Hati ku tertaut pada tiga novel ini
Assalamualaikum WBT.
Hari ini aku usai membaca dua buah novel yang ditulis oleh pelajar UIAM, Fatimah Syarha Bte Mohd Noordin. Tajuk novel itu ialah “Syabab Musafir Kasih” dan “Tautan Hati”.
Kewujudan novel Tautan Hati sudah lama aku ketahui, sering jua aku lihat di kedai-kedai buku, tapi masih tidak tergerak untuk membelinya.
Sehinggalah kelmarin, di sebuah kedai buku-buku Agama di Puduraya, aku mencari-cari buku Ustaz Hasrizal yang bertajuk “Aku Terima Nikahnya”. Alhamdulillah, aku temui buku itu.
Aku meneliti novel-novel yang ada. Aku tertarik pula pada Tautan Hati. Nampaknya novel ini benar-benar menaut hati aku, bahkan ia terus menaut aku untuk membelanjakan duit yang ada untuk satu lagi novel oleh penulis yang sama iaitu Syabab Musafir Kasih.
Selesai membaca kedua-dua novel ini, puas membacanya. Tidak rugi. Cuma kadangkala isi novel Tautan Hati mungkin tidak serasi dengan aku. Aku tidak hidup dengan dunia usrah, halaqah. Mungkin aku kurang faham kenapa di dalam usrah hal-hal peribadi sahabat-sahabat jua sibuk, boleh jadi ambil berat dan boleh jadi menjaga tepi kain. Tidak adil aku menilai kerana aku bukanlan manusia yang pernah melalui kehidupan berusrah mahupun berhalaqah. Aku tidak pernah lalui hidup seperti itu, maka mungkin aku tak rasai kemanisannya. Cuma aku sendiri melihat kesan didikan di dalam usrah kepada seorang sahabat persekolahanku sejak tingkatan satu hingga lima. Perubahan drastiknya sejak di matrik mungkin menunjukkan kuatnya didikan yang dia terima dari usrahnya.
Aku lebih terkesan dengan Syabab Musafir Kasih. Aku lebih selesa dengan novel ini, ia lebih sesuai dengan jalan hidup aku, aku lebih seronok membacanya (tapi membaca bukan hanya untuk seronok sahaja bukan!). Jika ditanya aku mana yang lebih best? Pasti aku jawab Syabab Musafir Kasih. Bagi aku cerita di dalamnya penuh dengan nilai kemanusiaan walaupun nilai itu wujud jua di dalam Tautan Hati, cuma aku lebih tersentuh dengan kisah anak yatim di dalam Syabab Musafir Kasih. Aku lebih menyukai kisah kehidupan di kampung dengan pacat, lembu dan lain-lain. Dan aku merasakan novel Syabab Musafir Kasih lebih banyak memberi motivasi.
Kelmarin, aku jua mencapai sebiji novel yang tidak aku kenali siapa penulisnya. Aku mencapainya hanya kerana tertarik dengan sinopsis di kulit belakang. Itulah aku. Aku mungkin payah nak tertarik dengan handphone baru yang cantik-cantik dan mewah-mewah, tidak juga baju yang lawa-lawa atau beg-beg yang lasak-lasak. Aku lebih mudah cair dengan sinopsis buku-buku yang aku baca. Dan tak hairan kadangkala aku ditipu dengan sinopsis yang menarik sedangkan isi kandungannya tak sebagus mana. Tajuk buku itu ialah Suzanna, aku tertarik dengan snospisnya yang menceritakan konflik mempertahankan akidah yang cuba dicabar seseorang. Aku belum membaca novel ini.



July 24th, 2008 at 1:37 am
salam alaik….
sedikit komen yg ingin d utarakan…
sbgai slh seorg pembaca apatah lagi yg bergelar gadis..aku rasakan tautan hati lbh dkt dgn jiwa ku wpn hakikatnya syabab jg tiada kurg hbtnya…kedua2nya sama hebat dan sama kuat…lagi2 aku jg d lahirkn bukan dr keluarga yg mewah…ibu bapa ku petani…bersusah payah membanting tulang stp hari utk menyekolahkan ku hingga ke UIA …syukur alhamdulillah aku masih memiliki kedua2nya hingga kini…
bagiku berhalaqah bkn utk menjaga tepi kain org lain….ttp berkongsi ilmu dan pandgn…stp manusia berbeza pndpt dan bbeza thp penerimaan ilmunya…,pentingnya berhalaqah utk saling ingat mengingati d kala alpa….saling menceduk ilmu sahabat2 yg lbh berpengetahuan ….saling berkasih syg krn Allah juga…
aku ingat lagi kak syarha berkata…
‘kita bukan saja ingin menjadi solehah tetapi kita juga ingin menjadi muslihah (membantu org lain utk menjadi solehah) d saat zaman yg amat tenat ini…siapa lagi yg perlu bangkit utk menjadi da’e anak bangsa….dah pastinya kita…’wpn kata2 k.ha seolah-olah satu bebanan@tanggungjawab yg terlalu berat tapi ada bnrnya…..apalah guna ilmu yg kita ada jk x d kongsi dgn org lain….
syabab juga karya yg sgt hebat….sungguh… kdg2 aku sbgai insan yg menimba ilmu d UIA ini adakalanya leka…lupa jg tanggungjawb ku utk gigih berusaha…sibuk dgn agenda lain yg padahal langsung x berfaedah….
syabab…seorg ank muda yg xmemiliki apa2 d bantu oleh jiran yg sgt prihatin shgga mampu mjadi seorg insan yg hbt….bnrlah ilmu itu utk kejayaan dunia akhirat…tnpa ilmu siapalah kita d cc Allah yg Esa….
manusia mmpu berubah jk dia mahu.,…ttp jk kita sndri xcuba utk berubah,tiada siapa mmpu mengubah kita….
wallahua’lam bissawab…..
yg baik itu dari Allah…yg buruk itu dari kelemahan diriku sndiri…wassalam
November 12th, 2008 at 9:37 am
Salam masri,
terima kasih kerana memperkenalkan novel tulisan Fatimah Syarha tue pada ana(terbaca kat al-fikrah.net)
kalau sudi boleh kongsikan tentang novel Suzanna itu pula, nak tahu apa sonopsisnya itu.