Archive for December, 2007


Cerita tiada tajuk-Gadis berniqab (3)

“Hah Ira, apa yang dok borak-borak kat bawah tu. Naik cepat, dah nak maghrib dah ni!” kedengaran suara makcik Milah memanggil Humaira yang sedang leka berbual-bual dengan

Alice

di halaman rumah.

“Hah

Alice

, mak Ira dah panggil tu. Jom cepat naik. Lepas solat maghrib nanti boleh kita makan malam. Ira dah lapar ni.”

“Hah jom!,” jawab

Alice

ringkas.

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar… Allahuakbar…

Kedengaran suara azan dilaungkan dari masjid yang hanya 300 meter sahaja dari rumah Humaira. Kelihatan pakcik-pakcik tua di kampung itu sedang berjalan kaki ke arah masjid. Kanak-kanak yang kecil juga tidak terlepas untuk turut serta menunaikan solat fardhu di masjid.

Humaira masih lagi di dalam bilik air. Makcik Milah sudah membebel-bebel di dapur.

“Hah, tulah, tadi mak suruh naik cepat tak nak. Ni dah habis azan pun masih dalam bilik air.”

Humaira, walaupun berada di dalam bilik air, dia masih mampu mendengar suara leteran ibunya. Dia hanya tersenyum. Sudah lali dengan keadaan sebegitu. Dia segera mengelap tubuhnya dan keluar dari bilik air.

“Hah, cepat sikit, kita nak solat jemaah ni. Ira jadi imam ye, ibu jadi makmum.”

“Ok,” jawab Humaira pendek.

“Hah

Alice

, tak mandi lagi ke, pergi mandi, lepas Ira habis solat, kita makan malam. Isy, takkan nak makan dengan bau kambing ni,” kata Humaira kepada

Alice

sambil ketawa.

“Yelah, yelah,

Alice

nak pergi mandilah ni.”

Alice

terus mengambil tuala lalu masuk ke bilik air. Sayup-sayup kedengaran suara Humaira sedang mengalunkan surah al-Fatihah.

Alice

kenal bacaan itu. Itu suara Humaira. Sudah lama dia tidak mendengar Humaira membaca al-Quran. Di sekolah dahulu, dia sering menyuruh Humaira membacakan al-Quran untuknya.

Alice

suka. Macam mendengar satu alunan irama yang lembut, menenangkan jiwa. Apatah lagi dengan kelembutan suara sahabatnya Ira.

Kenangan di sekolah dahulu menerjah kembali ke dalam minda

Alice

.

“Hah Ira, apa yang kamu dok hafal tu?”

“Ira tengah hafal al-Quran lah.”

“Ooo, kenapa nak hafal al-Quran. Masuk dalam examke nanti?” soal

Alice

lagi.

“Isy, tak adalah. Kalau Ira hafal al-Quran. Senang sikit nak solat. Boleh baca banyak-banyak surah.”

“Isy, surah tu apa? Surat Alice tau le.”

“Hish,

Alice

ni banyak betul lah soal,

Alice

pergilah Tanya ustazah Hamidah. Mesti dia jawab.”

“Alah Ira ni. Kedekutlah. Bagi jelah tahu.”

“Ok, ok. Ira main-main jelah, Takkan marah kot. Surah tu kalau kita nak translate dalam bahasa Inggeris maksud dia chapter. Alah macam dalam novel-novel kita belajar kat sekolah

kan

ada chapter.”

“Ooo, Ira bacalah.

Alice

nak dengar.”

“Ok, Ira baca surah Fatihah nak. Ni surah pertama dalam al-Quran.”

“Ok.”

Alice

, apa yang lama sangat dalam bilik air tu.”

Alice

tersedar dari lamunannya. Kenangan lalu disekolah bersama Humaira dahulu terus hilang. Cepat-cepat dia menyiram tubuhnya dengan air kolah yang sejuk itu. Tidak seperti dirumahnya. Kesejukan air tersebut membuatkan tubuh

Alice

menggigil. Segera dicapainya tuala dan mengelap tubuhnya.

“Amboi, berangan ye. Orang dah habis solat pun dia still berendam lagi.”

“Mana ada le Ira ni, orang mandile tadi.”

“Hah yelah tu, entah-entah teringat kat cik abang siang tadi kot.”

“Huh, mengarutlah Ira ni, dahlah

Alice

nak pakai baju ni. Dah lapar.”

Makcik Milah dan Humaira sedang menyediakan makanan di dapur.

Alice

segera turun ke dapur apabila selesai memakai pakaian. Dia tidak mahu hanya melihat sahaja walaupun dia adalah tetamu di rumah ni.

“Siapa yang masak semua ni makcik? Ira ke? Tak nampak pun dia masak?”

“Heh dah tahu bertanya pula. Makciklah yang masak. Ira tu rindu sangat kat kamu. Dapat jumpa kamu manalah dia ingat nak masak ni.”

“Hehe, alah mak ni. Hari ni je Ira tak masak. Hari lain Ira yang masakkan.”

“Heh yelah tu. Hah dah lah tu, jom makan. Tadi kata lapar sangat,” makcik Milah mencelah.

“Haah Alice ni, dari petang tadi dia asik mengadu lapar je. Heheh.”

“ Sedaplah sup kambing yang makcik buat ni,”

Alice

bersuara.

“Memang sedappun, kalau Ira yang buat tak tahulah sedap ke tak,” jawab makcik Milah.

“Isy mak ni, kalau Ira buat. Mestilah sedap, Ira

kan

anak mak. Mesti macam mak jugak.”

Toot..Toot..Toot. Telefon bimbit Humaira berbunyi. Humaira melihat ke arah skrin telefon bimbitnya.

“Ah, dia lagi.”

“Siapa tu Ira, kenapa tak jawab?”

“Huh, Bukhari. Tak habis-habis budak tu.”

“Apa lagi yang dia nak dengan kamu Ira?” soal makcik Milah lagi.

“Entah, dari pagi tadi asyik call je. Ira tak angkat pun. Malas nak layan.”

Makcik Milah hanya membisu mendengar jawapan Humaira.

Alice

hanya memerhatikan sahaja reaksi Humaira dan makcik Milah. Persoalan timbul di benak

Alice

. Kenapa kedua-dua beranak ini seolah-olah membenci apabila nama Bukhari disebut. Kelihatan wajah Humaira sudah tidak seceria tadi. Nama Bukhari seolah-olah telah mencabut kegembiraan dan keceriaan.

Alice

bertekad, malam ini aku akan

cuba

dapatkan juga jawapannya dari Humaira.

Usai makan malam. Mereka bertiga mengemaskan dapur. Tatkala melihat makcik Milah sudah tiada di dapur,

Alice

segera berbisik di telinga Humaira. “Kenapa Ira macam tak suka bila nama Bukhari disebut?”

Humaira terdiam. Tangannya masih ligat menyusun pinggan makngkuk di raknya. Sambil Alice pula sedang membilas pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki.

“Ira benci dia.”

“Kenapa? Bukan dia boyfriend Ira ke?”

“Tu dulu. Ira benci dia.”

“Kenapa?”

Alice

menyoal lagi.

“Nantilah Ira bagitahu. Malam nanti kita cerita pasal ni, ok,” Humaira menjawab perlahan.

“Ok, tapi

Alice

tak paksa kalau Ira tak nak cerita.”

Kelihatan makcik Milah sudah bersiap sedia untuk bersolat Isya’. Dia sedang menunggu Humaira yang masih di dapur.

“Dahlah tu Ira, lepas solat nanti sambunglah kemas dapur tu. Dah azan ni.”

“Hah Ira, kamu pergilah sembahyang. Biar saya habiskan kemas dapur ni.”

“Ok,” jawab Ira pendek.

Usai sahaja mengemaskan dapur,

Alice

segera ke ruang tengah, tempat makcik Milah dan Humaira sedang bersolat. Mereka masih sedang khushuk bersolat.

Alice

mencapai satu risalah yang dia nampak di rak tersebut. Tajuknya “Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat”. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu tajuk. “Batalnya Solat Dengan Lintasan Wanita, Keldai dan Anjing Hitam”. Dia terpaku. Masakan sampai begini. Solat terbatal kerana wanita melintas di hadapan. Hatinya masih dapat menerima. tetapi, dia seakan tidak mempercayai apabila ia diletakkan sebaris dengan anjing hitam dan keldai. Sungguh hina!

Alice

terus membaca. Dia melihat satu potongan ayat yang berbunyi:

“Shalat itu terputus dengan (lintasan) keldai, wanita (yang sudah baligh/dewasa) dan anjing hitam.”

Jiwa Alice memberontak, entah kenapa dia seakan marah. Masakan dia dapat menerima apabila wanita disamakan dengan keldai dan anjing hitam. Dia tidak sabar-sabar menunggu Humaira selesai dari solat. “Ah baik aku lupakan tentang Bukhari. Hal ini lebih penting untuk aku tanyakan kepada Humaira,” bisik hati

Alice

.

Humaira baru sahaja selesai solat. Dia berzikir perlahan-lahan. Hatinya masih bercampur baur. Geram dengan Bukhari yang tidak habis-habis mengganggunya. Sedih mengenangkan kisah lampunya bersama Bukhari. Dia menadah tangan, memohon kekuatan daripada Allah.  Dia mengalunkan doa ini perlahan-lahan.

"Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, puteri hamba lelaki dan perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku."

Air matanya tidak henti-henti mengalir. Berat sungguh ujian mu Tuhan. Sekian lama aku

cuba

melupakannya, kenapa dia muncul lagi.

Alice

masih khusyuk membaca risalah itu. Hatinya tidak tenang. Nama Bukhari sudah luput dari ingatan. Dia mahukan penjelasan Humaira.

Usai sahaja berdoa, Humaira terus mengemaskan telekung dan sejadahnya. Dia pergi ke arah

Alice

.

“Hmm. Alice nak Ira cerita tentang Bukhari ye, baik Ira ceritakan sekarang, tapi jangan terkejut ye,” Humaira bersuara sayu.

“Ira,

Alice

rasa kita tangguhkan dulu cerita Bukhari tu.

Alice

ada soalan yang lebih penting, ok?”

“Hmm boleh juga, apa yang penting sangat tu?”

Alice

memberikan risalah yang dia baca kepada Humaira. Dia terus bertanyakan kemusykilannya.

“Hah,

Alice

tak sangka macam ni sekali Islam pandang wanita. Ira tengok ni. Jelas kat sini Nabi Muhammad samakan perempuan dengan anjing hitam dan keldai!”

Alice

bersuara keras sambil menunjukkan apa yang tertulis di dalam risalah itu. Dia bersuara lagi:

“Ira, selama ini

Alice

tak percaya yang Islam pandang hina perempuan. Jawapan Ira siang tadi tentang harta pusaka amat baik. Tapi Alice tak tahu apa pula jawapan Ira kali ini.

Alice

tak nampak apa-apa lagi penjelasan kat sini.”

Humaira terus mengamati apa yang tertulis disitu. Hadithnya sahih. Tertulis di situ “Riwayat Muslim dalam Shahīh-nya I/365/510, Abū Dāwūd, At-Tirmidzi, dan lain-lain. Adapun tambahan “al-hāidh” maka disebutkan dalam riwayat Ahmad dan selainnya dengan sanad yang shahih.)”

Humaira ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Masakan dia mahu menolak apa yang tertulis di dalam hadith sahih. Nauzubillah! Benar! Dulu dia pernah  keliru. Hampir-hampir dia bertegang urat dengan ustaz Ghazali, ustaz yang mengajar Feqh as-Sunnah dikampungnya. Tapi akhirnya dia tewas dengan jawapan ustaz tersebut. Tapi dia tidak fikir jawapan ustaz itu boleh menjawab persoalan

Alice

. Dia ligat memikirkan lagi jawapan yang sesuai.

Alice

memandang wajah Humaira. Dia tidak sabar-sabar menantikan jawapan Humaira.

Tiba-tiba Humaira teringat satu diskusi tentang sifat-sifat Allah. Ketika itu Ustaz Ghazali, ustaz yang berusia 50 tahun itu sedang mengajar Tauhid al-Asma’ wa as-Sifat. Beliau sedang membahaskan tentang sifat Yadd yang bermaksud tangan. Maka ketika itu, seorang pemuda, yang dalam lingkungan umur 22 tahun telah bertanyakan satu soalan. Pemuda itu berkata: “Jika ustaz menyatakan Allah mempunyai tangan, maksudnya ustaz telah menyamakan Allah dengan manusia. Saya ada tangan, ustaz pun ada tangan. Mana boleh Allah sama dengan makhluk.”

Kelihatan Ustaz Ghazali tenang sahaja. Beliau menjawab: “Untuk menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, ia memerlukan kepada isyaratnya ataupun dikenali sebagai adat at-tasybih. Seandainya saya nampak seekor lembu baru sahaja lalu dan saya kata lembu itu ada telinga. Dan keesokannya saya berkata bahawa kamu mempunyai telinga. Adakah itu bermakna kamu sama dengan lembu? Sudah pasti tidak. Maka begitulah dengan Allah, wa lillahi masalul a’

la.

” Pemuda itu terpaku, lalu terus meninggalkan majlis ilmu tersebut.

Humaira tersenyum. Dia sudah mendapatkan jawapannya. Kaedah jawapan Ustaz Ghazali itu boleh dia gunakan dalam situasi ini. Humaira terus melihat ke wajab

Alice

, dia berkata:

“Rileklah Alice, janganlah garang-garang macam ni, takut Ira tau.”

“Mana boleh tak marah,

Alice

tak suka orang hina kaum perempuan.”

“Heh ok, ok. Hah Ira ada jawapannya. Tapi panjang sedikit. Ira akan buat analogi, dan

Alice

cuba

kaitkan dengan apa yang Nabi Muhammad cakap tu.”

“Ok,” jawab

Alice

cepat.

“Hmm,

Alice

suka makan pisang tak?” soal Humaira.

“Isy, apa kaitan pisang dengan kata-kata Nabi Muahammad tadi. Janganlah pusing-pusing.”

“Alah jawab jelah soalan Ira tadi.”

“Ok,

Alice

jawab. Ye,

Alice

suka makan pisang.”

“Ok,

Alice

agak-agak, monyet suka makan apa?”

“Makan pisanglah,” jawab

Alice

sambil berasa pelik dengan soalan Humaira itu.

“Hah! Kalau macam tu

Alice

sama dengan monyetlah sebab

Alice

suka makan pisang.”

“Eh, apa pulak. Memanglah Alice suka makan pisang, tapi tak semestinya

Alice

macam monyet.”

“Heheh, janganlah marah. Gurau je.”

“Ok, kalau saya kata muka

Alice

canti macam bulan

Alice

suka tak?”

“Mestilah suka, siapa tak suka kena puji?” jawab

Alice

.

“Ok, tapi bukankah bulan tu permukaan dia kasar, takkanlah muka

Alice

macam tu?”

“Isy, apalah Ira ni. Mestilah orang kaitkan cantik dengan keadaan bulan purnama bila dilihat dari jauh.”

“Jadi, maksudnya, bila Ira kata muka

Alice

cantik macam bulan, bukan bermaksud

Alice

ni serupa betul-betul macam bulankan?” Humaira pula menyoal.

“Hah betullah tu.”

“So, kita balik kembali pada kata-kata Nabi Muhammad tentang wanita, keldai dan anjing hitam.”

“Hah apa kaitan soalan-soalan tadi dengan kata-kata nabi tu?”

“Jawapan-jawapan

Alice

tadi sebenarnya adalah penjelasan untuk persoalan wanita, keldai dan anjing hitam tu,” terang Humaira.

“Isy, Ira terangkanlah,

Alice

still tak dapat kaitkan dengan apa yang

Alice

cakapkan tadi.

“Ok, ok. Macam ni walaupun diletakkan wanita tu satu ayat dengan keldai dan anjing hitam, itu tak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan binatang-binatang tu.”

“Hmm,” 

Alice

mengeluh seolah-olah masih kurang faham dengan penjelasan Humaira.

“Ok tadi

Alice

suka makan pisang, dan monyet pun suka makan pisang. Tapi persamaan tu hanya pada sifat suka makan pisang, bukan bermakna taraf

Alice

dengan monyet serupakan. Betul tak?”

“Hah betullah tu,” jawab

Alice

.

“So, samalah macam hadith ni. Persamaan hanyalah pada keadaan di mana wanita yang sudah baligh, keldai dan anjing hitam jika melintas depan orang solat, maka solat orang itu akan batal. Ia tidak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan haiwan tu. Kata-kata nabi ni hanya cerita tentang membatalkan solat. Tak bolehlah kita nak kaitkan ia dengan taraf wanita dan lain-lain.”

Kelihatan Alice masih menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hah, takpelah kalau

Alice

tak faham sekarang, tapi

cuba

Alice

kaitkan semua yang kita cerita tadi. Insya-Allah Alice akan faham.”

“Hmm,

Alice

dah faham sikit, cuma sukar sikitlah sebab nak kaitkan dengan apa yang kita cerita tadi.”

“Hmm, takpelah, perlahan-lahan. Elok jugak Alice tanya tadi.”

Alice

hanya mengangguk. Humaira bersuara:

“Sebenarnya, setiap apa yang kita baca akan ditafsirkan dengan pelbagai penafsiran. Macam tadi

Alice

faham ayat tu sebagai menghina perempuan, sedangkan Ira tak faham macam yang

Alice

faham. Macam tu jugaklah dengan isu-isu yang lain. Contohnya kalau isu aurat, kalau mereka yang sudah ada prejudis tentang Islam. Bila baca ayat tentang aurat, dia akan akan fikir Islam kongkong wanita. Tapi kalau orang lain, mungkin dia akan fikir yang menutup aurat ni lambang wanita yang bermaruah. So, setiap orang ada kefahaman dan tafsiran masing-masing.”

“Jadi?” soal

Alice

pendek.

“So, kita kena berlaku adil. Bila kita baca sesuatu atau dengar sesuatu, kita kenalah faham sebagaimana yang orang yang bercakap atau menulis tu nak maksudkan. Jangan kita pergi palingkan kepada maksud yang lain.”

“Ooo, macam tu. Thank you Ira sebab terangkan kat

Alice

.”

“Heh tak payahlah nak thank you, thank you. Kita

kan

kawan.”

“Hah Ira, bila nak cerita tentang Bukhari, awal lagi ni. Baru pukul 10, takkan nak tidur kot. Ceritalah.”

“Heh ingatkan dah lupa dah cerita pasal Bukhari, okeylah Ira cerita sekarang.”

(bersambung)

Kenapa Humaira? Kenapa Cinta? Kenapa Niqab?

Assalamualaikum WBT.

Minggu yang gila bagi aku. 1st time aku
drive dari kampung ke KL. Biasanya perjalanan 2 jam. Aku drive 1 jam 30
minit je. Heh mungkin sebab tak jam. Tu pun angah aku kat sebelah dah
dok sound, jangan laju-laju sangat bila dia tengok meter kereta tu dah
lebih dari 140 km/j. Tapi aku drive sampai Nilai je. Akak aku sambung
drive sampai KL/Heh rasa best gak bawak laju-laju ni. Sehari lepas tu
aku drive pulak balik ke kampung balik. Kali ni aku bawak dari KL
sampai kampung. Hah kali ni akak aku dok tidur nyenyak sebelah aku. Aku
apa lagi, pecutlah gila-gila. Heh tengok 140 km/j steady lagi je kereta
ni. Ada gak lah sekali sekala aku test bagi sampai 160 km/j. Kalau akak
aku tau mesti marah dia. Heh kali ni lagi cepat, tak sampai 1 jam 30
minit aku dah sampai kampung.

Sehari lepas tu, balik KL, balik.
Aku drive lagi. Hah kali ni akak aku biar je aku drive, bertolak 630.
Sampai UIA dalam pukul 8. Kat highway best je, tapi lepas tok sungai
besi dah jamm giler. So lewatlah.

Minggu ni aku hot giler sebab
kena ulang alik gi balai polis lah, nak urus pasal motor, nak dok gaduh
lagi dengan kedai motor pasal insurans motor aku etc. Isy, isy bengang
betul.

Kawan aku sms semalam, dia mintak aku delete semua
posting yang aku geram kat sorang kawan aku ni, yang aku kata dia dah
dok khianat dan main-mainkan orang. Memula aku tak nak delete sebab aku
tau budak tu sure baca blog aku. So tujuan aku tulis nak bagi dia tahu
apa aku rasa, so pandai-pandaile dia pikir balik lepas tu. Tapi dah
akwan aku dok pujuk mintak delete gak sebab dia takut nanti ada
benda-benda tak baik yang budak tu akan buat. So aku pun delete jelah.
Kasianlak kat kawan yang dok pujuk aku tu. Dia gak yang susah kalau
apa-apa terjadi.

Heh ramai betul suruh sambung cerita bersiri
takde tajuk yang tentang seorang gadis berniqab tu. Hei sabarle. Aku
pun banyak kerja nak buat ni. Ada idea aku sambung.

Ada yang
tanya awat gadis berniqab tu macam sorang kawan aku. Heh cerita gadis
berniqab tu tak ada kaitan dengan aku atau kawan-kawan aku. Memanglah
watak mamat daging kambing tu macam watak aku, sebab janggut sampai
dada, lepas tu watak pakai niqab macam sorang minah yang pernah aku
kenal yang pakai niqab dulu. Tapi cerita ni tak ada kaitan dengan semua
tu.

Lepas tu ada yang tanya siapa Humairah? Kenapa aku obses
gila dengan nama tu. Hah cukuplah aku cakap, Humairah ialah satu nama
yang amat bernilai dalam hidup aku, dan banyak mengajar aku. So sebab
tu aku abadikan nama tu dalam hampir kesemua cerita yang aku tulis. Ada
cerita yang memang mengisahkan aku dan Humaira dan ada yang hanya watak
sahaja nama Humaira tapi jalan cerita tiada kaitan.

Kenapa ada
elemen cinta? Sepatutnya aku yang bertanya, kenapa dalam banyak-banyak
hal dalam cerita gadis berniqab tu, yang ramai dok tanya bila watak
Bukhari nak muncul, siapa pemuda dengan daging kambing tu. Hehe inilah
jawapan kepada soalan kenapa perlu ada elemen cinta. Dan elemen cinta
memang tak boleh dipisah dengan cerita-cerita yang aku tulis. Maaflah
kalau ada yang tak suka. Tapi aku suka, aku menulis untuk aku sendiri
suka dan kongsi dengan orang lain. Aku teringar pernah terbaca yang A
Samad Said pernah cakap/tulis antara ciri-ciri cerita yang baik, salah
satu elemen yang perlu ada ialah cinta. Dan respond pembaca juga
menunjukkan kebenarannya. Hanya ada satu dua orang sahaja yang dok soal
pasal bab feqh dalam cerita tu contohnya tentang hukum bagi daging
korban kepada bukan Islam. dan inilah antara tujuan cerita tu aku
tulis. elemen cinta hanya sebagai penambah perisa.

Kenapa gadis berniqab? Dah aku memang suka perempuan pakai niqab. Suka
tengok, dan harap-harap dapat isteri pakai niqab, hatta kalau dia tak
pakai niqab pun, kalau jadi isteri aku, aku akan suruh pakai niqab.
Tapi adakah aku berpegang bahawa hukum tutup muka wajib bagi perempuan.
Tak, aku mengikut majoriti ulama yang menyatakan ia tak wajib sebab aku
lebih yakin dengan hujah-hujah mereka. So ada lagi yang akan soal,
adakah perempuan pakai niqab lagi baik dari yang tak berniqab, jawapan
aku tu bukan kerja aku nak menilai siapa baik siapa tak. Masing-masing
tahu diri masing-masing. Masing-masing tahu niat sendiri kan. Kalau
pakai niqab sebab nak sorok wajah dari lelaki, atau sebab nak ikut
pakaian macam isteri-isteri nabi, Alhamdulillah. Tapi kalau pakai niqab
sebab rasa nak test market, nak pikat lelaki-lelaki soleh, baik adjust
balik niat tu. Bak kata dalam hadith yang popular tentang niat, hadith
Ahad yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab yang mana setiap
orang akan dapat apa yang diniatkan. So, kalau niat nak test-test
market, nak tarik perhatian lelaki-lelaki solah, hah tulah yang akan
kita dapat, bukan respect atau penghormatan kerana niqab. Samalah kalau
bela janggut, pakai serban, kalau just niat nak goda
perempuan-perempuan solehah, hah tu lah yang kita akan dapat, nak
sangat goda hek, nanti adalah balasannya untuk kita. Allah tu kan Maha
Adil.

Tapi, kadangkala niat yang awal-awal mungkin ada silap sikit. Tak
berapa ikhlas kerana Allah. Tapi adakalanya dari permulaan yang tak
betul tu, kita akan start rasa kesedapan buat benda-benda baik. Memula
bela janggut nak usha perempuan salehah, lama-lama rasa berubah,
perempuan solehah yang cun-cun sudah makin hilang dari pandangan mata,
mula rasa keenakan ikut sunnah Nabi. So, itulah sangka baiklah dengan
semua orang. Mungkin memula niat pakai niqab sebab nak test market. Nak
tarik perhatian lelaki-lelaki soleh, lama-lama rasa best lak pakai
niqab, rasa nak istiqamah, itukan petanda yang baik. Tapi janganlah
yang baca ni gi pasang niat tak betul ye kalau nak bela janggut ke, nak
pakai serban ke, nak pakai purdah ke, nak pakai seluar atas buku lali
ke. Ingat ye hadith no 1 dalam Hadith 40. Kita akan dapat apa yang kita
niatkan. So, silap niat, hah bersedialah.

Okeylah dah masuk waktu Asar. Aku nak blah.

Wslm WBT.

Kenapa Humaira? Kenapa Cinta? Kenapa Niqab?

Assalamualaikum WBT.

Minggu yang gila bagi aku. 1st time aku
drive dari kampung ke KL. Biasanya perjalanan 2 jam. Aku drive 1 jam 30
minit je. Heh mungkin sebab tak jam. Tu pun angah aku kat sebelah dah
dok sound, jangan laju-laju sangat bila dia tengok meter kereta tu dah
lebih dari 140 km/j. Tapi aku drive sampai Nilai je. Akak aku sambung
drive sampai KL/Heh rasa best gak bawak laju-laju ni. Sehari lepas tu
aku drive pulak balik ke kampung balik. Kali ni aku bawak dari KL
sampai kampung. Hah kali ni akak aku dok tidur nyenyak sebelah aku. Aku
apa lagi, pecutlah gila-gila. Heh tengok 140 km/j steady lagi je kereta
ni. Ada gak lah sekali sekala aku test bagi sampai 160 km/j. Kalau akak
aku tau mesti marah dia. Heh kali ni lagi cepat, tak sampai 1 jam 30
minit aku dah sampai kampung.

Sehari lepas tu, balik KL, balik.
Aku drive lagi. Hah kali ni akak aku biar je aku drive, bertolak 630.
Sampai UIA dalam pukul 8. Kat highway best je, tapi lepas tok sungai
besi dah jamm giler. So lewatlah.

Minggu ni aku hot giler sebab
kena ulang alik gi balai polis lah, nak urus pasal motor, nak dok gaduh
lagi dengan kedai motor pasal insurans motor aku etc. Isy, isy bengang
betul.

Kawan aku sms semalam, dia mintak aku delete semua
posting yang aku geram kat sorang kawan aku ni, yang aku kata dia dah
dok khianat dan main-mainkan orang. Memula aku tak nak delete sebab aku
tau budak tu sure baca blog aku. So tujuan aku tulis nak bagi dia tahu
apa aku rasa, so pandai-pandaile dia pikir balik lepas tu. Tapi dah
akwan aku dok pujuk mintak delete gak sebab dia takut nanti ada
benda-benda tak baik yang budak tu akan buat. So aku pun delete jelah.
Kasianlak kat kawan yang dok pujuk aku tu. Dia gak yang susah kalau
apa-apa terjadi.

Heh ramai betul suruh sambung cerita bersiri
takde tajuk yang tentang seorang gadis berniqab tu. Hei sabarle. Aku
pun banyak kerja nak buat ni. Ada idea aku sambung.

Ada yang
tanya awat gadis berniqab tu macam sorang kawan aku. Heh cerita gadis
berniqab tu tak ada kaitan dengan aku atau kawan-kawan aku. Memanglah
watak mamat daging kambing tu macam watak aku, sebab janggut sampai
dada, lepas tu watak pakai niqab macam sorang minah yang pernah aku
kenal yang pakai niqab dulu. Tapi cerita ni tak ada kaitan dengan semua
tu.

Lepas tu ada yang tanya siapa Humairah? Kenapa aku obses
gila dengan nama tu. Hah cukuplah aku cakap, Humairah ialah satu nama
yang amat bernilai dalam hidup aku, dan banyak mengajar aku. So sebab
tu aku abadikan nama tu dalam hampir kesemua cerita yang aku tulis. Ada
cerita yang memang mengisahkan aku dan Humaira dan ada yang hanya watak
sahaja nama Humaira tapi jalan cerita tiada kaitan.

Kenapa ada
elemen cinta? Sepatutnya aku yang bertanya, kenapa dalam banyak-banyak
hal dalam cerita gadis berniqab tu, yang ramai dok tanya bila watak
Bukhari nak muncul, siapa pemuda dengan daging kambing tu. Hehe inilah
jawapan kepada soalan kenapa perlu ada elemen cinta. Dan elemen cinta
memang tak boleh dipisah dengan cerita-cerita yang aku tulis. Maaflah
kalau ada yang tak suka. Tapi aku suka, aku menulis untuk aku sendiri
suka dan kongsi dengan orang lain. Aku teringar pernah terbaca yang A
Samad Said pernah cakap/tulis antara ciri-ciri cerita yang baik, salah
satu elemen yang perlu ada ialah cinta. Dan respond pembaca juga
menunjukkan kebenarannya. Hanya ada satu dua orang sahaja yang dok soal
pasal bab feqh dalam cerita tu contohnya tentang hukum bagi daging
korban kepada bukan Islam. dan inilah antara tujuan cerita tu aku
tulis. elemen cinta hanya sebagai penambah perisa.

Kenapa gadis berniqab? Dah aku memang suka perempuan pakai niqab. Suka
tengok, dan harap-harap dapat isteri pakai niqab, hatta kalau dia tak
pakai niqab pun, kalau jadi isteri aku, aku akan suruh pakai niqab.
Tapi adakah aku berpegang bahawa hukum tutup muka wajib bagi perempuan.
Tak, aku mengikut majoriti ulama yang menyatakan ia tak wajib sebab aku
lebih yakin dengan hujah-hujah mereka. So ada lagi yang akan soal,
adakah perempuan pakai niqab lagi baik dari yang tak berniqab, jawapan
aku tu bukan kerja aku nak menilai siapa baik siapa tak. Masing-masing
tahu diri masing-masing. Masing-masing tahu niat sendiri kan. Kalau
pakai niqab sebab nak sorok wajah dari lelaki, atau sebab nak ikut
pakaian macam isteri-isteri nabi, Alhamdulillah. Tapi kalau pakai niqab
sebab rasa nak test market, nak pikat lelaki-lelaki soleh, baik adjust
balik niat tu. Bak kata dalam hadith yang popular tentang niat, hadith
Ahad yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab yang mana setiap
orang akan dapat apa yang diniatkan. So, kalau niat nak test-test
market, nak tarik perhatian lelaki-lelaki solah, hah tulah yang akan
kita dapat, bukan respect atau penghormatan kerana niqab. Samalah kalau
bela janggut, pakai serban, kalau just niat nak goda
perempuan-perempuan solehah, hah tu lah yang kita akan dapat, nak
sangat goda hek, nanti adalah balasannya untuk kita. Allah tu kan Maha
Adil.

Tapi, kadangkala niat yang awal-awal mungkin ada silap sikit. Tak
berapa ikhlas kerana Allah. Tapi adakalanya dari permulaan yang tak
betul tu, kita akan start rasa kesedapan buat benda-benda baik. Memula
bela janggut nak usha perempuan salehah, lama-lama rasa berubah,
perempuan solehah yang cun-cun sudah makin hilang dari pandangan mata,
mula rasa keenakan ikut sunnah Nabi. So, itulah sangka baiklah dengan
semua orang. Mungkin memula niat pakai niqab sebab nak test market. Nak
tarik perhatian lelaki-lelaki soleh, lama-lama rasa best lak pakai
niqab, rasa nak istiqamah, itukan petanda yang baik. Tapi janganlah
yang baca ni gi pasang niat tak betul ye kalau nak bela janggut ke, nak
pakai serban ke, nak pakai purdah ke, nak pakai seluar atas buku lali
ke. Ingat ye hadith no 1 dalam Hadith 40. Kita akan dapat apa yang kita
niatkan. So, silap niat, hah bersedialah.

Okeylah dah masuk waktu Asar. Aku nak blah.

Wslm WBT.

cara menuntut ilmu-menghafaz teks?

Oleh: Abdul Hakim bin Abdul Adzim 

 

 

من حفظ المتون حاز الفنون

 

 

 

“Sesiapa yang menghafal matan-matan, dia memperolehi ilmu-ilmu.”

 

 

 

 

 

Kata-kata di
atas sering didengar penulis sejak kebelakangan ini dalam perbualan
penulis dengan pelajar-pelajar peringkat Sarjana dari Timur Tengah.
Tidak tahu siapa yang melafazkan lima patah perkataan yang mempunyai
makna yang mendalam itu. Mungkin para pembaca lebih mengetahui.

 

 

 

Penghafalan
adalah satu perkara yang amat penting. Jika seseorang itu mengaku dia
mempunyai ilmu maka ilmu itu di dadanya dan bukan di dada buku-bukunya.
Ilmu yang tidak diingat adalah bukan ilmu. Menghafal matan bukanlah
satu-satunya cara utuk mendapat ilmu tetapi salah satu cara.

 

 

 

Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen mewajibkan ke atas murid-muridnya menghafal matan-matan seperti Alfiyah Ibnu Malik dan Kitab at-Tauhid. Selepas muridnya menghafal dengan lancar, beliau akan menerangkan atau memberi syarahan kepada matan-matan tersebut.

 

 

 

Hendaklah
diingat menghafal kata-kata Allah iaitu al-Qur’an adalah yang terbaik.
Hendaklah seorang penuntut ilmu menghafal al-Qur’an. Jangan ghairah
menghafal matan-matan sehingga terlupa al-Qur’an. Hendaklah seorang
penuntut ilmu menghafal al-Qur’an dan di samping itu hadith-hadith nabi
sallallahu alaihi wasallam dan matan-matan ilmu.

 

 

 

Menghafal
adalah satu perkara yang bukan senang. Ia memerlukan kesungguhan dan
pengorbanan dari segi masa, tenaga dan keseronokan. Selepas sesuatu
matan dihafal, hendaklah seorang penuntut ilmu memahami apa yang
dihafal dengan mencari penerangan untuk apa yang dihafal. Penerangan
itu datang sama ada dalam bentuk buku atau penerangan dari seorang
alim. Misalan penerangan untuk Alfiyah ibnu Malik iaitu matan ilmu Nahu terdapat dalam bentuk buku Sharh ibnu Aqil. Juga terdapat penerangan dalam bentuk audio atau suara yang boleh dicari di Internet. Untuk Alfiyah ibnu Malik terdapat penerangan dari Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen
dan beberapa sheikh yang lain. Penerangan yang terbaik ialah dengan
berguru dengan seorang alim atau seorang sheikh. Itu yang terbaik.

 

 

 

Inilah cara para ulama’ terdahulu menguasai ilmu-ilmu. Associate Professor Dr. Abdur Razzaq as-Sa’di,
seorang pensyarah di fakulti bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa
menceritakan bahawa dia menghabiskan masa tiga tahun menghafal
matan-matan ilmu. Setelah tempoh tiga tahun baru dia mempelajari syarah
atau penerangan kepada apa yang dihafalnya. Ilmunya boleh disimpulkan
dengan menyebut masha-Allah.

 

 

 

Diceritakan bahawa lautan ilmu, al-’Allamah Muhammad al-Amin ash-Shinqiti rahimahullah,
yang mana di zamannya tiada yang setanding dengannya dalam ilmu bahasa
Arab dan Tafsir, bahawa ilmunya berada dengannya ke mana saja beliau
pergi kerana dia mengingati ilmunya. Jika dia di pasar maka ilmunya
berada dengannya di pasar, jika dia di masjid ilmunya bersamanya di
masjid. Hafalan juga membantu seseorang itu dalam menjawab pertanyaan
yang diajukan kepadanya tanpa memerlukan rujukan.

 

 

 

Penulis
sendiri menghafal matan dan apa yang penulis dapati cara ini sangat
berkesan dalam usaha untuk mendapat ilmu. Penulis menghafal matan
pendek Manzoomah al-Baiquniah,matan dalam ilmu mustolah hadith. Setelah menghafal dengan lengkap, penulis mendengar syarah audio Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen
yang dimuat turun dari Internet. Alhamdulillah, penulis mendapat
sedikit sebanyak ilmu dalam mustolah hadith. Benarlah kata-kata:

 

 

 

من حفظ المتون, حاز الفنون

 

 

 

Mungkin ada yang mengadu ingatan mereka lemah dan apakah penawar baginya. Jawapannya ialah menjauhi maksiat. Imam Shafi’i rahimahullah pernah mengadu kepada gurunya, Wakii’ tentang lemah ingatan dan Wakii’
menjawab yang ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan menyinari hati
yang selalu membuat maksiat. Penawar bagi ingatan lemah ialah menjauhi
maksiat.

 

 

 

Begitulah
apa yang dapat dikongsi penulis dengan para pembaca. Sebelum terlupa,
mungkin penulis dapat menyarankan beberapa matan yang boleh dihafal
oleh para pembaca. Para pembaca boleh hafal selain dari al-Qur’an, al-Arbain an-Nawawiyah, al-Ajrumiyah, al-Manzoomah al-Baiqoniah dan matan-matan mudah yang lain. Setelah meghafal yang mudah baru berpindah ke matan yang lebih panjang seperti Bulughul Maram, Alfiyah Ibnu Malik dan Alfiyah Iraqi.
Begitu juga dengan Qur’an hendaklah seorang yang mula menghafal Qur’an
menghafal bermula dengan surah pendek. Salah satu kesilapan ialah
bermula dengan surah yang panjang yang sukar untuk dihafal seperti
surah al-Baqarah. Mula dengan yang mudah kemudian berpindah ke sesuatu
yang lebih sukar.

 

 

 

Matan-matan
ilmu ini terdapat dalam bentuk buku kecil yang boleh dimuatkan dalam
poket baju. Senang untuk dibawa ke mana-mana. Bila ada masa lapang,
seseorang boleh mengisi masa itu dengan menghafal matan-matan tersebut
yang dibawa bersamanya.

 

 

 

Setelah
menghafal sesuatu dengan sempurna, pembaca hendaklah kembali
mengulangkaji hafalan matan tersebut agar tidak lupa. Sama seperti
seorang yang mengingati al-Qur’an, harus sentiasa mengulangkaji
hafalannya.

 

 

 

Penulis
berharap agar apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada para
pembaca. Penulis meminta maaf jika terdapat kesalahan dalam artikel
ini. Niat penulis hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan
berkongsi ilmu dengan para pembaca. Semoga kita semua ditambah ilmu dan
dikurniakan kefahaman.

 

 

 

Wallahu a’alam.
http://yapis.blogspot.com/2007/12/cara-mendapat-ilmu.html

Takde tajuk- cerita gadis berniqab

“Kenapa tak jawab telefon
tu?” Soal Alice lagi.

 

“Malas,” Jawab Humaira
ringkas.

 

“Pelik,” terpacul perkataan
itu dari mulut

Alice

.

 

Humaira memandang ke arah
wajah

Alice

. Lalu menyoalnya, “Apa yang
pelik?”

 

Alice

mendiamkan diri. “Heh, tak
ada apa-apalah Ira. Eh Ira, petang ni Ira bawaklah

Alice

jalan-jalan keliling kampung
ni.”

 

“Boleh je, apa salahnya.”

 

“Eh,

Alice

dekat

UK

ambil course apa ya?”

 

“Alah Ira ni, takkan itu pun
tak tahu.”

 

“Ira lupalah.”

 

Alice

belajar Comparative Religion
di

sana

.”

 

“Wah, menarik!”

 

“Takdelah menarik sangat, tapi
bestlah jugak. Hah Ira,

Alice

ada beberapa soalan ni,
tentang agama Islam. Ira kena jawab soalan

Alice

ni.”

 

“Kalau Ira tak nak jawab?”
Ira menyal sambil tersengih.

 

“Ooo kalau Ira tak nak jawab,
malam ni jugak

Alice

balik KL.”

 

Ala

merajuklah pulak dia. Hah
apa soalannya?”

 

“Isy, kot ye pun sabarlah
dulu. Tu kain sembahyang Ira tu. Tak lipat lagi. Nanti nampak mak Ira, mesti
kena marah.”

 

Humaira terus mengemas
sejadah yang digunakan untuk bersolat Zohor tadi. Ibunya, makcik Limah seorang
yang pengemas. Pantang kalau dilihatnya barang-barang yang bersepah-sepah.
Silap hari bulan boleh kena leter sampai ke malam kalau ada yang tak kemas.

 

“Hah, Ira dah kemas ni. Apa
soalan

Alice

tu?”

 

“Ok, hari tu dalam kelas, ada
pensyarah

Alice

cakap Islam ni suka sangat
rendah-rendahkan hak wanita. Lepas tu dia bagi contoh tentang harta pusaka. Dia
kata anak lelaki akan dapat lebih dari anak perempuan. Betulke Ira macam tu,
atau pensyarah tu yang tipu sebenarnya.”

 

“Oo betullah apa yang
pensyarah

Alice

cakapkan itu.”

 

“Isy, Ira macam tak rasa
apa-apa pun. Takkan Ira tak rasa yang Islam ni tak adil kat perempuan. Kenapa
tak bagi sama rata sahaja. Isy tak adil betul.”

 

Humaira terdiam. Dia seolah
memikirkan sesuatu. Dia sedang mencari jawapan kepada soalan

Alice

itu. Bukan mudah, silap
jawab akan menambahkan kekusutan dan salah faham. Silap jawab, takut-takut
mengubah hukum Allah pula.

Alice

merenung wajah Humaira.
Perasaan menyesal timbul di hatinya. Kenapa perlu dia timbulkan soalan yang
merencatkan kegembiraan pertemuan mereka ini.

 

“Ira,

Alice

minta maaf kalau soalan tadi
buat Ira kecik hati.

Alice

tak ada niat apa-apapun.”

 

“Eh, ok je. Takde marah pun.
Hah pasal soalan

Alice

tu. Memang betulpun. Tapi,
ketidakadilan tu terjadi sebab kesilapan manusia, bukan sebab undang-undang
harta pusaka yang ada di dalam al-Quran tu.”

 

“Apa maksud Ira?”

 

“Okey, macam ni. Memang
menurut Islam lelaki dapat hak lebih dalam harta pusaka. Tetapi Islam bukan
hanya bagi harta yang lebih, bahkan Islam letakkan tanggungjawab yang lebih
kepada anak lelaki.”

 

“Contohnya?”

Alice

menyoal lagi.

 

“Hah tu yang

Alice

kena faham. Dalam Islam
lelaki yang bertanggungjawab sara keluarga. Anak lelaki yang wajib bagi nafkah
dari segi wang, harta kepada ibu bapa bila mereka dah tua. Lagipun, kalau ada
kakak atau adik perempuan yang belum berkahwin, mereka semua bawah
tanggungjawab anak lelaki tadi. Hatta kalau kakak atau adik perempuan tu dah
umur 25 tahun, anak dara lagi, belum kahwin dan dia tak nak pulak kerja. Maka
wajib si anak lelaki tadi sara hidup saudara perempuan dia tu. Sebab dalam
Islam bukan jadi kewajipan pada perempuan untuk cari harta dan duit. Tu kerja
lelaki,” Humaira menerangkan dengan panjang lebar.

 

Alice

kelihatan sedikit terlopong.
Humaira hanya tergelak sahaja melihat reaksi

Alice

itu.

 

“Bukan tu sahaja, lelaki juga
kena tanggung anak-anak dia, isteri dia lagi. Walaupun seorang isteri tu kaya
atau berkerja. Si suami tetap wajib tanggung perbelanjaan seharian mereka.
Walaupun si suami bergaji kecil dan si isteri dia ni ahli korporat yang gaji
berpuluh ribu.”

 

“Ooo, macam tu rupanya.”

 

“Jadi, masalah yang timbul
sekarang bukan pada undang-undang yang Islam ajar. Masalah dia ada pada
sebahagian orang Islam. Bila sampai part harta pusaka, semua dok bising nak
bahagi ikut undang-undang Islam, tapi bila sampai kepada tanggungjawab kepada
keluarga, semua lepas tangan. Tu yang menyebabkan jadi tak adil, dan perempuan
rasa ditindas.”

 

“Kalau begitu, yang patut
kita salahkan orang Islam lah, bukan agama Islam. Betul tak Ira?”

 

“Hah betullah tu.”

 

“Tak ada ke undang-undang
yang boleh pastikan waris-waris harta pusaka tu jalankan tanggungjawab
masing-masing?” soal

Alice

lagi.

 

“Entah, Ira pun tak pastilah

Alice

. Ira ni bukan pandai sangat
bab-bab ni.”

 

“Isy, Ira pandai apa. Dah
kuranglah sikit soalan

Alice

pasal Islam lepas Ira jawab
tadi. Nanti balik

UK

, bolehlah

Alice

cakap macam Ira jawab tadi
kat pensyarah

Alice

. Hehhe.”

 

“Hah kata tadi ada banyak
soalan? Ni baru satu je.”

 

“Memang banyak pun, takpelah,
nanti-nantilah, lagipun

Alice

nak duduk sini bukan sehari
je. Banyak masa lagi.”

 

“Hah, Ira jangan lupa ye.
Petang ni bawak

Alice

jalan-jalan kat kampung ni.”

 

“Iye, Ira tak lupanya.”

 

“Ok,

Alice

ngantuklah,

Alice

tidur kejap ye. Nanti bila
dah nak petang, Ira kejutlah

Alice

ye.”

 

“Ok,” jawab Humaira pendek.

 

*****

 

Kedengaran azan Asar
berkumandang. Humaira segera mengejutkan

Alice

. Lagipun selepas Asar nanti
dia mahu membawa

Alice

melihat orang kampungnya yang
akan menyembelih dua ekor kambing untuk dijadikan korban.

 

Alice

,

Alice

bangun. Dah petang ni.”

 

“Isy Ira ni, kacau betullah.
Tak puas tidur lagilah. Penat perjalanan dari

UK

tak hilang lagi.”

 

“Heh jangan ngada-ngada. Tadi
kata nak jalan-jalan kat kampung ni. Mana tahu ada mamat kampung ni terpikat
kat

Alice

ke,” seloroh Humaira.

 

“Huih, apalak diaorang
terpikat kat

Alice

, diaorang jatuh hati kat Ira
le. Bukan senang nak jumpa ninja perempuan kat kampung ni,” jawab

Alice

sambil ketawa.

 

“Dahlah tu, pergi mandi.
Lepas Ira selesai solat Asar ni kita keluar.”

 

****

Usai solat Asar. Humaira dan

Alice

pun bergerak keluar.
Tiba-tiba

Alice

memanggil Humaira.

 

“Ira, kamu lupa satu benda
lah?”

 

“Apa dia?”

 

“Ni, takkan kamu nak bagi
lelaki tengok pipi kamu yang gebu itu,” jawab

Alice

sambil tangannya
melambai-lambai dengan niqab berwarna merah jambu itu.

 

“Hah, Ya Allah, terlupa pulak
aku nak pakai niqab ni,” bisik Humairah ke dalam hatinya.

 

“Hai Ira, macam mana boleh
lupa ni. Ingat kat siapa tu? Heheh.”

 

“Alah dah terlupa nak buat
macam mana. Lagipun Ira baru je mula pakai niqab, so kadang-kadang terlupalah.
Kan Tun Dr Mahathir pernah cakap Melayu muda lupa. Heheh.”

 

“Loyar buruk pulak budak ni,”
jawab

Alice

.

 

“Jom Alice, Ira nak tunjuk
satu benda best.”

 

“Apa benda yang best sangat
tu?”

 

“Alah ikut jele.”

 

Mereka berdua segera turun
dari rumah. Humaira membawa

Alice

menaiki basikal LeRun nya.

Alice

duduk membonceng di
belakang.

 

“Isy, Ira slow-slow lah
sikit. Kang terjatuh dalam sungai ni pulak,” rungut

Alice

ketika basikal mereka
melalui sebatang jambatan kayu yang merentasi sebatang anak sungai.

 

“Hahaha,

Alice

ni penakut lah jugak.
Ingatkan dah biasa naik kapal terbang dah tak takut dah.”

 

Humaira terus memecut basikal
LeRun nya sambil

Alice

memeluk erat rakannya,
takut-takut terjatuh dari basikal. Sesekali pemuda-pemuda kampung yang sedang
duduk-duduk di kedai kopi, bersiul dan mengusik-ngusik mereka. Mungkin terpegun
dengan wajah

Alice

. Masakan tidak. Di sekolah
dulu,

Alice

digelar sebagai Princess.
Menjadi kegilaan ramai. Hatta pelajar-pelajar Melayu dan

India

pun ramai yang tertarik
dengan keayuan wajahnya.

 

“Hah!

Alice

,

kan

aku dah kata ramai budak
kampung ni nak ngorat kamu

Alice

.”

 

“Huh, tak ingin aku,” jawab

Alice

.

 

Humaira hanya tergelak kecil.
Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ramai orang lelaki di
situ. Kelihatan juga wanita-wanita kampung yang berusia. Mereka semua
seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu.

 

“Isy, tempat apa ni Ira. Apa
yang menarik kat sini?”

 

“Hah!

Alice

, kamu pernah dengar tak
tentang ibadah korban?”

 

“Pernah jugak, yang

Alice

tau nanti orang Islam akan
sembelih lembu, kambing, ayam.”

 

Humaira tergelak. “Isy, mana
ada orang sembelih korban guna ayam. Lembu dengan kambing adalah.”

 

“Hehe Alice main teka je.
Manalah saya tahu.”

 

“Hah dah jom kita pergi
tengok orang tu sembelih kambing.”

 

“Jom,” jawab

Alice

.

 

“Tengok tu, pakcik tu tengah
siap sedia nak sembelih kambingle tu.”

 

“Eh mana kambingnya?”

 

“Tu, dalam kandang tu,” jawab
Humaira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kandang kambing. Kelihatan
seekor sahaja kambing yang belum disembelih.

 

“Isy, kenapa tak bawak je
kesemua kambing tu keluar.

Kan

senang, tak payah ulang alik
nak ambik kambing tu dari kandang,” kata

Alice

.

 

“Hah, tu yang

Alice

kena tau. Islam ajar, kalau
nak sembelih binatang, kita jangan takut-takutkan binatang-binatang tu.
Janganlah pergi asah pisau depan haiwan yang nak disembelih. Apatah lagi nak
biar haiwan-haiwan tu tengok kawan-kawan diorang kena sembelih. Cuba Alice
bayangkan kalau

Alice

tengk Ira kena sembelih
macam kat

Iraq

tu,” terang Humaira.

 

“Isy, adake sampai cakap
macam tu. Betul gakkan. Mesti takut kambing-kambing tu kalau tengok kawan-kawan
dia kena sembelih.”

 

“Dulu waktu zaman Nabi, ada
seorang lelaki Islam pergi asah pisau depan binatang yang nak disembelih. Ira
lupalak apa binatang tu kambing atau unta. Lepas tu Nabi Muhammad nampak. Nabi
cakap kat lelaki tu, kau nak bunuh binatang ni dua kali ke.”

 

“Oo macam tu.”

 

“Isy dahlah. Jom tengok,
kambing tu pun dah dibawak ke tempat sembelih. Kejap lagi kambing tu nak kena
sembelihlah. Jom tengok.”

 

Bebarapa pemuda kampung itu
sedang menumbangkan kambir biri-biri itu. Kepalanya diletakkan di atas satu
tempat yang sudah digali lubang. Mungkin supaya darah kambing itu tak
bersepah-sepah hingga mengotori kawasan sekitar. Seorang lelaki dalam
lingkungan 60an mengeluarkan sebilah pisau yang kelihatan sedikit panjang
daripada biasa. Mata pisaunya amat tajam. Mata kambing itu ditutup dengan kain.
Mungkin bagi mengelakkan ia ketakutan melihat orang-orang disekelilingnya.

 

“Bismillah Allahuakbar,”
pakcik yang memegang pisau itu memulakan upacara penyembelihan. Pisau yang
tajam itu terus diletakkan dileher kambing. Ia ditekan dengan lembut tapi
dilakukan dengan agak pantas. Mungkin bagi mengurangkan kesakitan kambing itu.
Darah merah memancut keluar.

 

“Iii, kasianlah kambing tu.”

 

“Kenapa Alice?”

 

“Yelah, tak sampai hati

Alice

tengok dia kena sembelih.”

 

“Heh Alice, dah nama pun
binatang. Kalau tak sembelih macam mana nak makan. Takkan nak campak kambing tu
hidup-hidup dalam periuk.”

 

“Hehe. Tapi macam menariklak

Alice

tengok cara orang tu
sembelih tadi. Macam ada rule tertentu yang kena ikut. Teratur je.”

 

“Mestilah Alice, cara nak
masuk tandas pun Islam ajar. Takkan cara sembelih Islam tak ajar.”

 

Pemuda-pemuda kampung di situ
segera menyiat kulit kambing yang sudah disembelih itu. Dalam masa tak sampai
setengah jam, kambing itu sudah selesai dilapah. Masakan tidak, dengan tenaga
kerja yang ramai. Cuma tinggal untuk dagingnya dipotong kecil-kecil sahaja
supaya mudah dibahagikan kepada orang ramai.

 

Kelihatan seorang pemuda yang
berumur di dalam lingkungan 20an. Pemuda itu sederhana tinggi, dengan rambut
yang nipis seperti rekrut tentera. Cuma yang memelikkan dia jika dibandingkan
dengan pemuda-pemuda lain di situ ialah rupa parasnya. Dia seakan membiarkan
sahaja janggutnya yang panjang sehingga ke dada tu. Ini membuatkan wajahnya
seakan lebih tua. Cuma wajahnya yang masih menunjukkan usia muda dan tubuhnya
yang kecil. Sedangkan pemuda-pemuda lain jika berjanggutpun, pasti sejemput
sahaja. Dia sedang memotong daging-daging kambing itu sambil memasukkannya ke
dalam plastik. Kelihatan kesan-kesan tompok darah di kemeja T putihnya. Masakan
tidak sudah 3 ekor kambing disembelih. Pasti ada tompok-tompok darah pada daing
yang melekat pada bajunya. Selepas itu, daging-daging tersebut ditimbang.
Pemuda tadi menoleh ke arah Humaira dan

Alice

. Dia seakan terpaku. Dia
melambai kepada

Alice

.

 

“Amoi, meh sini ambil daging
ni. Free ma, tak payah bayar.”

 

“Hah

Alice

, mamat tu panggi kamu ambil
daging. Pergilah.”

 

“Isy seganlah, saya sorang je
Cina kat sini.”

 

“Alah pergi jelah, dah dia
panggil. Entah-entah dia minat kat

Alice

kot,” seloroh Humaira.

 

Alice

terus pergi ke arah pemuda
tersebut.

 

“Brother, bolehke saya ambil
daging ni, saya bukan Islam le,” soal

Alice

.

 

“Ambil jele, apa salahnya,
orang Islam ke, bukan Islam ke, semua boleh ambil. Ke kamu tak makan kambing?”

 

“Huh saya makan je apa yang
boleh dimakan.”

 

“Hah nah ambil dua bungkus,
satu untuk kamu, satu untuk kawan kamu yang pakai purdah tu.”

 

“O Thank you ye brother.”

 

“Amoi! Hah tunggu kejap!”

 

“Why?”

 

“Heh, kawan kamu yang pakai
purdah tu siapa, orang kampung ni ke?”

 

“Oo brother minat kat dia ke,
meh saya panggil dia nak tak.”

 

“Eh jangan! Saya nak tahu
je,” segera pemuda itu memotong

Alice

sebelum sempat dia memanggil
Humaira.

 

“Brother orang kampung ni

kan

, takkan tak tahu, dia tu
anak tunggal makcik Limah yang duduk dekat hujung kampung tu.”

 

“Ooo,” pemuda itu seakan
melopong.

 

“Hah okeylah brother, kawan
saya dah ajak balik tu. Ok siye-siye.”

 

“Ok, bye,” jawab pemuda itu.
Tanpa pemuda itu sedari, tukang sembelih tadi yang juga ayahnya memerhatikan
sahaja dia berbual dengan

Alice

. Ayahnya datang ke arah dia.

 

“Heh, kau Mat, sempat lagi
kau usha amoi tu ye?”

 

“Heh mana ada ayah, bagi dia
daging je.”

 

“Haih bagi daging pun sampai
2 minit dia berdiri kat sini. Ke engkau berkenan kat dia?”

 

“Isy, ayah ni mengarutlah.
Takkan saya nak minat amoi tu.”

 

“Heh apa salahnya. Hahaha,”
ayah pemuda itu berkata sambil tertawa.

 

Humaira terus mengajak

Alice

untuk pulang. Jam tangan

Alice

menunjukkan jam 630 petang.
Humaira mengayuh basikalnya perlahan-lahan.

 

“Hai slow pulak Ira bawak
basikal. Tadi bukan main laju lagi dia.”

 

“Yelah, tadi Ira takut tak
sempat nak bawak

Alice

tengok orang sembelih korban,
sebab tu bawak laju-laju. Kenapa,

Alice

nak Ira kayuh laju-laju ke,
Ira on je.”

 

“Heh taknak!

Alice

muda lagi, tak nak mati
cepat, hehehe.”

 

“Eh

Alice

, tadi apa yang kamu dok
borak dengan mamat jaga daging tadi? Bukan main lama lagi.”

 

“Heh, nape. Ira jeleske.”

 

“Huih, tak ingin Ira nak
jeles.”

 

“Hehe,”

Alice

tertawa kecil.

Inilah cerita-cerita ku

Assalamualaikum WBT.

Malam ini aku kebosanan, selepas Isya’ tadi, terus menaip. Maka terhasillah satu cerita yang tidak bertajuk itu.

Dah lama tak menulis cerita, mungkin sudah hilang bisa (macamlah sebelum ini power sangat).

Nak baca tulisan-tulisan aku yang dahulu, masuklah link-link di bawah. Puas juga aku mencari-cari di internet.

Cinta Pejuang Hijab

Cerita Bersiri Yang Tidak Bertajuk- (xabis pun)

Dia Sudah Berubah

banyak lagi cerita yan pernah aku tulis. Tapi banyak yang aku tak jumpa. Nak kena tanya Mr Google ni.

Takde Tajuk

Toot! Toot.
Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon
bimbitnya. “Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,” Monolog
Humaira sendirian di dalam hati.

 

“Assalamualaikum
WBT.” Humaira memulakan bicara.

 

Talian terputus.
Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu terus menamatkan
panggilang. Humaira terdiam seketika.

 

“Ah, orang silap
nombor agaknya,” rungut Humaira di dalam hati.

 

Dia segera
mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan
sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju
kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari
kembali menerjah kotak fikirannya.

 

“Isy, Ira, apa
yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid
dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni,” makcik Limah memanggil
anak tunggalnya itu.

 

Humaira tersedar
dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang

cuba

mengingatkan dia. “Isy, mestilah nak pergi masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.”

 

Humaira segera
mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia
menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. “Ibu, Ira
mahu pakai purdah,” itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam
tadi seraya mereka tamat solat Isya’ berjemaah di rumah.

 

Ibunya terkejut.
“Anakku mahu berpurdah?”

 

Terus Humaira
menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam.
Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan “Semoga engkau istiqamah
wahai anakku.”

 

“Macam mana ibu,
lawa tak Ira pakai niqab ni,” Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap
mahu ke masjid.

 

“Anak ibu
sentiasa cantik,” jawab makcik Limah ringkas.

 

“Dahlah tu, jom
cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas
tar pulak.” Gesa makcik Limah kepada anaknya.

 

“Jom ibu.”

 

Kedua beranak
ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka.
Sambil berjalan mereka bertakbir.

 

 

 

الله
اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و لله الحمد

 

Sampai di masjid, segenap
ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang
masjid.

 

*****

 

Tamat sahaja khutbah, Humaira
dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke
masjid, mereka tidak menjamah apa-apa.

 

Humaira memeriksa telefon
bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah
men’set’

kan

telefonnya ke ‘silent mode’.
Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang khusyuk
bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti pagi tadi juga yang
menghubunginya.

 

Humaira terus berjalan pulang
bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di
skrin telefonnya itu. “Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?”

 

SMS tidak berbalas. Humaira
dan ibu nya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari
dan menyanyi. “Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu
muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira.

 

Humaira membuka mesej yang
diterima. “

Cuba

kamu lihat di hadapan rumah
kamu.”

 

Humaira terus melihat ke arah
rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu
rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira
melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan
dengan tingkah laku Humaira. “Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,”
bisik mak cik Limah di dalam hatinya.

 

Sampai di tangga rumahnya, Humaira
seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di
tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira.
Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian
yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat
yang dipakainya.

 

Alice

!” jerit Humaira.

 

Si gadis terkejut mendengar
namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya “Bagaimana kamu kenal saya?”

 

“Isy, kamu dah tak kenal saya
lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.”

 

“Hah!” gadis bermata sepet
terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu.

 

Humaira memahami gusar di
hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. “Hah, ni sayalah,
Humaira, tak percaya lagi?”

 

Melihat sahaja wajah
disebalik niqab itu,

Alice

terus melonjak keriangan.
Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di hadapannya ini ialah
Humaira, teman sekelasnya dahulu.

 

“Isy,

Alice

, kenapa kamu datang tak
bagitahu awal-awal. Nasib baik saya ada di rumah.”

 

“Alah, Ira. Saya tahu, hari
raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.”

 

Humaira tergelak kecil. Dia
memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran

Alice

. Dia terus memeluk

Alice

.

 

“Eh, Ira, ajaklah

Alice

tu naik, kasian dia, datang
dari jauh tu.”

 

“Jom Alice!”

 

Pagi raya itu menjadi satu
saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira.

Alice

, teman sepersekolahannya
dahulu. Sudah 4 tahun tidak berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah
menyebelah. Tamat sahaja

SPM

, mereka terpisah.

Alice

mengikut ayahnya untuk
tinggal di

England

. Tambahan pula dia
melanjutkan pelajaran di

sana

.

 

“Eh. Berapa lamu

Alice

cuti di

Malaysia

ini?” soal Humaira.

 

“Kenapa, Ira tak sudike saya
duduk di rumah kamu ni lama-lama.”

 

“Eh, takdelah.

Alice

nak duduk setahun pun
boleh.”

 

Alice

tergelak. “Kalau saya duduk
setahun, siapa mahu jaga papa saya.”

 

Alice

menyambung lagi, “Mungkin
dalam 3-4 hari

Alice

di sini. Papa pun ada di KL,
dia ada urusan kerja sedikit.”

 

“Ooo,” jawab Humaira pendek.

 

Mereka berdua terus berbual
dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan
mereka di sekolah dahulu.

 

“Ira, Alice tanya satu soalan
boleh?”

Alice

bersuara perlahan.

 

“Boleh, kenapa pula tak
boleh?” Humaira menjawab.

 

“Kenapa Ira pakai kain tutup
muka kamu waktu balik dari masjid tadi.”

 

Humaira tersenyum, dia
terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. “Kenapa,

Alice

tak sukakah saya pakai
begitu?”

 

“Eh, takdelah,

Alice

nak tahu sahaja.”

 

“Entah, Ira selesa, Ira tak
suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.”

 

“Kenapa?” soal

Alice

.

 

Humaira terdiam. Dia
menyambung bicara, “Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana
wajah Ira.”

 

“Ooo,”

Alice

seakan terpegun.

 

“Bukhari tau pasal ni?”

Alice

menyoal lagi.

 

“Dia tiada kaitan lagi dengan
hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,” Ira menjawab dengan nada yang
sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari
disebut.

 

“Sorry, Ira.

Alice

tak ada niat nak sakitkan
hati Ira.”

 

“Never mind.”

 

Mereka berdua terdiam. Nama
Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi.

 

“Congrats Ira,” tiba-tiba
sahaja

Alice

memecahkan suasana yang
sunyi.

 

“Aik, kenapa pula

Alice

tiba-tiba ucap tahniah ni.”

 

“Ya, tahniah kerana Ira telah
menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.”

 

“Apa maksud

Alice

. Kenapa perlu tahniah?”

 

“Ira,

Alice

bangga dengan Ira. Ira dah
tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk nak wajah cantik, facial sana-sini, risau
takut-takut lelaki tak terpikat dengan Ira.

Alice

suka Ira yang sekarang.”

 

“Kenapa?” soal Ira lagi.

 

“Iyelah. Ira dah tak macam
perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka.

Alice

suka Ira macam sekarang.”

 

“Ooo macam tu. Ira ingat

Alice

tak suka Ira pakai macam
ni.”

 

“Apa pulak tak suka, lawa,
macam ninja perempuan,”

Alice

berseloroh.

 

“Ooo,

Alice

ejek Ira ye, takpe, takpe,”
Ira seakan merajuk.

 

“Eleh, lawa sangatlah muka
merajuk tu,”

Alice

berkata sambil menggeletek
pinggang Humaira.

 

Humaira ketawa kegelian. “Eh,
jomlah makan. Ira dah laparlah.”

 

“Jom,” jawab

Alice

.

 

*****

 

Humaira baru sahaja usai
menunaikan solat Zohor.

Alice

sedang duduk sambil
memerhatikan Humaira berzikir selepas solat.

Alice

sedang membelek-belek niqab
yang Humaira jahit sendiri itu.

 

“Heh, kenapa

Alice

dok belek, nak pakai ke?”

 

“Isy, mengarutlah Ira ni.”

 

“Betulke Alice suka Ira tutup
muka ni?” soal Humaira.

 

“Mestilah suka. Bagi Alice
Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata
lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.”

 

“Heh, so,

Alice

tak sukalah ye lelaki tengok
pipi

Alice

yang comel ni ye?” soal Humaira
sambil mencubit pipi

Alice

.

 

“Isy, sakitle Ira cubit.
Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti
jadi macam singa tak makan sebulan.”

 

“Hehe, lawaklah

Alice

ni. Habis tu, macam Ira ni,
takde lelaki sukalah sebab Ira tutup muka,” Humaira menambah pula.

 

Alice

terdiam. “Betul jugakkan,
takdelah lelaki yang suka Ira nanti,” rungut

Alice

pula.

 

Humaira ketawa sahaja melihat
telatah

Alice

. Tiba-tiba

Alice

bersuara:

 

“Alah kalau lelaki jahat suka
dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni
lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?” soal

Alice

.

 

“Heh betul sangatlah tu.”

 

Tiba-tiba telefon Nokia Humaira
berbunyi.

 

“Siapa tu Ira?” soal

Alice

.

 

Humaira menatap nama yang
terpapar di skrin telefonnya. “Huh, tak sudah-sudah mamat ni,” rungut Humaira
di dalam hati.

 

“Bukhari,” Humaira menjawab
soalan Alice tadi.

 

 

 

Kenapa Kau Main sorok-sorok dengan aku

Assalamualaikum WBT.

 

Akhirnya malam ini, aku tahu juga
apa yang selama ini tertutup.

Kan

senang kalau kau bagitahu aku awal-awal. Tak payah main sorok-sorok dengan aku.
Bagi je tahu kat aku yang kau tak suka dengan apa yang aku buat selama ni.

Kan

waktu awal-awal dulu aku dah bagitahu, kalau tak suka bagitahu aku. Tapi sampai
sekarang kau still buat macam suka.

 

Kenapa kau nak sorok-sorok dengan
aku. Nasib baik aku dapat hidu apa yang tersingkap dalam hati kau. Itu pun aku
main agak-agak je. Tapi akhirnya malam ini, aku tahu juga.

 

Tapi tak tahulah kalau selama ini
aku tertipu. Aku sangka kau suka, tapi sebenarnya kau tak suka. Tapi kenapa tak
bagitahu aku?

 

Tapi takpe, sekarang aku dah tahu
apa yang kau nak. Biar berat aku kena tunaikan janji aku seperti di awal-awal
dulu.

 

Lain kali jangan sorok-sorok
daripada aku.

Kan

dah menyusahkan
diri sendiri dan menyusahkan aku jugak.

 

Wslm wbt.

Apakah aku menyangka diri beriman sebelum aku diuji?

Assalamualaikum WBT.

Isnin
lepas Ustaz Roesfan ajar tentang akidah, guna buku 200 Soal Jawab
Aqidah oleh Shaikh Hafidz al-Hakami. Pada semester yang lalu, kuliah
ini dikendalikan oleh Ustaz Fadhlan. Akan tetapi di atas kesibukan
Ustaz Fadhlan pada semester ini, maka tempat beliau digantikan oleh
Ustaz Roesfan.

Keadaan sedikit kelam kabut, apabila kelas yang
kami biasa gunakan telah diambil orang. Aku telah meletakkan notis di
kelas itu,bahkan di papan putih sudah aku tuliskan dari jam 9
malam-1045 malam. Akan tetapi selepas Isya’, aku lihat ada sekumpulan
pelajar-pelajar yang mungkin dari Bosnia sedang menggunakan kelas itu
untuk kuliah. Aku melilau cari kelas-kelas yang lain sebab dah memang
tugas aku untuk penyediaan tempat. Tapi kesemua kelas di situ sudah
penuh. Maka aku pergilah ke kelas yang asal, panggil sorang budak
BOsnia tu. Budak Bosnia tu pun beritahu yang mereka ada program dengan
tetamu istimewa dari negara mereka. Dia bagitahu yang dia dah cari
kelas-kelas lain tapi kesemuanya penuh. Maka dia terpaksa guna kelas
tu. Aku tengok mereka da hidang makana semua. Jadi aku pun kata
takpelah, aku cari kelas lain. Bengang gak sebab selepas Maghrib aku
dah susun kerusi-kerusi di situ untuk kuliah. Tiba-tiba dah ada orang
yang guna lak. Ada seseorang menyuruh aku guna sahaja kelas tu dan
suruh budak-budak Bosnia tu keluar sebab aku dah letak notis. Aku kata
"kita ambil kiralah, kita dan mereka dua-dua buat program illegal, so
siapa cepat dia dapatlah" takkan aku nak halau lak budak-budak Bosnia
tu dengan makanan diorang dah hidang. Cuba aku bayangkan kalau aku kat
tempat mereka. Mesti aku juga tak puas hati kalau aku kena halau macam
tu je sedangkan kedua-dua illegal. Lainlah kalau kuliah ni legal, pasti
tempat tak jadi masalah sebab dapat di book.

Malam tu dapatlah
guna LT 4. Heh luas tempat tu. Memula aku perkenalkanlah Ustaz Roesfan
kat budak-budak ni. Sekali aku tersilap sebut nama dan tempat asal dia.
Dia asal Alor Star tapi aku gi cakap dia asal dari Jitra. Apalagi
sebelum start kuliah Ustaz Roesfan bagi mukadimah, dia cakap golongan
hadith ni amat menitik beratkan tentang biografi perawi. Maka kena
sebut nama dan lokasi tu betul-betul. Pastu dia sebutlah yang dia
berasal dari Alor Star, bukan Jitra, Cheh sempat perli-perli aku tu.
Kata dia ‘mungkin ada orang tu hati dia kat Jitra, tu yang tersasul
sebut Jitra tu. Takpun mungkin ada orang tu asal negeri lain tapi ada
cita-cita mahu jadi orang Jitra". Siot tol.! Tak pasal-pasal aku jadi
bahan lawak waktu tu. Heheh

Lepas tu Ustaz Roesfan pun huraikanlah soalan 17 sampai soalan 25. Mantap huraian dia walaupun masa yang diberi hanya satu jam.

Antara
yang menarik Ustaz Roesfan sebutkan ialah kenapa orang suka sangat
dengan kuliah feqh tapi rasa bosan dengan kuliah akidah. Aku jawab:
Sebab kuliah feqh bersangkutan dengan kehidupan seharian. Budak-budak
lain pun ada lah bagi jawapan yang bermacam-macam. Ustaz Roesfan kata
dia tunggu ada satu jawaan tapi tak ada sorang pun yang sebut. Ustaz
Roesfan kata: Orang gemar belajr feqh sebab diorang suka berbalah,
nanti bila Ustaz A cakap macam ni, dia akan kata Ustazb B cakap macam
tu, nanti dok cari tang mana yang berbeza tu, mulalah nak ajak debat.
Betul gakkan!

Lepas tu ustaz Roesfan cakap, itulah silap kita
yang berkobar-kobar nak bawak orang kembali kepada al-Quran dan
as-Sunnah, Kita terlalu menumpukan isu-isu feqh, dok sibuk perempuan
haidh leh baca al-Quran ke tak, basmalah jahar ke tak, dan lain-lain.
Akhirnya kita marah bila orang tak terima dakwah mereka. Ustaz Roesfan
terang lagi: Macam mana kita nak dakwah mereka, kita tak baiki yang
asas, kita dok pikir nak amik buah durian kat jauh sana sedangkan
sebelum nak sampai ke pokok durian, kita kena lalu semak samun dan
lalang-lalang yang ada. Bila kita tak tebas semak samun tu, tu yang
buat gagal sampi ke pokok durian tu. Samalah dengan dakwah, dok sibuk
isu feqh, kita tak nak terang dulu isu-isu dasar akidah. Akhirnya
manusia menolak sebab mereka tidak ada akar yang kukuh.

Lepas tu
Ustaz Roesfan terangkan lagi. Manusia macam kita ni selalu tak rasa
kesan akidah atau tauhid, tapi bila kena bala baru waktu tu teringat
pasal akidah, baru ingat tauhid. Ustaz bagi contoh, yang orang dok
putus-putus cinta atau tunang ni. Bila tengah frust tu, barulah kita
nak ingat Tuhan, terima Qadha dan Qadar. Peh sekali lepas kuliah aku
kena cash! Motor aku kena curi! Pang! Apa ustaz Roesfan cakap datang
terus kat aku. Mana taknya fresh lagi, abis je kuliah aku nak balik.
Pergilah kat masjid sebab aku parking kat sana. Sekali aku tengok motor
aku takde. Nak nangis dah waktu tu. Terus aku call Ustaz Roesfan. Dia
tenangkan aku, malam tu pergi balai polis dengan dia. Sambil-sambil
dalam kereta tu dia cakaplah kan betul bila kena bala baru ingat Allah.
Aku teringat ni mungkin kafarah dosa tak ikut cakap mak bapak dan
nasihat kawan-kawan aku. Mak aku cakap bila parking motor tu rantai
roda motor aku tu. Aku tak buat. Aku kunci handle motor aku je. Terus
cash aku kena, motor terus kena curi.

Heh mengarutlak aku meh
sambung lagi cerita kuliah tadi. Lepas tu Ustaz Roesfan ceritalak
tentang ayat al-Quran yang sebut adakah manusia ni pikir mereka dah
betul-betul beriman sedangkan mereka belum diuji. Ustaz terang bahawa
jangan kita dok mimpi berangan kita betul-betul beriman sebelum Allah
uji kita. Pastu ustaz masuklak bagaimana Nabi Ibrahim AS sanggup nak
berkorban untuk menyembelih anak kandung beliau sendiri, dan lain-lain.
Bagaimana dengan ujian yang Nabi Ibrahim hadapi dalam mendepani ayah
beliau yang musyrik. Bagaimana Nabi Ibrahim AS mengharungi seksaan oleh
Raja Namrud yang mencampakkan beliau ke dalam api.

Lepas tu
ustaz terangkan lagi, so kita ni kalau nak jadi dai’e jangan
beranganlah untuk hidup senang. Kena hina, kutuk, fitnah dan lain-lain
tu hal biasa sahaja. Jangan kena tibai sekali terus kendur dan layu,
jadi pondan, terus senyap tak nak buat apa-apa.

Lepas tu waktu soal jawab banyak jualah soalan-soalan. Ustaz Roesfan
ada sebut tentang bila nak puasa Arafah. Hari Selasa atau Rabu. Nak
ikut Saudi atau Malaysia. Pastu ustaz Roesfan nasihat toksah dok balah
benda-benda khilaf muktabar macam ni sebab dua-dua belah pihak ada
dalil. Sebab tu aku takde nak forward mesej suh pose ari Selasa walau
aku puasa Arafah ikut hari Wuquf kat Mekah. Tak ada pekdahnya aku nak
SMS benda-benda macam tu. Ajak dorang puasa Arafah sudah, dia nak pilih
ikut Saudi atau Malaysia itu hak mereka berdasarkan hujah mana yang
mereka yakini.

Malam tu waktu kat balai polis ada kawan aku SMS aku, tanya kenapa aku
tak bagitahu ada khilaf dalam puasa arafah ni. Aku cakaplah aku ikut
pendapat puasa waktu Wukuf kat Mekah, tapi suka hatilah korang nak ikut
mana yang korang yakin. Sekali kawan aku ni, lepas dapat tahu aku pose
Selasa, terus dia gi fwd sms kat kawan-kawan suruh diorang puasa Selasa
(ikut Saudi). Aduih! Aku cuma bagitau aku pose ikut Wukuf kat Saudi,
bukan aku suruh ajak orang-orang lain ikut sama. Biarlah mereka ikut
ijtihad mana yang diorang yakn.

peh panjang laku aku dok cerita kat sini. Okeylah kalau nak download korang leh gi kat sini http://audiosunnah.blogspot.com

Leh download kat situ.

Hah kalau nak download buku 200 soal jawab akidah tu, kliklah sini  200 Soal Jawab Akidah

Bersederhana di Dalam Cinta Dan Benci

(أحببْ حبيبَكَ هوناً ما، عَسَى أنْ يكُونَ
بغيضَكَ يوماً ما، وأبغِضْ بغيضَكَ هوناُ ما، عَسَى أنْ يكونَ حبيبَكَ يوماً ما)

 

Dari Abu Hurairah RA, beliau
berkata, Rasulullah SAW bersabda: “ Cintailah orang yang engkau cintai pada
tahap yang sepatutnya, boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang
engkau benci. Bencilah orang yang engkau benci dengan sepatutnya, boleh jadi
suatu hari nanti dia akan menjadi orang engkau cintai.”

{ Reported by at-Tirmidhee (no. 2065) and others by way of Suwayd ibnAmr al-Kalbee: Hammad ibn Salamah narrated to us from Ayyoob as-Sakhtiyanee from Muhammad ibn Seereen
from him. This
isnaad is
Saheeh (authentic) if Allaah wills, it does not contain anyone
needing examination except for
Suwayd and he is declared reliable by a group of the scholars and
this is the preferred view of al-
Haafidh Ib Hajr. The hadeeth is also declared authentic by a group of scholars such as al-Haafidh al-Iraaqee in Takhreejul Ihyaa
(2/186), al-
Munaawee in
al-
Fayd (1/177), az-Zubaydee in al-Ittihaf (6/233) and others, and is
further clarified in
Ghaayatul Maraam
(no. 472) of
Shaikh al-Albaanee.}

 

Di terjemahkan daripada 40 Hadeeth of
Manner susunan Shaikh ‘Alî Hasan ‘Alî ‘Abdul Hamîd al-Halaby. Boleh download di
sini http://www.4shared.com/file/32163084/d1f75345/Forty_Hadeeth_On_Manner.html
.