Hadith Pembunuh 100 orang
Hadits
Pembunuh 100 Nyawa
Muhammad Ali Ishmah
عن أبي سعيدٍ الخدريِّ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ أَنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: كَانَ فِيْمَنْ كَانَ
قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِيْنَ نَفْسًا، فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ
أَهْلِ اْلأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ، فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ
تِسْعَةً وَتِسْعِيْنَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: لاَ،
فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً، ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ اْلأَرْضِ
فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ، فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ
مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، وَمَنْ يَحُوْلُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ؟
اِنْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُوْنَ اللهَ
تَعَالَى فَاعْبُدِ اللهَ مَعَهُمْ، وَلاَ تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ
سُوْءٍ. فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيْقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ،
فَاخْتَصَمَتْ فِيْهِ مَلآئِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلآئِكَةُ الْعَذَابِ. فَقَالَتْ
مَلآئِكَةُ الرَّحْمَةِ: جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلاً بِقَلْبِهِ إِلَى اللهِ
تَعَالَى، وَقَالَتْ مَلآئِكَةُ الْعَذَابِ: إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ،
فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُوْرَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوْهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ:
قِيْسُوْا مَا بَيْنَ اْلأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ
لَهُ. فَقَاسُوْا فَوَجَدُوْهُ أَدْنَى إِلَى اْلأَرْضِ الَّتِى أَرَادَ،
فَقَبَضَتْهُ مَلآئِكَةُ الرَّحْمَةِ. ﴿متفق عليه﴾
Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahu
anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Dulu sebelum
kalian ada seorang lelaki yang membunuh sembilan puluh sembilan orang, sehingga
dia bertanyakan tentang orang yang paling alim di kalangan penduduk bumi.
Mereka menunjukkannya kepada seorang rahib (ahli ibadah), kemudian orang
tersebut mendatanginya dan berkata bahwa dia telah membunuh sembilan puluh
sembilan orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Rahib tadi
berkata: "Tidak." Orang itu lalu membunuhnya, sehingga genap menjadi
seratus orang. Kemudian dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling alim.
Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia berkata kepadanya bahawa dia telah membunuh seratus orang. Apakah masih
ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Orang alim tersebut menjawab: "Ya!
Dan siapakah yang mampu menghalang antaramu dengan taubat. Pergilah ke negeri
ini dan itu, kerana di
sana
ada orang-orang yang beribadah
kepada Allah Ta’ala. Beribadahlah bersama mereka, dan jangan kembali ke
negerimu karena negerimu adalah negeri yang jelek." Kemudian orang itu
pergi tetapi di tengah-tengah perjalanan dia meninggal. Lalu malaikat rahmat
dan malaikat adzab saling berselisih tentangnya. Malaikat rahmat berkata:
"Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah." Malaikat adzab
berkata: "Dia belum beramal shalih sama sekali." Kemudian datanglah
kepada kedua malaikat itu seorang malaikat dalam bentuk manusia. Mereka (kedua
malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu
berkata: "Ukurlah antara dua negeri tersebut. Mana yang lebih dekat
(jaraknya dengan kedua negeri itu) maka itulah lebih berhak." Mereka
kemudian mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahwa dia (orang yang mati itu)
lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya. (al-Bukhari
dan Muslim)
Takhrij Hadits
Hadits ini diriwayatkan oleh:
1. Imam Bukhari dalam Fathul Bari,
Kitabul Anbiya’, bab Maa dzukira ‘an Bani Israil 6/373.
2. Imam Muslim dalam Syarah Imam Nawawi,
Kitabut Taubah, bab Qabulu qatil walau katsura qatluhu, juz 17 hal. 82, dan ini
dengan lafadz Muslim.
3. Ibnu Majah dalam Sunan-nya, Kitabul
Diyat (21) Hadits ke 2622, bab Lil qatilil mukmin taubah?
4. Imam Ahmad dalam Musnad-nya 3/20, 42.
Syarah Hadits
Dari hadits ini, kita dapat memetik beberapa
pengjaran, iaitu:
Pertama: Hadits ini menerangkan tentang kisah-kisah
umat yang terdahulu daripada kalangan Bani Israil. Wujud tiga cara yang
menunjukkan apakah yang perlu kita lakukan apabila bertemu dengan kasha-kisah
umat terdahulu:
(a) Syariat telah datang untuk membenarkannya.
Maka jika ini terjadi, khabar-khabar ini harus kita benarkan dan kita yakini.
(b) Syariat datang untuk mendustakannya. Contohnya:
keyakinan orang Nashrani bahawa Allah adalah Al-Masih Putera Maryam, atau
keyakinan orang Yahudi bahwa ‘Uzair adalah anak Allah, dll.
(c) Syariat tidak menerangkan kedustaannya dan
kebenarannya. Sedangkan riwayat di atas adalah riwayat yang dibenarkan oleh
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Kedua: Hadits ini menerangkan tentang waktunya
seseorang untuk bertaubat.
Seseorang ingin bertaubat apabila dia telah
merasa sakit kerana dosa yang dia lakukan di dalam hatinya. Hal ini kerana
seringkali orang tahu bahawa yang dia lakukan adalah perbuatan dosa, akan
tetapi dia belum merasakan takut kepada Allah akibat daripada dosa yang telah dia
lakukan. Akan tetapi apabila iman seseorang itu naik atau bertambah, maka dia
akan merasakan penyesalan akan dosa yang dia lakukan. Contohnya adalah orang
yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang ini. Ketika di hatinya mulai
dihinggapi perasaan bersalah, dia ingin
segara bertaubat dengan bertanya kepada orang-orang tentang taubat.
Ketiga: Hadits ini menunjukkan bahayanya orang yang
berbicara dan beramal tentang agama tanpa ilmu. Dan ini sesuai dengan aqidah
dan manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah yaitu al-ilmu qabla al-qaul wal amal
(ilmu itu sebelum perkataan dan amalan). Kaedah ini diambil dari firman Allah:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
﴿محمد: ١٩﴾
"Ketahuilah, tiada Ilah yang
berhak disembah kecuali Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi kaum
mukminin serta mukminat." (Muhammad: 19)
Di dalam sebuah riwayat dari Sufyan bin Uyainah
bahawa dia ditanya tentang keutamaan ilmu, maka dia menjawab: "Apakah
engkau tidak mendengar firman Allah yang berbunyi (kemudian beliau membaca ayat
ini, Al-Hadid: 20, At-Taghabun: 14 dan Al-Anfal: 41). Setelah itu, beliau
berkata lagi: "Kemudian barulah Allah menyuruh beramal setelah itu." (Jami’ul
Ahkamil Qur`an jilid 8, Tafsir
Surat
Muhammad ayat 19 oleh Imam
Al-Qurthubi).
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab berkata dalam kitabnya Al-Ushul
Ats-Tsalatsah: "Ketahuilah -semoga Allah merahmatimu- sesungguhnya
Allah mewajibkan atas kita untuk mempelajari empat perkara: yang pertama,
ilmu… dst" Demikian juga dengan Imam Bukhari rahimahullah, sebagaimana
yang dikutip dalam kitab di atas. Beliau berkata yang demikian dalam Shahih-nya,
Bab al-ilmu qabla al-qaul wal amal. Dengan dalil firman Allah Ta’ala (QS.
Muhammad: 19). Di dalam ayat ini, Allah memulai (perintah) dengan ilmu sebelum
perkataan dan perbuatan. Jelas diterangkan di dalam ayat di atas bahawa sebelum
kita berkata, kita harus tahu terlebih dahulu tentang apa yang akan kita
katakan. Demikian juga sebelum kita beramal, kita harus tahu terlebih dahulu
tentang apa yang akan kita amalkan. Sebagai contoh, ayat di atas menerangkan
bahawa sebelum kita mohon keampunan kepada Allah, kita harus tahu bahawa Allah
itu Maha Pengampun. Setiap orang akan memohon keampunan kepada Allah kerana dia
tahu bahawa Allah adalah Maha Pengampun.
Apabila kita melihat syariat, banyak sekali
amalan yang harus dilakukan dengan ilmu. Contohnya, shalat jenazah. Orang yang
hendak melaksanakan shalat jenazah harus mengetahui lebih dahulu tatacaranya.
Sebab, apabila tidak mengetahui, maka dia akan menyamakan cara shalat jenazah
dengan shalat-shalat biasa yang kita lakukan. Keadaan seperti ini pernah
terjadi dan kami dengar langsung dari saksinya. Diceritakan bahawa ketika
sedang melaksanakan shalat jenazah, imam dan makmumnya melakukan ruku’ dan
sujud, sebagaimana shalat biasa. Yang demikian ini adalah bukti betapa
pentingnya ilmu sebelum berbicara dan beramal.
Selain dalil tentang wajibnya berilmu sebelum
berkata dan beramal, ada juga dalil tentang larangan berbicara tentang Allah
tanpa ilmu. Iaitu firman Allah:
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ
رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإِثْمَ وَالْبَغْيَ
بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ
سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ ﴿الأعراف: ٣٣﴾
"Katakanlah: Rabbku hanya
mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang zahir mahupun yang tersembunyi, dan
perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan)
menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu,
dan (mengharamkan) mengatakan terhadap Allah apa-apa yang kamu tidak ketahui."
(Al-A’raf: 33)
Dalam ayat di atas, Allah membahagikan
perkara-perkara yang haram dalam empat tingkatan, iaitu: yang paling ringan
adalah perbuatan keji. Kemudian yang lebih keras lagi keharamannya adalah berbuat
maksiat dan kezaliman (aniaya). Yang ketiga setelah itu adalah perbuatan
syirik. Dan yang paling tinggi tingkat keharamannya adalah berbicara tentang
Allah tanpa ilmu. Berbicara tentang Allah tanpa ilmu ini bersifat umum, apakah
itu bersangkut paut dengan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya ataupun syariat-Nya.
(Aqidah Wasithiyah, hal. 56)
Kembali pada hadits di atas, kita melihat
pendeta (rahib) itu menghukumi perbuatan orang tadi tanpa ilmu. Pendeta itu
berbicara hanya dengan "perasaan"nya saja, bukan berdasarkan ilmu,
kerana jika dia berilmu tentu dia tahu bahwa Allah itu Maha Penerima Taubat.
Orang yang tidak mengetahui, atau orang yang sedang menuntut ilmu haruslah
terbiasa dengan berkata: "Saya tidak tahu." Sikap ini adalah yang
paling selamat apabila kita tidak mengetahui sesuatu, bukannya mencari-cari
dengan perasaan dan akal fikiran kita sendiri. Telah dicontohkan bagaimana para
Salafus Shalih "saling menolak" memberi fatwa dan melempar pada yang
lain hingga si penanya kembali pada orang yang pertama. Cubalah dengar apa yang
dikatakan oleh Abdur Rahman bin Abi Laila (seorang tabi’in), dia berkata:
"Aku mendapati di dalam masjid ini seratus
dua puluh orang shahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidaklah
seseorang ditanya tentang suatu hadits atau suatu fatwa kecuali dia sangat
ingin kalau temannya yang menjawabnya. Kemudian masa terus berlalu sampai pada
suatu kaum yang mengaku-aku bahwa dirinya memiliki ilmu. Mereka berlumba-lumba
untuk menjawab bila ada orang yang bertanya tentang sesuatu yang seandainya
pertanyaan tersebut ditanyakan pada amirul mukminin Umar bin Khattab
radhiallahu anhu tentulah beliau mengumpulkan para ahli Badr dan bermusyawarah
dengan mereka." (Mukhtashar Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah
Al-Maqdisi).
Lantas bagaimana dengan keadaan sekarang ini,
dimana kita jumpai banyak orang mengaku dirinya ulama, mengaku dirinya fuqaha’
(ahli fiqh) hanya dengan mempelajari beberapa kitab fiqh saja, bahkan mengaku
sebagai mujtahid mutlak.
Kembali kepada hadits di atas, pendeta yang
berbicara tanpa ilmu itu akhirnya dibunuh oleh orang tadi dan di akhirat ia
akan mendapat seksa di atas perbuatannya.
Keempat: Keutamaan seorang alim walaupun lebih sedikit
amalnya dari seorang ‘abid (ahli ibadah) yang banyak ibadahnya.
Berbicara tentang masalah ini, marilah kita semak
cerita yang dibawakan oleh Ibnu Abdil Barr dalam kitabnya At-Tahmid:
"Al-Umari -seorang ahli ibadah- menulis
surat kepada Imam Malik rahimahullah yang di dalamnya menceritakan tentang
dirinya yang bersendirian dan bekerja, serta tidak mahu mengikuti atau
berkumpul bersama beliau (Imam Malik) untuk menuntut ilmu. Menanggapi
surat
ini, Imam Malik membalasnya dengan
mengatakan: ‘Sesungguhnya Allah membahagikan amalan-amalan sebagaimana rezeki.
Kadang-kala ada yang dibukakan baginya dalam shalat dan dalam puasa.
Ada
yang di dalam sedekah dan tidak
dibukakan dalam puasa. Dan ada pula yang di dalam jihad dan tidak di dalam
shalat. Adapun mempelajari ilmu dan menyebarkannya merupakan sebaik-baik amalan
kebaikan. Dan aku redha dengan apa yang telah dibukakan Allah bagiku. Aku
berharap agar kita berada di atas kebaikan. Dan wajib bagi kita untuk redha
dengan apa yang diberikan kepadanya. Wassalam."
Keutamaan seorang yang alim (ulama) dapat
dilihat pula dari dalil-dalil berikut ini:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي
الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ ﴿الزمر: ٩﴾
"Katakanlah: apakah sama
orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui?"
(Az-Zumar: 9)
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ
مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ﴿فاطر: ٢٨﴾
"Sesungguhnya yang takut kepada
Allah dari para hamba-Nya adalah para ulama." (Fathir: 28)
Dan masih banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Qur`an
yang senada yang tidak mungkin kami cantumkan kesemuanya di dalam tulisan ini.
Di samping dalil-dalil dari Al-Qur’an terdapat
pula dalil-dalil dari Al-Hadits seperti berikut ini:
عَنْ أَبي أمامةَ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ قَالَ: ذَكَرَ لِرَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَجُلاَنِ،
أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَاْلآخَرُ عَالِمٌ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه
وسلم: ((فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ))
ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ
وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةِ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى
الْحَوْتِ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِي النَّاسِ الْخَيْرَ)) ﴿رواه الترمذي
(٥/٢٩٨٥) والدارمي (١/٨٨) وصححه الألباني في المشكاة ١/٧٥﴾
"Dari Abu Umamah radhiallahu
anhu, dia berkata: Diceritakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
tentang dua orang: seorang ahli ibadah dan orang alim. Lantas baginda SAW
bersabda: ‘Keutamaan seorang yang alim dengan seorang yang ahli ibadah adalah
seperti keutamaanku (Rasulullah) dengan yang paling rendah di antara kalian (para
shahabat).’ Kemudian baginda SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah dan para
malaikatnya dan penghuni langit dan bumi sehinggakan semut di dalam sarangnya
serta ikan pun ikut mendoakan para pengajar kebaikan kepada manusia." [HR.
Tirmidzi (5/2985), Darimi (1/88), dan dishahihkan oleh Albani dalam Al-Misykah (1/75)]
فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى
الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ،
وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ اْلأَنْبِيَاءَ لَمْ
يُوَرِّثُوْا دِيْنَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَإِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ، فَمَنْ
أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ ﴿رواه الترمذي (٢٨٦٦) وابن ماجه ١/٨٠ وأبو
داود ٢/٢١٧ وحسنه الألباني في المشكاة ١/٧٤، انظر صحيح ابن حبان ١/٤٦﴾
"Keutamaan orang alim ke atas
seorang yang ‘abid adalah seperti keutamaan bulan pada malam bulan purnama ke
atas seluruh bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para
Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu.
Barangsiapa mengambilnya (mewarisinya) maka beearti dia telah mengambil dengan
bahagian yang besar." [HR. Tirmidzi (2966), Ibnu Majah (1/80), Abu
Dawud (2/217), dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah (1/74). Lihat Shahih
Ibnu Hibban (1/46)]
عن سهلِ بنِ سعدٍ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ أَنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِعليٍّ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ: لَأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ
يَكُوْنَ لَكَ حُمُرُ النَّعَمِ ﴿رواه البخاري ٥/٢٣ ومسلم ٢/١٢٢ وأحمد
٥/٢٣٨،٣٣٣﴾
"Darpada Sahl bin Sa’ad
radhiallahu anhu bahawa baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada
Ali radhiallahu anhu: Sungguh jika Allah memberi hidayah kepada satu orang
melaluimu maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta-unta
merah." [HR. Bukhari (5/23), Muslim 1/122, Ahmad 5/238,333]
Hasan Al-Bashri berkata: "Kalaulah tidak
kerana para ulama tentu manusia menjadi seperti haiwan."
Muadz bin Jabal radhiallahu anhu berkata:
"Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah khashyah
(rasa takut), menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah tasbih,
mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya
adalah sedekah, menyerahkannya kepada ahlinya adalah sebagai taqarrub.
Dia (ilmu) teman dekat dalam bersendirian dan shahabat dalam kesunyian."
Kelima: Wajib bagi orang yang berasa sakit dengan
perbuatan maksiatnya untuk bertanyakan ubatnya kepada para ulama, sebagaimana
firman Allah:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ
إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ ﴿الأنبياء: ٧﴾
"Maka bertanyalah kepada
orang-orang yang berilmu jika kalian tidak mengetahuinya." (Al-Anbiya’:
7)
Keenam: Bahawa bagi orang yang ingin beristiqamah di
atas agama Allah maka dia harus meninggalkan teman-temannya yang jelek. Dan
banyak di kalangan orang-orang yang telah bertaubat dan ingin mendakwahi
teman-temannya yang dulu tetapi nyatanya terjerumus bergabung dengan mereka.
Oleh kerana itu, salah satu cara menasihati teman-temannya adalah: hendaklah dia
pergi bersama beberapa orang yang baik. Ini kerana jika dia sendirian ketika
mendakwahi teman-temannya dahulu, maka mereka akan selalu mengingatkannya
tentang dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Akan tetapi apabila dia pergi
bersama beberapa orang, mereka tidak akan mengungkit-ungkit perbuatan kita yang
telah lalu karena malu. Perlu diingat bahwa tugas kita adalah mengajak saja.
Apakah mereka akan menerima ajakan kita atau tidak bukanlah tanggung jawab
kita.
Ketujuh: Bahayanya shahabat yang jelek. Dan ini
dicontohkan dengan apa yang terjadi pada Abu Thalib ketika wafatnya. Di mana
dikisahkan dalam riwayat shahih (Bukhari-Muslim) bahawa ketika Abu
Thalib akan meninggal, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatanginya
dan di sisinya ada Abdullah bin Al Umayyah. Rasulullah bersabda:
يَا عَمِّ قُلْ لاَ إِلَهَ
إِلاَّ الله كَلِمَةٌ أَحَاجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللهِ
"Wahai pakcik, ucapkanlah laa ilaha illallah, kalimat yang
aku akan bela engkau dengannya di sisi Allah."
Tetapi kedua temannya mengatakan: "Apakah
engkau benci dengan agama nenek moyangmu?" Demikianlah, Abu Thalib akhirnya
wafat dalam keadaan kafir kerana pujukan teman-temannya yang jelek itu.
Keelapan: Pintu taubat itu terbuka,
sebagaimana tersebut dalam hadits:
عن أبي موسَى الأشعريِّ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عن النّبيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: إِنَّ اللهَ عَزَّ
وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مُسِيئِ النَّهَارِ يَبْسُطُ
يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوْبَ مُسِيئِ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ
مَغْرِبِهَا ﴿رواه مسلم (٢٧٦٠) وأحمد ٤/٣٩٥،٤٠٤﴾
"Daripada Abu Musa Al-Asy’ari
radhiallahu anhu, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda SAW
bersabda: ‘Sesungguhnya Allah azza wa jalla membentangkan tangan-Nya di waktu
malam untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu siangnya. Dan
Allah membentangkan tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang
berbuat kesalahan di waktu malam, sehingga matahari terbit dari Barat." [HR.
Muslim (2760) dan Ahmad (4/390,404)]
عن أبي عبدِ الرحمَن عبدِ اللهِ
بنِ عمرَ بنِ الخطّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عن النبيِّ صلى الله عليه وسلم
قَالَ: إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ
يُغَرْغِرْ ﴿رواه الترمذي (٣٧٦٧) وقال: حديث حسن وأحمد وغيره، انظر تحفة
الأحوذي ٩/٣٦٥﴾
"Daripad Abu Abdur Rahman
Abdullah bin Umar bin Khathab radhiallahu anhu, daripada Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam baginda SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tetap
menerima taubat hambanya sebelum nyawanya sampai di tenggorok (sakaratul
maut)." [HR. Tirmidzi (3767): hadits hasan, Ahmad dll, lihat Tuhfatul Ahwadzi 9/365]
Kesembilan: Bagi para pendakwah, jangan
berputus asa untuk menunggu taubatnya seseorang. Ini kerana hidayah ada di
tangan Allah, bukan di tangan kita. Tugas kita adalah menyampaikan kebenaran,
adapun hasilnya ditentukan oleh Allah. Ini harus selalu diingati kerana
seringkali seorang pendakwah begitu bersemangat berdakwah di suatu tempat
hingga melupakan yang lainnya, tetapi hasilnya justeru di tempat yang dia
lalaikan itu banyak yang menjadi baik. Allah berfirman:
إِنَّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ
أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ﴿القصص: ٥٦﴾
"Sesungguhnya engkau tidak bisa
memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah-lah yang
memberi hidayah kepada siapa saja yang Dia kehendaki." (Al-Qashash: 56)
Dakwah ini (dakwah Ahlus Sunnah wal Jama’ah)
adalah dakwah untuk menyampaikan kebenaran, bukan dakwah untuk mengumpulkan
manusia sebanyak-banyaknya hingga tercampur di dalamnya Mu’tazilah, Asy-’Ariyah,
Sufiyah, ‘Aqlaniyah dll. Dakwah ini bukan hanya untuk pemuda
tetapi juga kepada yang tua, bahkan kepada orang yang hampir mati sekalipun.
Ini kerana sering kita dengan ucapan, "Kita lebih mengutamakan yang
pemuda-pemudi kerana mereka adalah generasi masa depan ummat ini". Akibat
ucapan ini, mereka kurang perhatian kepada yang tua. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam dalam berdakwah menyebarkan kalimat tauhid ini yaitu Laa
ilaaha illallah kepada sesiapa sahaja: tua atau muda, miskin atau kaya,
yang masih hidup atau yang hampir mati, budak atau raja. Oleh kerana itu,
seorang pendakwah haruslah bersabar di dalam dakwah ini. Perjalanan dakwah ini
panjang, penuh onak dan duri. Kalau hasil itu tidak kita dapati sekarang, Insya
Allah berhasil di tangan anak cucu dan generasi penerus kita.
Kesepuluh: Bahawa amalan-amalan itu dilihat
daripada yang terakhirnya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:
فَوَاللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ
غَيْرُهُ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا
يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ
فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ
لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا
إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ
الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا ﴿رواه البخاري ٦/٣٥٠- الفتح (٣٢٠٨) ومسلم (٢٦٤٣)﴾
"Demi Allah yang tiada Ilah
yang berhak disembah selain Dia, sesungguhnya salah seorang kalian beramal
dengan amalan ahli syurga hingga tidak ada (jarak) antara dia dengan syurga tersebut
kecuali sehasta. Lalu dia didahului oleh Al-Kitab (takdir), kemudian dia
beramal dengan amalan ahli neraka, maka akhirnya dia masuk ke dalamnya. Dan
salah seorang kalian beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada
(jarak) antara dia dengan neraka kecuali sehasta. Lalu dia didahului oleh
Al-Kitab, kemudian dia beramal dengan amalan penghuni syurga, maka akhirnya dia
masuk ke dalamnya." [HR. Bukhari (6/350), Muslim (2643)]
Kesebelas: Berusaha sekuat tenaga untuk
bertemu dengan orang-orang yang shalih, dan itu menunjukkan kebenaran
taubatnya.
Kedua belas: Boleh mengganti kata
"Aku" dalam menceritakan tentang dirinya dengan kata
"seseorang". Iaitu dalam hadits si pembunuh menyatakan, "
Ada
seseorang telah membunuh, apakah
ada kesempatan baginya untuk bertaubat?"
Ketiga belas: Berjalan di jalan ketaatan itu
memberikan pahala. Di sini si pembunuh belum duduk dengan orang-orang yang
shalih tetapi dia sudah mendapat pahala. Apalagi yang duduk dengan orang-orang
yang shalih.
Keempat belas: Allah menyukai taubat hamba-Nya,
walau sebanyak manapun dosanya:
عن أنسِ بنِ مالكٍ قَالَ:
سَمِعْتُ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: قَالَ اللهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ! إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي، غَفَرْتُ
لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي. يَا ابْنَ آدَمَ! لَوْ بَلَغَتْ
ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ
أُبَالِي. يَا ابْنَ آدَمَ! لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ
لَقِيْتَنِي وَلاَ تُشْرِكُوْا بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً ﴿رواه
الترمذي وقال: حديث حسن صحيح، وأخرجه أحمد والدارمي عن أبي ذر. انظر تحفة الأحوذي
٩/٣٦٨ (٣٧٧٢) والصحيحة ١/٢٥٠ (١٢٧). حديث صحيح بشواهده كما في ((صحيح الأذكار))
١٢٣٤/٩٦٨﴾
"Daripada Anas bin Malik
radhiallahu anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda: ‘Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam,
sesungguhnya selama engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku. Nescaya Aku
ampuni dosa-dosa yang ada padamu dan aku tidak peduli. Hai anak Adam, kalau
dosa-dosamu mencapai setinggi langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku nescaya
akan Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Hai anak Adam, kalau engkau datang
kepadaku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan
Aku dalam keadaan tidak berbuat syirik. Nescaya akan Aku ganti dengan ampunan
sepenuh itu pula.’" [HR. Tirmidzi dan beliau berkata: hadits ini hasan
shahih. Juga oleh Ahmad dan Darimi dari Abu Dzar. Lihat Tuhfatul Ahwadzi (9/368), As-Shahihah
1/250 no. 127. Hadits ini SHAHIH, lihat Shahih Al-Adzkar]
Kelima belas: Dalam hadits ini terdapat isyarat
bahwa malaikat itu sanggup menyerupakan dirinya seperti manusia. Hal ini boleh
juga dilihat dengan kisah Jibril yang datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam dalam bentuk manusia (HR. Muslim dari Umar bin Khaththab radhiallahu
anhu)
Keenam belas: Orang yang membunuh dengan sengaja,
apabila dia bertaubat, maka sah taubatnya.
Imam Al-Malawi berkata: "Ini adalah
madzhab ahli ilmu dan ijma’ mereka tentang sahnya taubat pembunuh yang sengaja
membunuh. Dan tidak ada yang menentang mereka kecuali Ibnu Abbas. Adapun
apa-apa yang dinukil oleh sebagian Salaf bahwa tentang perkara ini masih ada
perselisihan. Maka yang dimaksud adalah ancaman terhadap sebab-sebab taubat
tersebut, bukan keyakinan batalnya taubat pembunuh tersebut. Jika dikatakan
hadits ini adalah syariat umat sebelum kita dan bahwa berhujjah dengannya itu
masih diperselisihkan. Maka hal itu boleh terjadi jika syariat kita (Islam)
belum menyepakati dan menyetujuinya. Akan tetapi, jika syariat kita telah menyepakatinya,
maka hal itu menjadi syariat bagi kita juga, tanpa perlu diragukan lagi. Dalil
yang menyepakati hal ini adalah firman Allah:
وَالَّذِينَ لاَ يَدْعُونَ
مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءَاخَرَ وَلاَ يَقْتُلُونَ … إِلاَّ مَنْ تَابَ ﴿الفرقان:
٦٨-٧٠﴾
"Dan orang-orang yang tidak
menyeru (menyembah) yang lain berserta Allah dan tidak membunuh…kecuali yang
bertaubat." (Al-Furqan: 68-70)
Adapun firman Allah:
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا
مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا ﴿النساء: ٩٣﴾
"Dan barangsiapa yang membunuh
seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah jahannam dan ia kekal di
dalamnya." (An-Nisa: 93)
Maka yang benar di dalam makna "balasannya
adalah jahannam" ialah: kadang-kala dibalas dengannya (jahannam) dan
kadang dibalas dengan yang lainnya. Dan kadang pula tidak dibalas sama sekali,
bahkan dimaafkan. Jika dia membunuh dengan sengaja dan menganggap itu adalah
halal tanpa dasar kebenaran dan alasan, maka dia telah kafir atau murtad, kekal
di jahannam secara ijma’. Akan tetapi, jika dia menganggap itu tidak halal
bahkan meyakini keharamannya, maka dia telah maksiat, fasik, dan berdosa besar.
Dan balasannya ia pantas untuk diadzab dalam neraka jahannam. Namun, kerana
keutamaan Allah Ta’ala, dikhabarkan bahawa Dia tidak mengekalkan orang yang
mati di dalam keadaan bertauhid di dalam neraka. Bahkan, boleh saja dia
dimaafkan hingga tidak masuk neraka. Atau boleh juga dia tidak dimaafkan
sehingga mengalami adzab, sebagaimana seluruh orang-orang bertauhid yang
berdosa, hingga akhirnya dia dikeluarkan dari neraka lalu masuk syurga.
Demikianlah pendapat yang benar dalam memahami ayat ini. Ia tidak dihukum
dengan hukum yang khusus dan tidak terdapat khabar di dalamnya bahawa dia kekal
di dalam neraka jahannam. Hanya saja, di dalam ayat tersebut diberitakan bahwa
balasannya dia berhak dihukum dalam neraka jahannam.
Wallahu a’lam.
http://salafy.iwebland.com/baca.php?id=36
Maraji’:
1. Al-Qur’anul Karim
2. Fathul Bari oleh Ibnu Hajar
3. Shahih Muslim, Syarah Imam Nawawi
4. Silsilah Al-Ahadits As-Shahihah oleh Syaikh Al-Albani
5. Misykatul Mashabih dengan tahqiq Syaikh Al-Albani
6. Riyadhus Shalihin oleh Imam Nawawi
7. Tafsir Ibnu Katsir
8. Tuhfatul Ahwadzi, Syarah Imam Tirmidzi
9. Tafsir Al-Qurthubi
10. Al-Ushul Ats-Tsalatsah oleh Muhammad bin Abdul Wahhab
11. Syarh Aqidah Wasithiyyah, tahqiq Khalil Harras
12. Tanbihat Lathifah oleh Abdur Rahman As-Sa’di
13. Mukhtashar Minhajul Qashidin oleh Zuhair Syawis
14. Nuzhatul Muttaqin, Syarah Riyadhus Shalihin
15. Ceramah Dr. Umar Al-’Ied.