Archive for November, 2006


Musang Berbulu Ayam

Aslm wbt

cuma nak tambah sedikit perisa untuk hari ini

+
ada manusia depan kita bercakap bukan main, marilah bersatu, jangan
berpecah belah, jang suka membid’ah kan orang lain, dan lain-lain
kata-kata manis yang sedap didengar+

tapi di belakang kita
merekah jaguh tukang melabel manusia, jaguh melabel puak tu dan puak ni
sebagai wahabi, melabel orang itu dan ini sebagai jaguh copy dan paste
dan apa lagi label yang tidak terlepas dari lidah mereka.

+ di
hadapan kita mereka berkata fikirlah matang sedikit, jangan dok bincang
di mana Allah, jangan dok bincang bid’ah kenduri arwah dan lain-lain+

tapi
di belakang kita merekalah jaguh menuduh manusia mujassimah, jaguh
menuduh manusia musyabbihah dan jaguh bahawa Allah di mana-mana.

+di
hadapan kita bermulut manis, suruh jangan layan puak-puak yang dikata
melampau yang dok sibuk periksa tang mana nabi saw buat, tang mana nabi
saw tak buat+

tapi di belakang kita…? anda jawablah sendiri

+ wahai tok mufti Perlis Ustaz Asri Zainul Abidin, janganlah dok sibuk benda kecik, tegurlah jugak benda besaq+

dari
ku kenal Tok Mufti Perlis sekarang, ialah bila dia debat isu besar
tentang Negara Islam dengan Astora Jabat. Lepas tu dia lawan pula Islam
Liberal, lepas tu tegur pula Islam Hadhari, lepas tu banyak pula
menjawab si Astora dan kuncu-kuncunya. Lepas menjawab pula penghinaan
kepada sahabat nabi, lepas tu jawab…. korang pegilah check sendiri.

+ Janganlah dok bincang bab khilaf, qunut tu khilaf, toksahlah dok bincang+

memangle
khilaf, ustaz yang mengajar kata sunat baca qunut pun tengah dok
bincang bab khilaf, ustaz yang dok ajar kata tak sunat pun ajar bab
khilaf. Kalau gitu janganlah ngajar budak-budak fardhu ain sebab dalam
tu banyak bab khilaf.

penutup:

Apa mahu dikata kepada
musang berbulu ayam, depan kita dia ayam belakang kita dia musang,
depan kita punya baik, belakang kita dia hentam. Marilah kita bersatu,
jangan pecah belahkan saf ummah tapi kata belakang kita,…?

kem solat, konvensyen, kau dan aku

Assalamualaikum WBT.

 

Hari ni aku tak nak tulis
topik-topik yang berat. Cuma nak kongsi-kongsi cerita waktu cuti sahaja.

 

Cuti kali ni aku pergi Kem Solat
dekat Institut Ibn Qayyim (IQ) kat Bukit Mertajam. Macam biasalah aku jaga
bahagian disiplin dan ibadah. Tapi budak-budak tak takut pun kat aku walau aku
24 jam dengan rotan.

 

Baguslah kem ni, ajar budak-budak
macam mana nak solat, amik wudhu. Yang bagusnya sebab praktikal ajar wudhu atas
kasut/stoking (sapu atas khuf), wudhu dengan memakai tudung bagi budak-budak
perempuan, dan yang paling dipraktikan ialah waktu aktiviti luar, solat atas
pasir lagi. Mula-mulanya budak perempuan kitorang tak bagi bawak telekung, nak
ajar diorang solat dengan pakaian yang ada, tapi ada yang pakaian tak cukup
syarat untuk solat, jadi terpaksalah bagi diorang bawak telekung.

 

Sebelum solat tu, ada acara main
perang-perang, aku jadi tukang bom. Dengan bom sirap yang ada, aku baling kat
budak-budak ni yang kitorang tutup mata dengan tuala yang diorang bawak. Jadi
sesiapa yang cedera kenalah pulak praktikkan wudhu dengan tangan berbalut,
kepala berbalut dan lain-lain. Baru diorang nampak senang sahaja nak wudhu ni
walau dengan tangan berbalut. Hatta kitorang ajar berwudhu dengan hanya
menggunakan secawan air. Lepas ni tak payahlah nak membazir-bazir air.

 

Walaupun kem ini untuk budak-budak
dari umur 9-15 tahun. Amoi yang dulu aku pernah cerita masuk Islam pun masuk
gak. Dia kata senang sebab kem ni praktikal. Dia ceritalah kat aku yang kawan
dia ada yang belajar dengan PERKIM bab solat, dan PERKIM pun ajarlah waktu
tasyahud kena bagi isyarat dengan jari telunjuk. Amoi ni cakap tak tahulah sama
ada PERKIM buat demonstari cara nak isyarat jari atau hanya cakap. Atau mungkin
ada diorang tunjuk tapi tak sampai kat semua peserta maklumlah buat dalam dewan
ramai peserta, yang belakang-belakang mana nak nampak jari ustaz yang mengajar
tu. Maka amoi tu pun cerita kat aku bahawa kawan dia punyalah sekian lama dia
solat dengan memberi isyarat jari telunjuk dengan menggunakan jari telunjuk KEDUA-DUA
belah tangan. Mak aih kelakar pun ada, kasihan pun ada. Jadi amoi tu bagitaulah
aku kem yang Institut Imam asy-Syaffie (INTIS) atau YAPIS buat dengan IQ ni
sangat praktikal. Mudah faham, siap ajar praktikal tayammum dan banyak lagi.

 

Kem kat

sana

3 hari je dari Rabu sampai Jumaat. Hari Jumaat semua ibu bapa kena jadir untuk
ambil kad kemajuan anak-anak. Macam sekolah lak.

 

Hari Sabtunya ada konvensyen
Sunnah. Malam Sabtu sebelum konvensyen sunnah mula, ada ceramah perdana oleh
Mufti Perlis Ustaz Asri Zainul Abidin. Antara yang disentuh ialah isu murtad
Azhar Mansor dan lain-lain. Tu toksahlah aku cerita, rasanya dalam

surat

khabar pun dah keluar. Ramai gila. Esoknya konvensyen mula lagi ramai. Jumpa
kawan-kawan aku dari Melaka. Ustaz Muhamad Yatim memberi ucapan mewakili
perwakilan Melaka. Ahah Ustaz Ahmad Yatim punya ucapan bikin ramai bontot
panas. Mana taknya dia balunnya UMNO. Katanya UMNO Melaka lah tukang halang
dakwah sunnah. Nak marah macam mana memang betul pun. Walaupun Ustaz Muhamad
Yatim dengan keadaannya yang bertongkat, suaranya tegas. Pidatonya keras. Dan
ramai lagilah perwakilan-perwakilan negeri lain.

 

Malamnya pidato bersama 4 orang
penceramah iaitu Peguam Ustaz Ahmad Jailani, Ustaz Minghat Mahmud, Ustaz
Mazslee Malek dan Ustaz Asri. Paling menarik ialah ucapan ucapan Ustaz Minghat.
Ustaz Minghat ialah timbalan pesuruhjaya

PAS

Melaka. Ucapannya banyak berkisar pada pengalaman beliau, dakwah beliau untuk
sunnah melalui wadah

PAS

dan lain-lain.
Bagaimana dia ditukarkan ke sekolah cina kerana dakwahnya, banyak
pengajarannya. Dia cerita dia pernah dipanggil kerana dituduh membawa fahaman
wahhabi/ salafi di dalam

PAS

. Ustaz Minghat
jawab, kalau

PAS

mahu menang,

PAS

perlu bersihkan partinya daripada bid’ah, khurafat dan syirik. Peh berapi ucapan
ustaz Minghat. Macam nak pecah mikrofon.

 

 

Masuk cerita lain sikit, tiada kena
mengena dengan kem solat atau konvensyen sunnah. Hari Ahad lepas konvensyen
sunnah tamat, aku pun baliklah ke Melaka. Naik bas pukul 11 dari stesen
Butterworth. Tapi sampai kat Butterworth, aku terkejut beruk, aku bertembung
dengan seorang budak yang dah lama aku tak jumpa, tak hubungi dan lain-lain.
Ikut hati nak tegur dia, waktu tu dia dengan 2 orang rakannya dan aku pun
dengan 2 orang kawan aku. Aku nak tegur tapi bila dia nampak je muka aku, terus
dia paling dan bergerak ke tempat lain. Kawan-kawan aku suruh kejar. Lepas tu
aku lepak-lepakle kat stesen bas. Tiba-tiba dia datang balik. O rupa-rupanya
beg dia ada dekat kerusi yang berdepan dengan kitorang. Waktu nak ambil beg tu,
dia tak pandang langsung muka aku walaupun dia tahu aku kat situ. Kawan aku ada
yang dah marah dah, yelah dia kata kat aku, apsal sombong sangat kawan aku tu
dengan aku pandang pun tak nak. Dia siap ajak aku untuk pergi tegur kawan aku
sambil dia nak sound kawan aku tu sebab sombong sangat.

 

Tapi aku kata takpelah. Tak
payahlah, dah dia tak nak, takkan aku nak paksa-paksa dia tegur aku. Lepas tu
aku nampak kawan aku ni gi dekat tempat bas yang sama aku nak pergi. O rupanya
dia pun nak balik Tampin, peh aku harap gak dia naik bas sama dengan aku, tapi
rupanya dia naik bas lain. Jadi tak dapatlah aku nak sapa dia.

 

Sampai kat mana tah, kat Perak
rasanya. Bas yang aku naik berhenti tuk solat dan makan tengah hari. Hah lepas
je aku habis solat dan makan, aku tengok bas kawan aku pulak sampai. Aku pun
duduklah dekat tempat aku makan tadi sebab mesti kawan aku tu kena lalu depan
aku sebab tu lah satu-satunya jalan nak ke tempat solat. Tapi aku tak nampak
batang hidung dia. Dia tak turun dari bas agaknya. Mungkin dia tengah uzur
kalau tak mesti dia pergi solat. Ye lah takkan tak pergi solat semata-mata nak
elak jumpa aku.

 

Sampai kat stesen bas Melaka, aku
cari-cari gak bas dia. Aku rasa bas dia lewat sikit. Waktu tu pun dah nak dekat
maghrib, jadi niat nak tunggu bas dia sampai pun aku batalkan sahaja. Maka
terkuburlah harapan aku nak tanya khabar dia.

 

Kepada kawan aku, walau aku tulis
macam ni. Memang aku marah dekat kau dengan tindakan kau larikan diri daripada
aku. Tapi fikir 2-3 kali. Aku kena terima. Macam kau cakap dulu, aku pernah tanya
kenapa kau larikan diri dari aku. Jawapan kau ringkas dan padat. Jawapan kau
ialah kau lebih tahu apa yang elok untuk diri kau. Aku tak boleh tipu kata aku
tak marah. Tapi aku faham kau perempuan, mungkin kau ada sebab yang rasional
nak lari dari aku. Mungkin kau tak nak kita berdua hanyut jauh, mungkin dan
bermacam-macam mungkin lagi yang menyebabkan aku terpaksa terima bahawa kau
mempunyai alasan untuk tindakan kau walaupun hati aku bengang dan sakit hati
juga. Hati aku sakit bila kau lari dari aku, tapi itu hak kau, untuk kebaikan
hidup kau. Aku tak tahu sama ada kau baca atau tidak blog aku ini. Kalau tak
baca, aku tak marah sebab aku tak pernah mengharap kau untuk baca blog aku ni
dan kau mempunyai alasan yang kuat untuk tidak membaca blog aku. Jika kau baca
pula blog aku dan terbaca pula tulisan ini, jadi janganlah risau, aku tiada
dendam untuk kau, blog ini ialah diari aku, jadi ia tempat aku untuk tulis apa
yang aku nak. Dan kali ini aku pilih untuk menulis tentang kau dan aku. Jadi
kalau kau baca, kau kena terima inilah yang aku rasa bila kau buat aku macam
tu, tapi aku tak nak kau berubah sebab baca blog ni. Mungkin sikap kau sekarang
adalah yang terbaik untuk kau, jika kau berubah sekalipun, aku pun tak tahu sama
ada ia lebih baik atau tidak untuk kau.

 

Aku pun nak beritahu sikit, walau
kawan-kawan aku ramai kritik tengok sikap kau macam tu, tapi dalam diorang
kritik diorang puji sebab kau kuat, pendirian kau tegas, kau tak mudah tunduk
macam perempuan-perempuan yang lain, jadi aku pun respek kat kau untuk part ni.
Tak siapa boleh naïf kau kuat dan teguh pendirian. Semoga kau memilih cara
macam tu sebab ia sesuatu yang baik untuk kau.

 

Oklah, aku malas nak tulis
panjang-panjang walaupun ni dah cukup panjang. Maaflah kalau korang tak dapat
faedah dari topik kali ini. Kepada kau, jangan risau, aku tak simpan dendam
dekat engkau.

 

Wslm wbt

Kewajipan Bersutrah

 


1) Rasulullah SAW berdiri berhampiran dengan sutrah, dan jarak di antara
Rasulullah SAW dan sutrah pembatas (sutrah) di hadapannya ialah 3 hasta (Riwayat
al-Bukhari dan Ahmad)

2)Jarak di antara tempat sujud dengan sutrah itu ialah cukup untuk dilalui
seekor anak kambing (al-Bukhari dan Muslim)

3) Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah
engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan kamu. Sekiranya dia tetap mahu
menlintas di hadapan kamu, maka lawanlan dia kerana dia ditemani syaitan (Ibn
Khuzaimah di dalam Shahihnya, sanadnya Jayyid)

4) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sutrah, hendaklah dia mendekati
sutrahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya (Abu Daud, al-Bazzar,
dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh adz-Dzahabi dan an-Nawawi)

5)Kadangkala baginda saw memilih berhampiran tiang yang ada di dalam masjidnya

6) Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada sesuatupun yang
membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di hadapannya, lalu solat
menghadap tombak tersebut, sedang para manusia bersolat di belakangnya (al-Bukhari,
Muslim dan Ibn Majah)

7) Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan baginda
SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut. (al-Bukhari dan Ahmad)

8) Kadangkala baginda SAW solat menghadao ke tempat di mana Aisyah RA tidur. (
al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la)

9) Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak kambing melintas
di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju mendahuluinya sehingga perutnya
menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn
Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim. Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh
adz-Dzahabi)

10) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya
daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya,
hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras
melakukannya (untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah
syaitan. (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah)

Tawakal Melindungi Diri Dari Penyakit Ujub & Takbur

Dr. Abdullah bin Umar Ad-Dumaiji


Sesungguhnya penyakit yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati
manusia, serta dapat menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga merosak seluruh
perbuatan manusia serta melahirkan kekerasan dan kekejian adalah; Riya dan Ujub.

Riya: adalah sebahagian daripada perbuatan syirik menyekutukan Allah, sementara Ujub
(Al-’Alamah As-Safarini menyebutkan perbezaan yang terperinci antara ujub dan
takabur, bagi yang berkeinginan lihat bukunya Ghadza ‘Al-Albab 2/222)
:
adalah sebahagian daripada perbuatan syirik terhadap diri sendiri, kedua sikap ini bersatu pada diri orang yang takabur. (Majmu ‘Al-Fatawa 10/277)

Banyak nash-nash yang mencela kedua sikap ini antara lain.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits Haritsah
bin Wahab: "Maukah kalian aku beritakan tentang penghuni neraka; yaitu setiap
orang yang berperangai jahat serta kasar (Lihat An-Nihayah 3/180), orang
gemuk yang berlebih-lebihan dalam berjalannya (Lihat pula An-Nihayah
1/416)
, dan orang-orang yang sombong". (Hadits Riwayat Al-Bukhari dalam
Tafsir surat Al-Qalam 4918 8/530, At-Tirmidzi bab Jahannam 13, Ibnu Majah bab
Zuhud 4, Ahmad dalam Musnadnya 2/169, 214 dan 4/175-306)

Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau
bersabda: "Tidaklah masuk syurga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat
kesombongan yang sebesar biji zarah (atom) sekalipun". (Hadist Riwayat
Muslim bab Imam 91 1/93 dan At-Tirmidzi bab Al-Birru was-shilah 1998-1999
4/360-361)

Dan dalam satu hadits disebutkan : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri
seseorang iaitu : Sifat kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta
seseorang yang membanggakan dirinya sendiri". (Hadits ini disebutkan oleh
Al-Mundziry dalam kitab At-Targhib wa Tarhib 1/162 yang diriwayatkan oleh
Al-Bazzar dan Al-Baihaqi serta dibenarkan oleh Al-Albany)

Said bin Jabir berkata : "Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan
kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan
sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu
menyebabkan dia masuk syurga, hal itu kerana perbuatan baiknya itu
menjadikan dia bangga pada dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya
menjadikan ia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah kerana perbuatan
buruknya itu". (Majmu ‘Al-Fatawa 10/277)

Menyembah kepada Allah dan bersikap tawakal kepada-Nya adalah merupakan ubat
penawar untuk mencegah kedua penyakit yang buruk ini iaitu Ujub dan Takabur.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata : "Seseorang yang melakukan riya’ pada
hakikatnya dia tidak melaksanakan firman Allah : (Hanya kepada-Mu aku
menyembah)
, dan orang yang bersikap ujub (bangga kepada diri sendiri) pada
hakikatnya dia tidak melaksanakan firman Allah : (Hanya kepada-Mu kami memohon
pertolongan)
dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah : (Hanya
kepada-Mu kami menyembah)
, maka dia telah keluar dari sikap riya, dan barang
siapa yang melaksanakan firman Allah (Hanya kepada-Mu kami memohon
pertolongan)
, maka dia telah keluar dari sikap ujub". (Majmu Al-Fatawa
10/277)

Oleh kerana itulah Ibnul Qayyim berkata : "Sesungguhnya hati manusia dihadapi
oleh dua jenis penyakit yang amat besar jika orang itu tidak menyedari adanya
kedua penyakit itu akan mencampakkan dirinya kedalam kehancuran dan itu adalah
pasti, kedua penyakit itu adalah riya dan takbur, maka ubat dari pada riya
adalah : (Hanya kepada-Mu kami menyembah) dan ubat dari penyakit takbur
adalah : (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan)". (Madarijus
Salikin 1/54)

Disalin dari buku At-Tawakkul ‘Alallah wa ‘Alaqatuhu bil Asbab oleh Dr
Abdullah bin Umar Ad-Dumaiji dengan edisi Indonesia Rahasia Tawakal & Sebab
Akibat hal. 116-117 Bab Buah Tawakal, terbitan Pustaka Azzam, Penerjemah Drs.
Kamaluddin Sa’diatulharamaini dan Farizal Tirmidzi.

sumber: http://assunnah.or.id

Sifat Wudhu Rasulullah SAW

Sifat Wudhu’ Rasulullah SAW

Cara-cara berwudhu’:-

1) Berniat. Dari Umar RA, dia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat"[1]

2) Membaca basmalah yakni ‘ بسم الله
(bismillah) yang bermaksud "Dengan nama Allah". Sabda Rasulullah SAW:

لا صلاة لمن
لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم اللّه تعالى عليه

Maksudnya: “Tiada solat untuk sesiapa yang tidak berwudhu baginya, tiada
wudhu’ untuk sesiapa yang tidak menyebut nama Allah SWT.”[2]

Akan tetapi sekiranya seseorang lupa untuk membaca basmalah tidaklah mengapa,
wudhu’nya sah dan tidak perlu mengulangi wudhu’nya lagi.[3]

Tatacara wudhu Rasulullah SAW telah ditunjukkan dalam satu hadith.

أن حمران مولى عثمان
أخبره؛ أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دعا بوضوء. فتوضأ. فغسل كفيه ثلاث مرات. ثم
مضمض واستنثر. ثم غسل وجهه ثلاث مرات. ثم غسل يده اليمنى إلى المرفق ثلاث مرات. ثم
غسل يده اليسرى مثل ذلك. ثم مسح رأسه. ثم غسل رجله اليمنى إلى الكعبين ثلاث مرات.
ثم غسل اليسرى مثل ذلك. ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ نحو وضوئي
هذا

Humran ra, hamba Uthman bin Affan RA meriwayatkan, Uthman bin
Affan RA memanggilnya untuk berwudhu, dan dia (Uthman RA) pun berwudhu. Maka dia
mencuci kedua pergelangan tangannya/telapak tangan sebanyak tiga kali,
seterusnya dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dan kemudian
menghembuskannya keluar. Kemudia beliau mencuci mukanya tiga kali. Kemudian
beliau mencuci tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali. Kemudia
mencuci tangan kirinya seperti itu jua. Seterusnya beliau menyapu kepalanya.
Kemudia beliau kaki kanannya hingga ke buku lali tiga kali. Kemudian beliau
mencuci kaki kiri seperti itu jua. Seterusnya Uthman bin Affan ra berkata: “Aku
telah melihat Rasulullah SAW berwudhu’ sebagaimana wudhu’ aku ini.”[4]

Tatacara wudhu berdasarkan hadis di atas dapat diringkaskan
sebagai:-

 

1) Mencuci kedua
pergelangan tangan sebanyak tiga kali. Lihat gambar:

 

 

2) Memasukkan air ke
dalam mulut dan hidung dengan serentak sebanyak tiga kali kemudian
menghembuskannya keluar. Air itu dimasukkan ke dalam mulut dan hidung dengan
menggunakan tangan kanan. Kemudian air tersebut dikeluarkan menggunakan tangan
kiri.Hal ini diterangkan dalam hadis berikut:-

وعن عبد
خير قال نحن جلوس ننظر إلي علي حين توضأ فأدخل يده اليمنى فملأ فمه فمضمض واستنشق
ونثر بيده اليسرى فعل هذا ثلاث مرات ثم قال من سره أن ينظر إلى طهور رسول الله صلى
الله عليه وسلم فهذا طهوره

Dari Abd Khair, dia berkata kami
duduk-duduk dan melihat Ali RA ketika beliau berwudhu’, dia memasukkan air ke
dalam mulut dan hidungnya dengan menggunakan tangan kanan kemudian
mengeluarkannya dengan menggunakan tangan kiri. Beliau melakukan hal tersebut
sebanyak tiga kali. Kemudian Ali RA berkata: “Barangsiapa ingin melihat cara
Rasulullah SAW berwudhu’, maka beginilah cara wudhu’nya.”[5]
Lihat gambar di bawah:-

 

 

 

   

 

Memasukkan
air ke dalam hidung hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh kecuali ketika
berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:

 

“Bersungguh-sungguhlah dalam
memasukkan air ke dalam hidung melainkan ketika kamu berpuasa.”[6]

 

3) Membasuh muka
sebanyak tiga kali. Kawasan muka ialah dari pangkal tumbuhnya rambut hingga
bawah dagu atau janggut. Dan dari telinga kanan hingga telinga kiri.

 

 

 

Jika rambut yang tumbuh pada
wajah tidak terlalu tebal, maka wajib membasuhnya sehingga kulit yang dilindungi
bulu-bulu tersebut. Sedangkan jika terlalu tebal, cukup dengan hanya membasuhnya
sahaja.[7]

 

 

4) Membasuh tangan
dari hujung tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.

 

5) Menyapu
keseluruhan kepala dan telinga sekali sahaja. Kedua-dua telinga adalah termasuk
dalam kawasan kepala. Rasulullah SAW bersabda:  “Kedua telinga adalah daripada
kepala.”[8] Cara
menyapu kepala ialah dengan meratakan air ke seluruh kepala dan selepas itu
kedua-dua jari telunjuk digunakan untuk membersihkan bahagian dalam telinga
manakala kedua-dua ibu jari pula digunakan untuk membersihkan bahagian belakang
telinga.[9]

 

 

 

6) Membasuh kaki
dari hujung jari hingga ke buku lali sebanyak tiga kali.

 

7) Selepas melakukan
hal-hal di atas, hendaklah membaca doa selepas wudhu’ yang wujud di dalam
sunnah.
Ada beberapa jenis bentuk doa selepas berwudhu’, antaranya:

 

Umar Ibn Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Tiadalah sesiapa di antara kamu yang melakuka wudhu dan menyempurnakan wudhunya
kemudian membaca:

أشهد أن لا
إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله

Ashhadu anlaa ilaaha
illallaahu wahdahu laa shareekalahu washhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa
rasooluhu
(Aku
bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa yang
tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan
RasulNya)
 

melainkan kesemua lapan pintu syurga akan dibuka untukya- dan dia akan
memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.[10] Di
dalam riwayat at-Tirmizi ditambah kalimat di bawah kepada doa di atas:

اللهم اجعلني من التوبين و
اجعلني من المتطهرين

Allahummaj’alni minat tawwabin,
waj ‘alni minal mutatohhirin

Ya Allah, jadikanlah aku dari
kalangan manusia yang bertaubat dan jadikanlah aku dari mereka yang bersuci.[11]

 

Abu Said al-Khudri pula meriwayatkan dari Rasulullah SAW bacaan begini:

سبحانك اللهم و بحمدك اشهد ان
لا اله الا انت استغفرك و اتوب اليك

Subhaanakallaahumma wa
bihamdika ashhadu anlaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atoobu
ilaika
 

Maha suci Engkau wahai
Tuhanku dan segala puji buat Engkau, aku bersaksi tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Engkau dan aku memohon keampunan daripada engkau dan aku
bertaubat kepada Engkau.[12]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


[1]
Riwayat al-Bukhari di dalam muqaddimah sahihnya dan Imam Muslim hadis
no:1908

[2]
Riwayat Abu Daud (101), Ibn Majah (399) dan at-Tirmizi (26). Al-Albani
menyatakan ia sahih, Sahih al-Jami’ as-Shoghir (7514)

[3]
Sifat Wudhu Nabi, m/s 8

[4]
Riwayat Muslim di dalam Shahihnya (225)

[5] Di
riwayatkan oleh Imam ad-Darimi di dalam Sunannya. Al-Albani menyatakan ia sahih
di dalam Misykat al-Masobih

[6] Di
riwayatkan di dalam Sunan Abu Daud (142). Al-Albani menyatakan ia sahih di dalam
Shahih Abi Daud.

[7]
Sifat Wudhu Nabi m/s 12

[8]
Sunan Abi Daud: 134

[9]
Sunan Abi Daud:135

[10]
Riwayat Muslim: 234, Abu Daud:169, at-Tirmizi:55, an-Nasai:148 dan Ibn
Majah:470

[11] Di
nilai Sahih oleh al-Albani

[12] Di
riwayat oleh Ibn Sunni di dalam ‘amal al-Yaum wa al-Lailah:30, dinilai sahih
oleh al-Albani.

kem solat di ibn qayyim




aslm wbt

nk tgk gambar2 lain sepanjang kem solat di ibn qayyim..sila ke sini

http://muslimz87.blogs.friendster.com/photos/kem_solatiq2006/index.html

Perubahan Seminar as-Sunnah

      “Selangkah Ke Arah Memahami As-Sunnah”       

                     

 

 

 

 

 

       

 

 

Tarikh / Hari:

 

3th Disember
2006

 

12th Zulqaedah 1427

 

(Ahad)

 

 

 

Masa:

 

8.00 pagi hingga 5.30 petang

 

 

 

Tempat:

 

DEWAN KELAB GOLF
PERKHIDMATAN AWAM (KGPA)
 
 
 
Anjuran bersama:

INTIS  CONSULTANT  AND  TRAINING
&
YAYASAN PENUNTUT  IMAM SYAFIE 

   


 

 

 

 

 

Penaja bersama:

 

Kumpulan Karangkraf

 

dan

 

Muslim Professional Forum Berhad (MPF)
Tentatif

 

 

 

 
   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

 

   

   

 

   
8.00    a.m.

   

   
Ketibaan peserta

   

   
8.30    a.m

   

   
Ketibaan tetamu & panelis

   

   
8.50 a.m.

   

   
Ucapan alu-aluan:

   

Prof. Madya Dr. Md. Fadzil Md.   Hassan

   

Dekan, Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa   Malaysia   (UIAM)

   

   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
9.00 a.m.

   

   
Pembentangan   Pertama:

   

Disiplin Ilmu As-Sunnah: Satu Pengenalan” Prof.   Madya Dr. Fauzi Deraman

   

Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti   Malaya

   

   
10.00 a.m.

   

   
Minum pagi 

   

   
 
   
 
   
10.30 a.m

   

   
Pembentangan Kedua :

   

“Pendirian Para Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Membela  As-Sunnah

   

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darus Sunnah

   

   
 
   
 
   
11.30 a.m.

   

   
Pembentangan   Ketiga: 

   

“Kaedah-Kaedah   Berinteraksi Dengan As-Sunnah

   

Prof.   Madya
Dr. Suyuti Abdul Manas
Kulliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam,   Universiti Islam Antarabangsa Malaysia   (UIAM)

   

   
12.30 p.m.

   

   
Rehat, Makan Tengahari & Solat Zuhur

   

   
2.30 p.m.

   

   
Pembentangan   Keempat:

   

“   Hadis Maudhu’ dan Kesannya Terhadap Pemikiran Masyarakat”

   

Ustaz   Abdul Rasyid Idris

   

Pengerusi,   Dewan Pengajian al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah

   

   
 
   
 
   
3.30 p.m.

   

   
Forum & Sesi Soal Jawab Moderator :

   

Ustaz Shapizan Johari

   

Jabatan Ilmu Wahyu & Warisan Islam (Pusat Matrikulasi UIAM)

   

   
 
   
 
   
5.00 p.m.

   

   
Bersurai

   

   
 
   
 
   
 
   
 

 

 

 
 

 

 

 

Special Features:

 

 

 

Kertas kerja tambahan oleh,

 

 

 

1. Captain Hafiz Firdaus Abdullah

 

  Juruterbang ,  Malaysia Airline System (MAS)

 

Tajuk: Selangkah Ke Arah Memahami As-Sunnah, Dua Langkah Ke Arah   Memahami Akhlak As-Sunnah

 

 

 

2. Ustaz Adlan Abdul Aziz

 

Guru, SMK Segambut Jaya

 

Tajuk: Beberapa Fakta Penting Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Hadis

 

 

 

 

 

BAYARAN - PELAJAR  RM10

 

- DEWASA  RM15

Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 10 untuk peserta yang menyertakan kad pelajar dan RM20 untuk peserta yang tidak memiliki kad pelajar

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN PESERTA SILA HUBUNGI:

 

 

MASRI  : 019-3269091

SYARIEF  : 013-2554947

EZRY  : 012-6377052

 

 

NOMBOR AKAUN MAYBANK:

 

157054670179

 

MOHAMAD SALMAN BIN MOHAMED ALI

 

 

 

* Tempat
adalah terhad (600 tempat sahaja). Penyertaan berdasarkan siapa cepat
dia dapat. Digalakkan menempah seawal mungkin sebelum 31 November 2006.

Memilih pendapat ulama’

TIDAK ADA YANG PERLU DIBINGUNGKAN DALAM MENGHADAPI PERBEDAAN PENDAPAT DI KALANGAN PARA ULAMA

Oleh

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan:

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Saya mahasiswa
tahun pertama di fakulti Syari’ah, kami banyak menemui
permasalahan yang mengandungi perbezaan pendapat, dan kadang-kadang pendapat
yang rajih dalam sebahagian masalah, ternyata bertentangan dengan
sebahagian pendapat ulama sekarang. Atau kadang kala kami menemui
masalah-masalah tetapi tidak ada satu pun yang rajih, sehingga kami
bingung dalam hal ini. Apa yang harus kami lakukan berkenaan dengan
masalah yang mengandungi perbezaan pendapat atau ketika kami ditanya
oleh orang lain? Semoga Allah memberi kebaikan pada Syaikh.

Jawapan.

Pertanyaan seperti ini tidak hanya dialami oleh para penuntut ilmu
syari’at, tetapi merupakan masalah umum setiap orang. Jika seseorang
mendapati perbezaan pendapat tentang suatu fatwa, ia akan kebingungan.
Tapi sebenarnya tidak perlu dibingungkan, kerana seseorang itu, jika
mendapatkan fatwa yang berbeza, maka hendaklah dia mengikuti pendapat
yang dilihatnya lebih mendekati kebenaran, iaitu berdasarkan keluasan
ilmunya dan kekuatan imannya, sebagaimana jika seseorang sakit, lalu
ada dua doktor yang memberikan nasihatyang berbeza, maka hendaklah d ia
mengikuti perkataan doktor yang dipandangnya lebih benar dalam
memberikan  ubat.

Jika ada dua pendapat yang dipandangnya sama,
atau tidak dapat menguatkan salah satu pendapat yang berbeza itu, maka
menurut para ulama, hendaklah dia mengikuti pendapat yang lebih tegas,
kerana itu lebih berhati-hati. Sebahagian ulama lainnya mengatakan,
hendaklah dia mengikuti yang lebih mudah, kerana demikianlah dasar hukum
dalam syari’ at Islam. Ada juga yang berpendapat, boleh memilih di
antara pendapat yang ada.

Yang benar adalah mengikuti yang mudah, kerana hal itu sesuai dengan
konsep mudahnya agama Islam, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala.

"Ertinya : Allah menghendaki kemudahan  bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu." [Al-Baqarah: 185]

Dan firmanNya.

"Sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan."[Al-Hajj: 78]

Serta sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

"Ertinya : Bersikap mudahlah kalian dan jangan memberatkan. "[1]

Lain dari itu, kerana pada mulanya manusia adalah "bebas dari tanggung
jawab" sehingga ada sesuatu yang mengubah status dasar ini. Kaedah ini
berlaku bagi orang yang tidak dapat mengetahui yang haq dengan dirinya
sendiri. Namun bagi yang bisa, seperti halnya thalib ‘Urn (penuntut
ilmu syar’i) yang boleh membaca pendapat-pendapat seputar masalah
dimaksud, maka hendaknya memilih pendapat yang dipandangnya lebih benar
berdasarkan dalil-dalil yang ada padanya. Dalam hal ini dia harus
meneliti dan membaca untuk mengetahui pendapat yang lebih benar di
antara pendapat-pendapat yang diungkapkan oleh para ulama.

[Kitab ad-Da'Wah (5), haL. 45-47, SyaikH Ibnu Utsaimin]

[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syarâiyyah Fi Al-Masa’il
Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia
Fatwa-Fatwa Terkini-2, Darul Haq]

_________

Foote Note

[1]. HR. AI-Bukhari dalam Al-’Ilm (69).

sumber: http://almanhaj.or.id

Iklan Buku Sifat Solat Nabi

Judul: Pedoman Solat Nabi S.A.W; Takbir Hingga Salam

   

 

   

Penulis: Muhammad Nasiruddin Al-Albani

   

 

   

Penerbit: Al-Falah Publication

   

 

   

ISBN 983-184-052-6

   

 

   

Cetakan Pertama – 2003

   

 

   

Harga: RM 10.00

   

 

   

Berat: 0.200kg

untuk detail klik di sini >>

Allah Akan Mencukupi Semua Urusan Orang Yang Bertawakal Kepada-Nya

Allah Akan Mencukupi Semua Urusan Orang Yang Bertawakal Kepada-Nya

 

Dr. Abdullah bin Umar Ad-Dumaiji

 


 

Hal ini berdasarkan dari firman Allah yang berbunyi : "Dan barangsiapa  yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya".  (Ath-Thalaq : 3) iaitu yang mencukupinya. Ar-Robi’ bin Khutsaim berkata :  Dari segala sesuatu yang menyempitkan (menyusahkan) manusia. (Hadits Riwayat  Bukhari bab Tawakal 11/311)

 

Ibnul
Qayyim berkata : Allah adalah yang mencukupi orang yang bertawakal
kepadanya dan yang menyandarkan kepada-Nya, iaitu Dia yang memberi
ketenangan dari ketakutan orang yang takut, Dia adalah sebaik-baik
pelindung dan sebaik-baik penolong dan barangsiapa yang berlindung
kepada-Nya dan meminta pertolongan dari-Nya dan bertawakal kepada-Nya,
maka Allah akan melindunginya, menjaganya, dan barangsiapa yang takut
kepada Allah, maka Allah akan membuatnya nyaman dan tenang dari sesuatu
yang ditakuti dan dikhuatiri, dan Allah akan memberi kepadanya segala
macam keperluan yang bermanfa’at. (Taisirul Azizil  Hamidh hal. 503)

 

Dan
ini adalah ganjaran yang paling besar, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala
akan menjadikan diri-Nya sendiri sebagai yang memenuhi segala keperluan
orang yang bertawakal kepada-Nya, dan sungguh Allah telah banyak
menyebutkan kebaikan dan keutamaan yang menjadi ganjaran untuk
orang-orang yang bertawakal kepada Allah, antara lain.

 

Firman Allah.

 

    "Ertinya : Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan  mengadakan baginya jalan keluar". (Ath-Thalaq : 2)

    "Ertinya
    : Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menghapus
    kesalahan-kesalahan dan akan melipat gandakan pahala baginya".
    (Ath-Thalaq : 5)

    "Ertinya : Dan barangsiapa yang bertakwa
    kepada Allah nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam
    urusannya". (Ath-Thalaq : 4)

    "Ertinya : Dan barangsiapa
    yang menta’ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama
    dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu;
    Nabi-nabi, para shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan
    orang-orang yang shaleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya".
    (An-Nisa’ : 69)
     

 

Sedangkan ayat yang menyebutkan sikap tawakal adalah firman Allah : "Dan  barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan  (keperluan)nya". (Ath-Thalaq : 3)

 

Ibnu
Al-Qayyim berkata : Perhatikanlah ganjaran-ganjaran yang akan diterima
oleh orang yang bertawakal yang mana ganjaran itu tak diberikan kepada
orang lain selain yang bertawakal kepada-Nya, ini membuktikan bahawa
tawakkal adalah jalan terbaik untuk menuju ke tempat di sisiNya dan
perbuatan yang amat dicintai Allah. (Madarijus Salikin 2/128)

 

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata. "Bersabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : Jika seseorang keluar dari
rumah, maka ia akan disertakan oleh dua orang malaikat yang selalu
menemaninya. Jika orang itu berkata Bismillah (dengan menyebut nama
Tuhan), kedua malaikat itu berkata : Allah telah memberimu petunjuk,
jika orang itu berkata : Tiada daya dan upaya dan kekuatan kecuali
kepada Allah, kedua malaikat itu berkata : Engkau telah dilindungi dan
dijaga, dan jika orang itu berkata : Aku bertawakal kepada Allah, kedua
malaikat itu berkata : Engkau telah mendapatkan kecukupan"
1)

 

Sebagaimana diriwayatkan pula bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda : "Barangsiapa yang memutuskan pergantungannya selain kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka Allah akan mencukupi baginya segala
kebutuhannya, dan Allah akan mendatangkan rezeki baginya dari yang tak
terduga". (Dikeluarkan oleh Thabrani dalam Ash-Shagir 1/115-116 dan
diriwayatkan oleh Ibnu Abu Halim seperti yang disebutkan dalam Ibnu
Katsir 8/174 dan Abu Shaikh dalam At-Targhib 2/538 lihat Majmu’
Az-Zawa’id 10/303)

 


Maka
berharap, bertawakal, berlindung dan memberi kecukupan hanyalah kepada
Allah semata, sebagaimana bahawa ibadah, taqwa dan sujud hanyalah milik
Allah semata, begitu juga dengan sumpah dan bernadzar tidak
diperbolehkan kecuali hanya kepada Allah semata.

 

Dan yang serupa dengan ayat ini adalah firman Allah yang berbunyi :  "Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya". (Az-Zumar : 36).
Maka yang mencukupi bererti Dia pula yang melindungi, di sini Allah
mengabarkan bahwa hanya Dia seoranglah yang memberi perlindungan kepada
hamba-Nya, sekali lagi bagaimana mungkin Allah menjadikan hambanya para
pengikut Nabi bersama Allah sebagaimana yang memberi kecukupan ?!,
dalil-dalil yang membuktikan kesesatan penafsiran yang merosak ini
lebih banyak lagi untuk disebutkan. (Zaad Al-Ma’ad 1/36-37)

 

Footnote :

 

  1. Hadits
    Riwayat At-Tirmidzi bab do’a 3426 (5/490) dan ia juga mengatakan bahwa
    hadits ini adalah : hadits baik, benar dan asing, kami tak
    mengetahuinya kecuali dengan ungkapan seperti ini. Diriwayatkan oleh
    Ibnu Majah bab do’a 3886 (2/178), ia berkata di dalam Kitab Az-Zawaid :
    Bahwa di dalam sanad hadits ini terdapat Harun bin Abdullah, ia adalah
    seorang yang lemah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari hadits Anas bab
    Adab 5073 (13/437), Ahmad dalam Musnadnya (1/66) yang lebih sempurna
    dari ungkapan ini. Hadits ini dibenarkan oleh Al-Albani sebagaimana
    dalam shahih Al-Jami Ash-Shagir 513, 227 (1/1950).

 

Disalin
dari buku At-Tawakkul ‘Alallah wa ‘Alaqatuhu bil Asbab oleh Dr Abdullah
bin Umar Ad-Dumaiji dengan edisi Indonesia Rahasia Tawakal & Sebab
Akibat hal. 84 - 89 Bab Buah Tawakal, terbitan Pustaka Azzam Penerjemah
Drs. Kamaluddin Sa’diatulharamaini dan Farizal Tirmidzi.

 

sumber: http://assunnah.or.id