Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah
Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah
Oleh Ustaz Abdul Rasyid Idris
Pendahuluan
Nota
ringkas ini adalah berasaskan tulisan Dr. Abd. Rahman Ahmad Al-Jur’ie,
pensyarah di Kuliyyah Syariah, Universiti Al-Malik Khalid, Arab Saudi.
Kepentingan Tajuk
Qawaid Fiqhiyyah
(Kaedah-kaedah Fiqh) berasal dari himpunan dalil-dali daripada Al-Quran
dan sunnah nabi S.A.W. Justeru itu, sebagaimana nas-nas syarak
berperanan penting dalam kehidupan, demikianlah juga kaedah-kaedah yang
terhasil daripadanya. Salah satu aspek penting dalam kehidupan muslim
ialah aspek tarbiyyah dan dakwah. Oleh itu, antara kepentingan tajuk
ini ialah:
1. Membuktikan bahawa aplikasi Qawaid Fiqhiyyah tidak terhad dalam bab hukum hakam ibadat sahaja, sebaliknya ia boleh bahkan perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seluruhnya.
2. Tarbiyyah dan dakwah juga memerlukan aplikasi daripada kaedah-kaedah tersebut.
Contoh-contoh kaedah
Pertama:
الأمور بمقاصدها (Setiap perkara adalah berdasarkan maksudnya)
Aplikasi:
- Dakwah adalah suatu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, oleh kerana itu, amalan ini mesti dimulakan dengan niat.
- Tindakan menyertai perjuangan dakwah mungkin berdasarkan banyak sebab.
Ada
yang hanya untuk mengisi masa lapang, ada yang kerana terpaksa atau
terjebak dalam keadaan, ada juga kerana kepentingan duniawi dan
kemasyhuran. Oleh itu nilai aktiviti tarbiyyah dan dakwah ini
bergantung kepada niat yang dipasang. - Keperihatinan
terhadap golongan tertentu dalam masyarakat untuk didampingi dan
dijadikan teman seperjuangan, apakah motifnya? Adakah kerana kekayaan
dan pengaruhnya? Atau kerana hubungan kekeluargaan atau ….? - Dalam urusan ini selalu ada penentangan dan penolakan. Golongan yang menolak ini ada berbagai jenis dan
gaya
.
Sebab penentangan itu juga berbeza antara satu sama lain. Oleh itu,
mereka yang sengaja memusuhi disebabakan mempertahankan kebatilan,
tentu tidak wajar disamakan dengan mereka yang tersalah faham atau
tidak mendapat maklumat yang betul. - Menegakkan
kebenaran, mengemukakan hujah-hujah yang kukuh berdasarkan ilmu yang
mapan adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Tetapi
ia mungkin dicemari dengan perasaan bangga diri, takbur dan merendahkan
orang lain. - Persaingan boleh membawa kepada permusuhan dan sangka buruk. Prasangka buruk itu bermula dari hati.
- Amar
ma’ruf dan nahi munkar mestilah di atas dasar membenci kebatilan tetapi
pada masa yang sama ia juga dilaksanakan atas nama kasih saying kerana
Allah.
Kedua:
اليقين لا يزول بالشك (Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka)
Aplikasi:
- Antara
ciri utama pendakwah yang berjaya ialah sentiasa berhati-hati dalam
membuat pendirian dan menjatuhkan hukuman ke atas satu-satu perkara.
Justeru dia tidak mudah menyebarkan suatu perkhabaran tanpa terlebih
dahulu mempastikan kebenarannya. - Apabila
khabar angin, gossip dan fitnah sukar menembusi lubuk hatinya, tentulah
perasaan berbaik sangka akan sentiasa subur. Apabila dia ingin menilai
atau menghukum seseorang dia tidak mengasaskannya kepada sesuatu yang
samara atau tidak pasti. - Dengan
meletakkan baik sangka sebagai perhiasan hatinya dalam menilai mukmin
(lebih-lebih lagi teman seperjuangan), ia dapat mengelakkan perpecahan
dan perselisihan.
Ketiga:
المشقة تجلب التيسير (Kesukaran membawa kepada kemudahan)
Aplikasi:
- Mudah
adalah sifat agama yang telah Allah berikan dan ditunjuk ajar oleh
ar-Rasul S.A.W. Oleh itu seruan kepada pengamalanya dan pembinaan insan
di dalamnya mestilah menepati ciri yang Allah beri. Pendakwah mestilah
menjauhi uslub yang menyusahkan kumpulan sasar atau yang menjadikan
mereka semakin jauh. - Perkara
ini menuntut kepada kefahaman yang mendalami tentang nas dan realiti.
Justeru dalam keadaan kekurangan modal insan yang berkualiti tinggi
untuk dibina sebagai pejuang, ‘bahan’ yang sedia ada tidak boleh
dibazirkan. Ia perlu dibina mengikut kemampuannya. - Dakwah
suatu urusan yang besar. Ia tidak mapu dipikul oleh seorang individu
sahaja, jadi pengabungan dan penggemblengan tenaga mesti dilakukan.
Keempat:
الضرر يزال (Kemudaratan dihapuskan)
Aplikasi:
- Memudaratkan
manusia khususnya saudara seagama adalah dilarang. Oleh itu sebarang
aktiviti amar makruf nahi munkar yang dilakukan perlu mengambilkira
mudaratnya dapat ditanggung. - Oleh demikian juga, sebarang tindak balas terhadap pihak lawan hendaklah tidak melebihi batasan yang diizinkan syarak.
- Untuk
mengelakkan mudarat yang tidak tertanggung, perlu sentiasa ada
penelitian yang bersepadu agar pertimbangan yang menyeluruh diambil.
August 18th, 2009 at 1:27 am
macam mana pula dgn al’adah muhakkamah?
saya hny tau terlalu sedikit ttg qawaid fiqhiyyah..
boleh sedara tolong beri perbezaan antara qawaid fiqhiyyah dan qawaid usul fiqhiyah?