Archive for May, 2007


Belajar Arab Guna Hadith..Free!!!!

Kelas
Bahasa Arab. PERCUMA!!!!! Free!!!

 

Hari:
Khamis

 

Masa:
Selepas maghrib (8 malam)

 

Lokasi:

ADM

LR 5
(bangunan bersebelahan tempat solat wanita di masjid UIA)

 

TERBUKA
KEPADA SEMUA

 

YANG
PANDAI B. ARAB MAHUPUN BARU NAK BELAJAR

 

TEKNIK
MENARIK:

 

BELAJAR
BAHASA ARAB MENGGUNAKAN HADITH.

 

TUNGGU

APA


LAGI?? AJAK RAKAN ANDA BERAMAI-RAMAI !!!!!

 

HUBUNGI
YASIR: 0138996694

Pesta Buku Islam di Kelantan. Jom pegi

Assalamualaikum WBT.

Alamak kat Kelantan ada pesta buku bestlah. Tak dapat pergilah
nampaknya, jauh dan duit pun dha banyak habis untuk pesta buku kat
PWTC. Kenapa tak bagitau awal-awal ada pesta buku islam dekat Kelantan.
HUhu. Takpelah walau aku tak dapat pergi, meh aku iklankan.

 

http://pbia07.speedi.net/

PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA KELANTAN 2007

Tarikh: 1 - 20hb Jun 2007

Masa: 10 pagi - 10 malam

Tempat: Dewan Jubli Perak, Kota Bharu Kelantan Darul Naim

Kenyataan Rasmi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI)

PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA KELANTAN 2007

Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dengan kerjasama
Perpustakaan Awam Kelantan, MPKB dan JHEIK akan menganjurkan Pesta Buku
IslamAntarabangsa Kelantan 2007 (PBIAK07) pada 1 hb Jun – 12 Jun 2007
dari pukul 10pagi hingga 10 mlm bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota
Bharu Kelantan. Temayang dipilih ialah “Buku Penyemai Ilmu”

Ia merupakan pesta buku islam yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

Sebelum ini pesta buku yang dianjurkan samada di peringkat negeri atau

kebangsaan seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur menghimpunkan pelbagai khalayak penerbit.

(PBIAK07) bertujuan menghimpunkan penerbit-penerbit buku Islam dari seluruh

Malaysia, Singapura, Brunei dan negara-negara Arab. Dengan penganjuran pesta

buku Islam ini masyarakat Islam berpeluang mendapatkan buku-buku Islam terkini

yang diterbitkan secara langsung daripada penerbitnya. Dengan itu ia membantu

kepada usaha-usaha murni kerajaan untuk memantapkan modal insan sebagaimana

saranan Perdana Menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Antara penerbit terkenal yang akan melibatkan diri ialah Pustaka

Darussalam,Telaga Biru, Nufair Street, PTS, al-Hidayah, Intel Multimedia,

Jasmin, Jahabersa, Pustaka Ilmi, Pustaka Syuhada, La Khauf, Pustaka Islamiyyah,

Saba Islamic Media, Yadim, Sarjana Media, Syabab Media dan Darul Fuqaha. Antara

penerbit Indonesia terkenal pula ialah Pustaka Azzam, Pustaka al-Khautar,

Pustaka Imam Syafi`e dan lain-lain.

Pesta Buku Islam ini dijangka mendapat sambutan hangat kerana ia
berlansung padamusim cuti sekolah yang mana Kelantan selalunya menerima
pelancong luar yang agak ramai. Di samping itu anak negeri Kelantan di
kalangan profesional dan

pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berada di perantauan selalunya mengambil

peluang pulang bercuti. Tambahan lagi Muktamar Pas juga berlansung pada tahun

ini di Kelantan bermula 30 Mei hingga 3 Jun di PUTIK, Pengkalan Chepa. Dijangka

para peserta Muktamar ini -terutama para pemimpin di seluruh peringkat parti-

yang datang dari seluruh pelusuk negara sempena tahun pemilihan kepimpinan baru

PAS akan menyemarakkan lagi pesta buku ini.

Para penerbit buku Islam kecil-kecilan –yang selalunya terdiri daripada para

guru agama yang menulis dan menerbitkan sendiri tulisan mereka-yang berminat

untuk menjual buku-buku mereka digesa berhubung dengan Setiausaha Kehormat
SPEEDI Saudara Baharom di talian 0193799101 atau Ustaz Harme
0192121972. Jualan buku mereka akan diuruskan oleh ahli SPEEDI yang
mengambil tapak jualan.

Antara program yang akan berlansung sepanjang pesta buku ini ialah Anugerah

Tokoh Buku Islam, diskusi buku bersama penulis-penulis terkenal tanah air, forum

hal ehwal Islam, malam kesenian Islam, malam dikir barat dan acara melukis.

Al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Pengerusi SPEEDI merangkap Pengerusi PBIK07

Doa-doa dari al-quran

 

Assalamualaikum wbt.

Meh
baca doa-doa yang ada dalam al-Quran, baca, faham dan hafal. Lagi elok
hafal doa-doa ini daripada dok hafal doa-doa yang orang-orang lain reka
yang tak ada beza pun dengan doa-doa yang kita buat sendiri

Jangan lupa juga ya baca posting terbaru di weblog soal jawab aku.
Topiknya hukum wanita solat jemaah, pergi masjid dan bagaimana kedudukan imam wanita.

Sila lihat terjemahan al-Quran untuk melihat maknanya:

 

1- (رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) )البقرة/201(

“Wahai Tuhan
kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
peliharalah Kami dari azab neraka”. (al-Baqarah:201)

 

 

2- (رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) )البقرة/250(

“Wahai Tuhan
kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian
Kami serta menangkanlah Kami terhadap kaum Yang kafir” (al-Baqarah:250)

 

 

3- (رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) )البقرة/286(

“Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami
tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami
bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah
Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”.
(al-Baqarah:286)

 

 

4- (رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ) )آل عمران/8(

“Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari
sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberianNya. (Ali Imran:8)

 

 

5- (رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) )آل عمران/16(

“Wahai Tuhan
kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa
Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka”; (Ali Imran:16)

 

 

 

6- (رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء) )آل عمران/38(

” Wahai
Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik;
Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan”. (Ali
Imran:38)

 

 

7- (رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَِ) )آل عمران/53(

“Wahai Tuhan
kami! Kami telah beriman kepada apa Yang telah Engkau turunkan, dan
Kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah Kami beserta orang-orang
Yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)”.
(Ali Imran:53)

 

 

8- (ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَِ) )آل عمران/147(

“Wahai Tuhan
kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami Yang melampau Dalam
urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan);
dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum Yang kafir.” (Ali
Imran:147)

 

 

9- (رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَاد ِ) )آل عمران/191-194(

“Wahai Tuhan
kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha
suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (191)Wahai Tuhan
kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka
Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim
tidak akan beroleh seorang Penolong pun; (192) Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru
kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka Kami
pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan
hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami
bersama orang-orang Yang berbakti; (193) Wahai Tuhan kami! berikanlah
kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui
Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat;
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.(194)

 

 

10- (رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ) )الأعراف/23(

“Wahai Tuhan
kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak
mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah
Kami dari orang-orang Yang rugi”. (al-A’raf:23)

 

 

11- (رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ) )الأعراف/47(

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami bersama orang-orang Yang zalim”. (al-A;raf:47)

 

 

 

12- ( رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ) )الأعراف/126(

“Wahai Tuhan
kami, Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah Kami Dalam
keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”. (al-A’raf:126)

 

 

13- (حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ) )التوبة/129(

“Cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang
mempunyai Arasy Yang besar.” (al-Taubah:129)

 

 

14- (رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) )يونس/85-86(

Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami landasan fitnah bagi kaum Yang zalim (85). ” dan selamatkanlah Kami Dengan rahmatMu dari angkara kaum Yang kafir”. (86) (Yunus:85-86)

 

 

15- (رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ) )هود-47(

“Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya Aku berlindung kepadamu daripada memohon sesuatu Yang Aku
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak
mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah
Aku dari orang-orang Yang rugi”. (Hud:47)

 

 

16- (رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء) )إبرهيم-40(

“Wahai Tuhanku!
Jadikanlah daku orang Yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Ibrahim:40)

 

 

17- (رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ) )إبرهيم-41(

“Wahai Tuhan
kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang Yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan
pembalasan” (Ibrahim:41)

 

 

18- (رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا) )الإسراء-80(

“Wahai Tuhanku!
masukkanlah daku ke Dalam urusan ugamaku Dengan kemasukan Yang benar
lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya Dengan cara keluar Yang
benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan
serta kekuasaan Yang menolongku”, (al-Isra’:80)

 

 

19- (رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا) )الكهف/10(

“Wahai Tuhan
kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah
kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama
kami”. (al-Kahfi:10)

 

 

20- (رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي) )طه/25-28(

: “Wahai
Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;”Dan mudahkanlah bagiku,
tugasku;”Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham
perkataanku; (Taha:25-28)

 

 

21- (رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا) )طه/114(

“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. (Taha:114)

 

 

22- (لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ) )الأنبياء/87(

tiada Tuhan
(yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau
(daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah
dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri”. (al-Anbiya’:87)

 

 

23- (رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ) )الأنبياء/89(

: “Wahai
Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak
meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi”.
(al-Anbia’:89)

 

 

24- (رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ) )المؤمنون/97-98(

“Wahai Tuhanku,
Aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan “Dan Aku
berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak
menghampiriku”. (al-Mukminun:97-98)

 

 

25- (رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ) )المؤمنون/109(

` Wahai Tuhan
kami, Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa Kami serta berilah
rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi
rahmat ‘. (al-Mukminun:109)

 

 

26- (رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ) )المؤمنون/118(

Wahai Tuhanku,
berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja
sebaik-baik pemberi rahmat!” (al-Mukminun:118)

 

Brzzzzzzzzzz

Salam,

aku ada lah baca dalam yahoogroups, adalah sorang mamat ni. Dia
membukaklah satu topik pasal sorang Melayu kahwin dengan Cina. Lepas tu
dia mengomellah pasal anak diorang tu ada yang nama bunyi melayu, ada
yang nama bunyi Cina.

Maka, mamat ni pun memberi komenlah kononnya bangsa kita dah jadi
rojak, konon-konon entah-entah si Cina tu masih kafir lagi, etc etc etc.

Okeylah, aku nak cakap sikit apa bukti kita dia tu still kafir. Takde
syarat pun dalam Islam, kalau jadi Islam kena guna nama arab ke atau
melayu. Yang Islam suruh ialah guna nama-nama yang elok, makna yang
elok-elok.

Kalau dah nama kita dalam mandarin, maksudnya pun elok, tak ada
larangan dalam Islam nak guna nama tu.  Kalau nam english kita elok,
contohnya Wiseman, maka tak ada apa-apa masalah.

Jadi, janganlah mudah sangat nak syak wasangka kat orang lain.
Cerminlah diri dahulu. Jangan dek kebodohan diri kita sendiri, kita nak
tuduh orang bukan-bukan.

Salam,

aku ada lah baca dalam yahoogroups, adalah sorang mamat ni. Dia
membukaklah satu topik pasal sorang Melayu kahwin dengan Cina. Lepas tu
dia mengomellah pasal anak diorang tu ada yang nama bunyi melayu, ada
yang nama bunyi Cina.

Maka, mamat ni pun memberi komenlah kononnya bangsa kita dah jadi
rojak, konon-konon entah-entah si Cina tu masih kafir lagi, etc etc etc.

Okeylah, aku nak cakap sikit apa bukti kita dia tu still kafir. Takde
syarat pun dalam Islam, kalau jadi Islam kena guna nama arab ke atau
melayu. Yang Islam suruh ialah guna nama-nama yang elok, makna yang
elok-elok.

Kalau dah nama kita dalam mandarin, maksudnya pun elok, tak ada
larangan dalam Islam nak guna nama tu.  Kalau nam english kita elok,
contohnya Wiseman, maka tak ada apa-apa masalah.

Jadi, janganlah mudah sangat nak syak wasangka kat orang lain.
Cerminlah diri dahulu. Jangan dek kebodohan diri kita sendiri, kita nak
tuduh orang bukan-bukan.

Hah macam mana nak niat solat jama’ ni?

Aslm wbt

 

Kali ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku waktu
sekolah menengah dulu buat lawatan ke KL. Yelah waktu budak kampong lagi, jadi
beria-rialah nak ikut lawatan pergi KL tu.

 

Maka bermulalah kisah di dalam bas, apabila kami nak singgah
di Masjid Negara untuk berhenti rehat dan solat. Maka terpacullah soalan-soalan
daripada kawan-kawan aku. Eh! Camne kita nak solat jama’ dan qasar ni, aku tak
hafal lah niat solat jama’ dan qasar. Siap ada yang jumpa ustaz waktu ustaz
kata kita akan solat jama’ dan qasar, bagitahu ustaz yang diorang tak tahu niat
solat jama’.

 

Puas jugaklah aku explain kat kawan-kawan aku tu yang niat
tu kat hati, bukan dekat mulut. Tapi waktu tu aku budak-budak lagi, jadi
penerangan aku pasal niat ni tidaklah dapat menjelaskan kekeliruan kawan-kawan
aku.

 

Kenapa payah sangat nak berniat? Aku fakir juga, adakah
sahabat-sahabat nabi saw yang datang dari pelbagai latar belakang itu, daripada
golongan bangsawan sampailah ke golongan hamba, adakah mereka menghadapi
masalah yang kompleks dan rumit macam sekarang dalam hal berniat ni.

 

Kita zaman sekarang, kalau nak bersolat punyalah puas nak
sebut lafaz usolli tu berulang kali, takut tersalah lafaz, bila angkat takbir
tu punyalah payah sampai ada yang 3-4 kali, katanya niat tak masuk. Macam tu
jugaklah yang berlaku kat puasa, wudhu, mandi wajib dan lain-lain. Niat tak
masuk lagi! Itulah masalahnya.

 

Ok jom kita

cuba

fahami apa itu niat sebenarnya. Meh aku bagi beberapa contoh-

 

1) Kita bandingkan dua orang ini yang telah membunuh seorang manusia. Si A
telah mengacukan senapangnya ke kepala musuhnya, ketika itu dia berada di dalam
keadaan sedar dan dia terus menembak mati musuhnya itu. Itu bunuh dengan niat
atau tidak? Sudah pasti dengan niat. Kita bandingkan pulak dengan seorang
pemburu, dia nampak seekor rusa, dia acu senapang nak tembak rusa tu, tengah
dia nak tembak rusa tiba-tiba seorang lelaki berlari melintas dihadapan dia,
dan tembakan ke arah rusa itu terkena pada lelaki yang berlari itu, dan
membunuh lelaki itu. Ini bunuh tanpa niat.

2) Seorang lelaki nampak seorang pengemis, maka dia pun menyeluk sakunya,
mengeluarkan not RM 5 dan meletakkannya di dalam bekas pengemis itu. Ketika
menderma lelaki itu tidak melafazkan niat seperti “sahaja aku menderma RM 5
kepada pengemis ini kerana Allah SWT.” Adakah lelaki ini tidak berniat untuk
menderma kerana dia tidak melafazkan niat. Adakah lelaki ini tidak berniat
untuk menderma kerana dia tidak menyusun ayat-ayat untuk berniat di dalam
otaknya sewaktu dia menghulurkan duit kepada pengemis itu. Jika ada yang
menjawab lelaki itu tidak berniat, maka soalan aku, kalau lelaki itu tidak
berniat kenapa dia perlu seluk saku dia untuk keluarkan duit lepas tu letak
pulak dalam bekas pengemis itu. Sudah pasti lelaki itu ada niat untuk menderma
kepada pengemis itu, sebab ada niat tulah dia pergi gerakkan tangan dia untuk
bagi duit.

 

Jadi, kalau kita dah bentang sejadah, berdiri hadap kiblat,
angkat takbir, adakah kita nak kata kita tiada niat untu bersolat. Jika
jawapannya tidak, maka untuk apa kita berdiri hadap kiblat dan angkat takbir.
Jika ada yang kata takut silap, takut niat maghrib jadi isya’, isya’ jadi asar
dan lain-lain. Maka soalan aku, sudah pasti waktu nak solat tu kita tahu kita
nak solat apa. Kalau tak tahu nak solat apa, buat apa angkat takbir dan hadap
kiblat. Macam kita dari awal kita tahu kita nak solat jama’ dan qasar, maka
sebab tu kita angkat takbir. Tidak timbul isu silap niat di sini sebab sebelum
solat sudah pasti kita tahu solat apa yang kita nak solat tu.

 

Sama macam puasa, selalu orang lepas subuh tiba-tiba mengadu
aduh aku lupa nak niat puasa lah. Aku tanya lah, kau sahur tak pagi tadi. Lepas
tu, jawapannya ya, aku bangun sahur. Jadi, kalau kita tak ada niat nak puasa
buat apa kita bangun sahur. Sebab apa kita bangun sahur, ada ke sesiapa kat
sini yang sengaja bangun sahur tanpa ada niat nak puasa? Sudah pasti kita
bangun sahur sebab nak puasa. Dan itulah niat!

 

Sama jugak macam kita ambil wudhu. Tangan dah letak bawah
air, dah habis dah semua rukun-rukun wudhu, siap dah habis baca doa lepas
wudhu, tiba-tiba kita cakap alamak aku lupa niat wudhu. Kalau kita tak ada niat
wudhu buat apa pergi basuh tangan, masuk air dalam mulut dan hidung, pergi
basuh muka dan lain-lain. Sudah pasti kita buat semua tu sebab nak berwudhu!
Dan itulah niat wudhu kita. Kalau tak buat apa kita buat semua tu!

 

Jadi, aku nak ingatkan kita semua, buang lah sifat was-was
dan syak wasangka. Ibadahlah dengan yakin, dan jangan diikutkan was-was yang
timbul. Tak payahlah dok hafal lafaz-lafaz niat tu, bukan nabi ajar pun. Buat
menyusahkan adalah, tengok jelah lafaz niat jama’, panjang gila. Aku memang tak
hafal pun.

 

Oklah sampai di sini sahaja wslm wbt.

SUNNAH-SUNNAH PERGI MENUJU KE MASJID

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

(a). Bersegera Menuju Masjid

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

Ertinya : Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan adzan dan shaf
awal kemudian tidaklah mereka mampu mendapatkannya kecuali dengan mencabut
undi, pastilah mereka mencabut undi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan
bersegera menuju ke masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya
mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan shubuh nescaya mereka
akan datang kepadaKu walaupun dengan merangkak. ~Hadits Riwayat Bukhari no. 615
dan Muslim no. 437.

Imam An-Nawawy berkata: At-Tahjir adalah bersegera menuju shalat

(b). Doa Pergi Menuju Masjid.

اللهم! اجعل في قلبي نورا، وفي لساني نورا، واجعل في سمعي نورا، واجعل
في بصري نورا، واجعل من خلفي نورا، ومن أمامي نورا، واجعل من فوقي نورا، ومن تحتي
نورا. اللهم! أعطني نورا

Allahumma! Ij’al Fi Qalbi Nuroo, wa
fi lisani nuroo, waj’al fi sam’I nuroo, waj’al fi basori nuroo, waj’al min
kholafi nuroo, wa min amami nuroo, waj’al min fauqi nuroo, wa min tahti nuroo.
Allahumma! A’tini nuroo.

"Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, dan didalam ucapanku
cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada
penglihatanku cahaya, dan jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku
cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya, ya Allah
berikanlah kepadaku cahaya".~Hadits riwayat  Muslim & Abu Dawud.

 

©. Berjalan Menuju Ke Masjid Dengan Tenang Dan Berwibawa
Rasuulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

Ertinya : Apabila kalian telah mendengar iqomah maka berjalanlah kalian
menuju ke masjid untuk sholat dengan ketenangan dan kewibawaan.~Hadits Riwayat
Bukhari no 636 dan 908.

"As-Sakinah " ertinya perlahan dalam berjalan dan menjauhkan diri
daripada bersenda gurau

"Al-Waqoru" ertinya menundukkan pandangan, merendahkan suara dan
tidak menoleh-noleh.

(d). Pergi Menuju Ke Masjid Dengan Berjalan Kaki

Para

ulama telah menjelaskan bahawa berjalan kaki ke
masjid dengan tenang tanpa tergesa-gesa mengandungi banyak sekali kebaikan bagi
seorang pejalan kaki. Hal ini berdasarkan nash-nash syariat yang menunjukkan
tentang keutamaan memperbanyakkan langkah menuju masjid.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

Ertinya : Mahukah kalian aku tunjukkan apa-apa yang menyebabkan Allah menghapuskan
dosa dan mengangkat darjat kalian. Mereka berkata: Ya, wahai Rasul, kemudian
Rasul menyebutkan salah satunya adalah memperbanyakkan langkah menuju ke
masjid. ~Hadits Riwayat Muslim no. 251.

(e) Berdoa Ketika Masuk Ke Masjid

Doa masuk masjid iaitu :

 

 

اللهم!
افتح لي أبواب رحمتك

Allahumma! Iftah li abwaba rohmatik.

"Ertinya : Ya Allah, bukalah pintu rahmat-Mu untukku.

Ini berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

"Ertinya : Apabila di antara kalian ada yang masuk masjid maka
bersholawatlah kalian ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian
mengucapkan doa: Ya Allah bukalah pintu rahmat-Mu untukku~Hadits Riwayat Muslim
1/494 no. 713, Abu Dawud no. 465, Nasa’i no.728, Ibnu Majah no. 772.

(f). Mendahulukan Kaki Kanan Ketika Masuk Masjid

Berdasarkan perkataan shahabat yang mulia Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu:

"Ertinya : Termasuk Sunnah, apabila engkau masuk masjid, untuk
mendahulukan kakimu yang kanan dan apabila engkau keluar, dahulukan kaki
kirimu. ~Hadits Riwayat Hakim 1/475, ia berkata : Shahih berdasarkan syarat
Muslim" Dan disepakati oleh Adz-Dzahabi.

(g). Memberi Keutamaan Untuk Menempati Shaff Yang Pertama.

Ertinya : Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan adzan dan shaf
awal kemudian tidaklah mereka mampu mendapatkannya kecuali dengan mencabut
undi, pastilah mereka mencabut undi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan
bersegera menuju ke masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya
mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan shubuh nescaya mereka
akan datang kepadaKu walaupun dengan merangkak. ~Hadits Riwayat Bukhari no. 615
dan Muslim no. 437.

(h). Berdoa Ketika Keluar Masjid

Jika keluar dari masjid, hendaklah mengucapkan

اللهم!
إني أسألك من فضلك

 

Allahumma! Inni as’aluka min
fadhlika.


"Ertinya : Ya Allah, aku mohon kepadamu kurniamu. [Hadits Riwayat Muslim
713 dan Abu Dawud 465]

Dan pada riwayat An-Nasa’i terdapat tambahan agar bershalawat kepada Nabi Shallallahu
‘alaihi wa sallam

(i). Mendahulukan kaki kiri ketika keluar dari Masjid sebagaimana perkataan
shahabat Anas bin Malik ketika menyebutkan tentang keutamaan mendahulukan kaki
kanan ketika masuk masjid.

(j). Shalat Tahiyatul Masjid

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

"Ertinya : Apabila salah seorang diantara kalian masuk ke masjid, maka
hendaklah shalat dua rakaat sebelum dia duduk.~Hadits Riwayat Bukhari no. 444
dan Muslim no. 714.

Imam Syafi’e berkata, Shalat Tahiyatul Masjid disyariatkan kecuali pada waktu
yang dilarang.(1)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata Shalat Tahiyatul Masjid adalah sunnah hukumnya
menurut ijma daripada ahli fatawa (ulama).

Praktik sunnah-sunnah tersebut di atas terjadi berulangkali, dilakukan oleh
seorang muslim ketika hendak pergi menuju ke masjid untuk shalat

lima

waktu, apabila dikumpulkan maka akan mendapat sebanyak 50 sunnah.

(Disalin daripada kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi
Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid Al-Husainan,
Penerjemah Zaki Rachmawan)
_________
Foote Note
(1). Waktu yang terlarang untuk melakukan shalat sunnah tathawwu’ ada tiga. Ia
berdasarkan hadits dari Uqbah bin Amir Al Juhani Radhiyallahu ‘anhu
diriwayatkan bahawa dia berkata: Ada tiga waktu yang kami dilarang Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk shalat pada waktu tersebut dan juga untuk
menguburkan mayat; ketika matahari persis terbit, hingga meninggi; ketika
matahari tepat di atas kepala, hingga condong; dan manakala matahari mulai tenggelam,
hingga betul-betul tenggelam. ~Hadits Riwayat. Muslim, dalam Kitab Shalatul
Musafirin, bab waktu-waktu yang terlarang. No. 831.

http://www.almanhaj.or.id/content/1423/slash/0

 

di edit oleh Abu
Usamah

SHALAT-SHALAT SUNNAT YANG DITUNAIKAN SEHARI-HARI

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

(a). Shalat-Shalat Sunnat Rowatib

Sabda Rosulullah Shallallahu �alaihi wa sallam

 
Ertinya : Tidaklah seorang muslim mengerjakan shalat kerana Allah setiap
hari 12 rakaat shalat sunnah kerana Allah, kecuali Allah akan membangunkan
sebuah rumah baginya di Syurga atau dibangunkan baginya sebuah rumah di
Syurga.~HR. Muslim no. 728.

Perinciannya sebagai berikut:

Sholat empat rakaat sebelum shalat dzuhur dan dua rakaat setelahnya, dua rakaat
setelah shalat maghrib, dua rakaat setelah shalat isya dan dua rakaat sebelum
shalat subuh.

Wahai saudaraku tercinta! Tidakkah engkau mempunyai rasa rindu untuk
dibangunkan rumah di Syurga?.

Peliharalah nasihat yang datang daripada Rasul Shallallahu alaihi wa sallam
dengan tetap mengerjakan shalat sunnah sebanyak 12 rakaat.

(b). Shalat Dhuha

Shalat ini senilai dengan 360 shadaqah. Hal ini boleh terwujud kerana di dalam
tubuh manusia ada 360 sendi (persendian) (1) setiap sendi
tersebut memerlukan shadaqah setiap harinya(2). Shadaqah yang
diperuntukkan pada persendian sebagai untuk menunjukkan rasa syukur atas
nikmat, untuk mencukupi semuanya maka dua rakaat daripada shalat dhuha boleh
sebagai sarananya.

Faedahnya
Sebagaimana terdapat dalam shohih Muslim bahawa Rosul Shallallahu alaihi wa
sallam bersabda:

 
Ertinya : Pada setiap pagi, pada setiap ruas persendian (3) di antara
kalian memiliki hak, iaitu sedekah. Setiap tasbih (subhanallah) adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir
adalah sedekah, amar ma’ruf termasuk sedekah, mencegah dari kemungkaran
termasuk sedekah, maka yang mencukupi demikian itu adalah shalat dhuha dua
rakaat. ~HR. Muslim dalam kitab Shalat al-Mufasirin wa Qashriha, bab Istihbab
Shalat adh-Dhuha no. 720.

 
Dan penjelasan yang lain ada pada hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu,
bahawasanya dia berkata :

Ertinya : Aku telah diberikan nasihat oleh kekasihku (Rasulullah Shallallahu
�alaihi wa sallam) dengan tiga hal, iaitu berpuasa tiga hari (13,14 dan 15),
pada setiap bulan (Hijriyyah), dua rakaat shalat Dhuha, dan shalat witir
sebelum aku hendak tidur. ~HR. Bukhari, Kitab Ash-Shaum, bab: Puasa al-Biedh
tanggal 13,14, dan 15 tiap bulan no. 1981; dan Muslim dalam kitab Shalatu
Musafirin, bab: Dianjurkannya shalat Dhuha, no: 721.

 
Waktu yang paling utama untuk menunaikannya adalah ketika terik matahari mulai
makin menyengat.(4)

Jumlah rakaatnya paling sedikit dua rakaat. Sedangkan jumlah maksimanya 12
rakaat dan ada pendapat lain bahawa jumlah maksima rakaat dhuha tidak ada
batasannya.

©. Shalat Sunnat Sebelum Shalat Ashar

Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:

 
Ertinya : Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang shalat sunnah
sebelum Ashar empat rakaat ~HR. Ahmad 2/117, Abu Dawud dalam kitab At-Tathawwu’
bab Shalat sebelum Ashar no. 1270, Tirmidzi dalam kitab As-Shalah bab Riwayat
tentang Empat Rakaat Sebelum Ashar, no. 430.

(d). Shalat Sunnat Sebelum Shalat Maghrib

Rasulullah Shalallahu �alaihi wa sallam bersabda :

 
"Ertinya : Shalatlah sebelum shalat Maghrib. Pada ucapan yang ketiga
beliau Shalallahu alaihi wa sallam menambahkan: Bagi sesiapa yang mahu ~HR. Bukhary
no.1183 dan no. 7368.

(e). Shalat Sunnat Antara Azan dan Iqamah.

Rasulullah Shalallahu �alaihi wa sallam bersabda :

 
Ertinya : Di antara dua adzan ada shalat, di antara dua adzan ada shalat.
Pada ucapan ketiga, beliau bersabda: Bagi siapa yang mahu. ~HR. Bukhary Kitab
Adzan bab Diantara dua adzan ada shalat no. 624, 627 dan Muslim kitab Shalatu
Musafirin, bab , bab: Diantara dua adzan ada shalat no. 838.

Imam Nawawy berkata: Yang dimaksudkan dengan dua adzan adalah adzan dan iqamah.

(Disalin daripada kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi
Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid
Al-Husainan, Penerjemah Zaki Rachmawan)
_________
Foote Note
(1). Lihat Shahih Muslim no. 1007 dalam kitab az-Zakat bab: Bayaanu anna Ismash
Shadaqah Yaqa’u Ala Kulli Nau’in Minal Ma’ruuf.
(2). Berdasarkan hadits Buraidah Radhiyallahu ‘anhu yang menyebutkan bahwa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Manusia memiliki tiga
ratus enam puluh sendi dalam tubuhnya. Hendaknya ia bersedekah untuk semua
sendi tersebut.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al Adab bab
Imathatuk Adza �Anith- Thariq no. 5242 dan Ahmad 5/354 dishahihkan oleh
Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/984, Irwa’ul Ghalil 2/213.
(3). tulang jari jemari dan telapak tangan kemudian di pergunakan buat seluruh
tulang-tulang badan dan persendiannya, lihat syarah An-Nawawi atas Shahih
Muslim 5/272.
(4). Berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: Shalat
orang-orang yang khusyu beribadah adalah ketika anak-anak unta (fishal)
kepanasan” Riwayat Muslim dalam kitab Shalat Mufasirin, bab Shalat Al-Awwabin
hina Tarmidhul Fishal no. 748.

http://www.almanhaj.or.id/content/1946/slash/0

 

di edit oleh Abu
Usamah

SUNNAH-SUNNAH DALAM SHALAT MALAM

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

 “Ertinya : Sebaik-baik puasa setelah puasa
ramadhan adalah puasa bulan muharram dan sebaik-baik shalat setelah shalat
wajib adalah shalat lail.” ~Hadits Riwayat. Muslim no. 1163.

(a). Sebaik-baik jumlah raka’at dalam shalat malam adalah sebelas raka’at atau
tiga belas raka’at dengan melakukan shalat yang lama. Berdasarkan hadits
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

 
“Ertinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan shalat lail
sebanyak 11 raka’at, maka yang demikian itu adalah shalat beliau”~Hadits
Riwayat. Bukhari no. 1147.

Riwayat yang lain menyebutkan.
 
“Ertinya : Rasulullah shalat malam sebanyak 13 raka’at”~Hadits Riwayat. Bukhari
no. 1138 dan Muslim no. 764.

(b). Disunnahkan bagi orang yang mengerjakan shalat lail untuk menggosok gigi
dan membaca ayat-ayat terakhir dari surah Ali Imran mulai dari firman Allah

“Ertinya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”
(Ali Imran : 190)

Dibaca sehingga akhir surah.

(c). Disunnahkan kepada orang yang mengerjakan shalat malam untuk berdoa dengan
doa yang shahih yang diajarkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam



اللّهُـمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نـورُ السَّمـواتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فيـهِن ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ
قَـيِّمُ السَّـمواتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ
فيـهِن ، [وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ
السَّـمواتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فيـهِن]
[وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْـكُ السَّـمواتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فيـهِن] [وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِـكُ السَّـمواتِ
وَالأَرْضِ ] [وَلَكَ الْحَمْدُ] [أَنْتَ الْحَـقّ وَوَعْـدُكَ الْحَـق ،
وَقَوْلُـكَ الْحَـق ، وَلِقـاؤُكَ
الْحَـق

،
وَالْجَـنَّةُحَـق ، وَالنّـارُ حَـق ، وَالنَّبِـيّونَ حَـق ، وَمـحَمَّدٌ
 rحَـق
، وَالسّـاعَةُحَـق] [اللّهُـمَّ لَكَ
أَسْلَمت ، وَعَلَـيْكَ تَوَكَّلْـت ، وَبِكَ آمَنْـت ، وَإِلَـيْكَ أَنَبْـت ،
وَبِـكَ خاصَمْت ، وَإِلَـيْكَ حاكَمْـت . فاغْفِـرْ لي مـا قَدَّمْتُ ، وَما
أَخَّـرْت ، وَما أَسْـرَرْت ، وَما أَعْلَـنْت ] [أَنْتَ المُقَـدِّمُ وَأَنْتَ المُـؤَخِّر ، لا إِاـهَ إِلاّ أَنْـت] [أَنْـتَ إِلـهي لا إِاـهَ إِلاّ أَنْـت .

 
“Ya, Allah! BagiMu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta
seisinya. BagiMu segala puji, Engkau yang mengurus langit dan bumi serta
seisinya. BagiMu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta
seisinya. BagiMu segala puji dan bagiMu kerajaan langit dan bumi serta seisinya.
BagiMu segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, firmanMu benar, bertemu
denganMu benar, Syurga adalah benar (ada), Neraka adalah benar (ada), (terutusnya)
para nabi adalah benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dariMu), kejadian
hari Kiamat adalah benar. Ya Allah, kepadaMu aku menyerah, kepadaMu aku
bertawakal, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku kembali (bertaubat), dengan
pertolonganMu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepadaMu (dan dengan
ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh kerana itu, ampunilah dosaku yang telah
lewat dan yang akan datang. Engkaulah yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada
Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan
yang hak disembah kecuali Engkau”.~
 HR.
Al-Bukhari dalam Fathul Bari 3/3, 11/116, 13/371, 423, 465 dan Muslim
meriwayatkannya dengan ringkas 1/532

(d). Sunnah memulai shalat malam dengan dua raka’at yang ringan (pendek). Hal
itu dilakukan hingga datangnya semangat untuk memanjangkan raka’atnya setelah
dua rakaat yang pendek tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda :

 
“Ertinya : Apabila salah seorang di antara kalian mendirikan shalat malam
hendaklah membuka shalatnya dengan shalat dua raka’at yang ringan (surah-surah
yang dibaca pendek.) ~Hadits Riwayat. Muslim no. 768.

[e]. Merupakan sunnah, memulai shalat malam dengan doa yang shahih dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam

اَللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيْلَ،
وَمِيْكَائِيْلَ، وَإِسْرَافِيْلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، عَالِمَ
الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا
فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ. اِهْدِنِيْ لِمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ
بِإِذْنِكَ تَهْدِيْ مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.

 

 

 

 
“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail dan Israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi.
Wahai Rabb yang mengetahui yang ghaib dan nyata. Engkau yang menjatuhkan hukum
(untuk memutuskan) apa yang mereka (orang-orang Nasrani dan Yahudi)
pertentangkan. Tunjukkanlah aku pada kebenaran apa yang dipertentangkan dengan
seizinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan pada jalan yang lurus bagi orang-orang
yang Engkau kehendaki”~Hadits Riwayat. Muslim no. 770, Abu Dawud no. 767, Ibnu
Majah no. 1357.

[f]. Disunnahkan untuk memanjangkan shalat malam.

 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya: “Shalat apakah yang paling
baik?” Rasulullah menjawab : “Yang panjang qunutnya (lama berdirinya)”~Hadits
Riwayat. Muslim no.756.

Yang dimaksud qunut(1) adalah berdiri yang lama

(g). Disunnahkan untuk bertaawudz (minta perlindungan kepada Allah) ketika
membaca ayat tentang adzab dengan ucapan:

 
“Aku berlindung kepada Allah daripada Adzab Allah”

Dan memohon rahmat kepada Allah ketika membaca ayat tentang permohonan dengan
ucapan

 
“Ya Allah aku meminta kepadaMu dari kurniaMu”

Dan bertasbih ketika membaca ayat-ayat yang mengandung pujian tentang
keMahasucian Allah.

Hal tersebut berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Ertinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca (ayat) dengan
tartil apabila beliau melewati satu ayat tasbih maka beliaupun membaca tasbih.
Apabila melewati ayat permohonan(tentang rahmat,-ed) maka beliaupun memohon.
Dan apabila melewati ayat memohon perlindungan, maka beliaupun memohon
perlindungan (bertaawudz)…” ~Hadits Riwyat. Muslim no. 772.

Sebab-sebab agar mudah mendirikan shalat malam

(a). Berdoa
(b). Tidur awal
(c). Tidur di siang harinya
(d). Meninggalkan kemaksiatan
(e). Berkeinginan diri yang kuat untuk melakukan shalat malam

(Disalin dari kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi
Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid
Al-Husainan, Penerjemah Zaki Rachmawan)
_________
Foote Note
(1). Qunut dalam hadits itu memiliki banyak erti berdasarkan banyak riwayat.
Dalam Hadyus Saari Muqaddimah dari Fathul Baari oleh Ibnu Hajar hal. 305 (Cet.
Daar Abi Hayyaan) pasal Qaf Nun disebutkan tentang makna qunut antara lain
do’a, berdiri, tenang, diam, ketaatan, shalat, kekhusu’an, ibadah, dan
melamakan berdiri. Pent.

http://www.almanhaj.or.id/content/2099/slash/0

 

di edit oleh Abu
Usamah

 

SUNNAH-SUNNAH DALAM MEMAKAI KASUT

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

"Ertinya : Apabila di antara kamu memakai sandal/kasut maka mulailah
dengan yang kanan dan apabila melepaskan kasut/sandal mulailah dengan yang
kiri. Dan pakailah sandal/kasut secara bersamaan (memakai kedua nya) atau melepaskannya
secara bersamaan"~Hadits Riwayat Muslim no. 2097

 

“Janganlah seorangpun daripada kamu berjalan dengan
memakai satu kasut sahaja. Pakailah kedua-duanya bersama atau lepaskanlah
kedua-duanya bersama.”~ Hadits Riwayat Muslim no. 2097

Sunnah-sunnah tersebut adalah kebiasaan seorang muslim yang terjadi berulang
kali dalam sehari semalamnya iaitu ketika ia memakai sandal/kasut untuk masuk
dan keluar menuju masjid, keluar masuk bilik air, tempat kerja yang berada di luar
rumah. Sehingga dapat dikatakan bahawa memakai sandal/kasut adalah kejadian
lumrah yang terjadi berulang kali di dalam seharian seorang muslim.

Menerapkan sunnah tatkala setiap memakai atau melepaskan sandal/sepatu dengan
menghadirkan niat (yang bersungguh-sungguh untuk mengikuti sunnah) maka akan
mendapatkan kebaikan yang sangat besar. Kemudian seluruh gerak-geri, diamnya
(secara automatik) akan senantiasa berdasarkan sunnah.

(Disalin dari kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi
Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid
Al-Husainan, Penerjemah Zaki Rachmawan)

http://www.almanhaj.or.id/content/1205/slash/0

 

di edit oleh Abu
Usamah