Kem Ibadah remaja Masjid Kuala Ina:23-25 mei

23-25 Mei 2008

Lokasi:

Masjid Aleyah Kg. Kuala Ina,

Pulau Sebang Utara, Tampin Pos,

Melaka

Objektif:

1) Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja-remaja untuk
meningkatkan pengetahuan agama mereka lebih-lebih lagi di dalam ibadah
fardhu mereka iaitu solat.

2) Melahirkan remaja yang berakhlak mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

3) Merapatkan golongan remaja dengan masjid.

4) Mengembalikan remaja ke landasan Islam yang sebenar.

Apa itu Tajdid:

Mengembalikan sesuatu kepada bentuk yang asal.

Kem Remaja Tajdid bermaksud:

Bermatlamat untuk membimbing golongan remaja kembali kepada cara
beragama seperti Aqidah, Ibadah, dan Akhlak sebagaimana yang asal yang
di ajar oleh Rasulullah SAW.

Syarat Penyertaan:

1) Terhad kepada 60 orang peserta sahaja (30 lelaki dan 30 perempuan)

2) Berumur 13 hingga 17 tahun.

3) Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2008.

Yuran: RM 25 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi Saudara Mohd Masri Mohd Ramli 0132506391.

Pembayaran juga boleh dilakukan dengan bank in ke akaun tersebut:

Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon

Bank Islam

No. Akaun: 14-162-02-014192-0.

Bagi pembayaran melalui akaun ini,
sila hubungi saya setelah pembayaran dibuat dan bawa resit bank in pada
waktu pendaftaran 23 Mei.

Bagi mereka yang mahu berjumpa secara
terus dengan saudara Mohd Masri, boleh hadir ke masjid Aleyah, pada
waktu Maghrib sehingga Isya’. Insya-Allah setiap malam available.

Tentatif Program:

 

23 Mei 2008, Jumaat 

 
 

02.30 pm : Pendaftaran

 

03.00 pm : Taklimat program kepada peserta

 

03.30 pm : Pembahagian kumpulan dan fasilitator

 

04.00 pm : Ice-breaking

 

04.45 pm : Solat Asar

 

05.00 pm : Riadhah

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.45 pm : Makan malam

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Mari Mengenal Allah"

 

08.30 pm : Solat Isya’

 

09.00 pm : LDK 1: "Siapa Kita Sebenarnya?"

 

10.30 pm : Persembahan video

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

24 Mei 2008, Sabtu

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.40 am : Tadarus Quran (juzu’ 30)

 

08.00 am : Hemat diri

 

08.30 am : Sarapan pagi

 

09.00 am : Kuliah 3 – "Syirik Dosa Besar"

 

10.00 am : LDK 2 :

 

12.30 am : Makan tengahari

 

01.00 pm : Qoilulah & solat Zohor

 

02.00 pm : LDK 3 :

 

03.30 pm : Minum petang

 

04.45 pm : Solat Asar

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.40 pm : Makan malam

 

 

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Kita adalah Pengembara"

 

08.30 pm  : Solat Isya’

 

09.00 pm : "Mari Mantapkan Solat"

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

25 Mei 2008, Ahad

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.30 am : Sambungan "Mari Mantapkan Solat"

 

08.00 am : Hemat diri & sarapan pagi

 

08.30 am : LDK 4 :

 

10.00 am : Minum pagi

 

10.30 am : Majlis penutup

Bagaimana mahu ke Masjid Aleyah:

Masjid
Aleyah terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Tampin/Pulau
Sebang. Ia terletak berhadapan dengan Tokong Naga@Dragon Temple.

Anjuran
INTIS (Institut al-Imam asy-Syafie) Consultant and Training
dan Masjid Aleyah, Kg. Kuala Ina,

Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah

 

Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah

Oleh Ustaz Abdul Rasyid Idris

 

 

 

Pendahuluan

 

 Nota
ringkas ini adalah berasaskan tulisan Dr. Abd. Rahman Ahmad Al-Jur’ie,
pensyarah di Kuliyyah Syariah, Universiti Al-Malik Khalid, Arab Saudi.

 

 

 

Kepentingan Tajuk

 

 Qawaid Fiqhiyyah
(Kaedah-kaedah Fiqh) berasal dari himpunan dalil-dali daripada Al-Quran
dan sunnah nabi S.A.W. Justeru itu, sebagaimana nas-nas syarak
berperanan penting dalam kehidupan, demikianlah juga kaedah-kaedah yang
terhasil daripadanya. Salah satu aspek penting dalam kehidupan muslim
ialah aspek tarbiyyah dan dakwah. Oleh itu, antara kepentingan tajuk
ini ialah:

 

 

 

1. Membuktikan bahawa aplikasi Qawaid Fiqhiyyah tidak terhad dalam bab hukum hakam ibadat sahaja, sebaliknya ia boleh bahkan perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seluruhnya.

 

 

 

2. Tarbiyyah dan dakwah juga memerlukan aplikasi daripada kaedah-kaedah tersebut.

 

 

 

Contoh-contoh kaedah

 

 

 

Pertama:

 

 الأمور بمقاصدها (Setiap perkara adalah berdasarkan maksudnya)

 

  

 

Aplikasi:

 

  1. Dakwah adalah suatu usaha untuk mendekatkan diri      kepada Allah, oleh kerana itu, amalan ini mesti dimulakan dengan niat.
  2. Tindakan menyertai perjuangan dakwah mungkin      berdasarkan banyak sebab.

    Ada

    yang hanya untuk mengisi masa lapang, ada yang kerana terpaksa atau
    terjebak dalam keadaan, ada juga kerana kepentingan duniawi dan
    kemasyhuran. Oleh itu nilai aktiviti tarbiyyah dan dakwah ini
    bergantung kepada niat yang dipasang.

  3. Keperihatinan
    terhadap golongan tertentu dalam masyarakat untuk didampingi dan
    dijadikan teman seperjuangan, apakah motifnya? Adakah kerana kekayaan
    dan pengaruhnya? Atau kerana hubungan kekeluargaan atau ….?
  4. Dalam urusan ini selalu ada penentangan dan      penolakan. Golongan yang menolak ini ada berbagai jenis dan

    gaya

    .
    Sebab penentangan itu juga berbeza antara satu sama lain. Oleh itu,
    mereka yang sengaja memusuhi disebabakan mempertahankan kebatilan,
    tentu tidak wajar disamakan dengan mereka yang tersalah faham atau
    tidak mendapat maklumat yang betul.

  5. Menegakkan
    kebenaran, mengemukakan hujah-hujah yang kukuh berdasarkan ilmu yang
    mapan adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Tetapi
    ia mungkin dicemari dengan perasaan bangga diri, takbur dan merendahkan
    orang lain.
  6. Persaingan boleh membawa kepada permusuhan dan sangka      buruk. Prasangka buruk itu      bermula dari hati.
  7. Amar
    ma’ruf dan nahi munkar mestilah di atas dasar membenci kebatilan tetapi
    pada masa yang sama ia juga dilaksanakan atas nama kasih saying kerana
    Allah.

 

 

 

Kedua:

 

 اليقين لا يزول بالشك (Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka)

 

 

 

Aplikasi:

 

  1. Antara
    ciri utama pendakwah yang berjaya ialah sentiasa berhati-hati dalam
    membuat pendirian dan menjatuhkan hukuman ke atas satu-satu perkara.
    Justeru dia tidak mudah menyebarkan suatu perkhabaran tanpa terlebih
    dahulu mempastikan kebenarannya.
  2. Apabila
    khabar angin, gossip dan fitnah sukar menembusi lubuk hatinya, tentulah
    perasaan berbaik sangka akan sentiasa subur. Apabila dia ingin menilai
    atau menghukum seseorang dia tidak mengasaskannya kepada sesuatu yang
    samara atau tidak pasti.
  3. Dengan
    meletakkan baik sangka sebagai perhiasan hatinya dalam menilai mukmin
    (lebih-lebih lagi teman seperjuangan), ia dapat mengelakkan perpecahan
    dan perselisihan.

 

 

 

Ketiga:

 

 المشقة تجلب التيسير (Kesukaran membawa kepada kemudahan)

 

 

 

Aplikasi:

 

  1. Mudah
    adalah sifat agama yang telah Allah berikan dan ditunjuk ajar oleh
    ar-Rasul S.A.W. Oleh itu seruan kepada pengamalanya dan pembinaan insan
    di dalamnya mestilah menepati ciri yang Allah beri. Pendakwah mestilah
    menjauhi uslub yang menyusahkan kumpulan sasar atau yang menjadikan
    mereka semakin jauh.
  2. Perkara
    ini menuntut kepada kefahaman yang mendalami tentang nas dan realiti.
    Justeru dalam keadaan kekurangan modal insan yang berkualiti tinggi
    untuk dibina sebagai pejuang, ‘bahan’ yang sedia ada tidak boleh
    dibazirkan. Ia perlu dibina mengikut kemampuannya.
  3. Dakwah
    suatu urusan yang besar. Ia tidak mapu dipikul oleh seorang individu
    sahaja, jadi pengabungan dan penggemblengan tenaga mesti dilakukan.

 

 

 

Keempat:

 

 الضرر يزال (Kemudaratan dihapuskan)

 

 

 

Aplikasi:

 

  1. Memudaratkan
    manusia khususnya saudara seagama adalah dilarang. Oleh itu sebarang
    aktiviti amar makruf nahi munkar yang dilakukan perlu mengambilkira
    mudaratnya dapat ditanggung.
  2. Oleh demikian juga, sebarang tindak balas terhadap      pihak lawan hendaklah tidak melebihi batasan yang diizinkan syarak.
  3. Untuk
    mengelakkan mudarat yang tidak tertanggung, perlu sentiasa ada
    penelitian yang bersepadu agar pertimbangan yang menyeluruh diambil.

Kisah di Kem Ibadah Sek. Men. Keb. Felda Palong 7

Assalamualaikum WBT.

Kenangan di Sek. Men. Keb. Felda Palong 7
masih di dalam ingatan. Semalam aku mendapat sms dari dua orang pelajar
sana. Seorang budak lelaki kumpulan aku. Dan seorang pelajar perempuan.
Kedua-duanya pelajar tingkatan 1.

Rajin pula mereka tanya
khabar, hantar sms, sampai aku cakap wah banyak betul duit, form 1 dah
ada handphone sendiri. Kadang-kala mereka memanggil aku ustaz
kadangkala abang. Kepada budak perempuan, aku dah warning awal-awal.
"Don’t call me abang!" Call me Ustaz.

Nampak macam berlagak tapi
bagi aku tu lagi baik. Aku geli kalau budak perempuan panggil aku
abang. Biar diorang panggil aku ustaz.

Teringat aku waktu
awal-awal tiba di Palong. Ustaz Zul beritahu, sekolah ini lain sedikit.
Kat sini berkumpul segala masalah sosial. Mat dan minah rempit,
khalwat, zina, rokok, dadah dan lain-lain. Bahkan malang bertimpa
apabila segelintir ibu bapa di situ akan bertindak sekiranya ada guru
menegur kemungkaran anak-anak mereka. Ustaz Zul kata, pernah dulu dia
pergi ketuk seorang budak lelaki sebab kurang ajar sangat dalam kelas.
Cikgu mengajar kat depan, dia boleh duduk bersilang kaki dengan kaki
kat atas meja. Banyak lagilah kisah yang Ustaz Zul cerita.

Sampai
di sekolah, aku tengok mak datuk banyaknya piala. Rupa-rupanya
piala-piala kawad. Sekolah ni jaguh kawad. Pagi petang kawad. Aku duduk
kat situ rasa macam dalam kem tentera. Asyik dengan suara orang
berkawad.

Aku teringat seorang budak yang aku ajar rukun Islam,
Iman dan Syahadah. Dia ni baik, degil sikit tapi masih dengar cakap.
Dia ikut kalau kita ajar. Tak melawan. Kira okeylah. Malam itu hujan
lebat, aku nak bercakap pun budak-budak ni tak dapat dengar sangat.
Maka aku ambik keputusan untuk menulis di papan putih. Mula-mula aku
dok soal budak-budak ni pasal rukun Islam dan Iman. Sedikit
menyedihkan, ramai tidak mengetahuinya. Apabila mereka baca rukun Islam
dan Iman yang tunggang langgang. Aku biarkan sahaja. Aku tidak kata
salah atau betul. Aku ambil marker. terus aku tulisa satu persatu rukun
Islam dan Iman. Aku suruh semua mereka salin apa yang aku tulis. Lepas
itu aku menyuruh mereka membaca apa yang aku tulis seorang demi seorang
dan cuba menghafalnya.

Habis sesi rukun Islam dan Iman, aku
bertanya pula tentang syahadah. Aku menyuruh satu demi satu pelajar
melafazkan dua kalimah syahadah dengan maksudnya. Sekali lagi, ada
ramai jua yang gagal hatta tidak tahu langsung melafazkan kalimah
syahadah. Aku mengulangi langkah awal, aku menulis lafaz kalimah
syahadah di papan putih. Menterjemahkan maksudnya. Membacakannya kepada
pelajar-pelajar di hadapan aku. Dan menyuruh mereka mengikut aku
membacanya. Selepas itu aku menyuruh seorang demi seorang membacanya.
Wajah kecewa dan sedih aku tak boleh tunjuk dihadapan pelajar-pelajar
ini. Mereka bukan seperti pelajar-pelajar di Kem Smart Solat di sekolah
aku, Sek. Men. Keb. Tampin. Aku kena mengajar seperti mengajar
kanak-kanak sekolah rendah.

Akan tetapi, dalam masa yang sama,
aku juga merasakan bahawa mereka mahu belajar. Mereka degil tapi hati
mereka masih mahu pada agama. Mereka mengharapkan sesuatu, yang mungkin
gagal diberikan oleh segelintir ibu bapa di sana. Mereka mahukan
didikan, belaian, kasih sayang.

Walau dalam keadaan begitu, aku
masih memendekkan tempoh belajar semua itu kerana aku tahu mereka tidak
akan dapat hadam apa yang aku ajar malam itu. Cukup aku memberitahu
tentang rukun Islam dan Iman, dan mengajarkan mereka kalimah syahadah.
Selepas itu aku beri mereka rehat, buatlah apa yang mereka nak. Nak
baringke kat dalam surau tu. Aku mahu kem ini ceria, riang, tiada
tengkingan dari fasi-fasi, tiada masam muka antara pelajar dan fasi.
Aku mahu pelajar rilek, gembira, seronok dan ceria. Biarkan mereka
bergembira dengan kem ini.

Sebagaimana dengan syahadah dan rukun
Islam dan Iman. Begitu jualah dengan solat. Ada yang tidak tahu
langsung bersolat. Hatta bacaan-bacaan mudah seperti al-Fatihah, sujud
dan ruku’ juga tidak tahu. Pagi Ahad, solat Subuh tanpa Qunut. Aku
bangun. Aku katakan, tidak menghafal doa Qunut bukanlah alasan untuk
tidak solat Subuh. Hatta kalau tidak hafal bacaan-bacaan wajib seperti
tahiyyat dan lain-lain. Aku tetap katakan wajib solat. Solatlah walau
dengan tidak membaca apa-apa pun. Dalam masa yang sama cuba belajar dan
menghafal semua bacaan-bacaan wajib. Kerana itu aku memilih
bacaan-bacaan yang pendek yang wujud di dalam sunnah nabi saw untuk
dibaca oleh pelajar-pelajar ini. Selagi mana wujud pilihan untuk
membaca yang pendek, maka itulah yang aku ajar. Bak kata Rasulullah
SAW: "Permudahkan dan Janganlah menyusahkan". Solatlah setakat mana
yang kamu mampu.

Hari terakhir, pulang, ini sahaja yang mampu
aku dan rakan-rakan fasi lakukan. Tiga hari yang ada masih sedikit
untuk mengubah sekolah itu. Adik-adik yang hadir itu, masih perlukan
bimbingan. Siapakah yang akan mengawasi solat mereka ketika di rumah?

Saban
kali di dalam kem diingatkan jua tentang adab berpakaian. Sering jua
sahabat-sahabat fasi memuji adik-adik perempuan kerana memakai pakaian
yang menutup aurat ketika di dalam kem ini. Bukankah indah jika pakaian
itu juga yang akan dipakai selepas ini.

Mereka perlukan
bimbingan, bukan cacian, maki dan penghinaan. Mereka menerima kami
sebagai tetamu, dan membenarkan kita mengajar mereka. Di dalam hati
mereka masih mahukan kebaikan, cuma siapakah yang akan membantu mereka
mencari kebaikan itu?

Wallahu’alam.
Laporan Kem Ibadah Sek. Men. Keb. Felda Palong 7

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, akhirnya kem ibadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7 telah berjaya dilaksanakan. Dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para fasilitator yang terdiri daripada Institut al-Imam asy-Syafie Consultant and Training (INTIS), begitu juga dengan tiga orang bekas pelajar perempuan sekolah tersebut yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), rakan-rakan UIAM dari Gemencheh, Bahau, dan juga seorang sahabat dari Rembau yang juga baru sahaja menamatkan pendidikannya di kolej PTPL Shah Alam. Kesemua fasilitator ini telah menunjukkan semangt berpasukan. Kesanggupan mereka bersengkang mata tidak kira letih, penat dan lelah amat-amatlah dihargai.



 

 

 

 

 

Mungkin elok kalau aku ceritakan sedikit kronologi bagaimana kami boleh tiba dan melaksanakan kem ibadah di SMKP7 ini. Pada kira-kira tiga atau empat minggu yang lalu. Aku telah didatangi seorang pelajar perempuan perakaunan. Waktu tu aku baru sahaja habis kelas. Nak balik rumah lah gamaknya. Dia tanya, “Ni Masri

kan

?”. Lepas tu dia bagitahu aku bahawa Ustaz Zul yang mengajar di SMKP7 suruh dia cari aku di UIA dan ajak aku membantu kem ibadah yang akan dilaksanakan di SMKP7. Kem ini akan diketuai oleh seorang sahabat UIAM dan rakan-rakannya. Dan aku dijemput khas untuk terlibat di dalam slot solat. Ustaz Zul ini sudah aku kenali setahun yang lalu. Waktu itu aku dan rakan-rakan INTIS sedang menganjurkan Kem Smart Solat di sekolah aku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin (SMKT). Dan dari tahun lepas beliau sudah mengajak INTIS untuk hadir ke sekolah beliau untuk menganjurkan program sebegini. Cuma tahun lalu, tarikh yang ditetapkan telah bertembung dengan peperiksaan pertengahan semester fasi-fasi INTIS. Maka ia terpaksa ditangguhkan.



 

 

 

 

 

Maka jika melihat asalnya bahawa aku dan rakan-rakan dari INTIS bukanlah penganjur untuk kem ini. Dan seminggu sebelum kem ini berlangsung, aku telah memanggil penganjur dan bekas pelajar SMKP7 itu untu bermesyuarat tentang kem ini. Maka hasil mesyuarat itu, aku dapati bahawa senarai fasi masih belum ada. Cuak juga waktu itu sebab aku dah rasa kem ini akan kelam kabut. Masakan tidak dengan jumlah peserta dijangka menjangkau 100 orang, tapi senarai fasi masih belum diketahui berapa jumlahnya. Maka malam itu aku terserempak dengan sahabat yang berperanan mengetuai kem ini. Dia kata dia akan carikan fasi. Sehingga hari Rabu fasi masih belum ada. Tinggal dua hari sahaja. Tiba-tiba aku dapat panggilan daripada bekas pelajar SMKP7 yang mengajak aku ke kem itu. Dia memaklumkan penganjur mahu menangguhkan kem ini. Tapi katanya pihak sekolah dah buat persediaan bahkan pelajar-pelajar juga sudah tahu tentang kem ini. Bincang punya bincang, kami memutuskan untuk berusaha mencari fasi. Aku apa lagi, kelam kabut call dan sms kawan-kawan aku. Sudah saat-saat terakhir begitu, maka bertembunglah dengan aktiviti kawan-kawan itu.

Ada

yang sedang berada di Perak untuk Nuqaba’ Training. Aku kalut. Bekas pelajar SMKP7 itu memaklumkan bahawa dia sudah dapat empat orang lagi fasi dari pelajar UIAM di mana dua daripadanya juga adalah bekas pelajar SMKP7. Lega sedikit, tapi kalut aku tak hilang kerana sekarang fasi lelaki hanya aku dan seorang kawan aku.



 

 

 

Call punya call, tak cukup dengan tu SMS dan YM, maka dapat jualah lagi 3 orang fasi. Tapi mereka hanya akan tiba pada hari Sabtu kerana mereka ada Nuqaba’ Training di Perak sehingga Jumaat petang. Dan mereka juga membawa seorang budak perempuan UIA yang berasal dari Bahau.



 

 

 

Selesai juga sedikit masalah, cuma kalut sedikit apabila aku dan bekas pelajar SMKP7 itu terpaksa menguruskan kem ini di saat-saat akhir, dengan susunan tentative, modul lagi.



 

 

 

Aku bertolak pada pagi Jumaat bersama seorang rakan dari Rembau. Naik bas ke Gemas. Perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit. Tiba di Gemas, Ustaz Zul dan pelajar SMKP7 itu datang jemput. Punyalah jauh dari Gemas ke

sana

, kalau nak ikut macam dari Tampin ke Seremban jauhnya. Macam separuh perjalanan aku nak balik KL dah.



 

 

 

Sampai di

sana

dah nak dekat waktu solat Jumaat. Nak briefing fasi tak sempat. Lepas solat Jumaat baru sempat. Briefing ringkas tentang modul sifat wudhu dan solat nabi yang aku buat. Waktu itu aku seorang sahaja fasi lelaki. Seorang kawan aku akan sampai petang itu. Pembahagian kumpulan aku lakukan seorang diri. Alhamdulillah senarai nama peserta sudah aku milik sejam sebelum sesi pembahagian kumpulan. Maka kerja aku bertambah senang. Setelah dibahagi-bahagikan kumpulan, maka perempuan mempunyai enam kumpulan manakala lelaki mempunyai

lima

kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai antara sepuluh dan dua belas orang peserta jika mengikut jumlah asal iaitu 123 orang peserta. Cuma ada dalam lingkungan lapan belas orang tidak hadir, maka jumlahnya lebih kurang 105 orang pelajar.



 

 

 

Kawan aku dari KL itu tiba pada waktu Asar. Lega sedikit kerana ada yang datang membantu. Sesi petang itu dimulai dengan sesi berkenal-kenalan antara fasi dan peserta. Selepas itu dilakukan pula sesi perlantikan ketua kumpulan dan objektif setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan senarai objektif dan apa yang ingin dicapai di dalam kem ibadah ini.



 

 

 

Malam itu selepas solat Maghrib, sesi kuliah pertama aku mulakan dengan tajuk “Mari Berkenalan Dengan Allah”. Aku membawa kisah Nabi Ibrahim AS di dalam al-Quran di mana Nabi Ibrahim AS mencari-cari Tuhan, bagaimana Nabi Ibrahim menafikan bintang, bulan dan matahari sebagai tuhan.



 

 

 

Selepas sesi solat Isya’, kesemua peserta dipecahkan ke dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan lelaki dipecahkan dua, satu kumpulan dijaga kawan aku, dan satu lagi aku jaga. Malam itu aku mengajar kumpulan aku tentang rukun Islam, rukun Iman dan Syahadah. Hasil daripada malam itu, aku dapati ada pelajar yang tidak mengetahui rukun Islam dan Iman, bahkan tidak mengetahui bagaimanakah lafaz kalimah syahadah. Maka malam itu aku terpaksa mengajar dengan method seperti kanak-kanak sekolah rendah, aku menuliskan kesemua isi rukun Islam dan Iman, dan semua pelajar kumpulan aku dikehendaki menyalinnya. Dan aku juga menuliskan lafaz kalimah syahadah, berserta maksudnya. Selepas itu aku menyuruh setiap pelajar membacanya dan

cuba

menghafal. Sesi itu dijadualkan tamat jam 10 malam, cuma untuk kumpulan aku, aku tamatkan sedikit awal untuk memberi masa kepada budak-budak kumpulan aku berehat.



 

 

 

Selepas itu, pelajar dipecahkan semula ke dalam kumpulan kecil masing-masing. Mereka diminta menyiapkan bendera dan nama kumpulan masing-masing.



 

 

 

 

 

Pada jam 1045 pelajar-pelajar menikmati minum malam dan masa untuk tidur.



 

 

 

 

 

Pelajar-pelajar itu telah dibekalkan dengan nota zikir sebelum tidur, bangun tidur, dan zikir-zikir dan surah-surah yang dibaca selepas solat. Aku mengetuai mereka berzikir atas dasar untuk mengajar mereka.



 

 

 

Pada pagi Sabtu, sesi dimulakan dengan majlis Qiamullail. Aku mengimamkan majlis tersebut. Kami bersolat tahajud dua rakaat dan solat witir 3 rakaat dua salam. Sebelum itu aku mengingatkan kepada pelajar bahawa aku akan melamakan setiap sujud aku pada solat malam itu supaya kita dapat membanyakkan doa di dalam sujud. Tamat sahaja solat witir, maka masuknya fardhu Subuh.



 

 

 

 

 

Selepas selesai berzikir, kuliah Subuh di sampaikan oleh seorang pendakwah yang juga pegawai felda di situ. Ceramah beliau yang menarik dan

gaya

yang menggelikan hati, mencelikka mata pelajar yang kelihatan kuyu dek keraa bangun awal untuk qiamullail. Masakan tidak, malam itu aku dengar pelajar-pelajar itu tidur lewat. Pendakwah itu bercerita tentang masalah-masalah social budak-budak felda, adab-adab tidur. Melihat aksi beliau, teringat pula aku kepada ex-rockers Ustaz Akhil Hayy.



 

 

 

 

 

Tamat kuliah Subuh, sesi riadah dimulakan. Aku mengarahkan seorang pelajar untuk mengetuai sesi riadah pagi itu.



 

 

 

 

 

Pada jam 830 pagi. Sesi pertama kuliah adab dilakukan oleh sahabat aku. Beliau menerangkan tentang adab-adab seorang muslim di dalam kehidupan, adab ketika berkata-kata, adab berpakaian dan lain-lain. Kuliah itu pendek sahaja.



 

 

 

Pelajar-pelajar diberikan rehat selama 15 minit. Selepas itu sesi disambung dengan tajuk “Bagaimana Wudhu Rasulullah SAW”. Ketika sesi itu, sahabat aku melakukan demonstrasi sifat Wudhu Rasulullah manakala aku membacakan hadith-hadith nabi berkaitan wudhu. Dalam sesi itu adakalanya pelajar-pelajar disuruh ke hadapan untuk menggayakan bagaimana berwudhu. Tamat belajar wudhu, maka diajar pula secara ringkas tentang tatacara mandi wajib. Selepas itu pelajar berehat selama 15 minit untuk sedikit minuman dan makanan ringan.



 

 

 

 

 

Selepas menikmati sedikit hidangan dan berehat, sesi kedua iaitu sesi “Bagaimana Solat Rasulullah” dimulakan. Dalam sesi itu diterangkan setiap langkah solat Rasulullah SAW. Dan seperti sesi sebelum ini, pelajar-pelajar juga dipanggil untuk menggayakan bagaimana mereka bersolat.



 

 

 

 

 

Ketika itu aku mendapat panggilan telefon bahawa rakan-rakan fasi dari KL sudah hampir sampai di Kuala Pilah. Aku mendapatkan bantuan seorang guru di

sana

untuk memberikan tunjuk arah kepada rakan-rakan aku. Akhirnya, pada jam 115 tengahhari, mereka tiba jua di sekolah. Selepas Zuhur diadakan sedikit sesi berkenalan bersama abang-abang dan akak-akak fasi yang baru tiba. Dan mereka menyambung sesi sifat Solat Nabi yang tidak sempat aku dan rakan-rakan aku tamatkan pagi itu.



 

 

 

 

 

Pada jam 250, sesi itu ditamatkan. Pelajar diberikan rehat 10 minit. Selepas itu pelajar kembali ke dalam kumpulan masing-masing bagi membuat persediaan untuk “War Game” petang itu. Mereka diminta melantik ketua kumpulan perang mereka dan merancang strategi peperangan mereka. Majlis mesyuarat setiap kumpulan tamat pada jam 345 petang. Mereka diminta mula membina kubu kumpulan masing-masing.



 

 

 

 

 

Peperangan dimulakan selepas solat Asar. Pelajar lelaki telah mengadakan tiga pusingan peperangan selepas dua peperangan yang berkesudahan seri. Sedikit ganas permainan ini, akan tetapi ia memberikan sedikit keceriaan kepada mereka. Dan memang itu objektif kita untuk menjadikan kem ini sebagai satu kem yang ceria, santai dan relaks, dan tidak menekan peserta.



 

 

 

 

 

Malam itu, kuliah Maghrib disampaikan oleh fasi yang baru tiba tengahari itu dengan tajuk “Mari Menutup Aurat”. Di ajar bagaimana adab-adab berpakaian di dalam Islam. Selepas solat Isya’, kesemua pelajar dipecahkan ke dalam kumpulan kecil masing-masing. Fasi-fasi akan membimbing mereka untuk mempraktiskan wudhu dan solat yang sudah dipelajari siang itu. Bagi kumpulan aku, malam itu kami hanya buat praktis solat dua rakaat. Pelajar-pelajar kumpulan aku diarahkan bersolat di atas tar sebanyak dua rakaat. Tamat solat, aku mengajar mereka bertayamum dan selepas itu, kami ramai-ramai duduk di atas tar dan bercerita. Malam itu mereka suruh aku cerita kisah-kisah nabi. Aku cerita kisah Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf. Mereka suruh cerita lagi, aku jawab aku bukan hafal dan tahu semua cerita-cerita nabi. Selepas itu, kami menyambung dengan praktikal wudhu.



 

 

 

Pada jam 1030 pagi tayangan video Palestin disiarkan. Selepas itu aku memberi sedikit ulasan dan bercerita kepada adik-adik tentang situasi di Palestin dan pengajaran buat diri kita.



 

 

 

 

 

Keesokan paginya, selepas solat Subuh, kuliah disampaikan oleh seorang fasi yang bertajuk “Siapa Idola Kita”. Kuliah ini menerangkan kepentingan mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan kita.



 

 

 

Selepas itu diadakan sesi gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar. Selepas itu semua pelajar diminta berkumpul di kawasan perhimpunan. Diadakan kuiz tentang wudhu dan solat dimana kumpulan lelaki akan menentang kumpulan perempuan. Pada mulanya, akan diadakan empat soalan. Tetapi pertarungan yang sengit dengan kedudukan seri 2-2 antara kumpulan lelaki dan perempuan. Selepas itu ditambah satu soalan di mana wakil pelajar lelaki dan perempuan diminta membaca tahiyyat sehingga habis. Akhirnya keputusan berpihak kepada lelaki kerana lebih lancar bacaannya.



 

 

 

 

 

Selepas sarapan, sesi disambung dengan sambungan praktikal solat dan wudhu, dan ditambah dengan sesi pemberian markah di atas prestasi pelajar-pelajar.


 

 

 

Pada jam 1045 dimulakan majlis penutup dengan ucapan YDP PIBG, wakil sekolah dan wakil fasilitator. Selepas itu majlis bersalam-salaman antara fasi dan peserta dan selepas itu majlis bergambar. Tapi yang aku tengok fasi perempuan tidak bergambar bersama kumpulan masing-masing, kumpulan lelaki je. Habis je sesi bergambar, fasi-fasi diserbu oleh adik-adik untuk mendapatkan tandatangan dan nombor telefon.



 

 

 

 

 

Selepas sesi makan tengah hari, kami semua berangkat pulang ke lokasi masing. Terima kasih adik-adik SMK Palong 7. Dan terima kasih jua khas buat untuk Ustaz Zul yang berkerja keras.


Untuk mendownload gambar-gambar ketika kem layari disini http://www.friendster.com/photos/2787450/1/890827750






 

Say No To ISRAEL

 

Assalamualaikum WBT.

 

Malaysia
mahu benarkan warga Israel yang ada dalam pasukan Chelsea memasuki
Malaysia? Meraka ialah pengurus pasukan Chelsea, Avram Grant dan pemain
pertahanannya Tal Ben Haim.

 

Ini
bukanlah kali pertama, adakah kita lupa dengan kes pasukan kriket
Israel pada tahun 1997. Waktu itu aku masih darjah 4. Aku sekolah di
Sekolah Kebangsaan Bangsar. Waktu hari Jumaat, aku solat di masjid yang
dekat dengan

TNB

disitu. Kat situ jualah ramai budak-budak UM solat. Waktu tu aku dah
dengar-dengar nak ada demonstrasi lepas solat Jumaat. Sebelah masjid tu
padang, aku nampak ada orang main kriket. Waktu tu aku budak-budak
lagi. Buat tak kisahlah, sampai aku pun kata apalah bodoh sangat orang
nak main kriket pun kita bising-bising. Biarlah orang Israel tu datang
main kriket, bukan datang nak perang pun.

 

Esok
tu aku bukak paper, aku tengok gambar budak-budak UM kena sembur dengan
gas pemedih mata. Aku cakap lagi, bodoh betul budak-budak ni. Waktu tu
yang aku fikir apa salahnya diorang main kriket kat sini. Lantaklah
diorang tu orang Israel ke, Malaysia ke, Indonesia ke.

 

Lepas
tu aku dapat tahu ada tiga orang kena tangkap antaranya Mahfuz Omar,
pakcik Amjal dan Salahuddin Ayub. Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar kena
humban masuk dalam penjara sebab tak nak bayar wang denda. Pakcik Amjal
bebas sebab bayar. Pakcik Amjal dah tua, yang aku ingat waktu lepas
biacar tu orang pungut derma untuk bayar bebaskan pakcik Amjal. Mahfuz
dengan Salahuddin Ayub pilih untuk hidup di dalam penjara. Maka
dihumbanlah kedua-dua mereka ke dalam penjara.

 

Aku
dah besar sikit, masuk sekolah menengah, baru aku start baca
sikit-sikit pasal Palestin. Lepas tu baru aku faham kenapa diorang ni
tak suka team kriket Israel. Sebab kita Malaysia tidak ada hubungan
diplomatik dengan Israel. Sejak zaman Tunku. Tu lah yang aku baca,
boleh semak dalam senarai link di bawah ni. Tapi dalam masa yang sama
Tunku Abdul Rahman juga cakap kita tak bermusuh dengan Israel sebab
diorang ahli UN atau PBB juga. Oh macam tu (Baca baik-baik ye, aku cuma
bagitahu apa aku baca, cuma perkongsian, sila semak balik kat
laink-link yang aku beri di bawah).

 

Lepas
tu zaman Mahathir, dia lagi brutal. Mahathir selalu keluar statement
anti Israel bahkan bukan takat anti Israel. Dia keluar
kenyataan-kenyataan anti Yahudi. Yang aku tahu waktu awal Mahathir jadi
PM ramai orang cina takut sebab Mahathir ni ultra-Melayu.

 

Dari dulu lagi wakil-wakil rakyat

PAS

selalu bangkitkan isu hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.
Dan ketidaksetujuan untuk menjalin hubungan dengan Israel bukanlah
setakat suara

PAS

sahaja, yang aku tahu itulah juga seruan hati orang-orang Islam di
dalam UMNO. Sebab itu kerajaan yang diketuai UMNO tak berani sangat nak
tunjuk baik-baik dengan Israel.

 

Kenapa
tak setuju orang Israel masuk Malaysia? Sebab kita tiada hubungan
diplomatik dengan mereka. Tak kiralah yang masuk tu pelancong ke, atlit
ke. Membenarkan mereka masuk seolah-olah mengiktiraf kewujudan negara
haram itu. Yahudi bukan isunya di sini, isunya mereka warganegara
Israel. Agak-agak kalau orang Yahudi dari Belanda ke datang Malaysia,
dia warganegara Belanda, bukan Israel, adakah akan berlaku penentangan?
Sudah pasti tidak. Kerana isunya bukan sebab diorang Yahudi, isunya
sebab mereka ialah warganeagar Israel.

 

Siapa pemain Chelsea tu. Meh baca profil dia.

 

Jadi
nampak gayanya kerajaan nak ulang lagi kes kriket Israel dulu. Adakah
kerajaan mahu menghina lagi perjuangan Intifada Palestin sebagaimana
kenyataan-kenyataan yang keluar dari orang-orang UMNO selepas isu demo
anti kriket Israel. Andaikata pendemo-pendemo itu cuba melancarkan
intifada di Malaysia, maka siapa pula tentera Yahudi itu. Jika di
Palestin, orang Palestin menentang tentera kafir Zionis Israel, maka
orang Islam di Malaysia gamaknya sedang melancarkan intifada menentang
Zionis …..?

 

Apakah
besar sangat dan sukar sangat untuk menghalang mereka daripada menjejak
kaki ke bumi Malaysia? Kawan-kawan kita di Palestin bermandi darah,
bersenjatakan batu, kita di sini masih lagi lena nak menyambut pasukan
Chelsea yang akan mencalar maruah Malaysia sebagai negara Islam. Negara
Islam yang menentang dasarnya sendiri untuk tiada hubungan diplomatik
dengan si dajjal Israel. Tidak mengiktiraf kewujudan Israel, tetapi
dalam masa yang sama mengiktiraf pasukan kriket yang mewakili negara
Israel. Bukankah itu satu kontradiksi? Ataupun sebenarnya Malaysia ini
sama sahaja seperti negara-negara lain mengiktiraf kewujudan negara
yang dibina di atas darah orang Islam, cuma tak mahu jalin hubungan
diplomatik sahaja secara terbuka?

Apakah
demo anti kriket Israel akan berulang lagi. Kita nantikan… Adakah
intifada rakyat Islam Malaysia akan bermula, dan siapa pula tentera
Zionis di bumi Malaysia ini?

Mesti baca:

 

Lebih 1,500 mahasiswa demo depan Masjid Ar-Rahman-Pasukan ping pong

Israel

dibantah

 

Bantah 2 Pemain Chelsea Masuk Malaysia-Gamis

 

Chelsea

tetap datang

 

Kita dah terbukti ke Anti-Israel?

 

Undang warga

Israel

:

Malaysia

tidak prihatin nasib rakyat Palestin - Teras

 

USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18-Pasukan Kriket
Israel Menyertai Pertandingan Kriket Antarabangsa di Kuala Lumpur -
Penentangan oleh PAS

 

Israeli cricketers survive loud Malaysian appeals

 

Malaysia

calls on countries to cut ties with

Israel

 

Malaysia

proposes Islamic nations to cut ties with

Israel

 

Israel’s Quest for Recognition and Acceptance in Asia: Garrison State Diplomacy

Doktor Yang Mendambakan Syahid.

.


Ramai
doktor di muka bumi ini dengan pelbagai kepakaran masing-masing, tetapi
sangat sedikit di antara mereka yang hafal Al-Qur’an dan merindukan
syahid di jalan Allah, di antara yang sedikit itulah ada seorang doktor
bernama Abdul Aziz Rantisi. Dr Abdul Aziz Rantisi lahir pada tanggal 23
Oktober 1947 di desa Bina, terletak di antara Askalan dan Yafa.
Memiliki nama lengkap Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz Ar Rantisi merupakan
seorang doktor pakar kanak-kanak yang pernah bertugas di Hospital
Naser, di kawasan Kamp Khan Yunis, Jalur Gaza pada tahun 1976.

Beliau
aktif dalam pelbagai organisasi diantaranya sebagai anggota Komite
Islam, Organisasi Kedoktoran Arab di Semenajung Gaza. Menjadi Dekan di
Universiti Islam Gaza sejak dibuka pada tahun 1987 dengan mengajar
subjek Ilmu Genetik dan Parasit.



Abdul
Aziz Rantisi merupakan anak murid kepada Syekh Ahmad Yasin, tokoh
spiritual, HAMAS sebuah qiyadah pejuang Palestine yang melawan penjajah
Zionis Israel di abad moden ini. Di bawah bimbingan Syekh Ahmad Yasin,
Abdul Aziz Rantisi dapat memahami erti kehidupan dan perjuangan untuk
meraih kejayaan dan keberuntungan yang sebenarnya, tegar dalam
menghadapi cubaan, tidak terbuai dengan godaan dunia dan yang lebih
penting lagi adalah cita-citanya untuk mati syahid.



Beliau
pernah dipenjara di Kaffar Yunah bersama Sang Guru, Syekh Ahmad Yasin
dan beberapa pejuang Palestine yang lain dari Hamas. Di penjara
tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja’ah (mengulang) Al-Qur’an
yang sudah hafal diluar kepalanya sejak tahun 1990. Tiap-tiap yang
berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah
disempurnakan pahalamu.
Barang
siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh
ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan
yang memperdayakan.


Untuk
merealisasikan cita-citanya untuk mati syahid, selain berdo’a, beliau
berjuang dengan ikhlas, tidak cinta dunia, tidak takut kepada siapapun
kecuali kepada Allah, tidak mahu kompromi dengan Zionis Israel,
penjajah yang akan menghancurkan masjid Al-Aqsa, kiblat umat Islam
pertama.


Ketika
Syekh Ahmad Yasin syahid, Isnin, 22 Mac 2004 yang dibunuh oleh penjajah
Zionis Israel. Maka beliau telah terpilih menggantikan Syeikh Ahmad
Yassin untuk mengisi kekosongan kepemimpinan Hamas. Beliau memikulnya
dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Beliau sebagai pemimpin
pengganti Syekh Ahmad Yasin sangat berhati-hati terhadap wang atau
material dan amanah merupakan sebahagian dari hidupnya, sehingga beliau
sangat dipercayai oleh pengikut dan pendukungnya.


Ada
kata-kata hikmah yang menjelaskan Tiada Tsiqah Tanpa Amanah, ertinya
bagaimana mungkin seseorang akan tsiqah (percaya) kalau orang yang
diberi amanah apalagi sebagai pemimpin dalam bermuamalah dengan anggota
atau umat tidak amanah, berbohong, bersilat lidah untuk memperkaya diri
atau menyelamat diri sendiri.



Syekh
Abu Bakar Al-‘Awawidah, anggota Rabithah Ulama Palestine di Syira
ketika berkunjung ke Indonesia, tepatnya pada hari Jum’at, 28 September
2007/17 Ramadhan 1428H bercerita kepada penulis tentang saat-saat
terakhir kehidupan Dr. Abdul Aziz Rantisi setelah dihentam roket
penjajah Zionis Israel, Ketika badannya dipenuhi darah, keadaan dirinya
yang sudah mulai agak lemah, beliau (Abdul Aziz Rantisi) menunjuk ke
poket seluarnya, pengawalnya tidak faham apa maksudnya, setelah tangan
pengawalnya dimasukkan ke poket seluar Dr. Abdul Aziz Rantisi nampaklah
beberapa wang, Dr. Abdul Aziz Rantisi dengan kondisi tubuh yang sudah
lemah meyampaikan pesan kepada pengawalnya, berikan wang tersebut
kepada si fulan, Subhanallah, Allah memberikan kesempatan dan peluang
kepada Dr. Abdul Aziz Rantisi untuk meninggalkan dunia tanpa beban dan
hutang serta menunaikan amanah untuk disampaikan kepada yang berhak.



Bahkan
sehari sebelum dibom dengan roket penjajah Zionis Israel, beliau sudah
mengambil wang tabung gajinya selama mengajar di Universiti Islam Gaza
dan menghitung hutang yang akan dilunasnya. Termasuk beliau memberikan
bantuan untuk biaya pernikahan anaknya, Ahmad. Setelah itu beliau
berkata, ”Sekarang, jika saya menemui Tuhanku, maka aku dalam keadaan
bersih. Saya tidak memiliki apa-apa dan tidak ada tanggungan apa-apa.”



Pada
hari Sabtu, 25 Shafar 1425/ 17 April 2004, doktor yang rindu syahid,
Dr. Abdul Aziz Rantisi dibom oleh zionis Israel, Innalillahi wainna
ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami
kembali), QS: Al-Baqarah 2: 156, maka tercapailah keinginannya seperti
kalimat yang pernah dia ucapkannya: Kita akan mati suatu hari
nanti, tiada apa yang dapat mengubahnya. Jika maut disebabkan Apache
(helikopter tempur buatan Amerika) atau serangan jantung, saya lebih
rela memilih Apache…"



Janganlah
kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati;
bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.
(QS:  Ali Imran/3: 169). H.



Abuhasif 

Sumber: eramuslim

Pengajaran Hadith Jibril

Assalamualaikum WBT.

 

Semalam Jumaat, kuliah tafsir surah al-Falaq
bersama Ustaz Fadhil. Malamnya kuliah hadith 40 bersama Ustaz Habib.

 

 

Malam semalam, ustaz Habib mula masuk ke
hadith kedua di dalam hadith 40. Hadith ni terkenal dengan nama hadith Jibril.

 

 

عن عمر بن الخطاب رضي
الله عنه قال : بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات
يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر ,
لا يرى عليه أثر السفر ,
ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي
صلى الله عليه وسلم فأسند ركبته إلى ركبتيه
ووضح كفيه
على فخذيه , وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام , فقال رسول الله صلى الله
عليه وسلم " الإسلام
أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول
الله
وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه
سبيلا " قال صدقت فعجبا له يسأله
ويصدقه , قال : أخبرني عن الإيمان قال "
أن
تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر
خيره
وشره
" قال : صدقت , قال :
فأخبرني عن الإحسان , قال "
أن تعبد الله كأنك تراه , فإن
لم تكن تراه فإنه يراك
" قال , فأخبرني عن الساعة , قال " ما
المسئول بأعلم من السائل
" قال فأخبرني عن
اماراتها . قال "
أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في
البنيان
" . ثم انطلق فلبث مليا , ثم قال " يا عمر , أتدري من السائل ؟" ,
قلت : الله ورسوله أعلم , قال "
فإنه جبريل أتاكم يعلمكم
دينكم
" رواه مسلم .

 

Daripada
Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika
kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di
hadapan kamiseorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut
sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan
tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri
Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda danmeletakkan dua
tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan
Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa
di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau
berkuasa mengerjakannya.

 

 

Lelaki
tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia
yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku
tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada
Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau
percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

 

 

Dia
berkata lagi:

Terangkanlah
kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau
menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat
melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi:

 

 

Terangkan
kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:

Orang
yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang
bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang
tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang
hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang
miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala
kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

 

 

Kemudian
lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai
‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah
dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah
Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

 

 

Hadis
riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10,
al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih,
al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075,
Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad
العشرة المبشرین , no: 346).

 

 

 

Ustaz Habib menghuraikan 21 faedah yang boleh
kita dapati dari hadith kedua ini. Di sini aku akan meringkaskan 21 faedah
tersebut.

 

 

1) Hadith ini menerangkan tingkatan-tingkatan atau level-level yang
ada di dalam agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

 

2) Hadith ini menunjukkan bahawa antara method untuk mengajar ialah
dengan bertanyakan soalan kepada pelajar. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh
Malaikat Jibril AS kepada Rasulullah saw.

 

 

3) Hadith ini juga menunjukkan bahawa pentingnya beradab di dalam
menuntut ilmu. Bahkan adab di dalam menuntut ilmu itu di dahulukan daripada
menuntut ilmu. Ini ditunjukkan oleh Jibril dan Rasulullah SAW di dalam hadith
tersebut.

 

4) Hadith ini juga menunjukkan adab kita bersama guru.

 

 

5) Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai pakaian yang cantik
dan kemas, merapikan rambut bukanlah perbuatan yang dibenci di dalam Islam. Ia bukanlah
perbuatan-perbuatan yang berunsur kesombongan.

 

6) Hadith ini juga menunjukkan bertanya adalah cara untuk menuntut
ilmu. Ini ditunjukkan oleh Umar RA yang begitu mahu tahu apa yang dibualkan
oleh Rasulullah SAW dan malaikat Jibril as.

 

 

7) Kita hendaklah bersungguh-sungguh di dalam majlis ilmu
sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Umar yang bersungguh-sungguh mahu
tahu.

 

8)  Kita hendaklah sentiasa celik dan peka ketika berada di dalam
majlis ilmu kerana ia akan membantu kita menghafaz apa yang kita dengar dan
menyebarkannya.

 

 

9) Hadith ini menunjukkan bahawa agama ini bukan hanya satu
peringkat sahaja. Ia bertingkat-tingkat mengikut ketaqwaan seseorang.

 

10) Hadith ini menyuruh kita berlumba-lumba membuat hal yang lebih
utama sebagaimana yang diterangkan di dalam bab Ihsan.

 

 

11) Hadith ini membezakan antara Islam dan Iman. Islam ialah amalan
fizikal manakala iman ialah amalan hati. Faedah yang di dapati ialah sekiranya
perkataan iman dan Islam didatangkan di dalam satu keadaan, maka ia adalah dua unsur
yang berbeza. Akan tetapi jika hanya disebut salah satu, sama ada iman atau
islam, maka ia adalah benda yang sama. Contohnya di dalam hadith yang
menerangkan tentang cabang-cabang iman yang memasukkan amalan fizikal ke dalam
iman iaitu mengalihkan sesuatu yang boleh mencederakan daripada jalan.

 

12) Hadith ini menunjukkan apabila seseorang mempunyai hati yang
beriman, ia akan digambarkan melalui perbuatan fizikal.

 

 

13) Hadith ini mengajar kita supaya menjawab soalan yang umum dengan
jawapan yang ringkas. Tidak perlu berjela-jela.

 

14) Hadith ini menunjukkan makam tertinggi iaitu Maqam Muraqabah
iaitu peringkat tertinggi di mana bila beribadah seolah-olah kita dapat melihat
Allah. Ini akan melahirkan perasaan takut, benar dan lain-lain.

 

 

15) Hadith ini menunjukkan jika kita tak mampu sampai ke peringkat
tertinggi, capailah apa yang kita mampu. Ini dirujuk dalam bab Ihsan di mana
jika kita tak dapat merasai bahawa kita melihat Allah, ingatlah bahawa Allah
melihat kita.

 

16) Hadith ini menunjukkan bahawa rahmat Allah kepada
makhluk-makhluknya adalah berbagai-bagai bentuk. Dalam hadith ini, Allah SWT
mengutus Malaikat Jibril untuk mengajar agama kepada manusia.

 

 

17) Lafaz ‘tuqimu’ untuk solat menunjukkan bahawa solat hendaklah
dilakukan dengan mendirikannya secara sesempurna yang mungkin.

 

18) Ia juag menunjukkan tidak mengathui sesuatu tidaklah menjejaskan
kredibiliti seseorang yang berilmu. Ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang
tidak tahu bilakah kiamat akan berlaku.

 

 

19) Hadith ini menunjukkan bahawa jika kita tak tahu sesuatu, katakana
sahaja tidak tahu walaupun di dalam majlis yang ramai orang.

 

 

20) Hadith ini menjadi satu panahan tajam kepada manusia-manusia
pendusta yang konon mengetahui bila kiamat akan berlaku. Sedangkan Nabi
Muhammad SAW insan yang paling mulia pun tak tahu, inikan pula kita.

 

 

21) Hadith ini juga menjadi hujah kepada ASWJ yang mencintai
malaikat Jibril, tidak seperti Syiah yang memusuhi malaikat Jibril kerana
menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dan bukan kepada Ali ra.

 

 

Malam tadi aku tak dapat nak rakam audio, mp3
aku kawan pinjam. So nanti mintaklah kat bro Ezzani rakaman audio tu, nanti aku
upload kat http://audiosunnah.blogspot.com.

 

Klik disini untuk mendownload buku
hadith 40 dalam bentuk pdf berserta terjemahan di dalam B.Melayu
.

 

Mereka pergi meninggalkan kita!

Tanggal 1 hb Februari 2008, dunia dan umat Islam khususnya telah
dikejutkan dengan kembalinya seorang lagi ulamak tersohor bumi Syam
kerahmatullah selepas kembalinya allahyarham Sheikh Sadiq Habannakah
beberapa bulan yang lalu. Allahyarham ialah Syeikh Mustafa Said al-Khin.
Allahyarham menghembuskan nafasnya ketika menunaikan solat fardhu
Jumaat di sini dan disembahyangkan pada hari Sabtu selepas solat Zuhur
di masjid Hassan Habannakah di Mujtahid. Ramai ulamak-ulamak tersohor
yang hadir pada majlis sembahyang jenazah sebagai memberi penghormatan
terakhir kepada Allahyarham antaranya, Syeikh Kuraim Rajih al-Qurra,
Syeikh Naim ‘Iraksus, Syeikh Mustafa al-Bugha dan ramai lagi.

Assy-Syaikh
Mustafa Said al-Khin dan asy-Syeikh Mustafa al-Bugha merupakan penyusun
kitab Fiqh al-Manhaji yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
terbitan Pustaka Salam, dan sekiranya tak silap ada juga diterbitkan
olej Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Mereka pergi meninggalkan kita dengan khazanah ilmu mereka,  satu demi satu ulama meninggalkan kita.

إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء



Allah tidak menarik ilmu dengan cara mencabutnya daripada (dada-dada)
hamba-hambanya. Tetapi menarik ilmu dengan mematikan ulama. (Bukhari
dan Muslim).

اللهم اغفرله وارحمه وعــــافه وعف عنه

Perginya Seorang Pejuang

Umat
Islam keseluruhannya berasa sedih dengan berita pemergiannya Seorang
Ulamak besar dunia Islam iaitu Fadhilatu al-Syeikh al-Allamah Bakr Bin
Abdillah Abu Zaid Rahimahullah Ta’ala.

Syeikh meninggal dunia
pada hari selasa 28 Muharram 1429H bersamaan 5 Februari 2008 di Riyadh,
Beliau merupakan Ketua Majmak Fiqh Islam, Anggota Hai’ah Kibar
al-Ulamak Saudi,

Jenazah Fadhilatu al-Syeikh akan
disembahyangkan di Masjidnya di Hai Hatin. Kematian Syeikh merupakan
suatu kehilangan yang besar kepada Dunia Islam keseluruhannya kerana
hilangnya salah seorang bintang kesarjanaan yang menyeru manusia untuk
kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya,

Syeikh Bakr Abu
Zaid Rahimahullah ialah antara ulamak ummat yang menghabiskan tenaga
dan hayatnya untuk berkhidmat kepada Agama Allah, Seorang Da’ie,
Khatib, Qadhi dan seorang Ulamak yang beramal dengan ilmunya.

Kita
meyeru kepada seluruh umat Islam untuk berdoa kepada Allah semoga
merahmatinya, dan mengampuni segala kesalahannya dan ditempatkanya
bersama orang-orang yang soleh.

Inna Lillahi Wa Innaa Iillahi Raji’uun.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا
بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا
رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

http://www.ahlalhdeeth.com/vbe/showthread.php?t=1534
   
—————————————————————————————————————–
   
   
Assalamu Alykum Warahmatullah.

 
 
The man who was described as: Ibnul Qayyim of recent times has passed away earlier today.
 

 

In addition to being the president of
the International Islamic Fiqh Council, Shaikh Bakr bin Abdullah Abu
Zaid RA was a member of the permanent fatwa committee in Saudi Arabia.

His vast collection of
writings covered almost all aspects of religion, from Aqeedah, Quraan
and Hadeeth … to Adab, Usool and linguistics.

He even has a book on the Islamic etiquettes of using the phone! And another on scholars who never married!

Allah SWT has granted him a rare ability of eloquent composition and strong Bayaan.

One of his greatest virtues was that he was among the first to begin the fight against the recent Fitna of Irjaa’.

He was trusted by great scholars of AhlulHadeeth, including Shaikhs Bin Baaz and bin Utheimeen.

All we can say: Inna Lillahi Wa Innaa Iillahi Raji’oon.

May Allah SWT grant Abu Abdillah forgiveness and a place better than his place in this life.

Hah orang minyak?

Assalamualaikum WBT. Kawan aku di

USM

Penang ada bagitahu yang heboh kat

sana

sekarang dengan serangan orang minyak. Maka mengeletarah semua
budak-budak perempuan. Diceritakan kononnya orang minyak itu telah
dengan rakusnya menjamah tubuh (bahasa mudah merogol) gadis-gadis di

USM

.
Yang uniknya mangsa-mangsa kebuasan nafsu seksuak orang minyak itu
ialah amoi-amoi cina. Pandai juga orang minyak ini memilih mangsanya.
Nak yang putih-putih gebu je. Melayu dan

India

tak pandang langsung ye.

 

Tapi betulke ada orang minyak ni. Orang ke jin, ataupun ahli sihir ataupun pengamal ilmu hitam. Wallahu’alam.

 

Tak
diketahui asal usulnya. Yang aku dengar hanya khabar-khabar berita
sahaja. Dan kawan aku bagitahu yang baiknya, lepas serangan orang
minyak ni, maka berlumba-lumbalah gadis-gadis Islam ini membaca
al-Quran di dalam bilik mereka. Baguslah! Kalau tak bilik macam kubur.
Hah macam kubur! Ingat tu macam kubur! Agak-agak apa ada kat kubur?
Pikir sendiri. Selama ni takut kubur, konon-konon ada hantu pocong,
rupa-rupanya kita sendiri duduk kat kubur.

 

“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)

 

Tapi
malang dan malang, aku dapat tahu lagi, bukan takat baca al-Quran,
malah ada teknik baru lagi, konon nak halau setan lah, gantung ayat
al-Quran. Aku tak kisahlah kalau nak gantung sebab senang nak baca.
Contohnya lekat ayat Kursi kat tepi dinding di katil, senang nak baca
sebelum tidur, manalah tahu tak hapalke. Tapi yang sekarang digantung
konon-konon tak nak bagi setak masuklah. Oi! Ingat al-Quran tu apa?
Tangkalke? Sape ajar wat gitu. Habis!!! Hancur!! Al-Quran yang patut
jadi sumber rujukan untuk faham tauhid, jadi bahan untuk kita syirikkan
Allah.

Malang

!

Malang

!

Malang

!

 

Ni baca ni!!!

 


Mengantung Ayat-ayat Al-Quran didinding Untuk perlindungan.

 

 

Hukum
meletakan Mushaf (salinan al-Qur’aan) dalam kereta untuk mengelakkan
sihir mata dan perlindungan dari bahaya adalah satu bid’ah. Para
Sahabah (RA) tidak pernah membawa Mushaf untuk mengelakkan bahaya atau
sihir mata. Ianya adalah bid’ah, maka kita mesti mengingati yang Nabi
(SAW) bersabda: “Setiap bid’ah adalah menyesatkan dan setiap kesesatan
akan membawa ke neraka.” (Perbualan telefon dgn Sheikh Muhammad ibn
Saalih al-‘Uthaymeen) (al-Bida’ wa’l-Muhdathaat wa maa laa aslun lahu,
muka

surat

259).

 

 

Sheikh
‘Abd al-‘Azeez ibn Baaz (semoga Allah merahmati nya) telah juga ditanya
soalan berikut: “Sesetengah orang mengantung ayat-ayat al-Qur’aan dan
hadith-hadith Nabi (SAW) dlm bilik-bilik di rumah-rumah mereka atau di
restoran atau di pejabat.Dalam sesetengah hospital dan pejabat-pejabat
doctor mereka mengantung ayat (yang bermaksud): “Dan apabila saya
sakit, Dialah yang menyembuhkan saya” [al-Shu’ara’ 26:80], dan
sebagainya. Adakah ini dianggap sebagai penggunaan azimat yang dilarang
dalam syariah, walaupun dgn niat disebaliknya adalah untuk memohon
rahmat dan mengelakkan daripada syaitan, atau untuk mengingatkan yg
pelupa dan memberi amaran kpd yg cuai? Adakah ini seperti menggunakan
azimat untuk meletakkan Mushaf dalam kereta untuk memohon rahmat?”

Yang Berhormat Beliau menjawab:

 

“Kalau
dgn niat seperti yang disebutkan, untuk mengingatkan manusia dan
mengajarkan mereka sesuatu yang bermanfaat, makan tiada larangan dlm
hal itu. Tetapi jika mereka percaya ianya sebagai perlindungan daripada
syaitan-syaitan atau jin, maka saya dapati tiada asas dalam hal ini.
Dengan kaedah yang sama, maka tiada asas dalam meletakkan Mushaf dalam
kereta seseorang untuk melindunginya, dan berbuat demikian tidak
dibenarkan, tetapi kalau seseorang meletakkan nya dlm kereta supaya dia
boleh sekali-sekala membaca nya atau sebahagian daripada
penumpang-penumpangnya boleh membaca nya, maka ia adalah bagus dan maka
tiada salah dgn hal itu. Dan Allaah adalah sumber kekuatan.

 

Terjemahan dari:

 

 

Hanging aayaats on walls for protection

 

 
http://www.islamonline.com/cgi-bin/news_service/fatwah_story.asp?service_id=524
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=9365

Jadi
apa nak buat. Nak baca apa. Okey andai katalah orang minyak tu jin ke,
makhluk haluske (jin lah tu) meh tengok apa Nabi SAW ajar bagi hadapi
puak-puak halus ni. Okey kat bawah ni semua aku petik dari Hisnul
Muslim ye.

 

بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

 

 

 

. “Dengan nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal”. HR.
Abu Dawud 4/325,dan Al-‘Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits
tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, no. 28. Di dalam Kitab Shahih:
“Apabila seseorang masuk rumahnya, lalu berdzikir kepada Allah ketika
masuk rumah dan makan, syaitan berkata (kepada teman-temannya), ‘Tiada
tempat tinggal dan makanan bagi kalian (malam ini)’.” Muslim, no. 2018.

 

 

 

 

 

Bacalah di pagi dan malam hari taawuz iaitu

 

 

 

- أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

 

 

 

dan bacalah ayat Kursi. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa membaca kalimat ini ketika pagi hari, maka dia dijaga dari
(ganguan) jin hingga petang hari. Dan barangsiapa mengucapkannya ketika
petang hari, maka dia dijaga dari (ganguan) jin hingga pagi hari.” HR.
Al-Hakim, 1/562. Al-Albani berpendapat hadits tersebut shahih dalam
Shahih At-Targhib wat Tarhib 1/273 dan beliau menisbatkan hadits
tersebut kepada An-Nasa’i dan Ath-Thabrani, beliau berkata, isnad
Ath-Thabrani jayyid’.

 

 

 

 

 

 

 

Bacalah surah 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas.
“Barangsiapa membaca tiga surah tersebut tiga kali setiap pagi dan
petang hari, maka itu (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala
sesuatu.” HR. Abu Dawud 4/322, At-Tirmidzi 5/567 dan lihat Shahih
At-Tirmidzi 3/182
.

 

 

 

 

 

 

 

Ikutilah sunnah Rasulullah SAW sebelum tidur. Apa nak buat sebelum tidur, buatlah sebegini:

 

 

 

1) Meniup Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan surah al-Ikhlas,
al-Falaq dan an-Nas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh
yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh
bahagian hadapan tiga kali.  HR. Al-Bukhari 9/62 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/1723

 

 

 

 

 

2) Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah yang bermula dengan “amanar rasul…” “Barangsiapa
membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah
mencukupkan-nya.” HR. Al-Bukhari dengan Fathul

Bari

9/94 dan Muslim 1/554. Kedua ayat tersebut dari

surat

Al-Baqarah (2): 385-386.

 

 

 

 

 

3) “Apabila
seseorang di antara kalian bangkit dari tempat tidurnya kemudian ingin
kembali lagi, hendaklah dia mengibaskan hujung kainnya tiga kali, dan
menyebut nama Allah, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkannya di
atas tempat tidur setelah dia bangkit. Apabila dia ingin berbaring,
maka hendaklah dia membaca:

 

 

 

بِاسْمِكَ
رَبِّيْ وَضَعْتُ جَنْبِيْ، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فَإِنْ أَمْسَكْتَ
نَفْسِيْ فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ
بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

 

“Dengan
nama Engkau, wahai Tuhanku, aku meletakkan lambungku. Dan dengan namaMu
pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka
berilah rahmat kepadanya. Tetapi, apabila Engkau melepaskannya, maka
peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang shalih.”

 

HR. Al-Bukhari 11/126, Muslim 4/2084.

 

 

 

4) Bacalah doa ini:

 

اَللَّهُمَّ
إِنَّكَ خَلَقْتَ نَفْسِيْ وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا
وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا
فَاغْفِرْ لَهَا. اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ

 

“Ya
Allah! Sesungguhnya Engkau menciptakan diriku, dan Engkaulah yang akan
mematikannya. Mati dan hidupnya hanya milikMu. Apabila Engkau
menghidupkannya, maka peliharalah. Apabila Engkau mematikannya, maka
ampunilah. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu keselamatan.

 

HR. Muslim 4/2083, Ahmad dengan lafazh yang sama, 2/79, Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaumi wal Lailah no. 721.

 

 

 

 

 

5) Bacalah
doa ini, Adalah Rasulullah n, apabila ingin tidur, beliau meletakkan
tangannya yang kanan di bawah pipinya, kemudian membaca::

 

 

 

اَللَّهُمَّ قِنِيْ عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ. (3×)

 

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari seksaanMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.” (Dibaca tiga kali)

 

HR. Abu Dawud dengan lafazh hadits yang sama, 4/311. Lihat juga Shahih At-Tirmidzi 3/143.

 

 

 

 

 

Dan banyak lagi. Silalah semak di dalam Hisnul Muslim.

 

 

 

Hah lepas tu takkan nak doa je, persediaan fizikal tak adake?

 

 

 

 

 

Apa
kata perempuan-perempuan semua simpan gunting ke, pisauke, kayu ke
dekat sebelah waktu tidur, agak-agak ada orang himpit tikam jele. Heh
kata percaya sangat tu orang minyak, sediakanlah lighter, nyalakan api
biar terbakar orang minyak tu. Hehehe

 

 

 

 

 

Hah
cukuplah tu panjang sangat. So jangan percaya sangat karut marut ni.
Silap hari bulan boleh bawa syirik. Amalkanlah zikir-zikir yang
Rasulullah saw ajar, jangan pergi dok gantung ayat al-Quran, doa-doa
konon-konon nak bagi jadi pelindung, ui tak boleh tu. Macam tangkal
hukumnya.

 

 

 

 

 

Wslm wbt.

Tamat sudah Tafsir surah an-Nas

Assalamualaikum WBT.

 

Jumaat lepas ialah kelas terakhir untuk
Tafsir surah an-Nas. ustaz Fadhil menerangkan di dalam surah an-Nas ini kita
akan mempelajari 3 komponen tauhid iaitu Tauhid al-Uluhiyyah, ar-Rububiyyah dan
al-Asma wa as-Sifat.

 

 

Selepas itu ustaz menghuraikan pula maksud
‘tempat sesembahan semua manusia’ di mana ustaz menerangkan segenap kehidupan
kita boleh menjadi penyembahan, atau pengabdian atau kata mudah ibadah
kepadanya. Bukan setakat solat sahaja yang dimaksudkan dengan ibadah.  Ustaz
menerangkan bahawa hidup manusia ini hanya ada dua, dosa dan pahala. Jadi kita
kanlah jadikan hal-hal yang mubah atau harus sebagai sumber pahala kita, biarlah
kita makan sambil kenyang dengan pahala, tidur sambil lena dengan pahala,
berjalan dengan ditemani pahala.

 

 

Selepas itu Ustaz menerangkan pula tentang
syaitan yang sering menimbulkan was-was di dalam hati manusia. Ustaz menerangkan
satu hadith di mana Nabi saw menyatakan bahawa ada ‘Qarin bagi setiap
manusia.

 

 

حدثنا عثمان بن أبي
شيبة وإسحاق بن إبراهيم (قال إسحاق: أخبرنا. وقال عثمان: حدثنا) جرير عن منصور، عن
سالم بن أبي الجعد، عن أبيه، عن عبدالله بن مسعود. قال:

قال رسول الله صلى
الله عليه وسلم "ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن". قالوا: وإياك؟ يا
رسول الله! قال "وإياي. إلا أن الله أعانني عليه فأسلم. فلا يأمرني إلا
بخير".

 

 

Dari Abdullah bin Mas’ud
r.a kata Rasulullah SAW:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan mempunyai
‘qarin’ dari kalangan jin.” Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?”
Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaannya
sehingga akhirnya dia Islam (menyerah). Kerana itu dia tidak berani menyuruhku
melainkan untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim:2814).

 

 

Setelah itu ustaz
menerangkan di dalam al-Quran diterangkan bahawa syaitan itu boleh dibahagikan
kepada dua iaitu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Inilah yang disentuh di
dalam surah an-Nas “dari kalangan jin dan manusia”.

 

 

Selepas itu ustaz menerangkan ayat 112
surah al-An’am:

 

 

 

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا
لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى
بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ
وَمَا يَفْتَرُونَ

 

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap
nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (daripada jenis) manusia dan (dan jenis)
jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu
menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan
apa yang mereka ada-adakan.

 

 

Selepas itu ustaz menerangkan pula apa yang
tertulis di dalam surah an-Nisa ayat 76.

 

 

الَّذِينَ آمَنُوا
يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ
الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ
ضَعِيفًا

 

Orang-orang yang beriman berperang di jalan
Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu
perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu
adalah lemah.

 

 

Ustaz Fadhil menerangkan daripada ayat di
atas, syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana
Allah swt menyebutkan kalimah thaghut. Ustaz menerangkan bahawa berdasarkan ayat
di atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu
kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.

 

 

Selepas itu ustaz membacakan kisah isteri
al-Aziz dengan Nabi Yusuf ‘Alaihissalam. Ustaz menceritakan tipu daya isteri
al-Aziz sebagaimana yang tertera di dalam surah Yusuf ayat 28 di mana dinyatakan
disitu bahawa tipu daya ia sangat besar.

 

 

فَلَمَّا رَأَى
قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ
عَظِيمٌ

 

Maka tatkala suami wanita itu melihat baju
gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu
adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah
besar."

 

 

Daripada ayat ini seorang pelajar perempuan
telah bertanya kepada ustaz kenapa digunakan kalimah ‘kaidakunna’ seolah-olah
tipu daya yang besar itu adalah milik semua perempuan. Lepas itu terdengar
perkataan ‘tak acilah macam tu’ dari bahagian pelajar perempuan. Habis satu
dewan gelak termasuk aku. Lepas tu ustaz Fadhil terang bahawa ini menunjukkan
bahawa tipu daya wanita yang besar itu sudah pastilah milik wanita-wanita jahat.
Kalau wanita-wanita baik tak akan mereka mahu menipu daya. Maka tipu daya wanita
jahat itu adalah besar sebagaimana besarnya tipu daya yang dilakukan oleh isteri
al-Aziz untuk menyembunyikan dirinya yang cuba menjadikan Nabi Yusuf AS sebagai
tempat melepaskan nafsu berahinya. Maka masakan ‘kunna’ di dalam ayat ini
memasukkan sekali wanita-wanita muslimah yang solehah, kerana wanita-wanita
solehah tidak akan melakukan tipu daya, apatah lagi seperti yang dilakukan oleh
isteri al-Aziz.

Elok kiranya kita melihat kronologi kisah
gangguan seksual yang cuba dilakukan oleh isteri al-Aziz ke atas Nabi Yusuf
AS.

 

 

Ia bermula pada ayat 23-32 di dalam surah
Yusuf.

 

 

012.023 وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي
هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ
قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ
الظَّالِمُونَ

 

Dan
wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk
menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata:
"Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku
telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada
akan beruntung.

 

 

012.024 وَلَقَدْ
هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ
لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا
الْمُخْلَصِينَ

Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu)
dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu
andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami
memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu
termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.

 

012.025 وَاسْتَبَقَا
الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِنْ دُبُرٍ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَى الْبَابِ
قَالَتْ مَا جَزَاءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوءًا إِلا أَنْ يُسْجَنَ أَوْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan keduanya berlomba-lomba menuju pintu dan wanita itu menarik baju
gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita
itu di muka pintu. Wanita itu berkata: "Apakah pembalasan terhadap orang yang
bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum)
dengan azab yang pedih?"

 

012.026 قَالَ هِيَ
رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ
قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)",
dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju
gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang
yang dusta.

 

012.027 وَإِنْ كَانَ
قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang
dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar."

 

012.028 فَلَمَّا
رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ
كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ

Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di
belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya
kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."

 

012.029 يُوسُفُ
أَعْرِضْ عَنْ هَذَا وَاسْتَغْفِرِي لِذَنْبِكِ إِنَّكِ كُنْتِ مِنَ
الْخَاطِئِينَ

(Hai) Yusuf: "Berpalinglah dari ini, dan (kamu hai isteriku) mohon
ampunlah atas dosamu itu, karena kamu sesungguhnya termasuk orang-orang yang
berbuat salah."

 

012.030 وَقَالَ
نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ
قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al
Aziz[752] menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya
(kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam.
Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata."

 

012.031 فَلَمَّا
سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً
وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ
فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ
لِلَّهِ مَا هَذَا بَشَرًا إِنْ هَذَا إِلا مَلَكٌ كَرِيمٌ

Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka,
diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan
diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan),
kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada
mereka." Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada
(keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha
sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah
malaikat yang mulia."

 

012.032 قَالَتْ
فَذَلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ وَلَقَدْ رَاوَدْتُهُ عَنْ نَفْسِهِ
فَاسْتَعْصَمَ وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونًا مِنَ
الصَّاغِرِينَ

Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku karena
(tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan
dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak
mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan
dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."

 

 

Begitulah kronologi kisah
Nabi Yusuf as dan isteri al-Aziz yang telah dirakamkan di dalam al-Quran.
Bagaimana akhirnya seorang ibu angkat tergoda kepada anak angkatnya sendiri,
hingga mahu melakukan hubungan seksual dengan anak angkatnya itu. Bagaimana
tipua daya wanita yang sudah ditenggelami hawa nafsu sehingga menipu suaminya
sendiri bahkan memfitnah pula anak angkatnya itu. Bagaimana akhirnya dengan
taqdir Allah, kebenaran terungkap. Akhirnya berita skandal seks si isteri
al-Aziz bersama anak angkatnya tersebar meluas. Berkata-kata masyarakat kota.
Gossip-gosip atau skandal-skandal yang kita lihat pada dunia politik zaman kini
juga ditonjolkan di sini. Dan bagaimana isteri al-Aziz cuba menjustifikasikan
perlakuan buruknya dengan menyuruh Nabi Yusuf AS sendiri muncul dihadapan mata
datin-datin yang mengumpat dan mencelanya kerana cuba melakukan hubungan
terlarang dengan anak angkat sendiri. Tergamam sekalian datin! Sehingga terlupa
ditangan sedang memegang pisau, lalu ditoreh jari sendiri, seakan tak percaya
sama ada dihadapan mereka ini lelai kacak ataupun malaikat
sebenarnya.

 

 

Dan di dalam ayat 24 di
atas, diterangkan bagaimana hampir-hampir Nabi Yusuf AS sendiri tergoda dengan
godaan ibu angkatnya, namun Allah memeliharanya sebagaimana Allah memelihara
Nabi-nabi yang lain.

 

 

Selepas itu di dalam sesi
soal jawab ada pelajar perempuan menanyakan akan kebenaran amalan umat Islam
yang kata waktu tengah sarat mengandung tu bacalah surah Yusuf supaya anak lawa,
surah Maryam kalau nak anak perempuan dan lain-lain lagi.

 

 

Jawab ustaz Fadhil semua
tu karut, perbuatan yang tak ada asal usul, tak ada kaitan surah-surah tu dengan
anak yang akan dilahirkan. Lepas tu ustaz buat lawak kalau nak lahir anak jin,
bacalah surah Jin. Satu dewan gelak.

 

 

Lepas tu seorang pelajar
lelaki pula tanya tentang tafsir oleh Imam as-Sobuni di mana diketahui akidahnya
bermasalah. Maka jawab ustaz, maka kenalah kita menilai bahagian akidah yang
manakah dia bermasalah, jadi bahagian yang bermasalah itu kita jangan ambil dari
dia.

 

 

Selepas tu aku pulak
tanya bagaimana dengan manhaj Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan perkataan
Yadullah di mana ada kalanya beliau menetapkan sifat ‘yad’ atau pun tangan
kepada Allah dalam masa yang sama dia juga ada menakwilkan perkataan yad kepada
perkataan yang lain. Jawab Ustaz Imam In Kathir tidak menafikan langsung bahawa
maksud asal Yad itu ialah tangan dan sebab itu beliau mentapkan sifat tangan
kepada Allah di dalam tafsirnya, dalam masa yang sama dia juga membawakan
maksud-maksud lain bagi perkataan ‘yadullah’. Kata ustaz yang menjadi masalah
ialah bila tidak menetapkan maksud perkataan asal iaitu ‘yadullah’ ataupun
tangan sebaliknya menggunakan perkataan-perkataan dan maksud-maksud lain yang
bukan maksud asal perkataan ‘yadullah’ iaitu tangan Allah.

 

 

Selepas itu seorang
pelajar lelaki bertanya pula bagaimana kesudahan cerita isteri al-Aziz dengan
Nabi Yusuf as. Ustaz menerangkan bahawa cerita-cerita yang popular seperti
selepas kematian al-Aziz, isterinya itu sering termenung, berkahwin dengan Yusuf
dan lain-lain adalah cerita yang tiada asas di dalam al-Quran mahupun hadith.
Maka jangan kita guna pakai cerita-cerita itu kerana Al-quran tidak pun
menyebutkan apakah kelangsungan hubungan Nabi Yusuf dan isteri al-Aziz itu, maka
jangan kita pula menyibuk-nyibuk nak tahu.

 

 

Seorang pelajar perempuan
bertanya pula apakah status hadith yang menyatakan bahawa kecantikan Nabi Yusuf
dan ibunya Rahil ialah separuh kecantikan Adam as dan siapakah perawi hadith
itu. Ustaz meminta untuk menjawab soalan itu pada kelas yang akan
datang.

 

 

Dalam tafsir surah an-Nas
juga ustaz menerangkan bahawa adalah satu kesilapan apabila kita memulakan solat
sebelum takbir dengan membaca surah an-Nas dengan alasan untuk mengelakkan
was-was kerana ia tidak di ajar oleh Rasulullah saw. Yang diajar ole Rasulullah
saw ialah apabila was-was di dalam solat ataupun ada gangguan syaitan, bacalah
taawudz dan hembuslah atau ludahlah ke sebelah kiri sebanyak 3 kali. Inilah yang
di ajar Rasulullah saw.

 

 

Penyakit was-was ini pernah berlaku
kepada seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) , namanya ‘Uthmaan ibn Abi al-’Aas
(r.a.).
Beliau datang berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan mengadu tentangnya:
"Syaitan menggangguku di dalam solatku, dan menyebabkan aku teragak-agak di
dalam bacaanku." Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Syaitan itu dipanggil
Khanzab. Jika kamu merasa kehadirannya, mintalah perlindungan daripada Allah dan
ludah (ludah kering) ke kiri kamu sebanyak 3 kali
." Selepas daripada itu
‘Uthmaan berkata: "Aku melakukan apa yang Rasulullah (s.a.w) suruh dan Allah
telah menjauhkan dia (syaitan) daripada aku." (HR Muslim).

Hadith ini menyatakan 2 cara
untuk menghalau syaitan yang cuba mengganggu di dalam solat.

Cara
yang pertama ialah dengan meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan
syaitan (a’udzubillahi minas syaithaanirrajiim) , walaupun dengan mengucapkan
perkataan ini semasa solat - perbuatan ini tidak menyalahi apa-apa dalam
solat.

Cara yang kedua ialah dengan meludah (ludah kering) ke
kiri sebanyak 3 kali. Ini bermakna menghembuskan angin yang menyerupai perbuatan
meludah tetapi dengan hanya sedikit air liur, selagi ianya tidak mengganggu
orang di sebelahnya ataupun mengotorkan masjid.
-Hal ini dinyatakan oleh
Syeikh Muhammad Saleh al-munajid.

 

Wallahu’alam., untuk mendownload kuliah
ini layari http://audiosunnah.blogspot.com