Solat Jama’ Bukan Untuk Musafir Sahaja
solat jama’ bukan untuk musfair sahaja! http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/10/051-pencerahan-kepada-kekeliruan.html
[2] - Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib (taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir).
Apabila Apabila baginda Dan SOLAT JAMAK DAN QASAR TIDAK SEMESTINYA SATU PAKEJ SOLAT JAMAK BUKAN DALAM KEADAAN BERMUSAFIR
“Segolongan SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN Seperti yang telah disebutkan oleh hadis dari Ibn Abbas:
Abdullah bin Syaqiq “…Maka a) b) c) Ianya [4] - Jamak kerana hujan
Namun perlu diperhatikan syarat-syarat dan cara-caranya dilaksanakan: a. b. Waktu yang dibenarkan untuk di"jamak"kan c. d. Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai. e. Di dalam Ighatsatul Lahfan Ibn Qayyim rahimahullah menyatakan: Niat Imam Namun ditegaskan, Apabila
Solat jamak bererti menghimpunkan dua solat dalam satu masa. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]
[1] - Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim) atau di dalam waktu Asar (takhir).
Dalil:
كان
صلى الله عليه وسلم في غزو تبوك إذا ارتحل قبل زيغ الشمس أخر الظهر إلى أن
يجمعها إلى العصر فيصليهما جميعا , و إذا ارتحل بعد زيغ الشمس عجل العصر
إلى الظهر , و صلى الظهر و العصر جميعا , ثم سار و كان إذا ارتحل قبل
المغرب أخرالمغرب حتى يصليها مع العشاء , و إذا ارتحل بعد المغرب عجل
العشاء فصلاها مع المغرب
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila
hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan
solat Zuhur sehingga dikumpulkan solat Zuhur kepada solat Asar dan lalu
baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir -pen).
baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda
bersolat Zuhur dan Asar serentak (dalam waktu Zuhur) kemudian
bagindapun berangkat (Jamak Taqdim -pen).
berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya
sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir -pen).
apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda
mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam
waktu Maghrib) (Jamak Taqdim -pen).
at-Tirmizi, ad-Darimi, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh
al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadits as-Sahihah – hadis no: 164.]
Namun
perlu diingatkan bahawa solat jamak hanya dibolehkan antara Zuhur
dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidak
dibolehkan jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian.
Maksud solat jamak seperti yang telah dijelaskan. Solat
qasar pula bererti mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 rakaat
secara 2 rakaat apabila seseorang itu berada dalam suasana perjalanan
atau musafir. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili , jld. 2, ms. 336]
Kedua-dua
solat ini tidak semestinya dilakukan secara bersama. Kalau dilihat pada
pensyaratan melaksanakan solat qasar dan jamak juga berbeza. Solat
qasar hanya boleh dilakukan ketika di dalam keadaan bermusafir manakala
syarat dibolehkan solat jamak pula lebih luas. Sila rujuk sub-topik
SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN.
Bermusafir
bukanlah faktor penentu untuk melakukan solat jamak kerana Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah melaksanakan solat jamak
ketika di Madinah. Disebut di dalam sebuah hadis dari Ibn Abbas:
صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر.
Imam al-Nawawi telah berkata:
ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana
ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat (kebiasaan -pen) yang
tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik.
Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari
kalangan pengikut al-Syafi’i”. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]
Syarat
bagi melakukan solat jamak bukanlah terbatas kepada faktor musafir
sahaja. Syarat-syarat yang lain akan diterangkan secara terperinci di
dalam sub-topik berikutnya.
[1] - Bermusafir
صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر
shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara
jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]
Hadis
di atas menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
menjamakkan solat kerana ketakutan, musafir, juga atas sebab lain
selain daripada sebab yang disebutkan. Sila lihat syarat-syarat lain di
bawah.
[2] - Suasana yang sukar atau sulit
Apabila
menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat
fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh
berubah kepada meghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini
bertujuan membebaskan umat Islam daripada kesulitan yang ditempuhi.
Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika
kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika
ditanya kepada Ibn Abbas radhialllahu‘anhu tentang mengapa dibolehkan
solat jamak, beliau menjelaskan:
أراد أن لا يحرج أمته
[3] - Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak
Contoh
keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan
dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada
waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam
lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan
pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau
terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek.
Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan
keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana
kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya.
Dalilnya adalah:
عن
عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت
النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم،
لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم
لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر،
والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.
bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan
kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam
matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir
berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari
Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata:
Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu!
Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang
antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.
berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku
pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia
membenarkan perkataan Ibnu Abbas.
Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia
mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah
kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan
syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]
Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:
sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil
zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak
ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat
semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat
(kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari
mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin,
Rabi’ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan
oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka
(mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan
kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya
ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]
Dalam melaksanakan solat jamak kerana kesukaran atau hajat harus diambil perhatian bahawa
Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukan dalam keadaan tanpa
ada sebab yang benar-benar mendesak kerana perintah asal bagi ibadah
solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.
Hajat hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan,
jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada
hilangnya maslahat atau kebaikan yang lebih besar.
tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk
mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas
urusan agama.
Antara
salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan
solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat yang menjadi
pegangan kuat mazhab Syafi’i. Hikmah yang boleh difikirkan adalah
tindakan ini bertujuan supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali
semula ke masjid dalam suasana hujan yang pastinya menyebabkan para
jemaah basah kuyup atau kotor kaki mereka kerana terpaksa meredahi
becak dan lumpur akbat hujan tersebut. Disebutkan di dalam sebuah hadis
daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu:
جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء، بالمدينة. في غير خوف ولا مطر.
shallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan jamak solat antara zohor
dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana
ketakutan dan tidak kerana hujan. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]
Sekalipun
hadis tersebut secara jelas menyatakan bahawa Rasulullah shalallallahu
‘alaihi wasallam pernah melakukan solat jamak selain disebabkan
ketakutan atau hujan, secara mafhum (fahaman tersirat) ianya
menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat
ketika hujan.
Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang
bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya
tidak dibenarkan.
solat ialah pada waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar,
ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu
Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.
Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti
sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.
Ada juga di kalangan ulama Syafi’iyah yang meletakkan syarat tambahan,
iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang
tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat
dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini
disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafi’i sendiri kerana
menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran
dalil yang kuat) [Lihat: al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni
al-Muhtaj, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil: 1, hal: 275; al-
Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
jil: 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar,
tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut: Dar al-Khayr, hal. 140. Dinukil
daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik, Rukhsah Solat Jamak]
TIDAK TAHU LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK
Ini
merupakan pengalaman peribadi suatu masa dahulu, keluarga, sahabat
handai dan orang-orang yang bertanya. Antara peyebab ditinggalkan solat
jamak adalah kerana tidak tahu bagaimana hendak melafazkan niat bagi
solat jamak. Adakah “sahaja aku solat jamak zuhur dan asar…” ataupun
“sahaja aku jamakkan solat zuhur dan asar..”? Sesungguhnya ketahuilah
bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengajar
bagaimana melafazkan niat untuk apa jua solat sekalipun, termasuklah
solat jamak. Itulah sebabnya mengapa tiada hadis sahih berkenaan
cara-cara melafaz niat baik untuk solat fardhu mahupun solat sunat.
Setiap amalan memerlukan niat, tetapi bukanlah memerlukan melafaz niat.
Cukup sekadar lintasan azam/hasrat/keinginan di dalam hati kita
mengetahui apa yang hendak/bakal dilakukan. Melafazkan niat itu
hanyalah ijtihad ulamak bagi membantu orang yang mempunyai penyakit
was-was yang keterlaluan.
ertinya menyegaja dan bermaksud sungguh-sungguh melakukan sesuatu. Dan
tempatnya adalah di dalam hati, dan tidak ada sangkut pautnya sama
sekali dengan lisan… [Dikemukakan oleh Imam Ibnu
Qudamah dalam Dzammul Muwaswisin, ms 5-6 dan Syaikh Sayyid Sabiq di
dalam Fikih Sunnah, Victorie Agencies, jld. 1, ms.286]
Dalam menghuraikan tentang hadis "tiap-tiap amal perbuatan tidak lain berdasarkan niat", Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan:
Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada
dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati
adalah melebihi maksud…
…Baidhawi berkata: "Niat
adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik
mendatangkan manfaat atau menolak mudharat, sedangkan syari’at aadalah
sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai Allah dan
mengamalkan segala perintah-Nya" [Dinukil secara berpisah
dari Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari (terjemahan Gazirah
Abdi Ummah, Pustaka Azam, jld 1 ms. 19]
Berikut adalah satu
contoh bagi memudahkan pemahaman: Niat hendak makan roti canai. Tidak
perlulah melafazkan atau menyusun ayat dalam hati "sahaja aku makan
roti canai pada waktu tgh hari berserta kuah kacang dal". Memadai
lintasan dlm hati kita mengetahui kita ingin menikmati roti canai maka
kita pun pergi makan roti canai.
hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak
Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar
dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di
waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat
Zuhur dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara
sedar berniat dalam waktu Zuhur bahawa dia akan menunaikannya secara
jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan
hati atau sebutan mulut bahawa solat Zuhur aku ini akan aku jamakkan
dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat
jamak takhir Maghrib dan Isya’. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan
bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang
sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas
ketika dalam waktu yang pertama. [Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, jld. 2, ms. 377]
PENUTUP KATA
Moga
risalah ringkas ini dapat menjawab persoalan dan merungkai kekeliruan
tentang solat jamak. Moga pengetahuan mengenai solat jamak ini juga
dapat menjadikan kita tidak mudah bersangka buruk dengan individu yang
mengamalkan solat jamak berbeza dengan pemahaman ilmu kita yang terhad
sebelum ini. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan taufik-Nya kepada
kita.