Oleh
Ustaz Azwira Abdul Aziz
Pertama: Maksud “
Najd
”.
Maksud “
Najd
”
Di Sisi Al-Bukhari.
Al-Bukhari rahimahullah meletakkan
hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan
beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
dengan matan (lafaz):
اللهم بارك لنا في شامنا
اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال:
اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي
نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.
Maksudnya: “Ya Allah
Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri
Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga
untuk negeri
Najd
kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku!
Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman
kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk
negeri
Najd
kami”.
Aku (perawi hadith)
agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (
Najd
) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk
syaitan”
Berdasarkan judul bab ini, ternyata Al-Bukhari tidak
menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah
timur’ adalah terlalu umum. Kemungkinan ia bermula dari kawasan luar Madinah
sampailah ke
Iraq
,
Iran
dan
seterusnya. Ini bermakna, Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan
Najd
itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab.
Maksud “
Najd
”
Berdasarkan Bandingan Dengan Riwayat-Riwayat Lain.
Selain daripada riwayat Al-Bukhari di
atas, hadith ini juga telah diriwayatkan dalam beberapa kitab sumber hadith
yang lain dengan matan seperti berikut:
أن النبي صلى الله عليه وسلم
قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا
في يمننا وبارك لنا في صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا،
فأعرض عنه فقال: فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.
Maksudnya: Bahawa Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah
negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam
kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak
kami”.
Tiba-tiba seorang
lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri
Iraq
kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda:
“Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”.
Matan (lafaz) riwayat ini
dilihat berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari kerana di dalamnya ada
penambahan doa untuk keberkatan negeri Madinah dan Makkah, manakala perkataan
Najd
yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan
Iraq
.
Meskipun ada perbezaan matan
antara kedua riwayat tersebut, tetapi pada hakikatnya ia adalah riwayat yang
sama, kerana sanad (rantaian perawi) kedua-dua riwayat itu bertemu pada seorang
Sahabat yang sama iaitu ‘Abd Allah Ibn ‘Umar radhiallahu
‘anhuma. Matan riwayat Al-Bukhari diriwayatkan melalui jalan sanad Nafi’
daripada Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma, manakala matan
riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir itu pula diriwayatkan
melalui jalan sanad Salim daripada Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma.
Mengikut kaedah ilmu hadith,
kedua-dua riwayat Nafi’ dan Salim itu saling menyokong antara satu
sama lain secara mutabaah (sokongan dalam konteks riwayat yang datang
daripada Sahabat yang sama). Justeru oleh kerana kedua-dua riwayat itu pada
hakikatnya adalah riwayat yang sama, maka kedua-dua matannya perlu dilihat
sebagai penjelas maksud antara satu sama lain.
Dengan perkataan lain, matan
riwayat Al-Bukhari menjadi penjelas kepada maksud matan riwayat Abu Nu’aim
dan Ibn ‘Asakir, sebagaimana matan riwayat Abu Nu’aim dan
Ibn ‘Asakir juga menjadi penjelas maksud matan riwayat Al-Bukhari.
Ini bermakna, perkataan
Najd
yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari menjadi
tafsiran bagi maksud perkataan
Iraq
yang ada dalam matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn
‘Asakir, sebagaimana perkataan
Iraq
juga menjadi tafsiran bagi maksud perkataan
Najd
.
Berdasarkan hakikat ini, maka jelaslah bahawa perkataan
Najd
yang
dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam doanya itu
ialah negeri
Iraq
dan bukan daerah khusus yang terdapat di negara Arab Saudi
yang dikenali sebagai
Najd
.
Maksud ini diperkuatkan lagi dengan matan riwayat Muslim, dimana Salim Ibn ‘Abd
Allah Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma pernah berkata:
يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة!
سمعت أبي، عبدالله بن عمر يقول:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ
بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان…
Maksudnya: “Wahai
penduduk
Iraq
! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil
dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar
ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya
fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke
sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan…”.
Riwayat muslim ini jelas
menunjukkan bahawa kata-kata Nabi SAW itu ditujukan kepada penduduk
Iraq
dan isyarat tangan Baginda itu juga ditujukan kepada negeri
Iraq
. Maka, berdasarkan keseluruhan riwayat-riwayat ini,
dapatlah disimpulkan bahawa perkataan
Najd
yang
terdapat dalam riwayat Al-Bukhari itu merangkumi seluruh negeri cIraq
secara umum dan bukan menjurus kepada suatu tempat yang khusus di Negara Arab
Saudi.
Maksud “
Najd
”
Berdasarkan Huraian
Para
Ulama.
Selain pendekatan memahami hadith melalui perbandingan dengan riwayat-riwayat
lain, maksud perkataan
Najd
juga dapat diperolehi daripada huraian para ulama
terhadapnya. Dalam konteks ini, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullah
memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah (388H):
نجد من جهة المشرق، ومن كان
بالمدينة كان نجده بادية العراق ونواحيها وهي مشرق أهل المدينة، وأصل نجد ما ارتفع
من الأرض وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة.
Maksudnya:
“
Najd
itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya
ialah pendalaman negeri
Iraq
dan persekitarannya
yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd
(dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur
yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah
keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah”.
Kemudian, Al-Hafiz Ibn Hajar
mengomentari kata-kata Al-Khattabi dengan katanya:
وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي إن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم أن
نجدا موضع مخصوص وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا
والمنخفض غورا.
Maksudnya: “Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan
pendapat Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahawa najd itu suatu
tempat khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan sedemikian, bahkan setiap
(tempat) yang tinggi berbanding sekelilingnya, (maka) dinamakan yang tinggi itu
najd manakala yang rendah pula ghaur”.
Maksud “
Najd
”
Dari Sudut Bahasa.
Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab,
Mu’jam Maqayis Al-Lughah
dan Al-Qamus Al-Muhit
telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah
tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn
Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri
Iraq
dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan
bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan
bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.
Maksud “
Najd
”
Berdasarkan Fakta Sejarah.
Dalam hadith berkenaan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
menggambarkan negeri
Najd
sebagai tempat yang banyak berlaku gempa bumi dan fitnah.
Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi
ialah kawasan sekitar negeri
Iraq
dan
Iran
.
Begitu juga dengan fitnah
yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari
ini, kebanyakannya berpunca di
Iraq
. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij
dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu
‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di
kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin,
Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan
tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di
Iraq
.
Dalam konteks sejarah
perkembangan hadith, Kufah terkenal sebagai pusat penyebaran hadith palsu
sehingga para perawi yang pergi dan datang dari sana di ‘kuarantinkan’ riwayat
mereka oleh para ulama sebagai langkah berwaspada.
Manakala dalam konteks
sejarah moden pula, dapat disaksikan bagaimana dahsyatnya peperangan antara
Iraq
dan
Iran
, diikuti oleh krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan
seterusnya penaklukan oleh Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini
berlanjutan dengan peristiwa pembunuhan dan pengeboman di
Iraq
yang berlaku saban hari dan ketika, manakala kesan dari
segala fitnah itu pula dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.
Semua fenomena yang berlaku
di
Iraq
sejak dari dahulu sampai sekarang adalah suatu fitnah yang
benar-benar menepati apa yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam dalam sabdanya itu. Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang
menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di
sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang
ini termasuk dalam sempadan negara Iran.
Maksud “
Najd
”
Dari Sudut Geografi.
Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan
Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara
tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur
Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia
sudah tentu bermaksud negeri
Iraq
kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan.
Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan
para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa
perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya
yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.
Maksud “
Najd
”
Dari Sudut Umum Atau Khusus.
Meskipun hadith itu menunjukkan kedudukan negara
Iraq
(dan sekarang termasuk
Iran
) sebagai tempat yang banyak menimbulkan fitnah bagi umat
Islam, namun yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kejahatan tempat
tersebut secara umum. Ini kerana penentuan sesuatu tempat sebagai punca fitnah
bukan bererti kecaman pada tempat tersebut secara mutlak, tetapi ia bermaksud kecaman
pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu.
Sesuatu tempat yang
dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh
penduduknya sepanjang masa, sebagaimana
sesuatu tempat yang dianggap sebagai baik juga tidak semestinya menggambarkan
kebaikan seluruh penduduknya sepanjang masa.
Justeru di samping fitnah
yang banyak berlaku, negeri Iraq juga melahirkan ramai tokoh ulama Islam yang
terbilang, bahkan Kota Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan
perkembangan ilmu yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia.
Demikian juga di samping
kebaikan yang ada pada negeri Yaman, Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih
tetap berlaku di negeri-negeri berkenaan pada masa-masa yang tertentu. Sebagai
contoh, dari negeri Yaman puak Yahudi datang ke Madinah, dari negeri Yaman juga
tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah dan di negeri Yaman juga
muncul Al-Aswad Al-’Anasi sebagai nabi palsu. Di negeri Syam pula
muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi palsu dan di situlah tempatnya
medan
pertumpahan darah antara umat Islam, Yahudi dan Kristian
kerana perebutan tempat suci. Negeri Makkah dan Madinah juga menyaksikan
pertumpahan darah kerana menegakkan kalimah tauhid pada zaman Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam, bahkan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
meninjau-ninjau di atas sebuah tembok Kota Madinah Baginda bersabda:
إني لأرى
الفتن تقع من خلال بيوتكم كوقع المطر.
Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah kamu
seperti titisan air hujan”.
Semua ini menggambarkan
betapa kesucian sesuatu tempat bukan jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan kawasan-kawasan yang tidak disebut
oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai lokasi fitnah, seperti
Amerika, Eropah, Afrika dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada
fitnah. Bahkan fitnah yang berlaku di
India
misalnya mungkin lebih banyak daripada yang berlaku di
Iraq
itu sendiri.
Kesimpulan lain yang dapat
juga diambil daripada perbincangan ini adalah, jika diandaikan perkataan
Najd yang dimaksudkan oleh Nabi merujuk kepada negara Arab Saudi yang
meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (yakni tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd
Al-Wahhab), maka yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kecaman
terhadap individu tertentu yang tinggal di sana.
Kedua: Maksud
“Tanduk Syaitan”.
Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah mengemukakan empat pendapat yang berbeza
bagi menjelaskan maksud ungkapan ‘tempat muncul tanduk syaitan’, iaitu:
I. Sebagai kiasan bagi
menggambarkan kekuatan Syaitan dan apa saja yang memohon pertolongan kepadanya
(Syaitan) dalam penyesatan (manusia).
II. Bahawa Syaitan menyelaraskan
tanduknya dengan (arah) Matahari ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan
penyembah Matahari akan terarah kepadanya.
III. Bahawa bagi Matahari itu ada Syaitan
yang mana ia terbit antara dua tanduknya.
IV. Bahawa pada hari itu penduduk sebelah timur
Madinah terdiri daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah
pembunuhan ‘Uthman radhiallahu ‘anhum) datangnya dari sebelah
Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam,
sedangkan perpecahan itu disukai dan digembirai oleh Syaitan.
Semua tafsiran di atas
langsung tidak menunjukkan sasaran kepada mana-mana individu secara khusus.
Beirut
, 1987, 6: 2598,
No: 6681. Tetapi dalam bab yang bermaksud: “Apa yang dikatakan dalam hal gempa
bumi dan tanda-tanda Kiamat” beliau meriwayatkannya secara mauquf (terhenti
setakat Ibn Umar radhiallahu ‘anhum) sahaja. Lihat rujukan yang sama, 1:
351, No: 990.
Iraq
sebagai punca datangnya fitnah. Lihat: At-Tabrani, Sulaiman Ibn Ahmad, Al-Mu’jam
Al-Kabir, Tahqiq: Hamdi ‘Abd Al-Majid As-Salafi, Maktabah Al-’Ulum
Wa Al-Hikam, Mausil, ‘
Iraq
,
1984,
2: 54
-55, No: 1270 dan 6: 91,
No: 5608.
Beirut
,
Lubnan, t.th, 3: 413-419.
Beirut
, Lubnan, 1991, 5: 392.
Ar-Rasail
Wa
Al-Masail, Dalam:
Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La
Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya,
Riyadh
,
Arab Saudi, 2003, Hal: 282-283
Beirut
, 1987, 6: 2589,
No: 6651.