Archive for May, 2008


Sokongan kepada PKPIM: Uniform Sekolah Perlu Dikaji Semula

Sokongan kepada PKPIM: Uniform Sekolah Perlu Dikaji Semula

Assalamualaikum WBT.

Minggu
lalu, seorang pemimpin gerakan Islam, PKPIM telah memberikan satu
pandangan berkaitan dengan uniform sekolah yang berwarna putih dan
nipis sehingga boleh menampakkan tubuh si pemakai.

Maka
kedengaranlah pula bantahan beberapa pihak, lebih-lebih lagi apabila
disebutkan bahawa pakaian sedemikian boleh menyebabkan masalah sosial
seperti penzinaan, buang bayi dan lain-lain. Antara bantahan-bantahan
yang kedengaran ialah:

1) Gangguan seksual tiada kaitan dengan pakaian.
2) Pakaian baju kurung ini sudah lama dipakai, hatta wanita UMNO pun pakai baju kurung.
3) Cuba menggantikan budaya tempatan dengan budaya arab.

Sebelum
kita mengulas bantahan-bantahan tersebut, apa kata kita lihat pula
nilai isu ini dari segi Islam. Apabila bercakap soal hukum, mestilah
disandarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah, dan bukan menggunakan logik
akal semata-mata. Penggunaan logik akal semata-mata akan membawa kepada
dua aliran ekstrim iaitu terlalu mudah sehingga tidak ada peraturan
langsung ataupun terlalu ketat sehinggakan orang yang mahu mengamalkan
agama Islam seperti hidup di dalam neraka.

Isu di sini ialah pakaian tersebut nipis, menonjolkan tubuh disebalik kain itu.

Abdullah
Bin Amru Ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW berkata: Pada
akhir zaman nanti ada wanita-wanita dari kalangan umatku yang
berpakaian namun pada hakikatnya mereka bertelanjang. Di atas kepala
mereka seperti punuk unta. Kutuklah mereka itu kerana sesungguhnya
mereka wanita terkutuk. (Riwayat at-Thabrani di nilai sahih oleh
al-Albani di dalam Jilbab al-Mar’ah al-Muslimah fi al-Kitab wa
al-Sunnah).

 

 

 

Hadith
di atas menjadi bukti bahawa pakaian yang nipis yang menunjukkan tubuh
disebalik pakaian masih belum cukup syarat menutup aurat, bahkan ia
seolah-olah bertelanjang.

Usamah
Zaid pernah berkata: Rasulullah SAW pernah memberiku baju qibthiyah
yang tebal hadiah dari Dihyah al-Kalbi. Baju itu saya pakaikan kepada
isteri saya. Rasulullah SAW bertanya kepada saya: “Kenapa engkau tidak
pernah memakai baju qibthiyah. Saya menjawab: Saya telah memberikan
baju itu kepada isteriku. Baginda SAW lalu berkata:Perintahkan isterimu
agar memakai pakaian dalam disebaliknya. Sesungguhnya aku takut ia
menggambarkan bentuk tulangnya (Riwayat Ahmad. Al-Albani menilainya
hasan)

Hadith
di atas pula menunjukkan tentang hukum memakai pakaian yang ketat
sehingga membentuk tubuh badan. Ini menunjukkan bahawa pakaian yang
ketat itu masih belum cukup syarat untuk menutup aurat.

Dua bukti di atas ini menunjukkan bahawa pakaian yang nipis dan ketat adalah satu pakaian yang bertentangan dengan Islam.


Maka,
komen dan idea yang dilontarkan oleh PKPIM adalah satu yang benar dan
tepat. Mereka adalah organisasi yang berteraskan Islam, segala apa
tindakan, kata-kata dan idea yang dilontarkan mestilah selari dengan
Islam, maka di dalam hal ini PKPIM adalah benar dan
penentang-penentangnya adalah salah.

Apakah penyelesaiannya? Menukar warna pakaian, jenis kain ataupun apa?

Bagi saya ada beberapa jalan yang boleh diambil:

1)
Mewajibkan pelajar-pelajar yang memakai baju kurung melabuhkan tudung
sehingga menutupi dada. Ini selari dengan perintah al-Quran:

Katakanlah
kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain
tudung kedadanya (an-Nur:31)
.

2) Melarang penggunaan kain yang nipis sehingga boleh terlihat warna tubuh, pakaian dalam.

3)
Mewajibkan pemakaian pakaian dalam seperti singlet selain daripada
coli. Maka tidak timbul lagi isu pelajar perempuan yang hanya memakai
coli sebagai pakaian dalam.

4) Melarang pemakaian pakaian dalam yang berwarna terang yang kontras dengan warna putih.

Banyak
cara untuk menangani masalah ini, dan pilihlah jalan yang paling mudah
dan yang paling tidak membebankan pelajar dan khususnya ibu bapa dari
segi kewangan dan lain-lain. Selain daripada undang-undang, ibu bapa di
rumah wajiblah memberi penekanan ke atas pakaian yang menutup aurat,
didiklah anak-anak berpakaian menutup aurat kerana ia hukum Allah, dan
bukan kerana takut didenda di sekolah.

Mari kita lihat pula bantahan sesetengah pihak ke atas idea yang dilontarkan oleh PKPIM.

1) Pakaian tiada kaitan dengan gangguan seksual.

Pernyataan
ini benar sekiranya dikatakan bahawa pakaian inilah satu-satunya punca
masalah sosial dan seksual. Akan tetapi apabila kita menyatakan ia
menjadi salah satu punca, bukanlah bermaksud kita menafikan punca-punca
yang lain. Apabila kita menyatakan pakaian yang menjolok mata boleh
menaikkan ghairah seksual, bukanlah bermaksud kita menafikan bahawa
filem-filem pornografi merupakan punca berlaku kes-kes salah laku
seksual. Kita tidak pernah menafikan sebaliknya kita hanya menyatakan
bahawa pakaian adalah salah satu punca, bukan satu-satunya punca
masalah ini.

Apakah kita mahu menafikan perkaitan pakaian
dengan nafsu seksual? Saya tidak fikir ada suami-suami di luar sana
apabila pada waktu malam mahu bersama dengan si isteri, dia mahu si
isteri memakai jubah labuh siap dengan purdah lagi. Cuba baca apa kata
pakar seksologi tentang teknik-teknik untuk menggoda dan menarik
perhatian suami dalam hubungan seksual, antara cadangan yang pasti ada
ialah tentang pakaian yang mengghairahkan. Jadi ini menunjukkan pakaian
masih mempunyai fungsi dan pengaruh di dalam isu seksual tanpa
menafikan faktor-faktor yang lain.

2) Pakaian baju kurung ini sudah lama dipakai.

Amat
malang apabila ada kumpulan yang mengaku intelektual, berhujah
sedemikian rupa. Sifat ini tidak ubah seperti golongan kafir yang
apabila disuruh mengikut Islam, mereka berhujah bahawa apa yang mereka
pegang ini telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Hal ini telah
disinggung oleh Allah SWT.

"Dan apabila dikatakan kepada
mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah." Mereka menjawab:
"(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati daripada
bapa-bapa kami mengerjakannya." Dan apakah mereka (akan mengikuti
bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam seksa
api yang menyala-nyala (neraka)?" (Luqman:21).

3) Cuba menggantikan budaya tempatan dengan budaya arab.

Inilah
satu pernyataan yang paling lucu, amat malang bagi akhbar yang
mempunyai penulis yang tidak faham bahasa Melayu. Entah dari mana
dibacanya bahawa idea ini untuk menghapuskan budaya tempatan. Tidak ada
satu perkataan pun dalam idea yang dilontarkan oeh PKPIM untuk menukar
baju kurung kepada jubah. Adakah penulis yang bukan Melayu itu tidak
faham Bahasa Melayu (Malaysia?).

Saya berharap agar
gerakan-gerakan Islam di Malaysia, JIM, PAS, ABIM, PKPIM, Institut
al-Qayyim, Institut Ibnu Hajar, Institut Al-Mizan, Karisma, Al-Khadeem
dan lain-lain dapat kehadapan menzahirkan sokongan padu ke atas saudara
seIslam kita di dalam isu ini. Sanggupkan kita melihat saudara seaqidah
kita dari PKPIM dilanyak begitu sahaja oleh media-media yang didokong
oleh orang-orang kafir dan juga orang-orang Islam yang berideologi
kafir? Sanggupkah kita melihat sekali lagi hukum Islam diperleceh di
bumi Malaysia ini.

Janganlah kita hanya berfikir mahu
menjaga hati orang-orang kafir sedangkan dalam masa yang sama mereka
menulis sesuka hati dan mencabar orang Islam. Janganlah orang Islam ini
menjadi takut nak mengzahirkan keIslaman mereka, takut hilang sokongan
dan lain-lain. Ingatlah ayat terakhir surah al-Kafirun "Bagimu agamamu,
bagiku agamaku".

 

 

 

 

Undian Buletin Utama: 73 peratus setuju pakaian seragam putih dinilai

Isu baju kurung putih pelajar perempuan jarang, seksi-Roslan SMS

Seragam sekolah: standard yang perlu dipertimbangkan-Nur Salbiha

School uniform sexy, says group-The Star

 

School uniform not sexy: PAS

 

Pakaian pelajar perempuan: Ketua Muslimat

PAS

bidas Hishamuddin

Selesai Sudah Kem Di Masjid Aleyah. Alhamdulillah

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah,
selesai sudah Kem Remaja Tajdid 2008 di Masjid Aleyah Kg. Kuala Ina.
Mungkin patut aku mulakan dengan bercerita sedikit bagaimana munculnya
Kem Remaja Tajdid ini di masjid Aleyah.

Kem ini pada asalnya
dirancang untuk di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin atau
sekarang lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Syed Idrus. Setelah beberapa siri perbincangan dengan ustaz di sekolah,
maka diputuskan untuk tidak meneruskan kem tersebut di sekolah. Hal ini
kerana sekolah tersebut telah mengadakan kerjasama dengan
sekolah-sekolah lain untuk mengadakan kem ibadah. Jadi, akhirnya
diputuskan untuk meneruskan kem ini, pada tarikh yang sama di masjid
Aleyah Kuala Ina.

Maka aku ditugaskan untuk mendapatkan
kebenaran menggunakan masjid Aleyah Kg. Kuala Ina. Alhamdulillah,
proses awal berjalan lancar, setelah bertemu dengan Pengerusi Masjid
yang merangkap Pengerusi JKKK, maka beliau memberi kebenaran dan
menyuruh aku membuat satu surat rasmi yang akan beliau cop supaya dapat
membuktikan yang aku telah mendapat kebenaran untuk menggunakan masjid.

Selesai
proses pertama, maka pergi kepada langkah kedua, pencarian dana.
Dana-dana akhirnya dikutip daripada ahli-ahli perniagaan, dan
kontraktok-kontraktor Islam yang berada di sekitar Tampin.
Alhamdulillah, mereka memberikan sumbangan tanpa banyak soal, setelah
melihat kertas kerja dan budget program, mereka terus menghulurkan
sumbangan. Sumbangan terbanyak diperolehi daripada pemilik kedai
Perodua di Tampin, En. Mohd Said. Beliau menderma RM 500. Dari awal aku
memasuki kedai beliau, aku sudah dapat menjangka yang beliau memang
berminat untuk memberi sumbangan, cuma tidaklah sehingga sebanyak RM
500. Beliau kata, nak bagi banyak tak dapatlah, bolehlah
sedikit-sedikit beliau sumbang, rupa-rupanya sedikit yang beliau
maksudkan ialah RM 500.

Sesi pencarian dana diteruskan,
orang yang paling banyak berjasa ialah seorang jemaah tetap di masjid
iaitu Cikgu Hassan. Beliau mudah dikenali di masjid dengan kopiah putih
dan sedikit tempang. Beliaulah yang membawa aku berjumpa orang-orang
yang dilihat akan membantu memberi dana untuk kem ini.

Maka
selepas mengutip daripada orang ramai, maka aku pun pergi pula berjumpa
ke pejabat JAPERUN, mana tahu dapat sedikit peruntukan daripada YB
untuk kem ini. Di sinilah bermula mimpi ngeri, dan sedikit sakit hati,
bukan aku sahaja, tapi Cikgu Hasan.

YB menyatakan bahawa
tidak ada peruntukan kerana INTIS merupakan sebuah entiti perniagaan,
berlandaskan keuntungan. Maka aku pun tunjukkan budget bahkan yuran
yang akan dikutip, aku katakan dengan yuran RM 10, keuntungan apa yang
akan kami dapat. Beliau terus menyatakan tiada peruntukan, tak
mengapalah, aku tak kisah, tapi sifat yang bukan setakat tidak memberi
sokongan kewangan, bahkan tak ada sedikit pun kata-kata atau sokongan
moral yang beliau tunjukkan. Aku dengan cikgu Hasan terus beredar dari
pejabat JAPERUN Dun Gadek. Hati sudah panas. Cikgu Hasan sehingga ke
hari ini menyumpah hal tersebut, sampai-smapai dia kata "Bangan punya
YB, dahlah duit tak bagi, sokong pun tidak". Aku diam sahaja. Selepas
itu aku berjumpa dengan pengusaha stesen Minyak Petronas, En.
Shaharudin yang juga adik kepada menteri yang bernama Shaziman bin
Mansur yang juga ahli Parlimen Tampin. Beliau memberikan sumbangan
tanpa banyak soal, tiba-tiba dia tanya kepada aku sama ada dah mintak
duit dari YB. Aku senyap, tak tahu nak jawab, Cikgu Hasan yang jawab.
Tak pasal-pasal adik Menteri ini, marah sambil mengutuk sikap YB yang
tak memberi sedikitpun sokongan kepada kem ini.

Dana ketika
itu sudah berjumlah RM 1130. Tak cukup, jumlah sasaran 6o peserta,
yuran RM 10. Nak bayar catering pun tak cukup kalau macam tu.

Setelah
beberapa hari, aku betolak pula ke UIA Gombak atas urusan keluarga.
Sambil-sambil itu terus di adakan mesyuarat tergempar untuk
membincangkan perihal kem ini. Maka setelah diteliti, maka diputuskan
yuran dinaikkan ke RM 25 sahaja. Itupun masih perlukan dana tambahan.

Rakan-rakan
INTIS ada yang membantu mencari dana, dan akhirnya mendapat bantuan
dari pihak Institut al-Qayyim dengan bantuan kewangannya sebanyak RM
1000.

Untuk mengurangkan kos lagi, maka diputuskan bahawa
khidmat catering hanyalah untuk makanan sewaktu sarapan, tengahari dan
makan malam. Minuman dan makanan ketika rehat antara sesi-sesi aktiviti
dan minum malam akan disediakan oleh komiti.

Masalah
kewangan yang dihadapi telah merencatkan proses promosi dan
pengiklanan. Alhamdulillah seminggu sebelum Kem Bermula, baru proses
promosi dapat berjalan. Aku ke hulu ke hilir dengan motor RGV aku.
Masuk ke sekolah, pergi ke pejabat, menghantar surat jemputan supaya
pihak sekolah menghantar pelajar-pelajar untuk menyertai kem ini.
Selepas itu mencetak lebih kurang 500 pamphlet untuk diedarkan di
masjid-masjid, surau-surau, taman perumahan, dan tak lupa jua di pekan
tampin dan pasar malam. Kerja terpaksa dilakukan secepat mungkin kerana
masa yang suntuk.

Kawan-kawan aku di Tampin telah banyak
membantu. Ada yang mempromosi kem ini kepada jiran tetangga, sanak
saudara. Bukan itu sahaja, Ustaz Abdul Ghani yang sampai sekarang masih
mengajar, turut mempromosi kem ini kepada pelajar-pelajar di sekolah
hatta kepada kawan-kawan sekerja dan surau-surau yang beliau mengajar.
Tak cukup, maka pengedaran pamhplet dibuat pula di pasar malam,
pamphlet ada yang diberi secara terus kepada individu yang mahu menuju
ke kereta setelah membeli barangan ataupun yang sedang duduk-duduk
berehat. Cumanya aku tak ber pamphlet pada orang yang sedang membeli
baranganlah, tak sopan buat macam tu. Dan selain itu, seperti orang
yang nak mengiklankan perniagaan atau produk-produk, hampir 100
pamphlet iklan di selitkan pada kereta-kereta yang ada di pasar malam.

Keesokkannya, iklan disebarkan pula di pekan Tampin. Puas juga memilih kereta orang Islam, tak nak membazir pamhplet.

Saat
yang genting, pada 19 Mei, jumlah peserta masih belum menjangkau 20
orang. Aku dah risau, kawan aku di Tampin Zaid menenangkan keadaan
dengan menyatakan mungkin ramai akan datang daftar waktu hari Jumaat tu.

Tapi
mula sahaja, pagi 20 Mei, telefon aku dah tak henti-henti berdering
dengan panggilan dan SMS yang mahu mendaftarkan anak-anak mereka. Ada
yang mendapat tahu melalui internet, ada yang dapat tahu lepas lihat
iklan di masjid, ada pula yang dapat tahu sebab iklan tu ada dekat
cermin kereta mereka. Salah seorang daripadanya ialah cikgu Add Math
aku, dia balik pasar malam, suami dia nampak pamphlet iklan tu di
cermin kereta, hampir-hampir suami dia nak buang tiba-tiba cikgu aku
tahan sebab dia kata dia nak baca iklan tu. Sekali dia kata
rupa-rupanya iklan kem ibadah, ingatkan produk apa. Dia tengok nombor
yang nak dihubungi sekali nombor aku. Dia daftarkan anak buah dia.

Alhamdulillah,
adik-adik junior SMK Tampin (sekarang SMK Tunku Syed Idrus) membantu
mencarikan peserta, ramai jua dari sekolah itu hasil usaha adik-adik
aku yang baik hati. Bekerja keras nampaknya mereka memujuk kawan-kawan
sekolah mereka menyertai kem itu, bukan setakat kawan-kawan sekelas,
sampaikan kawan-kawan sekolah jiran seperti TBS pun diajak sekali. Baik
sungguh adik-adik aku ni.

Tamat sesi promosi, aku, Zaid dan
Aiman sibuk pula membeli-belah untuk keperluan kem. Aiman dengan baik
hatinya menawarkan diri menjadi driver untuk membeli belah. Mula-mula
pergi Giant. Hah sekali di Giant stok gula habis. Cepat-cepat pergi ke
Tampin Shopping, beli gulah, cari Teh Cap Masjid (silap beli, sebab
beli Teh Cap Batu, ingatkan cap Masjid sebab ada gambar masjid).

Petang
tu, lepas dah habis beli semua barang, kami pergi Balai Polis Pulau
Sebang untuk melaporkan tentang kem yang kami nak adakan, Tak nak pulak
tiba-tiba dituduh macam-macam, lagipun dah macam-macam cerita tak elok
aku dengar pasal kem yang nak dibuat ini. Dan seperti ada usaha nak
menggagalkan. Alhamdulillah, tak terjadi.

Pagi Jumaat, aku
didatangi seseorang dari Alor Gajah, aku tak kenal siapa. Mula-mula dia
mintak pamhplet program (aku fikir mungkin dia nak daftarkan anak dia,
mungkin baru tau) tiba-tiba dia mintak pula poster program, aku dah
mula fikir lain. Lepas tu dia tanya lagi dah dapat kebenaran pihak
masjid ke belum etc. Dia tanya lagi aktiviti ni ajar budak-budak solat
je kan. Aku pun bagilah semua maklumat yang dia nak. Buat apa nak tipu.
Aku ajak dia datang sekali waktu kuliah-kuliah yang ada dan waktu
majlis penutup. SB agaknya, aku ingatkan aku seorang je, petang tu Zaid
bagitahu ada orang datang jumpa dia, tanya macam-macam pasal kem ini.

Alhamdulillah pada hari pendaftaran, seramai 42 datang mendaftar walaupun tak mencapai sasaran 60 orang.

Aku
dan rakan-rakan Tampin bertugas menyediakan minuman untuk
peserta-peserta dan fasilitator. Nampak gaya yang buat kem tu meriah,
bukan peserta tapi komiti-komiti bahagian buat air, dengan keriuhan dan
lawak-lawak yang buat aku tak tahan nak ketawa. Semua budak-budak
Tampin, kawan-kawan sekolah aku dan juga akak aku sendiri.

Ada
kawan aku, Alan, pagi Jumaat tu dapat tahu ada kem ni, terus datang
membantu tanpa banyak soal. Azila, Khamis malam dapat panggilan dari
aku, terus pagi tu muncul dengan Zunairah dan Zafirah.

Petang
itu, muncul pula Izmir sebab Alan telefon dia suruh datang sekali bantu
kem ini. Boleh jadi reunion geng SPM Batch 2004 pula waktu kem ini.
Semua yang jadi komiti kawan-kawan aku dari sekolah lagi. Akak aku
sahaja yang bukan.

Aku dengan Zaid bertugas jaga disiplin
dan kebajikan. Macam-macam budak ada. pada hari pendaftaran, aku dan
Zaid jadi tukang sambut ibu bapa yang hadir. Borak-borak dengan ibu
bapa.

Peserta yang hadir kebanyakan bukan orang tempatan,
ada yang dari Klang, Selayang, Tangkak, Serkam, Simpang Ampat Alor
Gajah dan banyak lagi. Orang sekitar kebanyakannya orang Tampin, bukan
kariah Kuala Ina. Inilah yang sedikit mengecewakan aku.

Hari
kedua, ada pula budak yang demam, lelaki tak banyak masalah sangat,
budak perempuan ada yang demam sampai tak nak makan. Terpaksalah Azila
yang jaga kebajikan duduk dengan dia sepanjang hari, bawak makanan dan
minuman untuk dia. Petang pula Azila bagitau ada dua budak perempuan
badan panas sangat. Aku pun ajak Izmir sebab dia ada kereta, bawa dua
budak perempuan tu pergi Klinik Al-Azhim di Tampin Square.

Sesi
aku bagi kuliah ialah pada Sabtu tengahari ajar tentang Thaharah, ajar
pasal wudhu, mandi wajib dan tayamum. Udah dapat sesi tengahari, kompem
budak tidur kalau aku je yang dok cerita dan demo. Akhirnya aku panggil
budak-budak tu baca kat depan, dan demo cara mereka berwudhu, dan baru
kata betul atau tak. Pastu buatlah lawak, nak kata sikit lawak, aku
rasa kat setiap tempat tu aku ada wat lawak-lawak. Dan antara yang aku
paling fokus ialah bab niat, betulkan konsep niat mereka, tak payah
lafaz niat dan lain-lain.

Untuk kuliah seperti kuliah
aqidah, aku jemput Ustaz Kamal Arifin. Dia mengajar di sekolah rendah
di Telok Mas, Melaka. Dia tak dapat hadir, jadi dia hantar adik dia,
Ustaz Sobri dan seorang rakannya, Ustaz Musa. Ustaz Musa yang akan
berceramah pada malam itu. Mula-mula nampak slow sahaja, lama-lama maca
dah masuk gear, makin rancak dan bersemangat ceramah itu. Orang-orang
kampung yang ada pun turut sama mendengar kuliah itu. Ustaz Musa dan
Sobri ini memang orang Melaka. Mereka adalah tenaga pengajar di sebuah
pondok di Sungai Udang.

Untuk kuliah cinta Rasul,
disampaikan leh Ustaz Hairil Irza yang bukan sahaja bekas pelajar UIAM,
bahkan bekas pelajar sekolah aku SMK Tampin.

Di dalam kem
itu, para pelajar didedahkan dengan ilmu akidah, ibadah dan akhlak.
Bahkan para pelajar diajar tentang sunnah-sunnah harian seperti adab
makan, tidur dan lain-lain. Mereka juga diberikan beberapa hadith untuk
dihafal.

Setiap malam juga diadakan sesi Qiamulail.

Nak bercerita sangat tentang bab modul, aku bukan fasi, jadi tak dapatlah aku nak cerita sangat di sini.

Pada
hari terakhir, diadakan sesi penutup dan pertemuan bersama ibu bapa dan
penjaga pelajar. Aku dan komiti tidak menyertai majlis penutup kerana
sibuk nak kemas stor dan barang-barang dapur.

Terima kasih kepada rakan-rakan di Tampin dan akak aku yang berkerja
keras (Aiman yang paling tak kenal penat. Dari pagi Jumaat dia dah ada
di rumah aku. Malam sabtu pun tidur di situ, gilir-gilir jaga malam
dengan aku dan Zaid. Pagi Sabtu dia bertolak ke KL sebab ada sepupu
bertunang, Habis je majlis terus bertolak balik ke Tampin, sampai di
Tampin terus datang ke kem. Aku pun tak sekuat itu agaknya). Bagitu
juga rakan-rakan dari INTIS, dan ibu bapa aku yang banyak memberikan
sokongan moral, kewangan dan tenaga.

Wallahua’alam.

Apa beza Mother’s day Dan Independence Day

Assalamualaikum WBT.

Saya tak dapat melihat beza Hari Ibu, Hari Guru, Hari Merdeka, Hari Buruh dan lain-lain.

Kalau nak kata haram sambut mother’s day, maka katakan jua haram sambut hari merdeka etc.

Dan saya lagi cenderung tak mengapa nak sambut pun, ia tidak ada beza dengan
sambut hari lahir, hari buruh, hari merdeka, anniversary perkahwinan
etc.

Janganlah nak berhujah dangkal yang kena sayang ibu bapa setiap hari.
Ingat mereka yang sambut mother’s day tu sayang ibu mereka pada hari
mother’s day sahajakah?

Di sini saya lampirkan beberapa fatwa. Saya tak menolak pun memang ada ulama
yang menentang tapi, ingat mereka bukan hanya menentang mother;s day, mereka
juga menentang labour day, independence day, dan lain-lain kerana bagi mereka hanya
ada dua festival iaitu raya haji dan raya puasa. Maka jika anda nak ikut
fatwa mereka, jangan ikut part mother’s day sahaja, ikut juga dalam part2 festival
yg lain sebab alasan mereka menolak adalah sama.

Di bawah ini ialah fatwa berkaitan anniversary, birthday, dan kita
boleh apply utk mother;s day, teacher’s day etc selagi mana ia bukan
perayaan agama:

Question: I would like to know if it is permissible in Islam for a married couple to celebrate their wedding anniversary.

   


    Answered by Sheikh Sâmî al-Mâjid

 
 
    

After
a careful study of the rulings pertaining to unlawful festivals and
holidays, it appears to me that these rulings concern those occassions
that have a single date for all the people in society – like all of the
people residing in the country or who are attibuted to it – so that the
day that is specified for the festival is a conspicuous, public event
where the people make a public show of joy and celebration. Such
festivals and holidays resemble the `îd days in Islam, and such are the
holidays that are prohibited, in my opinion.

The prohibition of
such days is evidenced by the hadîth where the Prophet (peace be upon
him) arrived at Madinah and found that they had two festive days
wherein they would play and enjoy themselves. The Prophet (peace be
upon him) said: “Allah – Most Blessed and High – has replaced them with
what is better: `Îd al-Fitr and `Îd al-Adhâ.” (Sunan Abî Dâwûd (1134) and Sunan al-Nasâ’î (1556))

It
is only such festivals that are celebrated by everyone on a particular
day that have the qualities that resemble the `îd celebrations.

As
for a person celebrating the occasion of his wedding anniversary with
his wife, I do not see this as coming under the ruling of prohibited
festivals. Its day is different for different couples. Therefore, it is
in no way comparable to the `îd days of Islam. Each couple celebrates
their marriage on a different day.

The difference between
general public festivals and such particular, personal days is that
with respect to the personal days, the days themselves are generally
not sanctified and considered sacrosanct and there is not a wholesale
public display of festivity.

Therefore, I tend to the view that
there is nothing wrong with a couple celebrating their wedding
anniversary as long as they do not copy the particular practices of the
non-Muslims in doing so, like lighting candles for each year that they
were married.

And Allah knows best.

http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?q_id=974&main_cat_id=14

Question: What is the ruling on celebrating birthdays?

   


    Answered by Sheikh Salman al-Oadah

 
 
   
If you mean celebrating the likes of the birthday of Prophet Muhammad
(peace be upon him) or Prophet Jesus (peace be upon him), then this is
clearly unlawful. Such festive days are newly contrived innovations
that conflict with the dictates of Islamic Law.

Such rites are
from the traditions of the People of the Book. They have a devotional
purpose and are carried out seeking nearness to Allah. This is the
reason I view such occasions to be unlawful and prohibited.

If,
on the other hand, you mean celebrating personal birthdays, then this
is something different, since it is not intended as a devotional act or
an act of worship. Therefore, it is not as serious a matter. Still, I
tend to regard it as something disliked for people who are not already
accustomed to celebrating this event in their culture, but do so merely
to blindly ape cultural practices that are outside of their own
experience.

Question: What
is the ruling on making or selling birthday party decorations and
balloons? Does it take the same ruling as selling Christmas trees?

Answered by Sheikh Salman al-Oadah

Participating
in, making, or manufacturing anything that is used for something
unlawful is also unlawful, since it is assisting in sin and iniquity.
Therefore, selling Christmas trees and Christmas decorations is
unlawful.

With respect to birthday parties, the situation is
different. This is because birthday parties are not religious occasions
and do not have an overt religious cast to them.

A birthday
party is not a festival of the nature of an `îd that is a general
festive day for the entire community. It is merely a personal occasion
that means nothing more than a remembrance of something dear.


http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?main_cat_id=49&q_id=973

Dakwah Bukan Jalan Mudah, Bukan Jalan Hidup Mewah

Assalamualaikum WBT.

Kita sesedap mulut mengguna istilah dakwah. Tapi pernah kita periksa benarkah kita berdakwah?

Kita kata kita pendakwah, tapi dalam paper sebut apa salah pendakwah demand ceramah bayaran RM 6000-RM10 000.

Kalau nak hidup mewah, pergilah berniaga, jadi ahli korporat.

Alasan dia sebab jadi pendakwah sepenuh masa? Siapa suruh jadi sepenuh
masa, siapa suruh jadikan dakwah tu pekerjaan untuk cari rezeki.

Kawan-kawan karkun tabligh kita berdakwah jua, tapi adake mereka jadikan keluar di jalan Allah tu untuk cari duit?

Aku tak kata jangan bayar ustaz-ustaz yang berceramah. Yang aku marah
ustaz-ustaz yang demand, campaklah title pendakwah tu dalam longkang.
Jangan nak jual nama dakwah untuk kemewahan hidup. Toksah berlagak
konon pendakwah sepenuh masa, RM6000 satu jam ceramah apa kejadah!

Dakwah bukan tempat cari duit! Aku tak marah cari rezeki dengan
mengajar ilmu agama, aku tak kisah bila bayarannya setimpal. Kalau
takat sebulan dapat income RM 2000-RM 3000 sebab mengajar orang, aku
tak kisah. Yang penting jangan demand! Dan jangan letak harga
bukan-bukan sampai RM6000 sejam.

Apa ilmu agama ni untuk orang-orang kaya? Habis tu orang asli dalam
hutan nak campak mana. Adik-adik yang pergi sekolah takde duit belanja
nak campak mana? Makan nasi kosong berlauk ikan kering nak campak mana?

Sahabat-sahabat nabi dulu ada ke jadi kaya raya sebab buat kerja dakwah?

Kita tak marah orang nak bayar, tapi kita marah bila manusia yang
memasang title dakwah pada aktiviti agama start demanding macam-macam.
Bila tak dapat, mulalah tak nak hadir program, tak nak hadir ceramah,
kalau yang selalu ikut jadi fasi kem-kem, mulalah berat nak jadi fasi.

Pasti ada yang jawab, kita perlu duit. Aku pun perlu duit, aku tak kata
kita tak perlu duit, tapi jalan mana cara nak dapat duit. Aku tengok
kawan-kawan aku yang karkun, keluar 3 hari, kadangkala 10 hari, mereka
ni dapat elaunke? Tambang bas mereka ada orang bayarke?

Kalau mahu jadi dai’e, buatlah cara mahu jadi dai;e. Aku tak suruh
buang harta, buang duit. Tapi sendiri fikir, bandingkan diri dengan
kawan-kawan kita yang buat kerja dakwah, tak dapat elaun, segala
belanja guna duit sendiri. Bandingkanlah dengan diri kita, apakah diri
kita sanggup buat macam tu? Sanggupkah kita?

Jauh lagi kalau nak banding dengan dakwah para sahabat. Dakwah yang
memakan nyawa para sahabat, tragedi Raji’e yang mengorbankan nyawa dan
menumpahkan darah para sahabat di atas pengkhianatan golongan munafiq.
Mereka korbankan nyawa dan darah! Kita?

Peristiwa sirah di mana penghafaz-penghafaz al-Quran yang terbunuh
dalam misi dakwah. Bandingkan dengan diri kita. Di mana kedudukan kita?

Di mana silap tarbiyah kita hingga kita berat nak keluar duit sendiri
di jalan dakwah. Di mana silap didikan kita hingga kita memikirkan
tambang bas untuk kegiatan dakwah perlu ditanggung orang lain. Mana
sirah sahabat yang kita agung-agungkan. Kat mana kita campak
kisah-kisah sirah ini.

Nak duit! Orang bagi ambillah, tapi jangan bermasam muka kalau orang
tak bagi. Nak banyak duit waktu cuti ni, pergi kerja kontrak, gaji RM50
sehari. Pergi rajin tulis-tulis artikel hantar dalam majalah. Kalau
pandai tulis novel gilah buat novel, hantar kat syarikat penerbitan.
Demandlah harga yang kita nak.

Pantang aku orang mengaku pendakwah sepenuh masa, pastu demand
macam-macam bila dijemput bagi ceramah. Sepenuh masa hapa, kira 24 jam
sehari tu, berapa penuh masa dakwah sampai sejam kena bayar RM6000.

Jangan dihina kerja-kerja dakwah ini dengan najis duitan.

p/s: Tapi pihak masjid, penganjur juga janganlah menjadi kedekut dengan
mengagung-agungkan duit yang banyak di dalam akaun masjid. Bila meeting
hujung tahun bangga, hah tengok duit tabung dalam akaun masjid banyak
beribu-ribu. Tapi bila nak buat program agama di masjid punya payah nak
bagi dana. Nak panggil ustaz berceramah pun punya payah, sebab kedekut
nak bayar. Orang nak buat aktiviti untuk budak-budak di masjid,
terpaksa jadi peminta sedekah, mengemis di sana sini. Entah apa nak
dibuat dengan duit beribu di dalam akaun itu kita pun tak tahu.

Wallahu’alam.

http://the-authenthic.blogspot.com

Kem Ibadah remaja Masjid Kuala Ina:23-25 mei

23-25 Mei 2008

Lokasi:

Masjid Aleyah Kg. Kuala Ina,

Pulau Sebang Utara, Tampin Pos,

Melaka

Objektif:

1) Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja-remaja untuk
meningkatkan pengetahuan agama mereka lebih-lebih lagi di dalam ibadah
fardhu mereka iaitu solat.

2) Melahirkan remaja yang berakhlak mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

3) Merapatkan golongan remaja dengan masjid.

4) Mengembalikan remaja ke landasan Islam yang sebenar.

Apa itu Tajdid:

Mengembalikan sesuatu kepada bentuk yang asal.

Kem Remaja Tajdid bermaksud:

Bermatlamat untuk membimbing golongan remaja kembali kepada cara
beragama seperti Aqidah, Ibadah, dan Akhlak sebagaimana yang asal yang
di ajar oleh Rasulullah SAW.

Syarat Penyertaan:

1) Terhad kepada 60 orang peserta sahaja (30 lelaki dan 30 perempuan)

2) Berumur 13 hingga 17 tahun.

3) Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2008.

Yuran: RM 25 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi Saudara Mohd Masri Mohd Ramli 0132506391.

Pembayaran juga boleh dilakukan dengan bank in ke akaun tersebut:

Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon

Bank Islam

No. Akaun: 14-162-02-014192-0.

Bagi pembayaran melalui akaun ini,
sila hubungi saya setelah pembayaran dibuat dan bawa resit bank in pada
waktu pendaftaran 23 Mei.

Bagi mereka yang mahu berjumpa secara
terus dengan saudara Mohd Masri, boleh hadir ke masjid Aleyah, pada
waktu Maghrib sehingga Isya’. Insya-Allah setiap malam available.

Tentatif Program:

 

23 Mei 2008, Jumaat 

 
 

02.30 pm : Pendaftaran

 

03.00 pm : Taklimat program kepada peserta

 

03.30 pm : Pembahagian kumpulan dan fasilitator

 

04.00 pm : Ice-breaking

 

04.45 pm : Solat Asar

 

05.00 pm : Riadhah

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.45 pm : Makan malam

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Mari Mengenal Allah"

 

08.30 pm : Solat Isya’

 

09.00 pm : LDK 1: "Siapa Kita Sebenarnya?"

 

10.30 pm : Persembahan video

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

24 Mei 2008, Sabtu

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.40 am : Tadarus Quran (juzu’ 30)

 

08.00 am : Hemat diri

 

08.30 am : Sarapan pagi

 

09.00 am : Kuliah 3 – "Syirik Dosa Besar"

 

10.00 am : LDK 2 :

 

12.30 am : Makan tengahari

 

01.00 pm : Qoilulah & solat Zohor

 

02.00 pm : LDK 3 :

 

03.30 pm : Minum petang

 

04.45 pm : Solat Asar

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.40 pm : Makan malam

 

 

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Kita adalah Pengembara"

 

08.30 pm  : Solat Isya’

 

09.00 pm : "Mari Mantapkan Solat"

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

25 Mei 2008, Ahad

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.30 am : Sambungan "Mari Mantapkan Solat"

 

08.00 am : Hemat diri & sarapan pagi

 

08.30 am : LDK 4 :

 

10.00 am : Minum pagi

 

10.30 am : Majlis penutup

Bagaimana mahu ke Masjid Aleyah:

Masjid
Aleyah terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Tampin/Pulau
Sebang. Ia terletak berhadapan dengan Tokong Naga@Dragon Temple.

Anjuran
INTIS (Institut al-Imam asy-Syafie) Consultant and Training
dan Masjid Aleyah, Kg. Kuala Ina,