Mereka pergi meninggalkan kita!
Tanggal 1 hb Februari 2008, dunia dan umat Islam khususnya telah
dikejutkan dengan kembalinya seorang lagi ulamak tersohor bumi Syam
kerahmatullah selepas kembalinya allahyarham Sheikh Sadiq Habannakah
beberapa bulan yang lalu. Allahyarham ialah Syeikh Mustafa Said al-Khin.
Allahyarham menghembuskan nafasnya ketika menunaikan solat fardhu
Jumaat di sini dan disembahyangkan pada hari Sabtu selepas solat Zuhur
di masjid Hassan Habannakah di Mujtahid. Ramai ulamak-ulamak tersohor
yang hadir pada majlis sembahyang jenazah sebagai memberi penghormatan
terakhir kepada Allahyarham antaranya, Syeikh Kuraim Rajih al-Qurra,
Syeikh Naim ‘Iraksus, Syeikh Mustafa al-Bugha dan ramai lagi.
Assy-Syaikh
Mustafa Said al-Khin dan asy-Syeikh Mustafa al-Bugha merupakan penyusun
kitab Fiqh al-Manhaji yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
terbitan Pustaka Salam, dan sekiranya tak silap ada juga diterbitkan
olej Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Mereka pergi meninggalkan kita dengan khazanah ilmu mereka, satu demi satu ulama meninggalkan kita.
إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء
Allah tidak menarik ilmu dengan cara mencabutnya daripada (dada-dada)
hamba-hambanya. Tetapi menarik ilmu dengan mematikan ulama. (Bukhari
dan Muslim).
اللهم اغفرله وارحمه وعــــافه وعف عنه