Archive for April, 2008


Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah

 

Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah

Oleh Ustaz Abdul Rasyid Idris

 

 

 

Pendahuluan

 

 Nota
ringkas ini adalah berasaskan tulisan Dr. Abd. Rahman Ahmad Al-Jur’ie,
pensyarah di Kuliyyah Syariah, Universiti Al-Malik Khalid, Arab Saudi.

 

 

 

Kepentingan Tajuk

 

 Qawaid Fiqhiyyah
(Kaedah-kaedah Fiqh) berasal dari himpunan dalil-dali daripada Al-Quran
dan sunnah nabi S.A.W. Justeru itu, sebagaimana nas-nas syarak
berperanan penting dalam kehidupan, demikianlah juga kaedah-kaedah yang
terhasil daripadanya. Salah satu aspek penting dalam kehidupan muslim
ialah aspek tarbiyyah dan dakwah. Oleh itu, antara kepentingan tajuk
ini ialah:

 

 

 

1. Membuktikan bahawa aplikasi Qawaid Fiqhiyyah tidak terhad dalam bab hukum hakam ibadat sahaja, sebaliknya ia boleh bahkan perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seluruhnya.

 

 

 

2. Tarbiyyah dan dakwah juga memerlukan aplikasi daripada kaedah-kaedah tersebut.

 

 

 

Contoh-contoh kaedah

 

 

 

Pertama:

 

 الأمور بمقاصدها (Setiap perkara adalah berdasarkan maksudnya)

 

  

 

Aplikasi:

 

  1. Dakwah adalah suatu usaha untuk mendekatkan diri      kepada Allah, oleh kerana itu, amalan ini mesti dimulakan dengan niat.
  2. Tindakan menyertai perjuangan dakwah mungkin      berdasarkan banyak sebab.

    Ada

    yang hanya untuk mengisi masa lapang, ada yang kerana terpaksa atau
    terjebak dalam keadaan, ada juga kerana kepentingan duniawi dan
    kemasyhuran. Oleh itu nilai aktiviti tarbiyyah dan dakwah ini
    bergantung kepada niat yang dipasang.

  3. Keperihatinan
    terhadap golongan tertentu dalam masyarakat untuk didampingi dan
    dijadikan teman seperjuangan, apakah motifnya? Adakah kerana kekayaan
    dan pengaruhnya? Atau kerana hubungan kekeluargaan atau ….?
  4. Dalam urusan ini selalu ada penentangan dan      penolakan. Golongan yang menolak ini ada berbagai jenis dan

    gaya

    .
    Sebab penentangan itu juga berbeza antara satu sama lain. Oleh itu,
    mereka yang sengaja memusuhi disebabakan mempertahankan kebatilan,
    tentu tidak wajar disamakan dengan mereka yang tersalah faham atau
    tidak mendapat maklumat yang betul.

  5. Menegakkan
    kebenaran, mengemukakan hujah-hujah yang kukuh berdasarkan ilmu yang
    mapan adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Tetapi
    ia mungkin dicemari dengan perasaan bangga diri, takbur dan merendahkan
    orang lain.
  6. Persaingan boleh membawa kepada permusuhan dan sangka      buruk. Prasangka buruk itu      bermula dari hati.
  7. Amar
    ma’ruf dan nahi munkar mestilah di atas dasar membenci kebatilan tetapi
    pada masa yang sama ia juga dilaksanakan atas nama kasih saying kerana
    Allah.

 

 

 

Kedua:

 

 اليقين لا يزول بالشك (Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka)

 

 

 

Aplikasi:

 

  1. Antara
    ciri utama pendakwah yang berjaya ialah sentiasa berhati-hati dalam
    membuat pendirian dan menjatuhkan hukuman ke atas satu-satu perkara.
    Justeru dia tidak mudah menyebarkan suatu perkhabaran tanpa terlebih
    dahulu mempastikan kebenarannya.
  2. Apabila
    khabar angin, gossip dan fitnah sukar menembusi lubuk hatinya, tentulah
    perasaan berbaik sangka akan sentiasa subur. Apabila dia ingin menilai
    atau menghukum seseorang dia tidak mengasaskannya kepada sesuatu yang
    samara atau tidak pasti.
  3. Dengan
    meletakkan baik sangka sebagai perhiasan hatinya dalam menilai mukmin
    (lebih-lebih lagi teman seperjuangan), ia dapat mengelakkan perpecahan
    dan perselisihan.

 

 

 

Ketiga:

 

 المشقة تجلب التيسير (Kesukaran membawa kepada kemudahan)

 

 

 

Aplikasi:

 

  1. Mudah
    adalah sifat agama yang telah Allah berikan dan ditunjuk ajar oleh
    ar-Rasul S.A.W. Oleh itu seruan kepada pengamalanya dan pembinaan insan
    di dalamnya mestilah menepati ciri yang Allah beri. Pendakwah mestilah
    menjauhi uslub yang menyusahkan kumpulan sasar atau yang menjadikan
    mereka semakin jauh.
  2. Perkara
    ini menuntut kepada kefahaman yang mendalami tentang nas dan realiti.
    Justeru dalam keadaan kekurangan modal insan yang berkualiti tinggi
    untuk dibina sebagai pejuang, ‘bahan’ yang sedia ada tidak boleh
    dibazirkan. Ia perlu dibina mengikut kemampuannya.
  3. Dakwah
    suatu urusan yang besar. Ia tidak mapu dipikul oleh seorang individu
    sahaja, jadi pengabungan dan penggemblengan tenaga mesti dilakukan.

 

 

 

Keempat:

 

 الضرر يزال (Kemudaratan dihapuskan)

 

 

 

Aplikasi:

 

  1. Memudaratkan
    manusia khususnya saudara seagama adalah dilarang. Oleh itu sebarang
    aktiviti amar makruf nahi munkar yang dilakukan perlu mengambilkira
    mudaratnya dapat ditanggung.
  2. Oleh demikian juga, sebarang tindak balas terhadap      pihak lawan hendaklah tidak melebihi batasan yang diizinkan syarak.
  3. Untuk
    mengelakkan mudarat yang tidak tertanggung, perlu sentiasa ada
    penelitian yang bersepadu agar pertimbangan yang menyeluruh diambil.

Kisah di Kem Ibadah Sek. Men. Keb. Felda Palong 7

Assalamualaikum WBT.

Kenangan di Sek. Men. Keb. Felda Palong 7
masih di dalam ingatan. Semalam aku mendapat sms dari dua orang pelajar
sana. Seorang budak lelaki kumpulan aku. Dan seorang pelajar perempuan.
Kedua-duanya pelajar tingkatan 1.

Rajin pula mereka tanya
khabar, hantar sms, sampai aku cakap wah banyak betul duit, form 1 dah
ada handphone sendiri. Kadang-kala mereka memanggil aku ustaz
kadangkala abang. Kepada budak perempuan, aku dah warning awal-awal.
"Don’t call me abang!" Call me Ustaz.

Nampak macam berlagak tapi
bagi aku tu lagi baik. Aku geli kalau budak perempuan panggil aku
abang. Biar diorang panggil aku ustaz.

Teringat aku waktu
awal-awal tiba di Palong. Ustaz Zul beritahu, sekolah ini lain sedikit.
Kat sini berkumpul segala masalah sosial. Mat dan minah rempit,
khalwat, zina, rokok, dadah dan lain-lain. Bahkan malang bertimpa
apabila segelintir ibu bapa di situ akan bertindak sekiranya ada guru
menegur kemungkaran anak-anak mereka. Ustaz Zul kata, pernah dulu dia
pergi ketuk seorang budak lelaki sebab kurang ajar sangat dalam kelas.
Cikgu mengajar kat depan, dia boleh duduk bersilang kaki dengan kaki
kat atas meja. Banyak lagilah kisah yang Ustaz Zul cerita.

Sampai
di sekolah, aku tengok mak datuk banyaknya piala. Rupa-rupanya
piala-piala kawad. Sekolah ni jaguh kawad. Pagi petang kawad. Aku duduk
kat situ rasa macam dalam kem tentera. Asyik dengan suara orang
berkawad.

Aku teringat seorang budak yang aku ajar rukun Islam,
Iman dan Syahadah. Dia ni baik, degil sikit tapi masih dengar cakap.
Dia ikut kalau kita ajar. Tak melawan. Kira okeylah. Malam itu hujan
lebat, aku nak bercakap pun budak-budak ni tak dapat dengar sangat.
Maka aku ambik keputusan untuk menulis di papan putih. Mula-mula aku
dok soal budak-budak ni pasal rukun Islam dan Iman. Sedikit
menyedihkan, ramai tidak mengetahuinya. Apabila mereka baca rukun Islam
dan Iman yang tunggang langgang. Aku biarkan sahaja. Aku tidak kata
salah atau betul. Aku ambil marker. terus aku tulisa satu persatu rukun
Islam dan Iman. Aku suruh semua mereka salin apa yang aku tulis. Lepas
itu aku menyuruh mereka membaca apa yang aku tulis seorang demi seorang
dan cuba menghafalnya.

Habis sesi rukun Islam dan Iman, aku
bertanya pula tentang syahadah. Aku menyuruh satu demi satu pelajar
melafazkan dua kalimah syahadah dengan maksudnya. Sekali lagi, ada
ramai jua yang gagal hatta tidak tahu langsung melafazkan kalimah
syahadah. Aku mengulangi langkah awal, aku menulis lafaz kalimah
syahadah di papan putih. Menterjemahkan maksudnya. Membacakannya kepada
pelajar-pelajar di hadapan aku. Dan menyuruh mereka mengikut aku
membacanya. Selepas itu aku menyuruh seorang demi seorang membacanya.
Wajah kecewa dan sedih aku tak boleh tunjuk dihadapan pelajar-pelajar
ini. Mereka bukan seperti pelajar-pelajar di Kem Smart Solat di sekolah
aku, Sek. Men. Keb. Tampin. Aku kena mengajar seperti mengajar
kanak-kanak sekolah rendah.

Akan tetapi, dalam masa yang sama,
aku juga merasakan bahawa mereka mahu belajar. Mereka degil tapi hati
mereka masih mahu pada agama. Mereka mengharapkan sesuatu, yang mungkin
gagal diberikan oleh segelintir ibu bapa di sana. Mereka mahukan
didikan, belaian, kasih sayang.

Walau dalam keadaan begitu, aku
masih memendekkan tempoh belajar semua itu kerana aku tahu mereka tidak
akan dapat hadam apa yang aku ajar malam itu. Cukup aku memberitahu
tentang rukun Islam dan Iman, dan mengajarkan mereka kalimah syahadah.
Selepas itu aku beri mereka rehat, buatlah apa yang mereka nak. Nak
baringke kat dalam surau tu. Aku mahu kem ini ceria, riang, tiada
tengkingan dari fasi-fasi, tiada masam muka antara pelajar dan fasi.
Aku mahu pelajar rilek, gembira, seronok dan ceria. Biarkan mereka
bergembira dengan kem ini.

Sebagaimana dengan syahadah dan rukun
Islam dan Iman. Begitu jualah dengan solat. Ada yang tidak tahu
langsung bersolat. Hatta bacaan-bacaan mudah seperti al-Fatihah, sujud
dan ruku’ juga tidak tahu. Pagi Ahad, solat Subuh tanpa Qunut. Aku
bangun. Aku katakan, tidak menghafal doa Qunut bukanlah alasan untuk
tidak solat Subuh. Hatta kalau tidak hafal bacaan-bacaan wajib seperti
tahiyyat dan lain-lain. Aku tetap katakan wajib solat. Solatlah walau
dengan tidak membaca apa-apa pun. Dalam masa yang sama cuba belajar dan
menghafal semua bacaan-bacaan wajib. Kerana itu aku memilih
bacaan-bacaan yang pendek yang wujud di dalam sunnah nabi saw untuk
dibaca oleh pelajar-pelajar ini. Selagi mana wujud pilihan untuk
membaca yang pendek, maka itulah yang aku ajar. Bak kata Rasulullah
SAW: "Permudahkan dan Janganlah menyusahkan". Solatlah setakat mana
yang kamu mampu.

Hari terakhir, pulang, ini sahaja yang mampu
aku dan rakan-rakan fasi lakukan. Tiga hari yang ada masih sedikit
untuk mengubah sekolah itu. Adik-adik yang hadir itu, masih perlukan
bimbingan. Siapakah yang akan mengawasi solat mereka ketika di rumah?

Saban
kali di dalam kem diingatkan jua tentang adab berpakaian. Sering jua
sahabat-sahabat fasi memuji adik-adik perempuan kerana memakai pakaian
yang menutup aurat ketika di dalam kem ini. Bukankah indah jika pakaian
itu juga yang akan dipakai selepas ini.

Mereka perlukan
bimbingan, bukan cacian, maki dan penghinaan. Mereka menerima kami
sebagai tetamu, dan membenarkan kita mengajar mereka. Di dalam hati
mereka masih mahukan kebaikan, cuma siapakah yang akan membantu mereka
mencari kebaikan itu?

Wallahu’alam.
Laporan Kem Ibadah Sek. Men. Keb. Felda Palong 7

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, akhirnya kem ibadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7 telah berjaya dilaksanakan. Dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para fasilitator yang terdiri daripada Institut al-Imam asy-Syafie Consultant and Training (INTIS), begitu juga dengan tiga orang bekas pelajar perempuan sekolah tersebut yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), rakan-rakan UIAM dari Gemencheh, Bahau, dan juga seorang sahabat dari Rembau yang juga baru sahaja menamatkan pendidikannya di kolej PTPL Shah Alam. Kesemua fasilitator ini telah menunjukkan semangt berpasukan. Kesanggupan mereka bersengkang mata tidak kira letih, penat dan lelah amat-amatlah dihargai.



 

 

 

 

 

Mungkin elok kalau aku ceritakan sedikit kronologi bagaimana kami boleh tiba dan melaksanakan kem ibadah di SMKP7 ini. Pada kira-kira tiga atau empat minggu yang lalu. Aku telah didatangi seorang pelajar perempuan perakaunan. Waktu tu aku baru sahaja habis kelas. Nak balik rumah lah gamaknya. Dia tanya, “Ni Masri

kan

?”. Lepas tu dia bagitahu aku bahawa Ustaz Zul yang mengajar di SMKP7 suruh dia cari aku di UIA dan ajak aku membantu kem ibadah yang akan dilaksanakan di SMKP7. Kem ini akan diketuai oleh seorang sahabat UIAM dan rakan-rakannya. Dan aku dijemput khas untuk terlibat di dalam slot solat. Ustaz Zul ini sudah aku kenali setahun yang lalu. Waktu itu aku dan rakan-rakan INTIS sedang menganjurkan Kem Smart Solat di sekolah aku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin (SMKT). Dan dari tahun lepas beliau sudah mengajak INTIS untuk hadir ke sekolah beliau untuk menganjurkan program sebegini. Cuma tahun lalu, tarikh yang ditetapkan telah bertembung dengan peperiksaan pertengahan semester fasi-fasi INTIS. Maka ia terpaksa ditangguhkan.



 

 

 

 

 

Maka jika melihat asalnya bahawa aku dan rakan-rakan dari INTIS bukanlah penganjur untuk kem ini. Dan seminggu sebelum kem ini berlangsung, aku telah memanggil penganjur dan bekas pelajar SMKP7 itu untu bermesyuarat tentang kem ini. Maka hasil mesyuarat itu, aku dapati bahawa senarai fasi masih belum ada. Cuak juga waktu itu sebab aku dah rasa kem ini akan kelam kabut. Masakan tidak dengan jumlah peserta dijangka menjangkau 100 orang, tapi senarai fasi masih belum diketahui berapa jumlahnya. Maka malam itu aku terserempak dengan sahabat yang berperanan mengetuai kem ini. Dia kata dia akan carikan fasi. Sehingga hari Rabu fasi masih belum ada. Tinggal dua hari sahaja. Tiba-tiba aku dapat panggilan daripada bekas pelajar SMKP7 yang mengajak aku ke kem itu. Dia memaklumkan penganjur mahu menangguhkan kem ini. Tapi katanya pihak sekolah dah buat persediaan bahkan pelajar-pelajar juga sudah tahu tentang kem ini. Bincang punya bincang, kami memutuskan untuk berusaha mencari fasi. Aku apa lagi, kelam kabut call dan sms kawan-kawan aku. Sudah saat-saat terakhir begitu, maka bertembunglah dengan aktiviti kawan-kawan itu.

Ada

yang sedang berada di Perak untuk Nuqaba’ Training. Aku kalut. Bekas pelajar SMKP7 itu memaklumkan bahawa dia sudah dapat empat orang lagi fasi dari pelajar UIAM di mana dua daripadanya juga adalah bekas pelajar SMKP7. Lega sedikit, tapi kalut aku tak hilang kerana sekarang fasi lelaki hanya aku dan seorang kawan aku.



 

 

 

Call punya call, tak cukup dengan tu SMS dan YM, maka dapat jualah lagi 3 orang fasi. Tapi mereka hanya akan tiba pada hari Sabtu kerana mereka ada Nuqaba’ Training di Perak sehingga Jumaat petang. Dan mereka juga membawa seorang budak perempuan UIA yang berasal dari Bahau.



 

 

 

Selesai juga sedikit masalah, cuma kalut sedikit apabila aku dan bekas pelajar SMKP7 itu terpaksa menguruskan kem ini di saat-saat akhir, dengan susunan tentative, modul lagi.



 

 

 

Aku bertolak pada pagi Jumaat bersama seorang rakan dari Rembau. Naik bas ke Gemas. Perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit. Tiba di Gemas, Ustaz Zul dan pelajar SMKP7 itu datang jemput. Punyalah jauh dari Gemas ke

sana

, kalau nak ikut macam dari Tampin ke Seremban jauhnya. Macam separuh perjalanan aku nak balik KL dah.



 

 

 

Sampai di

sana

dah nak dekat waktu solat Jumaat. Nak briefing fasi tak sempat. Lepas solat Jumaat baru sempat. Briefing ringkas tentang modul sifat wudhu dan solat nabi yang aku buat. Waktu itu aku seorang sahaja fasi lelaki. Seorang kawan aku akan sampai petang itu. Pembahagian kumpulan aku lakukan seorang diri. Alhamdulillah senarai nama peserta sudah aku milik sejam sebelum sesi pembahagian kumpulan. Maka kerja aku bertambah senang. Setelah dibahagi-bahagikan kumpulan, maka perempuan mempunyai enam kumpulan manakala lelaki mempunyai

lima

kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai antara sepuluh dan dua belas orang peserta jika mengikut jumlah asal iaitu 123 orang peserta. Cuma ada dalam lingkungan lapan belas orang tidak hadir, maka jumlahnya lebih kurang 105 orang pelajar.



 

 

 

Kawan aku dari KL itu tiba pada waktu Asar. Lega sedikit kerana ada yang datang membantu. Sesi petang itu dimulai dengan sesi berkenal-kenalan antara fasi dan peserta. Selepas itu dilakukan pula sesi perlantikan ketua kumpulan dan objektif setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan senarai objektif dan apa yang ingin dicapai di dalam kem ibadah ini.



 

 

 

Malam itu selepas solat Maghrib, sesi kuliah pertama aku mulakan dengan tajuk “Mari Berkenalan Dengan Allah”. Aku membawa kisah Nabi Ibrahim AS di dalam al-Quran di mana Nabi Ibrahim AS mencari-cari Tuhan, bagaimana Nabi Ibrahim menafikan bintang, bulan dan matahari sebagai tuhan.



 

 

 

Selepas sesi solat Isya’, kesemua peserta dipecahkan ke dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan lelaki dipecahkan dua, satu kumpulan dijaga kawan aku, dan satu lagi aku jaga. Malam itu aku mengajar kumpulan aku tentang rukun Islam, rukun Iman dan Syahadah. Hasil daripada malam itu, aku dapati ada pelajar yang tidak mengetahui rukun Islam dan Iman, bahkan tidak mengetahui bagaimanakah lafaz kalimah syahadah. Maka malam itu aku terpaksa mengajar dengan method seperti kanak-kanak sekolah rendah, aku menuliskan kesemua isi rukun Islam dan Iman, dan semua pelajar kumpulan aku dikehendaki menyalinnya. Dan aku juga menuliskan lafaz kalimah syahadah, berserta maksudnya. Selepas itu aku menyuruh setiap pelajar membacanya dan

cuba

menghafal. Sesi itu dijadualkan tamat jam 10 malam, cuma untuk kumpulan aku, aku tamatkan sedikit awal untuk memberi masa kepada budak-budak kumpulan aku berehat.



 

 

 

Selepas itu, pelajar dipecahkan semula ke dalam kumpulan kecil masing-masing. Mereka diminta menyiapkan bendera dan nama kumpulan masing-masing.



 

 

 

 

 

Pada jam 1045 pelajar-pelajar menikmati minum malam dan masa untuk tidur.



 

 

 

 

 

Pelajar-pelajar itu telah dibekalkan dengan nota zikir sebelum tidur, bangun tidur, dan zikir-zikir dan surah-surah yang dibaca selepas solat. Aku mengetuai mereka berzikir atas dasar untuk mengajar mereka.



 

 

 

Pada pagi Sabtu, sesi dimulakan dengan majlis Qiamullail. Aku mengimamkan majlis tersebut. Kami bersolat tahajud dua rakaat dan solat witir 3 rakaat dua salam. Sebelum itu aku mengingatkan kepada pelajar bahawa aku akan melamakan setiap sujud aku pada solat malam itu supaya kita dapat membanyakkan doa di dalam sujud. Tamat sahaja solat witir, maka masuknya fardhu Subuh.



 

 

 

 

 

Selepas selesai berzikir, kuliah Subuh di sampaikan oleh seorang pendakwah yang juga pegawai felda di situ. Ceramah beliau yang menarik dan

gaya

yang menggelikan hati, mencelikka mata pelajar yang kelihatan kuyu dek keraa bangun awal untuk qiamullail. Masakan tidak, malam itu aku dengar pelajar-pelajar itu tidur lewat. Pendakwah itu bercerita tentang masalah-masalah social budak-budak felda, adab-adab tidur. Melihat aksi beliau, teringat pula aku kepada ex-rockers Ustaz Akhil Hayy.



 

 

 

 

 

Tamat kuliah Subuh, sesi riadah dimulakan. Aku mengarahkan seorang pelajar untuk mengetuai sesi riadah pagi itu.



 

 

 

 

 

Pada jam 830 pagi. Sesi pertama kuliah adab dilakukan oleh sahabat aku. Beliau menerangkan tentang adab-adab seorang muslim di dalam kehidupan, adab ketika berkata-kata, adab berpakaian dan lain-lain. Kuliah itu pendek sahaja.



 

 

 

Pelajar-pelajar diberikan rehat selama 15 minit. Selepas itu sesi disambung dengan tajuk “Bagaimana Wudhu Rasulullah SAW”. Ketika sesi itu, sahabat aku melakukan demonstrasi sifat Wudhu Rasulullah manakala aku membacakan hadith-hadith nabi berkaitan wudhu. Dalam sesi itu adakalanya pelajar-pelajar disuruh ke hadapan untuk menggayakan bagaimana berwudhu. Tamat belajar wudhu, maka diajar pula secara ringkas tentang tatacara mandi wajib. Selepas itu pelajar berehat selama 15 minit untuk sedikit minuman dan makanan ringan.



 

 

 

 

 

Selepas menikmati sedikit hidangan dan berehat, sesi kedua iaitu sesi “Bagaimana Solat Rasulullah” dimulakan. Dalam sesi itu diterangkan setiap langkah solat Rasulullah SAW. Dan seperti sesi sebelum ini, pelajar-pelajar juga dipanggil untuk menggayakan bagaimana mereka bersolat.



 

 

 

 

 

Ketika itu aku mendapat panggilan telefon bahawa rakan-rakan fasi dari KL sudah hampir sampai di Kuala Pilah. Aku mendapatkan bantuan seorang guru di

sana

untuk memberikan tunjuk arah kepada rakan-rakan aku. Akhirnya, pada jam 115 tengahhari, mereka tiba jua di sekolah. Selepas Zuhur diadakan sedikit sesi berkenalan bersama abang-abang dan akak-akak fasi yang baru tiba. Dan mereka menyambung sesi sifat Solat Nabi yang tidak sempat aku dan rakan-rakan aku tamatkan pagi itu.



 

 

 

 

 

Pada jam 250, sesi itu ditamatkan. Pelajar diberikan rehat 10 minit. Selepas itu pelajar kembali ke dalam kumpulan masing-masing bagi membuat persediaan untuk “War Game” petang itu. Mereka diminta melantik ketua kumpulan perang mereka dan merancang strategi peperangan mereka. Majlis mesyuarat setiap kumpulan tamat pada jam 345 petang. Mereka diminta mula membina kubu kumpulan masing-masing.



 

 

 

 

 

Peperangan dimulakan selepas solat Asar. Pelajar lelaki telah mengadakan tiga pusingan peperangan selepas dua peperangan yang berkesudahan seri. Sedikit ganas permainan ini, akan tetapi ia memberikan sedikit keceriaan kepada mereka. Dan memang itu objektif kita untuk menjadikan kem ini sebagai satu kem yang ceria, santai dan relaks, dan tidak menekan peserta.



 

 

 

 

 

Malam itu, kuliah Maghrib disampaikan oleh fasi yang baru tiba tengahari itu dengan tajuk “Mari Menutup Aurat”. Di ajar bagaimana adab-adab berpakaian di dalam Islam. Selepas solat Isya’, kesemua pelajar dipecahkan ke dalam kumpulan kecil masing-masing. Fasi-fasi akan membimbing mereka untuk mempraktiskan wudhu dan solat yang sudah dipelajari siang itu. Bagi kumpulan aku, malam itu kami hanya buat praktis solat dua rakaat. Pelajar-pelajar kumpulan aku diarahkan bersolat di atas tar sebanyak dua rakaat. Tamat solat, aku mengajar mereka bertayamum dan selepas itu, kami ramai-ramai duduk di atas tar dan bercerita. Malam itu mereka suruh aku cerita kisah-kisah nabi. Aku cerita kisah Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf. Mereka suruh cerita lagi, aku jawab aku bukan hafal dan tahu semua cerita-cerita nabi. Selepas itu, kami menyambung dengan praktikal wudhu.



 

 

 

Pada jam 1030 pagi tayangan video Palestin disiarkan. Selepas itu aku memberi sedikit ulasan dan bercerita kepada adik-adik tentang situasi di Palestin dan pengajaran buat diri kita.



 

 

 

 

 

Keesokan paginya, selepas solat Subuh, kuliah disampaikan oleh seorang fasi yang bertajuk “Siapa Idola Kita”. Kuliah ini menerangkan kepentingan mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan kita.



 

 

 

Selepas itu diadakan sesi gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar. Selepas itu semua pelajar diminta berkumpul di kawasan perhimpunan. Diadakan kuiz tentang wudhu dan solat dimana kumpulan lelaki akan menentang kumpulan perempuan. Pada mulanya, akan diadakan empat soalan. Tetapi pertarungan yang sengit dengan kedudukan seri 2-2 antara kumpulan lelaki dan perempuan. Selepas itu ditambah satu soalan di mana wakil pelajar lelaki dan perempuan diminta membaca tahiyyat sehingga habis. Akhirnya keputusan berpihak kepada lelaki kerana lebih lancar bacaannya.



 

 

 

 

 

Selepas sarapan, sesi disambung dengan sambungan praktikal solat dan wudhu, dan ditambah dengan sesi pemberian markah di atas prestasi pelajar-pelajar.


 

 

 

Pada jam 1045 dimulakan majlis penutup dengan ucapan YDP PIBG, wakil sekolah dan wakil fasilitator. Selepas itu majlis bersalam-salaman antara fasi dan peserta dan selepas itu majlis bergambar. Tapi yang aku tengok fasi perempuan tidak bergambar bersama kumpulan masing-masing, kumpulan lelaki je. Habis je sesi bergambar, fasi-fasi diserbu oleh adik-adik untuk mendapatkan tandatangan dan nombor telefon.



 

 

 

 

 

Selepas sesi makan tengah hari, kami semua berangkat pulang ke lokasi masing. Terima kasih adik-adik SMK Palong 7. Dan terima kasih jua khas buat untuk Ustaz Zul yang berkerja keras.


Untuk mendownload gambar-gambar ketika kem layari disini http://www.friendster.com/photos/2787450/1/890827750






 

Say No To ISRAEL

 

Assalamualaikum WBT.

 

Malaysia
mahu benarkan warga Israel yang ada dalam pasukan Chelsea memasuki
Malaysia? Meraka ialah pengurus pasukan Chelsea, Avram Grant dan pemain
pertahanannya Tal Ben Haim.

 

Ini
bukanlah kali pertama, adakah kita lupa dengan kes pasukan kriket
Israel pada tahun 1997. Waktu itu aku masih darjah 4. Aku sekolah di
Sekolah Kebangsaan Bangsar. Waktu hari Jumaat, aku solat di masjid yang
dekat dengan

TNB

disitu. Kat situ jualah ramai budak-budak UM solat. Waktu tu aku dah
dengar-dengar nak ada demonstrasi lepas solat Jumaat. Sebelah masjid tu
padang, aku nampak ada orang main kriket. Waktu tu aku budak-budak
lagi. Buat tak kisahlah, sampai aku pun kata apalah bodoh sangat orang
nak main kriket pun kita bising-bising. Biarlah orang Israel tu datang
main kriket, bukan datang nak perang pun.

 

Esok
tu aku bukak paper, aku tengok gambar budak-budak UM kena sembur dengan
gas pemedih mata. Aku cakap lagi, bodoh betul budak-budak ni. Waktu tu
yang aku fikir apa salahnya diorang main kriket kat sini. Lantaklah
diorang tu orang Israel ke, Malaysia ke, Indonesia ke.

 

Lepas
tu aku dapat tahu ada tiga orang kena tangkap antaranya Mahfuz Omar,
pakcik Amjal dan Salahuddin Ayub. Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar kena
humban masuk dalam penjara sebab tak nak bayar wang denda. Pakcik Amjal
bebas sebab bayar. Pakcik Amjal dah tua, yang aku ingat waktu lepas
biacar tu orang pungut derma untuk bayar bebaskan pakcik Amjal. Mahfuz
dengan Salahuddin Ayub pilih untuk hidup di dalam penjara. Maka
dihumbanlah kedua-dua mereka ke dalam penjara.

 

Aku
dah besar sikit, masuk sekolah menengah, baru aku start baca
sikit-sikit pasal Palestin. Lepas tu baru aku faham kenapa diorang ni
tak suka team kriket Israel. Sebab kita Malaysia tidak ada hubungan
diplomatik dengan Israel. Sejak zaman Tunku. Tu lah yang aku baca,
boleh semak dalam senarai link di bawah ni. Tapi dalam masa yang sama
Tunku Abdul Rahman juga cakap kita tak bermusuh dengan Israel sebab
diorang ahli UN atau PBB juga. Oh macam tu (Baca baik-baik ye, aku cuma
bagitahu apa aku baca, cuma perkongsian, sila semak balik kat
laink-link yang aku beri di bawah).

 

Lepas
tu zaman Mahathir, dia lagi brutal. Mahathir selalu keluar statement
anti Israel bahkan bukan takat anti Israel. Dia keluar
kenyataan-kenyataan anti Yahudi. Yang aku tahu waktu awal Mahathir jadi
PM ramai orang cina takut sebab Mahathir ni ultra-Melayu.

 

Dari dulu lagi wakil-wakil rakyat

PAS

selalu bangkitkan isu hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.
Dan ketidaksetujuan untuk menjalin hubungan dengan Israel bukanlah
setakat suara

PAS

sahaja, yang aku tahu itulah juga seruan hati orang-orang Islam di
dalam UMNO. Sebab itu kerajaan yang diketuai UMNO tak berani sangat nak
tunjuk baik-baik dengan Israel.

 

Kenapa
tak setuju orang Israel masuk Malaysia? Sebab kita tiada hubungan
diplomatik dengan mereka. Tak kiralah yang masuk tu pelancong ke, atlit
ke. Membenarkan mereka masuk seolah-olah mengiktiraf kewujudan negara
haram itu. Yahudi bukan isunya di sini, isunya mereka warganegara
Israel. Agak-agak kalau orang Yahudi dari Belanda ke datang Malaysia,
dia warganegara Belanda, bukan Israel, adakah akan berlaku penentangan?
Sudah pasti tidak. Kerana isunya bukan sebab diorang Yahudi, isunya
sebab mereka ialah warganeagar Israel.

 

Siapa pemain Chelsea tu. Meh baca profil dia.

 

Jadi
nampak gayanya kerajaan nak ulang lagi kes kriket Israel dulu. Adakah
kerajaan mahu menghina lagi perjuangan Intifada Palestin sebagaimana
kenyataan-kenyataan yang keluar dari orang-orang UMNO selepas isu demo
anti kriket Israel. Andaikata pendemo-pendemo itu cuba melancarkan
intifada di Malaysia, maka siapa pula tentera Yahudi itu. Jika di
Palestin, orang Palestin menentang tentera kafir Zionis Israel, maka
orang Islam di Malaysia gamaknya sedang melancarkan intifada menentang
Zionis …..?

 

Apakah
besar sangat dan sukar sangat untuk menghalang mereka daripada menjejak
kaki ke bumi Malaysia? Kawan-kawan kita di Palestin bermandi darah,
bersenjatakan batu, kita di sini masih lagi lena nak menyambut pasukan
Chelsea yang akan mencalar maruah Malaysia sebagai negara Islam. Negara
Islam yang menentang dasarnya sendiri untuk tiada hubungan diplomatik
dengan si dajjal Israel. Tidak mengiktiraf kewujudan Israel, tetapi
dalam masa yang sama mengiktiraf pasukan kriket yang mewakili negara
Israel. Bukankah itu satu kontradiksi? Ataupun sebenarnya Malaysia ini
sama sahaja seperti negara-negara lain mengiktiraf kewujudan negara
yang dibina di atas darah orang Islam, cuma tak mahu jalin hubungan
diplomatik sahaja secara terbuka?

Apakah
demo anti kriket Israel akan berulang lagi. Kita nantikan… Adakah
intifada rakyat Islam Malaysia akan bermula, dan siapa pula tentera
Zionis di bumi Malaysia ini?

Mesti baca:

 

Lebih 1,500 mahasiswa demo depan Masjid Ar-Rahman-Pasukan ping pong

Israel

dibantah

 

Bantah 2 Pemain Chelsea Masuk Malaysia-Gamis

 

Chelsea

tetap datang

 

Kita dah terbukti ke Anti-Israel?

 

Undang warga

Israel

:

Malaysia

tidak prihatin nasib rakyat Palestin - Teras

 

USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18-Pasukan Kriket
Israel Menyertai Pertandingan Kriket Antarabangsa di Kuala Lumpur -
Penentangan oleh PAS

 

Israeli cricketers survive loud Malaysian appeals

 

Malaysia

calls on countries to cut ties with

Israel

 

Malaysia

proposes Islamic nations to cut ties with

Israel

 

Israel’s Quest for Recognition and Acceptance in Asia: Garrison State Diplomacy

Doktor Yang Mendambakan Syahid.

.


Ramai
doktor di muka bumi ini dengan pelbagai kepakaran masing-masing, tetapi
sangat sedikit di antara mereka yang hafal Al-Qur’an dan merindukan
syahid di jalan Allah, di antara yang sedikit itulah ada seorang doktor
bernama Abdul Aziz Rantisi. Dr Abdul Aziz Rantisi lahir pada tanggal 23
Oktober 1947 di desa Bina, terletak di antara Askalan dan Yafa.
Memiliki nama lengkap Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz Ar Rantisi merupakan
seorang doktor pakar kanak-kanak yang pernah bertugas di Hospital
Naser, di kawasan Kamp Khan Yunis, Jalur Gaza pada tahun 1976.

Beliau
aktif dalam pelbagai organisasi diantaranya sebagai anggota Komite
Islam, Organisasi Kedoktoran Arab di Semenajung Gaza. Menjadi Dekan di
Universiti Islam Gaza sejak dibuka pada tahun 1987 dengan mengajar
subjek Ilmu Genetik dan Parasit.



Abdul
Aziz Rantisi merupakan anak murid kepada Syekh Ahmad Yasin, tokoh
spiritual, HAMAS sebuah qiyadah pejuang Palestine yang melawan penjajah
Zionis Israel di abad moden ini. Di bawah bimbingan Syekh Ahmad Yasin,
Abdul Aziz Rantisi dapat memahami erti kehidupan dan perjuangan untuk
meraih kejayaan dan keberuntungan yang sebenarnya, tegar dalam
menghadapi cubaan, tidak terbuai dengan godaan dunia dan yang lebih
penting lagi adalah cita-citanya untuk mati syahid.



Beliau
pernah dipenjara di Kaffar Yunah bersama Sang Guru, Syekh Ahmad Yasin
dan beberapa pejuang Palestine yang lain dari Hamas. Di penjara
tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja’ah (mengulang) Al-Qur’an
yang sudah hafal diluar kepalanya sejak tahun 1990. Tiap-tiap yang
berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah
disempurnakan pahalamu.
Barang
siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh
ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan
yang memperdayakan.


Untuk
merealisasikan cita-citanya untuk mati syahid, selain berdo’a, beliau
berjuang dengan ikhlas, tidak cinta dunia, tidak takut kepada siapapun
kecuali kepada Allah, tidak mahu kompromi dengan Zionis Israel,
penjajah yang akan menghancurkan masjid Al-Aqsa, kiblat umat Islam
pertama.


Ketika
Syekh Ahmad Yasin syahid, Isnin, 22 Mac 2004 yang dibunuh oleh penjajah
Zionis Israel. Maka beliau telah terpilih menggantikan Syeikh Ahmad
Yassin untuk mengisi kekosongan kepemimpinan Hamas. Beliau memikulnya
dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Beliau sebagai pemimpin
pengganti Syekh Ahmad Yasin sangat berhati-hati terhadap wang atau
material dan amanah merupakan sebahagian dari hidupnya, sehingga beliau
sangat dipercayai oleh pengikut dan pendukungnya.


Ada
kata-kata hikmah yang menjelaskan Tiada Tsiqah Tanpa Amanah, ertinya
bagaimana mungkin seseorang akan tsiqah (percaya) kalau orang yang
diberi amanah apalagi sebagai pemimpin dalam bermuamalah dengan anggota
atau umat tidak amanah, berbohong, bersilat lidah untuk memperkaya diri
atau menyelamat diri sendiri.



Syekh
Abu Bakar Al-‘Awawidah, anggota Rabithah Ulama Palestine di Syira
ketika berkunjung ke Indonesia, tepatnya pada hari Jum’at, 28 September
2007/17 Ramadhan 1428H bercerita kepada penulis tentang saat-saat
terakhir kehidupan Dr. Abdul Aziz Rantisi setelah dihentam roket
penjajah Zionis Israel, Ketika badannya dipenuhi darah, keadaan dirinya
yang sudah mulai agak lemah, beliau (Abdul Aziz Rantisi) menunjuk ke
poket seluarnya, pengawalnya tidak faham apa maksudnya, setelah tangan
pengawalnya dimasukkan ke poket seluar Dr. Abdul Aziz Rantisi nampaklah
beberapa wang, Dr. Abdul Aziz Rantisi dengan kondisi tubuh yang sudah
lemah meyampaikan pesan kepada pengawalnya, berikan wang tersebut
kepada si fulan, Subhanallah, Allah memberikan kesempatan dan peluang
kepada Dr. Abdul Aziz Rantisi untuk meninggalkan dunia tanpa beban dan
hutang serta menunaikan amanah untuk disampaikan kepada yang berhak.



Bahkan
sehari sebelum dibom dengan roket penjajah Zionis Israel, beliau sudah
mengambil wang tabung gajinya selama mengajar di Universiti Islam Gaza
dan menghitung hutang yang akan dilunasnya. Termasuk beliau memberikan
bantuan untuk biaya pernikahan anaknya, Ahmad. Setelah itu beliau
berkata, ”Sekarang, jika saya menemui Tuhanku, maka aku dalam keadaan
bersih. Saya tidak memiliki apa-apa dan tidak ada tanggungan apa-apa.”



Pada
hari Sabtu, 25 Shafar 1425/ 17 April 2004, doktor yang rindu syahid,
Dr. Abdul Aziz Rantisi dibom oleh zionis Israel, Innalillahi wainna
ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami
kembali), QS: Al-Baqarah 2: 156, maka tercapailah keinginannya seperti
kalimat yang pernah dia ucapkannya: Kita akan mati suatu hari
nanti, tiada apa yang dapat mengubahnya. Jika maut disebabkan Apache
(helikopter tempur buatan Amerika) atau serangan jantung, saya lebih
rela memilih Apache…"



Janganlah
kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati;
bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.
(QS:  Ali Imran/3: 169). H.



Abuhasif 

Sumber: eramuslim