Tudung Adalah Simbol Aqidah. Benarkah?
Ada yang
berkata iman di hati, tiada kaitan dengan amalan. Maka popular
ayat-ayat ini "Kami pakai seksi, tapi hati kami baik", "Allah nilai
taqwa kita, bukan pakaian kita." Dan banyak lagi.
Tahukah kita
bahawa ideologi ini adalah satu kesinambungan ideologi lama dahulu. Apa
nama ideologi itu. Namanya Murjiah. Tak mengapa, posting kali ini bukan
mahu berbicara tentang ideologi Murjiah. Posting kali ini ingin
bercerita tentang tudung. Ya, tudung wanita untuk menutup aurat, bukan
tudung untuk saji mahupun tudung periuk.
Baik! Saya menyatakan
bahawa tudung adalah salah satu nilai aqidah kita. Jangan ada yang cuba
mahu loyar buruk di sini berkata bahawa kalau pakai tudung, tapi baju
sendat, singkat nampak pusat. Saya bercerita tentang tudung muslimah
ya, lagipun normalnya orang Islam Melayu kalau nak tutup aurat mesti
pakai tudung. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat, tapi normalnya
di Malaysia kalau nak tutup aurat mesti pakai tudung. Mesti difahami
hal ini.
Kita orang Islam, bercerita tentang agama mestilah dengan sumber wahyu. Maka saya mahu bercerita apa yang al-Quran cerita.
Al-kisah
di zaman dahulu kala, ketika Rasulullah SAW masih hidup di muka bumi
ini, dan para sahabat dan sahabiah (sahabat-sahabat nabi yang
perempuan) masih hidup bertebaran di muka bumi, maka turunlah satu ayat
al-Quran. Ayat apa itu?
لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ
فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ
بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ
إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ
نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ
أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ
يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ
لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ
جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara
mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam
atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur:31)
Inilah di ayatnya. Mari kita lihat bagaimana reaksi-reaksi wanita di zaman itu.
Saidatina
Aisyah RA menceritakan: Tatkala turun ayat "dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". maka mereka
segera merobek-robek kain-kain mereka dan bertudung dengannya. (Shahih
al-Bukhari, Kitab at-Tafsir, Bab Tafsir Surah an-Nur).
Perempuan-perempuan
zaman Rasulullah SAW dengan penuh kekuatan dan ketaatan lantas
mengoyak-ngoyak kain yang ada untuk dijadikan penutup aurat mereka.
Saya hanya mahu menyatakan tudung itu adalah lambang akidah.
Kenapa? Kerana tudung inilah salah satu hal yang membezakan kita dengan orang kafir.
Apa
buktinya? Lihatlah apa yang terjadi di Turki. Si kafir pembela-pembela
aliran Sekular mengharamkan pemakaian tudung. Apakah kita fikir mereka
akan mengharamkan pemakaian tudung sekiranya tudung ini tiada nilai di
dalam Islam. Isunya bukanlah kerana kain itu bernama tudung, isunya
kerana pemakaian tudung itulah salah satu lambang akidah Islam. Maka
untuk memadamkan cahaya akidah Islam daripada terzahir ke mata manusia,
salah satu langkahnya ialah mengharamkan pemakaian tudung.
Lihat, bukankah itu menunjukkan bahawa si kafir bedebah itu turut faham bahawa tudung itu ada nilai akidah.
Sekiranya
tudung itu tiada nilai di dalam Islam, nescaya si kafir itu tidak akan
mengharamkan pemakaiannya. Bahkan mungkin si kafir itu akan menjadikan
ia sebagai satu fesyen yang popular. Tapi kerana ia ada nilai akidah,
si kafir tidak mahu menerimanya. Nampaknya si kafir ini amat memahami
ayat terakhir surah al-Kafirun "Bagimu agamamu, bagiku agamaku".
Itulah
nilai tudung. Tapi nilai itu seakan hilang di bumi Malaysia tercinta
ini. Kerana apa? Kerana nilai akidah pada tudung itu tidak dapat
dilihat. Nilai akidah pada tudung mungkin hanya dapat dilihat apabila
ia diharamkan oleh pihak-pihak kafir. Adakah kita mahu menunggu
sehingga ia diharamkan di dalam negara kita, baru kita mahu memahami ia
ada nilai akidah.
Mungkin, sudah tiba masanya pelajar-pelajar
sekolah ditanamkan kefahaman bahawa menutup aurat itu adalah satu nilai
akidah. Bukan hanya isu feqh dan hukum sahaja. Ia adalah nilai aqidah,
kerana itu si kafir memusuhi sehelai kain bernama tudung itu.
Wallahu’alam.
August 31st, 2008 at 5:04 pm
boleh jadi gak yang tudung tu lambang akidah, dan pokok pangkalnya adalah niat. cuma yg aku tak fhm apsal sesetengah org menggunakan alasan org pakai tudung tp buat jht ataupun sekejap pakai, sekejap tak pakai sebagai alasan untuk taknak tutup aurat (esp tudung) sepanjang masa. hakikatnya tudung ni bukan la satu lambang “Aku Baik” atau “Aku Kuat Agama”. ia adalah satu perintah Allah, hak Allah yg kita perlu tunaikan. manakala “Aku Baik” memerlukan kita untuk menitikberatkan sekali pembentukan akhlak yang sempurna. dan Allah juga tidak memerintahkan menutup aurat semata-mata tetapi juga perlu jaga pandangan dan kemaluan. setakat yang aku tengok, sejahat-jahat wanita bertudung pun, aku rasa kalau dorang xpakai tudung mungkin ‘kebebasan’ untuk berbuat jahat lebih besar lagi, mcm minum arak kat kelab malam atau terkinja-kinja kat disko dan seumpamanya. cuma satu benda je aku fikir bila aku tengok perempuan2 bertudung buat jahat, ataupun sekejap pakai bukak tudung, iaitu: diorang ni tak/belum sempurna dalam mentaati perintah Allah. jd siapalah kita untuk menghukum org2 bertudung tp perangai kureng ni sebagai “hipokrit”? mana tau dalam segenap hal maksiat tu dia jahat, dia berdosa tapi tudung yang dia pakai tu atas dasar keimanan (kita pun tahu ada hukuman neraka kerana tidak menutup rambut)? akhirnya, orang yang terang2an melanggar perintah Allah malah lagi sanggup mempersendakan hak Allah dan mempertikaikan hukum menutup aurat atas alasan “asalkan hati baik” dianngap mulia kerana kononnya walupun hati baik tp tak poyo nak tunjuk baik depan orang melalui tudung. mslhnya spt yang aku cakapkan tadi, siape kate tudung ni satu lambang “Aku Baik”? ia adalah kewajipan, ia adalah perintah Allah. alangkah, sebegitu beranikah kita melawan Allah? bandingkan dua wanita yang berpakaian sama2 sendat, tapi seorang tu bertudung. tak boleh dinafikan walaupun bertudung, dia tetap berdosa kerana menunjukkan bentuk badan. tapi bukankah lagi banyak dosanya apabila rambut, telinga, leher pun sama didedahkan?jadi siapakah kita untuk menghukum dengan “kalau pakai ketat camtu baik jgn pakai tudung”? tapi itu tak bermaksud aku setuju dengan perbuatan pakai tudung dengan baju sendat. kemungkaran tetap kemungkaran. bahkan sepatutnya kedua-dua wanita yang berpakaian sendat tadi patut sama2 diberi peringatan dan galakan supaya menutup aurat dengan sempurna dan taat perintah Allah, tinggalkan laranganNya. tp masalahnya, ramai org dah lupa yg prmpuan tak bertudung tu pun Islam gak. psl tu la asyik yang bertudung tu je jd target. masyarakat, terutamanya Melayu kena banyak belajar open minded. bukan open baju, open pergaulan buruk atau open nafsu. seriously kalau kita asyik nk pandang buruk org, sampai bila pun kita susah nak buat baik. last2 terkena batang hidung sendiri. salah siapa kalau bukan salah sendiri. akhirnnya, izinkan aku mengakhiri dengan ribuan terima kasih.
October 24th, 2008 at 12:47 am
Salam,
nk kasi komen pasal tudung..
isunya adalah sejauh mana dalamnya keimanan untuk terima suruhan Allah, maka bukanlah dgn cara menghukum wanita yg pakai ketat tapi bertudung atau tk pakai tudung dgn apa2 komen..kerana bila dilihat dua2 scenario memerlukan kesediaan untuk mereka menutup aurat dgn sempurna.. maka da`wahlah kepada mereka apa itu islam dngn kasih sayang dan qudwah bukan dngn cacian dan hinaan.. kerana setiap anak adam berdosa termasuklah diri yg post komen ni..
ana ada kenal ukti yg tak bertudung dulu.. tapi setelah faham islam, dia dah mula tutp aurat termsuklah pakai tudung.. alhamdulillah.. but at first place jgn buat assumption org ni mcm ni macm tu.. sbb hakikatnya islam untuk semua..
December 7th, 2008 at 10:54 am
السلام عليكم ورحمة الله
March 17th, 2009 at 3:34 am
Assalamualaikum ust Masri.
Satu entry yg tersangat menarik.
Ana nak copy boleh?
March 17th, 2009 at 3:47 am
Nak komen sedikit. Kadang-kadang kita tak boleh nak salahkan sesiapa, termasuk mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Barangkali mereka tak tau, atau tak faham konsep menutup aurat/hijab sekadar menutup rambut.
Mungkin salah kita sendiri, sebab tak “tegur” mereka, atau tak berani tegur. Conthnya ana sendiri. Dah tau, tapi tak tegur orang2 yang macam ni. Ingat, tak semua orang yang dapat pendidikan Islam dari awal, jadi tak kira siapa pun, wajib bagi mereka yang dah tau, dan ‘ariff dalam hal2 macam ni utk menyebarkan apa yg betul.