mudah dikeanli mereka yang punk dengan rambut terpacak mereka dan seribu satu feseyen lagi. Katak bawah tempurung rupanya saya sebab banyak feseyen yang saya belum pernah lihat sebelum ini. Tujuan pertama malam itu ialah untuk tiba di Masjid asy-Syakirin KLCC. Berkumpul di sana sambil menunggu kemunculan rakan-rakan lain. Di masjid sudah ada lebih kurang 1000 orang pelajar yang dengan sukarela membantu PERKID untuk operasi malam merdeka itu. Ketika kami tiba, PERKID sedang mengadakan taklimat. Sambil di masjid ada program bersama Mufti Perak, Ustaz Akhil Hayy dan kumpulan nasyid lain.
Berjumpa dengan rakan-rakan dari matrik PJ. Mereka sudah menyiapkan beberapa risalah yang amat menarik ada yang untuk bukan Islam, ada yang pasal ketenangan diri, ada yang tentang dating. Kami dari UIA Gombak pula membawa risalah tentang mati dan juga risalah untuk bukan Islam.
Makin lama makin ramai rakan-rakan yang tiba. Dhany memberikan taklimat apa yang patut kami lakukan malam itu. Bagaimana nak dekat dengan sahabat-sahabat kita di KLCC semua diberitahu, apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Sebelum bunga api dilancarkan, saya dan beberapa rakan saya dalam 4-5 orang bergerak ke dalam kumpulan orang ramai. Kami menunggu bunga api bersama-sama mereka. Lawa jugak bunga api, mana taknye ini kali pertama saya pergi sambutan merdeka.
Selepas pertunjukan bunga api selesai, kami bergerak perlahan-lahan sambil mengedar risalah. Betul kata orang, kita kena selalu fikir positif. Kita selalu fikir kawan-kawan kita di KLCC ini akan mencemuh kita dan lain-lain pandangan yang buruk. Tapi Alhamdulillah, kami dijumpakan dengan kawan-kawan kita yang tidak seperti itu. Mereka ada yang memakai tudung, ada yang tidak, ada yang pakai baju ketat, ada yang sedang memadu asmara dengan pasangan mereka di tepi tasik KLCC. Mula-mula takut mahu dekat dengan mereka, tapi akhirnya tiada rasa takut lagi. Sekurang-kurangnya pandangan atau sangka buruk kita pada mereka berkurangan. Mereka tidak sejahat yang dikata. Di dalam hati mereka masih ada rasa hormat, masih ada Iman, masih ada agama, masih ada Tuhan, cuma mungkin mereka tersilap jalan. Sempat berbual-bual dengan mereka sambil-sambil edar risalah.
Ada yang dengan ramah bertanya kami dari mana. Mungkin mereka sangka kami dari kumpulan-kumpulan tertentu. Saya hanya jawab dari UIA. Ada juga yang baik-baik walau nampak ganas, siap bersalam dengan kita lagi. Tidak ada muka kebencian. Ada juga yang mungkin bergurau dengan kita. Seorang sahabat perempuan kita yang tidak bertudung di sana bergurau dengan berkata kepada saya: "Abang, bagi saya risalah tu lagi, nak buat roket." Saya gelak je sambil hulur lagi risalah pada dia. Mungkin dia hanya gurau sahaja, mana tahu risalah tu akan dia beri pula pada kawan dia. Waktu dia cakap macam tu, rakan dia di sebelah yang bertudung tetapi pakaiannya bleh tahan ketat menegurnya kerana kata-katanya kepada saya itu. Tapi bagi saya itu kira ok sahaja. Cukup tunjuk walau mereka tidak pakai macam kita, tidak tutup aurat, mereka masih ada perasaan bila lihat orang buat kerja dakwah diperli (walaupun bagi saya kawan dia yang tidak bertudung itu hanya bergurau).
Kami bergerak lagi, sedikit sahaja bukan Islam di sana. Bertembung ramai-ramai sahabat-sahabat kita yang sedang duduk di tempat-tempat gelap, kami pergi pada mereka hulur pada mereka risalah sambil memberi salam. Tidak lupa ucap terima kasih pada mereka kerana sudi terima risalah kami.
Bertembung pula kumpulan yang bercampur baur lelaki dan perempuan, Pergi pada mereka, ini kumpulan paling ramah kami pernah jumpa. Siap borak-borak tanya belajar kat mana, siap semua budak-budak lelaki dalam kumpulan tu salam lagi dengan kami. Mereka tidaklah sejahat mana.
Berjalan terus berjalan. Risalah untuk remaja sudah habis, yang tinggal untuk bukan Islam. Sungguh sedikit bukan Islam malam itu. Bertembung dengan sorang amoi tengah jual belon. Fikir dua kali macam mana nak bagi risalah kat dia. Macam tak sedap pulak ganggu dia jual belon. Akhirnya seluk saku, ada duit sikit. Pergi kat dia dan beli sebiji belon, sambil bayar duit belon, hulurkan juga risalah. Akhirnya, saya berjalan dengan belon yang terapung di udara yang terikat di beg saya. Belon tu akhirnya bagi dekat sorang budak kecik yang tolong mak dia berniaga kat tepi jalan.
Pukul 2 pagi, kembali ke Masjid asy-Syakirin dan bertolak pulang. Kenangan manis di KLCC dengan rakan-rakan baru di malam merdeka tidak boleh dilupakan.
Wslm WBT
Assalamualaikum WBT.
Convest UIA sudah berakhir. Apa yang best, apa yang tidak best?
Semuanya macam biasa. Tapi gempar di UIA yang memanaskan hati saya tidak pernah berhenti. Jika dulu saya menulis tentang taaruf week di UIA, dan ada yang membalas, dan membela dengan penuh pembelaan.
Convest tidak mengubah apa-apa. Cuma mungkin tempat makan saya lebih dekat daripada sebelum ini, maklumlah duduk di Mahallah 7 yang jauh nun di atas bukit dan secara kebetulan dekat dengan Convest Hill.
Tapi bukan itu yang ingin saya cerita, bukan kisah ramainye pasangan-pasangan berdua-duaan, kerana tidak wujudnya convest pun sudah ramai pasangan memadu asmara, maka apatah lagi jika peluang bertemu di Convest Hill lebih luas dengan adanya pesta Convest.
Akan tetapi, yang ingin saya cerita ialah kisah manusia yang berperangai seperi kafir Quraisy ketika Rasulullah SAW memulakan dakwah tauhidnya di bumi Makkah. Saya ingin menulis tentang manusia yang kepala otaknya dipenuhi dengan idea-idea syaitan yang cuba menghancurkan agama, bahkan menjadi penghalang kepada dakwah. Saya ingin bercerita tentang manusia yang menjadi tali barut kafir di UIA, menjadi lidah puak-puak musuh Islam.
Di convest ketika pelajar sibuk berpesta, maka muncullah sekelompok kecil yang cuba membuat dakwah, mengedar risalah tentang agama Islam, yang mengandungi nasihat-nasihat kepada pelajar. Mengajak pelajar-pelajar kepada yang baik dan meninggalkan yang buruk.
Akan tetapi sebagaimana biasa, muncul tangan-tangan syaitan yang mengangganu. Muncul manusia yang menggunakan kuasanya untuk menghalang usaha dakwah. Manusia yang berperangai seperti Abu Jahal dan Abu Lahab ini telah membuat pengumuman di Convest menuntut sesiapa yang menerima risalah dakwah ini untuk melaporkan kepada mereka, manusia yang menjadi bayangan syaitan di UIA ini menggertak mereka yang mahu mengedarkan risalah dakwah di UIA.
Ingat! Kesabaran ada batasnya. Anda mempunyai kuasa, anda mempunyai pengaruh, tapi ingat darah-darah yang mengalir dalam urat-urat kami, tulang-tulang kami yang teguh atas dasar tauhid tidak akan tunduk kepada syaitan-syaitan yang menyerupai manusia di UIA. Tawakal kami bukan kepada anda wahai ejen-ejen syaitan di UIA, tawakal kami hanya untuk Allah. Kamu gertak kami, kamu sekat kami, kamu ugut kami, tapi ingat akan tiba masanya, kamu akan tahu tinggi atau rendah bumi ini. Bair kami jadi manusia yang asing di bumi UIA.
Manusia yang menjadi ejen-ejen kafir di UIA ini, tidak akan puas.
Kawan-kawan sekalian, jangan takut. Apa yang perlu ditakuti pada ugutan-ugutan mereka sedangkan Nabi Muhammad SAW dan sahabat diseksa lebih kuat ketika membawa bendera tauhid. Ingat! Kemenangan akan tiba! Berazam untuk UIA kembali kepada cahaya dan keluar dari kegelapan.
Wslm WBT