Tamat sudah Tafsir surah an-Nas
Assalamualaikum WBT.
Jumaat lepas ialah kelas terakhir untuk
Tafsir surah an-Nas. ustaz Fadhil menerangkan di dalam surah an-Nas ini kita
akan mempelajari 3 komponen tauhid iaitu Tauhid al-Uluhiyyah, ar-Rububiyyah dan
al-Asma wa as-Sifat.
Selepas itu ustaz menghuraikan pula maksud
‘tempat sesembahan semua manusia’ di mana ustaz menerangkan segenap kehidupan
kita boleh menjadi penyembahan, atau pengabdian atau kata mudah ibadah
kepadanya. Bukan setakat solat sahaja yang dimaksudkan dengan ibadah. Ustaz
menerangkan bahawa hidup manusia ini hanya ada dua, dosa dan pahala. Jadi kita
kanlah jadikan hal-hal yang mubah atau harus sebagai sumber pahala kita, biarlah
kita makan sambil kenyang dengan pahala, tidur sambil lena dengan pahala,
berjalan dengan ditemani pahala.
Selepas itu Ustaz menerangkan pula tentang
syaitan yang sering menimbulkan was-was di dalam hati manusia. Ustaz menerangkan
satu hadith di mana Nabi saw menyatakan bahawa ada ‘Qarin bagi setiap
manusia.
حدثنا عثمان بن أبي
شيبة وإسحاق بن إبراهيم (قال إسحاق: أخبرنا. وقال عثمان: حدثنا) جرير عن منصور، عن
سالم بن أبي الجعد، عن أبيه، عن عبدالله بن مسعود. قال:
قال رسول الله صلى
الله عليه وسلم "ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن". قالوا: وإياك؟ يا
رسول الله! قال "وإياي. إلا أن الله أعانني عليه فأسلم. فلا يأمرني إلا
بخير".
Dari Abdullah bin Mas’ud
r.a kata Rasulullah SAW:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan mempunyai
‘qarin’ dari kalangan jin.” Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?”
Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaannya
sehingga akhirnya dia Islam (menyerah). Kerana itu dia tidak berani menyuruhku
melainkan untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim:2814).
Setelah itu ustaz
menerangkan di dalam al-Quran diterangkan bahawa syaitan itu boleh dibahagikan
kepada dua iaitu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Inilah yang disentuh di
dalam surah an-Nas “dari kalangan jin dan manusia”.
Selepas itu ustaz menerangkan ayat 112
surah al-An’am:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا
لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى
بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ
وَمَا يَفْتَرُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap
nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (daripada jenis) manusia dan (dan jenis)
jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu
menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan
apa yang mereka ada-adakan.
Selepas itu ustaz menerangkan pula apa yang
tertulis di dalam surah an-Nisa ayat 76.
الَّذِينَ آمَنُوا
يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ
الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ
ضَعِيفًا
Orang-orang yang beriman berperang di jalan
Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu
perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu
adalah lemah.
Ustaz Fadhil menerangkan daripada ayat di
atas, syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana
Allah swt menyebutkan kalimah thaghut. Ustaz menerangkan bahawa berdasarkan ayat
di atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu
kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.
Selepas itu ustaz membacakan kisah isteri
al-Aziz dengan Nabi Yusuf ‘Alaihissalam. Ustaz menceritakan tipu daya isteri
al-Aziz sebagaimana yang tertera di dalam surah Yusuf ayat 28 di mana dinyatakan
disitu bahawa tipu daya ia sangat besar.
فَلَمَّا رَأَى
قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ
عَظِيمٌ
Maka tatkala suami wanita itu melihat baju
gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu
adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah
besar."
Daripada ayat ini seorang pelajar perempuan
telah bertanya kepada ustaz kenapa digunakan kalimah ‘kaidakunna’ seolah-olah
tipu daya yang besar itu adalah milik semua perempuan. Lepas itu terdengar
perkataan ‘tak acilah macam tu’ dari bahagian pelajar perempuan. Habis satu
dewan gelak termasuk aku. Lepas tu ustaz Fadhil terang bahawa ini menunjukkan
bahawa tipu daya wanita yang besar itu sudah pastilah milik wanita-wanita jahat.
Kalau wanita-wanita baik tak akan mereka mahu menipu daya. Maka tipu daya wanita
jahat itu adalah besar sebagaimana besarnya tipu daya yang dilakukan oleh isteri
al-Aziz untuk menyembunyikan dirinya yang cuba menjadikan Nabi Yusuf AS sebagai
tempat melepaskan nafsu berahinya. Maka masakan ‘kunna’ di dalam ayat ini
memasukkan sekali wanita-wanita muslimah yang solehah, kerana wanita-wanita
solehah tidak akan melakukan tipu daya, apatah lagi seperti yang dilakukan oleh
isteri al-Aziz.
Elok kiranya kita melihat kronologi kisah
gangguan seksual yang cuba dilakukan oleh isteri al-Aziz ke atas Nabi Yusuf
AS.
Ia bermula pada ayat 23-32 di dalam surah
Yusuf.
012.023 وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي
هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ
قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ
الظَّالِمُونَ
Dan
wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk
menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata:
"Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku
telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada
akan beruntung.
012.024 وَلَقَدْ
هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ
لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا
الْمُخْلَصِينَ
Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu)
dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu
andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami
memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu
termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.
012.025 وَاسْتَبَقَا
الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِنْ دُبُرٍ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَى الْبَابِ
قَالَتْ مَا جَزَاءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوءًا إِلا أَنْ يُسْجَنَ أَوْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan keduanya berlomba-lomba menuju pintu dan wanita itu menarik baju
gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita
itu di muka pintu. Wanita itu berkata: "Apakah pembalasan terhadap orang yang
bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum)
dengan azab yang pedih?"
012.026 قَالَ هِيَ
رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ
قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)",
dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju
gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang
yang dusta.
012.027 وَإِنْ كَانَ
قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ
Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang
dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar."
012.028 فَلَمَّا
رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ
كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ
Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di
belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya
kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."
012.029 يُوسُفُ
أَعْرِضْ عَنْ هَذَا وَاسْتَغْفِرِي لِذَنْبِكِ إِنَّكِ كُنْتِ مِنَ
الْخَاطِئِينَ
(Hai) Yusuf: "Berpalinglah dari ini, dan (kamu hai isteriku) mohon
ampunlah atas dosamu itu, karena kamu sesungguhnya termasuk orang-orang yang
berbuat salah."
012.030 وَقَالَ
نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ
قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلالٍ مُبِينٍ
Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al
Aziz[752] menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya
(kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam.
Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata."
012.031 فَلَمَّا
سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً
وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ
فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ
لِلَّهِ مَا هَذَا بَشَرًا إِنْ هَذَا إِلا مَلَكٌ كَرِيمٌ
Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka,
diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan
diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan),
kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada
mereka." Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada
(keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha
sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah
malaikat yang mulia."
012.032 قَالَتْ
فَذَلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ وَلَقَدْ رَاوَدْتُهُ عَنْ نَفْسِهِ
فَاسْتَعْصَمَ وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونًا مِنَ
الصَّاغِرِينَ
Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku karena
(tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan
dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak
mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan
dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."
Begitulah kronologi kisah
Nabi Yusuf as dan isteri al-Aziz yang telah dirakamkan di dalam al-Quran.
Bagaimana akhirnya seorang ibu angkat tergoda kepada anak angkatnya sendiri,
hingga mahu melakukan hubungan seksual dengan anak angkatnya itu. Bagaimana
tipua daya wanita yang sudah ditenggelami hawa nafsu sehingga menipu suaminya
sendiri bahkan memfitnah pula anak angkatnya itu. Bagaimana akhirnya dengan
taqdir Allah, kebenaran terungkap. Akhirnya berita skandal seks si isteri
al-Aziz bersama anak angkatnya tersebar meluas. Berkata-kata masyarakat kota.
Gossip-gosip atau skandal-skandal yang kita lihat pada dunia politik zaman kini
juga ditonjolkan di sini. Dan bagaimana isteri al-Aziz cuba menjustifikasikan
perlakuan buruknya dengan menyuruh Nabi Yusuf AS sendiri muncul dihadapan mata
datin-datin yang mengumpat dan mencelanya kerana cuba melakukan hubungan
terlarang dengan anak angkat sendiri. Tergamam sekalian datin! Sehingga terlupa
ditangan sedang memegang pisau, lalu ditoreh jari sendiri, seakan tak percaya
sama ada dihadapan mereka ini lelai kacak ataupun malaikat
sebenarnya.
Dan di dalam ayat 24 di
atas, diterangkan bagaimana hampir-hampir Nabi Yusuf AS sendiri tergoda dengan
godaan ibu angkatnya, namun Allah memeliharanya sebagaimana Allah memelihara
Nabi-nabi yang lain.
Selepas itu di dalam sesi
soal jawab ada pelajar perempuan menanyakan akan kebenaran amalan umat Islam
yang kata waktu tengah sarat mengandung tu bacalah surah Yusuf supaya anak lawa,
surah Maryam kalau nak anak perempuan dan lain-lain lagi.
Jawab ustaz Fadhil semua
tu karut, perbuatan yang tak ada asal usul, tak ada kaitan surah-surah tu dengan
anak yang akan dilahirkan. Lepas tu ustaz buat lawak kalau nak lahir anak jin,
bacalah surah Jin. Satu dewan gelak.
Lepas tu seorang pelajar
lelaki pula tanya tentang tafsir oleh Imam as-Sobuni di mana diketahui akidahnya
bermasalah. Maka jawab ustaz, maka kenalah kita menilai bahagian akidah yang
manakah dia bermasalah, jadi bahagian yang bermasalah itu kita jangan ambil dari
dia.
Selepas tu aku pulak
tanya bagaimana dengan manhaj Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan perkataan
Yadullah di mana ada kalanya beliau menetapkan sifat ‘yad’ atau pun tangan
kepada Allah dalam masa yang sama dia juga ada menakwilkan perkataan yad kepada
perkataan yang lain. Jawab Ustaz Imam In Kathir tidak menafikan langsung bahawa
maksud asal Yad itu ialah tangan dan sebab itu beliau mentapkan sifat tangan
kepada Allah di dalam tafsirnya, dalam masa yang sama dia juga membawakan
maksud-maksud lain bagi perkataan ‘yadullah’. Kata ustaz yang menjadi masalah
ialah bila tidak menetapkan maksud perkataan asal iaitu ‘yadullah’ ataupun
tangan sebaliknya menggunakan perkataan-perkataan dan maksud-maksud lain yang
bukan maksud asal perkataan ‘yadullah’ iaitu tangan Allah.
Selepas itu seorang
pelajar lelaki bertanya pula bagaimana kesudahan cerita isteri al-Aziz dengan
Nabi Yusuf as. Ustaz menerangkan bahawa cerita-cerita yang popular seperti
selepas kematian al-Aziz, isterinya itu sering termenung, berkahwin dengan Yusuf
dan lain-lain adalah cerita yang tiada asas di dalam al-Quran mahupun hadith.
Maka jangan kita guna pakai cerita-cerita itu kerana Al-quran tidak pun
menyebutkan apakah kelangsungan hubungan Nabi Yusuf dan isteri al-Aziz itu, maka
jangan kita pula menyibuk-nyibuk nak tahu.
Seorang pelajar perempuan
bertanya pula apakah status hadith yang menyatakan bahawa kecantikan Nabi Yusuf
dan ibunya Rahil ialah separuh kecantikan Adam as dan siapakah perawi hadith
itu. Ustaz meminta untuk menjawab soalan itu pada kelas yang akan
datang.
Dalam tafsir surah an-Nas
juga ustaz menerangkan bahawa adalah satu kesilapan apabila kita memulakan solat
sebelum takbir dengan membaca surah an-Nas dengan alasan untuk mengelakkan
was-was kerana ia tidak di ajar oleh Rasulullah saw. Yang diajar ole Rasulullah
saw ialah apabila was-was di dalam solat ataupun ada gangguan syaitan, bacalah
taawudz dan hembuslah atau ludahlah ke sebelah kiri sebanyak 3 kali. Inilah yang
di ajar Rasulullah saw.
Penyakit was-was ini pernah berlaku
kepada seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) , namanya ‘Uthmaan ibn Abi al-’Aas
(r.a.).
Beliau datang berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan mengadu tentangnya:
"Syaitan menggangguku di dalam solatku, dan menyebabkan aku teragak-agak di
dalam bacaanku." Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Syaitan itu dipanggil
Khanzab. Jika kamu merasa kehadirannya, mintalah perlindungan daripada Allah dan
ludah (ludah kering) ke kiri kamu sebanyak 3 kali." Selepas daripada itu
‘Uthmaan berkata: "Aku melakukan apa yang Rasulullah (s.a.w) suruh dan Allah
telah menjauhkan dia (syaitan) daripada aku." (HR Muslim).
Hadith ini menyatakan 2 cara
untuk menghalau syaitan yang cuba mengganggu di dalam solat.
Cara
yang pertama ialah dengan meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan
syaitan (a’udzubillahi minas syaithaanirrajiim) , walaupun dengan mengucapkan
perkataan ini semasa solat - perbuatan ini tidak menyalahi apa-apa dalam
solat.
Cara yang kedua ialah dengan meludah (ludah kering) ke
kiri sebanyak 3 kali. Ini bermakna menghembuskan angin yang menyerupai perbuatan
meludah tetapi dengan hanya sedikit air liur, selagi ianya tidak mengganggu
orang di sebelahnya ataupun mengotorkan masjid.-Hal ini dinyatakan oleh
Syeikh Muhammad Saleh al-munajid.
Wallahu’alam., untuk mendownload kuliah
ini layari http://audiosunnah.blogspot.com