Archive for June, 2007


Cinta Peminat Novel Cinta

 

Cinta Peminat Novel Cinta

 

Seorang peserta lelaki berusia 21 tahun, selepas bengkel penulisan
PTS, menceritakan perihal dilema sahabatnya sedang mengalami masalah
dengan girlfriendnya, seorang peminat novel-novel cinta.

 

Si girlfriend kecewa, lalu merajuk dan sudah hint-hint mahu
memutuskan hubungan sebab, selama mereka menjalin hubungan cinta,
dirinya tidak pernah diajak ‘berdating’ sebagaimana kawan-kawannya yang
lain, yang pada hujung minggu berpeluang berdating dengan boyfriend
masing-masing, sedangkan dia hanya duduk dalam bilik asramanya.

 

Si boyfriend adalah seorang pemuda yang idealistik tentang hubungan
lelaki-perempuan, di mana dia mahu berkahwin dengan girlfriendnya itu
nanti apabila sudah lulus pengajian. Dia tidak mahu bergaul dengan si
girlfriend secara bebas sebelum itu.

 

Dilema pemuda itu, apakah dia harus melupakan prinsipnya tidak mahu
berdating sebelum bernikah demi menyelamatkan perhubungan cintanya,
ataupun merelakan girlfriendnya membuat keputusan sama ada mahu
memutuskan hubungan mereka ataupun tidak.

Al-Mathurat Ustadz Hassan al-Banna

Assalamualaikum wbt.

Aku ada rayau-rayau dekat web-web indon, maka terjumpa pula beberapa web saudara-saudara kita di Indon.

Ada yang menarik iaitu debat tentang al-Mathurat susunan Ustaz Hassan al-Banna.

Di sini aku akan letakkan link kepada diskusi tersebut.

Jawaban kritik atas al-Ma’tsurat Hasan al-Banna (1/3)

Jawaban kritik atas al-Ma’tsurat Hasan al-Banna (2/3)

Jawaban kritik atas al-Ma’tsurat Hasan al-Banna (3/3)

————————————————————————————————

Baca juga kritikan saya ke atas pengamalan doa rabithah oleh
saudara-saudara kita khususnya yang menisbahkan diri mereka kepada
gerakan Ikhwan.

Doa rabithah hasan al-Banna: adakah di ajar oleh Nabi

————————————————————————————————

Apa komentar saya sesudah membaca semua ini.

1) Komentar saya tentang doa rabithah bukan kepada Hasan al-Banna,
sebaliknya kepada rakan-rakan saya yang sibuk menghafal doa tersebut
seolah-olah ia doa yang Rasulullah saw ajarkan. Apa guna menghafal doa
yang bukan dari al-Quran dan bukan yang nabi ajar. ? Apa beza doa
rabithah yang Hasan al-Banna nukilkan dengan doa yang kita baca sendiri
yang bukan dari al-Quran dan bukan juga nabi saw ajar? Tiada beza, sama
sahaja tarafnya. Adakah kita menganggap bahawa doa yang sheikh-sheikh
atau ustaz-ustaz kita susun lebih afdhal dari doa yang kita baca
sendiri tanpa menghafal doa-doa yang mereka susun. Tanyakan kepada
rakan-rakan kita yang menghafal doa rabithah, adakah mereka tahu bahawa
doa tersebut bukan di ajar oleh Nabi SAW. Inilah yang berlaku, bila
saya menimbulkan hal ini, beberapa rakan saya, saudara dan saudari kita
terus menghantar mesej kepada saya bertanya, benarkah doa ini bukan
Nabi ajar? Lihatlah salah faham yang terus berlaku lantaran mengamalkan
sesuatu tanpa bertanya dan mahu mengambil tahu dari mana asal usulnya.

Ramai yang marah bila isu ini saya timbulkan, tapi lihatlah, isu ini
timbul apabila saya melihat keghairahan saudara dan saudari saya kepada
doa rabithah ialah sama seperti doa-doa dan dzikir-dzikir yang Nabi saw
amalkan. Sehinggakan saling nasihat menasihati kepada rakan-rakan
supaya jangan lupa membaca doa rabithah. Kenapa dikhususkan nasihat itu
dengan doa rabithah? Kenapa tidak dinasihat sahaja secara mutlaq jangan
lupa banyak berdoa. Lainlah kalau doa yang warid, contohnya jangan lupa
baca doa yang nabi ajar sebelum masuk tandas, selepas masuk tandas.

2) Haramkah memulakan dzikir dengan bacaan Al-Fatihah.
Pasti ada yang berhujah bukan kah al-Quran itu sebaik-baik dzikir, maka
apa salahnya memulakan dzikir harian kita dengan bacaan ummul kitab.
Benarkah begitu? Jika begitu tulis sahaja nasihat kepada rakan-rakan
bahawa banyakkan dzikir lebih-lebih lagi membaca al-Quran kerana
al-Quran adalah sebaik-baik dzikir. Adakah kita sangka rakan kita tak
faham apa itu al-Quran? Sudah apstilah mereka tahu bahawa,
Al-Fatihahkah, al-Ikhlas kah, dan apa-apa surah semuanya elok dibaca.
Tidak ada bezanya. Lainlah ada dalil-dalil khusus contohnya dalil
khusus surah yang dibaca sebelum tidur, hari Jumaat dan lain-lain. Bila
ada dalil khusus tersebut maka wajarlah diberitahu secara spesifik
bahawa  saat-saat tertentu afdhal baca surah-surah tertentu secara
spesifik kerana ada dalil khususnya.

Jika benar alasan memulakan buku-buku dzikir dengan al-Fatihah,
majlis-majlis dengan al-fatihah kerana keumuman dalil menyuruh membaca
al-Quran, maka nilailah jika ada seorang rakan kita memulakan majlis
dengan bacaan surah al-Ikhlas, atau surah-surah yang lain. Seraya
apabila memulakan mesyuarat maka saudara kita menyatakan, untuk
memulakan majlis kita marilah membaca surah al-Falaq, apakah yang kia
jangka reaksi daripada saudara-saudara kita yang lain.

3) Menetapkan bilangan-bilangan dzikir adalah untuk memudahkan
masyarakat. Alasannya Nabi SAW sendiri ada menetapkan bilangan-bilangan
dzikir contohnya dzikir-dzikir selepas solat. Memudahkah masyarakat?
Benarkah begitu? Adakah masyarakat kita tidak akan faham jika kita kata
perbanyakkan tahlil, tasbih dan tahmid dalam sehari harian kita
sehingga kita perlu memberitahu jumlah yang harus dibaca. Bukankah
kalau diberitahu secara mutlaq tanpa mengikat dengan bilangan-bilangan
yang kita reka itu lebih memudahkan. Bukankah dengan mengikat
bilangan-bilangan tertentu akan memayahkan masyarakat kerana selalu
sahaja, mereka akan bertanya eh berapa kali ya aku nak baca tasbih ni
setiap hari, tahmid ni setiap hari dan bacaan-bacaan yang lain. Lihat
sahaja apa yang jadi kepada solat hajat, kaifiat-kaifiat bacaan-bacaan
yang diikat akhirnya menyusahkan hinggakan rakan-rakan saya yang nak
solat hajat sibuk bertanya eh aku lupalah nak baca surah apa ya pada
rakaat pertama selepas fatihah, rakaat kedua nak baca surah apa. Ini
semua hasil mengikat sesuatu yang mutlaq dengan sesuatu bilangan atau
sesuatu jenis zikir atau surah. Sedangkan tanpa dalil. Akhirnya ia
hanya menyusahkan umatr, menambahkan kekeliruan dan gagal membezakan
yang mana Nabi SAW ajar dan yang mana ustaz atau sheikh ajar.

Alasan kita menetapkan bilangan zikir selepas solat ialah kerana Nabi
SAW sendiri yang menetapkan berapa banyak kita nak baca waktu itu. Maka
waktu itu ada dalil khusus, maka wajarlah kita menuruti dalil khusus
tersebut. Malanglah jika ada yang mengambil dalil umum untuk
menggantikan amalan dalil khusus. Contohnya amalan dzikir-dzikir dan
surah-surah yang Nabi saw baca selepas solat di ganti dengan membaca
al-Quran. Ya tiada kita nafikan membaca al-Quran adalah zikir yang
bagus, akan tetapi di saat selepas solat ada zikir dan amalan yang
lebih utama kita amalkan kerana ada dalil khusus tentang hal itu.

Sama juga seperti malam Ramadhan, kita menghabiskan malam Ramadhan
dengan mengkhatamkan sampai beberapa juzuk al-Quran, dan dengan
kesibukan itu kita tidak bersolat Terawikh. Bukankah ini satu
keingkaran kepada sunnah nabi saw yang sudah menetapkan saat itu apa
yang patut kita buat.

————————————————————————————————-

Wallahu’alam

Wslm wbt

Rapatkan Saf! Luruskan Saf! Jangan Kedekut Sejadah

Assalamualaikum WBT.

Kita
mempunyai penyakit kedekut dengan sejadah waktu solat? Satu sejadah
untuk kita seorang sahaja? Waktu solat tak nak rapat dengan member
sebelah kanan dan kiri? Meh baca hadith-hadith tentangnya.

Nak rapatkan saf!

Mudah
sahaja, pastikan bahu kita dan bahu jemaah di sebelah kanan dan kiri
kita bersentuh. Lepas tu kaki atau buku lali kita juga bersentuh.

Nak mudah lihatlah gambar di atas

Islam Meraikan Perasaan

"Kalau kamu dah suka seseorang tu, takkan kamu nak bunuh diri lemaskan kepala kamu dalam sungai??" Aku tersenyum mendengar ucapan Dr MAZA. Dia seolah-olah cuba merungkai ketengangan fikiran yg aku hadapi. "Patut kalau ada orang kata i suka la dekat you, kamu kena kata terima kasih…" Aku tertawa mendengar seloroh Dr. MAZA. Begitu juga kawan-kawan yg lain. “Perkara yg melibatkan perasaan, Islam tak paksa. Kita tak boleh halang orang dari jatuh cinta. Benda tu fitrah. Normal. Sebab tu jugalah kita tak boleh paksa orang masuk Islam. Islam melibatkan aqidah dan kepercayaan. Kalau dipaksa, maka akan wujudlah golongan munafiq. Begitu juga cinta. Kita tak berdosa hanya kerana jatuh cinta. Yang Islam larang adalah bermain cinta.” (ustaz asri zainul abidin)

Kem solat lagi

Assalamu’alaikum wbt.

Lama tak update, sebab minggu lepas dari hari Sabtu sampailah Isnin, aku bercuti dengan keluarga aku kat Terengganu.

Hari
Isnin balik sini, hari Selasa waktu kat pasar, aku dapat panggilan
daripada Sekolah Kebangsaan Tampin. Cikgu Zahrah mintak aku jadi
fasilitator untuk kem bestari solat dekat sekolah tu. Aku pun bawaklah
gak empat orang kawan aku.

Fasi-fasi lain ada daripada Ma’had Ahmadi Gemencheh.

Pagi
tadi, pukul 750 pagi, tengah baring-baring, telefon bimbit aku berbunyi
lagi. Kali ni cikgu dari sekolah Palong 7 pulak telepon. Dia nak aku
bawak kawan-kawan INTIS buat kem ibadah dekat sekolah Palong 7.

Kena
bincang dululah dengan kawan-kawan INTIS. Cikgu tu nak dalam masa
terdekat, tapi aku cakap kena tunggu dululah sebab kitorang pun tengah
sibuk untuk daftar masuk sem baru ni.

Mungkin akhir bulan 7 atau bulan 8 baru boleh.

Hah!
Sabtu ni aku kena jadi fasi untuk budak darjah satu. Ajar diorang
wudhu, solat. Mestilah tak sama dengan kem kat sekolah menengah aku
dulu sebab ni sekolah rendah.

Nasib baik kawan-kawan aku setuju
nak join. Ada yang awal-awal dha beritahu nak join, tapi pagi tadi last
minute dia tak dapat. Nasib baiklah dia dapat cari pengganti.

Wasalamw

Hukum Wanita Pakai Perfume

Hukum Perempuan Memakai Minyak Wangi

oleh

Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafidzahullah

———————————————————————————————

Hadits Pertama :

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa
yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya
ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”
(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kedua :

حبب الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة

“Diberi
kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita,
harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam
sholat.”
(Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadits Ketiga :

أطيب الطيب المسك

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadits Keempat :

إذ ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadits Kelima :

أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Keenam :

إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة

“Apabila
seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi
(membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi
daripada janabat.”
(Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Ketujuh :

أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa
sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid
nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu
(membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kelapan :

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية

“Siapa
sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu
dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium)
baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”
(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Keterangan :

1. Hadits
ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita
memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni
ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam
hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita.
Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada  firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

لَقَدْ
كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو
اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.”
 ( Al Ahzab : 21 )

Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.

2. Hadits
ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke
masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman.
Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat
lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits
ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat
fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat
hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi
kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu
malam.

3. Hadits
ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak
keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian
sebagaimana halnya dia mandi janabat.

4. Hadits
ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke
masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh
Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.
Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana
telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini
apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka
memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !

5. Dari
hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan
mudah kita ketahui : apabila ’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja
dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke
tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain.
Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :

وَقَضَى
رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا
تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا
 


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.
jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.”
( Al Israa’ : 23 )

Dalam
ayat diatas kita dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah
tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul
keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.

قُلْ
لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ
ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ
لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ
فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ
بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ
إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ
نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ
أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ
يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ
لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ
جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
 

”Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang
beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,
dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami
mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera
mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang
aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
 ( An Nuur : 30-31 )

Allah Azza wa Jalla
perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan
pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa
pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan,
berciuman, tari-menari  akan lebih keras lagi larangannya.

Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai
wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu
keluar dengan maksud menyebarkan bau  supaya orang-orang mencium baunya
lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi
Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina (
lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar
kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)

Kesimpulan :

1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).   

2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3. Haram hukumnya
bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke
tempat-tempat lain dengan memakai minyak
wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Kemudian
datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas
terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan
memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau
badannya yang tidak enak?”

Saya
jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau
wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari
rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan
rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap
hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar
sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga
hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. Demikianlah jawapan
saya.

——————–

Di salin dari buku al-Masaail jilid 2 cetakan ke-3 halaman 151

http://aliph.wordpress.com/2007/01/08/hukum-perempuan-memakai-minyak-wangi/

Pembatal KeIslaman (1)

Pembatal Keislaman

 

Penulis: Sheikhul Islam al-Imam
al-Mujaddid Muhammad Bin Abdul Wahab.

 

Huraian: Abu Usamah.

 

Pembatal
Pertama: Syirik di Dalam Beribadah Kepada Allah.
Allah SWT berkata:

 

“Sesungguhnya
Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala yang selain
daripada itu (syirik) untuk sesiapa yang dikehendakinya.” (An-Nisa’:48).

 

Kata Allah SWT lagi:

 

“Sesungguhnya
orang yang mensyirikkan Allah, maka Allah pasti mengharamkan syurga kepadanya
dan tempatnya ialah neraka. Tidaklah ada untuk orang-orang yang zalim
seorangpun daripada penolong.” (al-Maidah: 72).

 

Di antara perbuatan-perbuatan
syirik itu ialah berdoa kepada orang-orang yang sudah mati dan meminta
perlindungan daripada mereka, bernazar dan menyembelih untuk mereka sebagaimana
menyembelih untuk jin atau kubur.

 

Syirik boleh dibahagikan kepada
tiga jenis iaitu 1) Syirik Akbar, 2) Syirik Ashghar dan 3) Syirik Khafi.

 

Mari kita lihat apakah
bentuk-bentuk syirik itu.

 

1) Syirik Akbar.

Dosa syirik
akbar tidak akan diampuni oleh Allah kecuali melalui jalan taubat. Pelaku
syirik akbar jika mati dalam keadaan syirik dan belum bertaubat, maka dia akan
kekal di dalam neraka selama-lamanya. Ini sebagaimana firman Allah di dalam
surah an-Nisa, ayat 48 yang sudah disebutkan di atas.

 

Allah SWT juga
berkata:

“Barangsiapa yang mensyirikkan sesuatu dengan Allah, maka dia adalah
seperti jatuh daripada langit lalu
disambar oleh burung atau diterbangkan oleh angin ke tempat yang jauh.” (al-Hajj:31).

 

Oleh kerana
itu, ketika di dalam neraka, kaum musyrikin dari kalangan penyembah kubur dan
lain-lain akan mengatakan kepada sesembahan-sembahan mereka di dunia:

 

“Demi Allah! Sungguh kita dahulu dalam kesesatan yang nyata
kerana kita menyamakan kamu dengan Tuhan semesta alam.” (as-Syu’ara’:97-98).

 

Perlu kita
ketahui, mereka ini tidak menyamakan berhala-berhala mereka dan apa-apa sahaja
yang mereka sembah dengan Allah dalam hal mencipta, memberi rezeki,
menghidupkan atau mematikan. Cuma, kaum musyrikin itu menyamakan
sembahan-sembahan mereka dengan Allah di dalam masalah mahabbah (kecintaan)
yang merupakan inti ibadah. Demikian juga di dalam masalah ta’zhim
(pengagungan) yang merupakan salah satu qurbah (penghampiran) yang paling besar
dan ibadah yang paling agung. Oleh kerana itulah Allah mencela orang-orang yang
tidak mengagungkanNya. Allah SWT berkata:

 

“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah
(dan kekuasaanNya).” (Nuh:13).

 

Syirik Akbar
itu teramat banyak akan tetapi kesemuanya akan menyangkut kepada 4 jenis syirik
ini, iaitu:

 

a) Syirik Doa.

Allah SWT
berkata:

 

“Dalam pada
itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka
memohon pertolongan kepada Allah Dengan doa Yang tulus ikhlas kepadaNya.
kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku
syirik kepadaNya.” (al-Ankabut:65).

 

Shaikh
Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya “al-Qawaid al-Arba’ah”: “Kaedah yang keempat: Bahawasanya kaum musyrikin di zaman
sekarang ini lebih parah daripada kemusyrikan mereka daripada kaum musyrikin
zaman dahulu. Ini kerana kaum musyrikin zaman dahulu melakukan syirik dalam
keadaan senang dan mereka akan ikhlas (memurnkan tauhid) di dalam keadaan
tersepit. Sedangkan kaum musyrikin zaman kita sekarang ini tetap sahaja
melakukan syirik dalam keadaan senang mahupun susah.”

 

b) Syirik Niat, Kehendak dan Tujuan.

Berkata Allah
SWT:

 

“Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan
kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran
tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia,
dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15). Merekalah orang-orang
Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan
pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa Yang
mereka telah kerjakan (16).” (Hud: 15-16).

 

Ibnul Qayyim
Rahimahullah berkata: “Tentang syirik dalam hal kehendak dan niat, maka itu
merupakan lautan yang tidak bertepi dan jarang sekali orang yang dapat selamat
daripadanya. Barangsiapa di dalam melakukan amal perbuatan mengkehendaki atau
berkeinginan untuk ditujukan kepada selain Allah, dan meniatkan perbuatan itu
selain daripada mendekatkan diri kepada Allah serta lain daripada menuntut
ganjaran daripada amal perbuatan itu, maka ini bererti dia telah berbuat syirik
di dalam hal niat dan keinginannya.

 

Syirik niat ini
dikategorikan sebagai syirik akbar apabila amalan seseorang itu seluruhnya
diniatkan selain untuk Allah. Ini berbeza dengan riak yang merupakan syirik
ashghar yang Insya-Allah akan diperjelaskan nanti.

 

c) Syirik Ketaatan

Iaitu mentaati
para alim agama di dalam melakukan maksiat kepada Allah. Allah SWT berkata:

 

“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan Ahli-ahli agama mereka
sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (Mereka
mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan
melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.”
(at-Taubah:31).

 

Di antara
riwayat yang menafsirkan hal ini ialah yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan
perawi lainnya daripada Adi bin Hatim bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW
membaca ayat di atas. Maka Adi bin Hatim berkata
kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.” Baginda kemudian
menjawab: “ Bukankah mereka itu mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah,
lalu kalian pula mengikut pula mengharamkannya, dan mereka juga menghalalkan
apa yang diharamkan oleh Allah dan kalian lalu ikut pula menghalalkannya.” Adi
bin Hatim menjawab: “Ya.” Maka kata Nabi SAW: “Demikian itulah penyembahan
mereka.”
Sanad hadith ini dhaif akan tetapi ia mempunyai syahid
(penguat) berupa hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir secara mauquf melalui
jalur Habib bib Abi Tsabit, daripada Abu al-Bukhturi, daripada Hudzaifah.
Mengenai kesahihannya memang masih diperbincangkan akan tetapi penafsiran ayat
ini sebagaimana tersebut cukup terkenal dikalangan ahli tafsir dan tiada siapa
yang menolaknya.

 

Sheikhul Islam
Ibnu Taimiyyah Rahimahullah menyatakan: “Orang-orang yang menjadikan
orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan itu -dengan cara mentaati
mereka di dalam menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa
yang dihalalkan oleh Allah- terbahagi menjadi dua golongan iaitu:-

 

  • Jika mereka menyakini tindakan alim agama yang
         mengharamkan hal yang halal dan menghalalkan yang haram dalam mereka sedar
         itu bertentangan dengan syariat Allah. Maka mereka menjadi musyrik
         sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat di atas.
  • Jika keyakinan mereka terhadap hukum asal
         sebagaiman di dalam syariat Allah tidak berubah, cuma mereka mentaati
         pemimpin agama mereka di dalam derhaka kepada Allah seperti seorang Islam
         yang melakukan maksiat akan tetapi dia menyakini bahawa apa yang dia
         lakukan ialah maksiat. Mereka ini dihukumi sebagai orang yang melakukan
         dosa. (Di ringkaskan daripada Majmu’ al-Fatawa)

 

d) Syirik
Cinta

Allah SWT
berkata:

“ (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang
mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka
mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah;
sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan
kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika
mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan
kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha
berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).”
(al-Baqarah: 165).

 

Orang-orang musyrik akan marah
jika sesembahan mereka seperti berhala, pokok dan lain-lain di sakiti. Bahkan
kemarahan mereka itu melebihi kemarahan kerana Allah. Dan mereka juga akan
bergembira untuk sesembahan mereka. Ini sebagaimana yang Allah SWT sebutkan:

 

“Dan
(di antara keburukan orang-orang Yang melakukan syirik): apabila disebut nama
Allah semata-mata (di Dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati
mereka Yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama
Yang mereka sembah dan puja Yang lain dari Allah, mereka Dengan serta merta
riang dan gembira.” (az-Zumar: 45).

 

Al-Allamah Ibnul Qayyim
Rahimahullah menyebutkan:

Ada

empat
bentuk cinta yang wajib dibezakan antara satu sama lain. Ini kerana orang yang
tidak dapat membezakannya pasti tersesat.”

 

Empat jenis cinta itu ialah:

 

 I. Mencintai Allah.

Cinta kepada
Allah sahaja tidak mencukupi untuk selamat daripada azab Allah dan memperolehi
keuntungan daripada pahalaNya. Ini kerana kaum musyrikin, nasrani, yahudi dan
selain mereka pun menyintai Allah.

 

 II. Mencintai apa yang dicintai Allah.

Cinta inilah
yang memasukkan seseorang ke dalam Islam serta mengeluarkannya daripada
kekufuran. Manusia yang paling dicintai Allah ialah manusia yang paling hebat
dalam menyintai hal-hal yang dicintai Allah.

 

 III. Cinta untuk Allah dan cinta demi
Allah.

Ini merupakan
kesan daripada mencintai Allah dan mencintai hal-hal yang dicintai Allah.
Mencintai hal yang dicintai Allah tidak akan tertegak kecuali wajib dengan
cinta untuk Allah dan cinta kerana Allah.

 

 IV. Mencintai sesuati setara dengan
cinta kepada Allah.

Inilah cinta
yang syirik. Sesiapa yang mencintai sesuatu setara dengan cintanya kepada
Allah, maka dia telah mensyirikkan Allah.

 

. Allah SWT
berkata:

 

“Dan
sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak
berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan
balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya
orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya.” (al-Mukminun:117).

 

Di antara
bentuk syirik akbar yang lain ialah menyembelih untuk selain Allah. Ini kerana
penyembelihan kepada Allah merupakan satu proses mendekatkan diri kepada Allah.

 

Allah SWT
berkata:

 

Katakanlah:
“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk
Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”(al-An’am:162).

 

Sesiapa sahaja
yang menyembelih untuk para wali, atau untuk berhala, atau jin, maka ini
bererti dia telah keluar daripada Islam dan beralih kepada kepada wilayah
kekufuran. Ini bukanlah sesuatu yang hairan dan memelikkan kerana ia banyak
berlaku di dalam masyarakat kita. Jika berlaku sesuatu yang pelik di tempat
mereka. Maka akan disembelihlah kambing, ayam atau lain-lain kononnya untuk
menjaga dan mengusir “penduduk” di kawasan itu. Malangnya upacara syirik ini
dihiasi dengan warna-warni agama seperti upacara tahlil, bacaan yassin dan
lain-lain. Dan malangnya lagi, ia diketuai kadangkala oleh orang-orang yang
cerdik pandai agama.

 

Syirik akbar
yang lain ialah bernazar kepada selain Allah. Ini juga fenomena yang
menyesatkan yang saban kali dilihat. Kubur-kubur akan dihadiahkan dengan
makanan-makanan, kadangkala seikat pisang dan kadangkala dengan
hidangan-hidangan yang enak-enak. Ini dilakukan apabila hajat seseorang
tercapai. Sungguh hina perbuatan ini, makanan yang enak yang patut dihidangkan
kepada anak keluarga, diberikan kepada penghuni kubur yang tak mampu nak makan
langsung. Yang diperlukan oleh penghuni kubur itu doa-doa daripada kita, bukannya
makanan-makanan yang hanya bermanfaat untuk manusia yang hidup.

 

Kesimpulan:

 

Syirik Akbar
ada 4 bentuk iaitu:

 

1) Syirik Doa

2) Syirik Niat, Kehendak dan Tujuan

3) Syirik Taat

4) Syirik Cinta

 

Syirik-syirik akbar yang disebut
di atas akan mengeluarkan seseorang daripada Islam. Ini kerana kesemua itu
merupakan bentuk ibadah sedangkan memalingkan ibadah kepada selain Allah adalah
syirik.

 

Wallahu’alam.

 

Rujukan:

Nawaqidul Islam, Sheikh Muhammad
bin Abdul Wahab

At-Tibyan Syarhu Nawaqidil Islam,
Sheikh Sulaiman bin Nashir bin Abdullah al-Ulwan.

Meh download video sifat solat nabi

Assalamualaikum WBT.

Meh tengok video sifat solat nabi dalam bahasa indonesia. (B. Malaysia belum ada lagi le)

Kalau nak download sila pergi ke web http://keepvid.com dan ikut arahan yang diberikan

Sifat Solat Nabi (1/9)
http://www.youtube.com/watch?v=zYsKiCHDio8

Sifat Solat Nabi (2/9)
http://www.youtube.com/watch?v=oAwUcEwCSJY

Sifat Solat Nabi (3/9)
http://www.youtube.com/watch?v=LUbqL3A-Fq4

Sifat Solat Nabi (4/9)
http://www.youtube.com/watch?v=sSW66KVsDUM

Sifat Solat Nabi (5/9)
http://www.youtube.com/watch?v=aKpEIfIVhOs

Sifat Solat Nabi (6/9)
http://www.youtube.com/watch?v=-HDG-7fQ-Fk

Sifat Solat Nabi (7/9)
http://www.youtube.com/watch?v=SfJZ8ij5p8I

Sifat Solat Nabi (8/9)
http://www.youtube.com/watch?v=YefVjw40XuQ

Sifat Solat Nabi (9/9)
http://www.youtube.com/watch?v=_5bL6cNwyOI

Sikap Syiah terhadap pembunuh Umar al-Khattab r.a.

Siapakah pembunuh Saidina Umar
al-Khattab r.a.? Dia ialah Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi. Menurut
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam Minhaj as-sunnah an-nabawiyah,
Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah
seorang Majusi penyembah api.

 

Tambahnya
lagi, Abu Lu;lu’ah membunuh Saidina Umar r.a. kerana kemarahannya
kepada Islam dan para pemeluknya dan membalas dendam bagi pihak kuffar
terhadap apa yang dilakukan oleh saidina Umar r.a. ke atas mereka
ketika menakluk negara mereka, membunuh para pemimpin mereka dan
membahagi-bahagikan harta mereka.

 

Kita sebagai muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

 

Ini
adalah wajar kerana Syiah amat memusuhi saidina Umar r.a. Dan sebagai
antara musuh yang tidak ada tandingnya. Kerana itu golongan Syiah
memberi gelaran kepada Abu Lu’lu’ah dengan Baba Syuja’uddin (
بابا شجاع الدين).

 

Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah menyatakan di dalam kitab yang sama bahawa golongan
Syiah juga berdoa: "Ya Allah! Redhailah Abu Lu’lu’ah dan himpunkanlah
aku bersamanya.."

 

Lihat pada gambar tertulis: Kubur Abu Lu’lu’ah Rahimahullah (Semoga Allah merahmatinya). Gambar ini diambil dari salah satu forum Syiah: http://www.yahosein.org/vb/attachment.php?attachmentid=162&stc=1

 

Gambar-gambar lain:

    

   

    

   

    

      

 

Siapa Kata Wanita Tidak Boleh Meluah Kata Dan Meminang Si Lelaki??? – Ini Solution-nya

Soalan:

   

 

   

Saya
telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya.
Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak
berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti
nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan
solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul
dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar
dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah
yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah
kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana
untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

   


Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

   

 

   

Jawapan:

   

 

   

Tahniah,
kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang
melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering
dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah
maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di
dunia dan akhirat.

   

 

   

Justeru,
jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di
katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang
niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia
sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun,
saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi
bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari
lakukan:-

   


1)
Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada
pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan
tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang
wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda
SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk
“Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk
Kitab Nikah);, juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di
sisi anak perempuannya: “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah
SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda); berkatalah
wanita itu: “Adakah dikau punyai hajat kepadaku?”; maka anak perempuan
Anas menyampuk: “Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya
perbuatannya”; maka Anas menjawab: “Dia lebih baik darimu, ia
berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW”
(Sohih Al-Bukhari, 7/17). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya
wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki (
Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya
orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak.
Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik.
Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan
dirinya kepada Nabi SAW (Sohih al-Bukhari, 7/15)

   

 

   

2)
Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi
memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu
bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada
bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah
bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang
mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali
dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

   

 

   

Antaranya
dalilnya: “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu
menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka
Nabi bersabda: “Adakah kamu telah melihatnya?: “Belum jawabnya”; Nabi
menjawab: “Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada
sesuatu (tanda)” (Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin
Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita: “ Pergilah
melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai
kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi,
Ibn Hibban; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif;
Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan
mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa,
cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan
pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah,
Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah,
1/206)

   

 

   

3)
Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama,
(Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram.
Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik
untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan: “Tidak dilihat (penyelesaian)
bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH” (Riwayat Ibn Majah,
al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no
7361, 4/397 cet Jahabersa). Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang
terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah
(Faidhul Qadir, 5/294)

   

 

   

4)
Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan,
kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan
mudah. (Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

   

 

   

5)
Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau
tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu
menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai
juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang
batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti
ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

   

 

   

6)
Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi
kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi
bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat
dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar
suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan
email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira
secara ‘verbal’ lebih mudah.

   

 

   

7)
Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan
perkara perlu (semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga
seperti berikut:-

   


a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

   


b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

   


c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. (sms, phone, chat, mesengger)

   


d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

   


e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

   


f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

   


g. Awas daripada bertukar gambar.

   


h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

   


Wallahu’alam.

@Nuur Fakhrul as-Shiddiq
YM: nawie83@…
MSN: dimensi83@…
http://groups.yahoo.com/group/PMH-UiTM
http://www.geocities.com/nawie83